Saturday, 14 September 2019

KISAH YG PATUT JD TAULADAN

Cnp.

Aku ada seorang member baik yg kerja dgn sebuah syarikat multinasional Jepun kat Shah Alam. Dia ni masa mula2 kerja dulu memang kaki datang lambat ke pejabat. Sampailah satu ketika laporan kehadiran dia sampai ke CEO nya sendiri (orang Jepun). Dia dipanggil oleh big bossnya itu. CEO ye yg panggil sendiri bukan HR HoD yg panggil! Pada masa ni member aku ni hanyalah seorg junior executive di syarikat tersebut. Dia ingatkan yg dia akan kena amaran atau kena marah, rupanya big bossnya itu bertanya dgn baik apa masalah dia tak boleh dtg awal. Tanya elok2 tanpa bersikap prejudis langsung terhadapnya. Memang husnuzzon habis. Siap tanya detail jalan mana dia ikut utk ke pejabat dan mcm2 lagi lah. Tujuan dia dipanggil oleh big bossnya itu bukan utk dihukum tp dek kerana kerisauan sekiranya dia ada masalah utk menguruskan kehidupan siap tolong cadangkan penyelesaian lagi utk member aku. Big bossnya kata lagi yg beliau risau member aku ni jika sekiranya dia ada masalah menguruskan masa yg boleh mengakibatkan kehidupannya yg lain turut akan terjejas. Dipendekkan cerita member aku tu berjanji utk berubah.

Tak habis di situ, keesokan harinya dalam pukul 6 pagi member aku ni terlihat mcm ada kelibat manusia di hadapan rumahnya. Masa tu dia tgh siap2 nak ke pejabat memandangkan dia dah berjanji utk berubah dgn big bossnya tu. Dlm kegelapan waktu subuh tu semasa dia nak keluar dr rumah, rupa-rupanya kelibat manusia yg ada kat depan rumah dia tu ialah 2 org pembantu big boss dia (orang Jepun juga) sedang menunggu member aku ni utk lihat pukul brp member aku ni keluar utk ke pejabat. Member aku ni terkejut beruk melihat 2 mamat Jepun ni pagi2 buta dah terpacak dpn rumah dia. Bila ditanya, mereka menjawab yg mereka telah diarahkan oleh big boss utk follow member aku ni pergi pejabat utk pastikan sekiranya member aku ni tak hadapi masalah utk menukar rutin harian dia seperti yg dijanjikan.

Begitulah hebatnya cara manusia berbangsa Jepun ni melayan manusia. Langsung tidak berprasangka buruk kpd member aku ni tp lebih utk membantu. Menurut member aku, mereka ni betul2 menghayati ‘High Performance Culture’ yg menjadi mantra hidup mereka. Dalam masa yg sama, mereka menguruskan manusia itu sebagai manusia dan bukan sebaliknya.

Member aku tu kini dah berjaya menjadi salah seorang ketua dlm organisasi tersebut.

Perkongsian ini bukanlah nak mengagung-agungkan sgt org Jepun ni tapi aku kagum dgn hakikat yg mereka ni bukan org Islam pun tp budaya dan akhlak mereka lebih hebat drpd org yg kononnya mengaku diri mereka Islam. Cuba kalau kat tempat kerja kita, asal kaki dtg lambat je terus dicop dgn mcm2, surat tunjuk sebab lah, kena umpat lah, kena pulau lah dan mcm2 lagi bentuk hukuman yg bakal dihadapi. Kita lebih suka menghukum drpd mencari jalan penyelesaian. Jauh benar cara dan amalan kita berbanding mereka. Kita ni bab retorik memang sembang pokok pun boleh tumbang tp hakikatnya sifat suka buruk sangka dgn org tu memang tinggi bertingkat-tingkat. Sembang bab pengurusan sumber manusia pung pang pung pang tp bila bab menguruskan manusia tak seperti yg dilaungkan pun.

Bila difikirkan balik, mereka ni lebih Islam drpd kebanyakan org yg mengaku Islam. Tu belum lagi cerita bab budaya melepas hajat dlm jamban awam lagi. Memang sampai kiamat agaknya masalah popular di negara yg kita cintai ni takkan selesai.

Sekian menceceh aku malam ni. Terima kasih kpd member aku yg share kisah ni kat aku.

No comments:

Post a Comment

Any comment? Please....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...