ALLAH TA'ALA PEMILIK SEMUA PERANCANGAN...
Seorang raja menjatuhkan hukuman mati
terhadap seorang tukang kayu yang tidak jelas kesalahannya.
Berita tentang keputusan itu kemudiannya telah diketahui oleh si tukang kayu secara rahsia,
sebelum pengumuman rasminya diumumkan.
Akibatnya ia tidak dapat melelapkan matanya untuk tidur di malam itu.
Isterinya menasihati:
"Tidurlah... seperti malam-malam sebelumnya.
Allah Ta'ala itu hanya satu,
sementara pintu keluar dari sesuatu masalah itu sangat banyak".
Kalimah yang mententeramkan jiwa itu tepat masuk ke dalam hatinya,
sehingga dapat menenangkan dirinya, dan ia pun dapat tidur dengan nyenyak pada malam tersebut.
Dia baru sahaja terbangun di pagi hari ketika pintu rumahnya diketuk kuat
oleh beberapa orang pengawal dari istana Raja.
Wajahnya terus menjadi pucat.
Dia melihat kepada isterinya dengan pandangan putus asa, menyesal,
dan sedih kerana telah mempercayai kata-kata isterinya semalam.
Dia membuka pintu dengan kedua tangannya yang menggigil.
Dia menghulurkan tangannya ke arah pengawal supaya diikat.
Para pengawal yang datang itu sebenarnya ingin memberitahu kepadanya bahawa:
"Raja sudah wafat dan
kami meminta kamu supaya membuatkan peti/keranda untuk baginda Raja".
Waktu itu juga wajahnya berubah menjadi ceria.
Ia melemparkan pandangan tanda mohon maaf ke arah isterinya.
Isterinya pun tersenyum.
Kadangkala seseorang hamba itu, sampai LETIH BERFIKIR,
sementara itu hanya Allah Ta'ala sahaja yang memiliki semua perancangan dan keputusan..
Siapa sahaja yang merasa hebat kerana JAWATAN atau PANGKAT,
hendaklah ia mengingati kisah Fir'aun.
Siapa sahaja yang merasa hebat kerana HARTA dan TAKHTA,
hendaklah ia mengingati kisah Qarun.
Siapa sahaja yang merasa hebat kerana NASAB dan KETURUNAN,
hendaklah ia mengingati kisah Abu Lahab.
Kehebatan,
kekuasaan dan
kemuliaan
hanyalah milik Allah Ta'ala satu-satunya.
Dia berikan kepada siapa sahaja yang Dia kehendaki,
dan Dia cabut dari siapa sahaja yang Dia kehendaki juga.
Jangan hukum masa depanmu dengan keadaan dan kondisimu pada hari ini,
Allah Ta'ala Maha Kuasa mengubahnya dalam sekejap waktu dengan asbab atau tanpa asbab.
Tugas kita hanya berusaha dan terus menerus berdo'a dan merancang sehingga sampai kepada keputusanNya.
Firman Allah Ta'ala :
.كُتِبَ عَلَيْكُمُ الْقِتَالُ وَهُوَ كُرْهٌ لَّكُمْ وَعَسَى أَن تَكْرَهُواْ شَيْئاً
وَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ وَعَسَى أَن تُحِبُّواْ شَيْئاً
وَهُوَ شَرٌّ لَّكُمْ وَاللّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لاَ تَعْلَمُونَ“
Maksudnya;
Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal itu adalah baik bagimu.
Dan boleh jadi kamu mencintai sesuatu,
padahal itu adalah amat buruk bagimu.
(Mengapa?) Allah maha mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahuinya.”
(QS. Albaqarah: 216).
Ayat ini mengajarkan kepada kita bahawa, perancangan Allah SWT terhadap diri kita adalah lebih hebat daripada perancangan yang kita buat sendiri. Oleh sebab itu, jangan pernah berhenti dari berharap kepada sesuatu kebaikan daripada Allah Ta'ala kerana sesuatu hal yang baik itu datang dengan hikmah dari keputusan dan perancanganNya.
Firman Allah Ta'ala ;
وَأُمْلِي لَهُمْ إِنَّ كَيْدِي مَتِينٌ
Maksudnya;
Dan Aku memberi tangguh kepada mereka.
Sesungguhnya perancangan-Ku amat teguh.
(QS. Al A'raf 183)

No comments:
Post a Comment
Any comment? Please....