Thursday 9 August 2018

28 JULAI 2018

*Gerhana bulan paling lama abad ini*

Gerhana bulan penuh yang akan berlaku pada 28 Julai ini dijangka paling lama abad ini, iaitu selama 1 jam 43 minit.

Permulaan fasa gerhana bulan penuh berlaku jam 3.30 pagi selama kira-kira 1 jam 43 minit.

“Fasa gerhana penuh ini berlangsung sehinggalah jam 5.13 pagi apabila bulan mula keluar dari kawasan zon bayangan umbra. Ketika ini, bulan kelihatan bercahaya semula sedikit demi sedikit sehingga keseluruhan jasad bulan berada di luar kawasan bayang-bayang bumi kira-kira jam 6.19 pagi.

solat sunat gerhana bulan (khusuf) di Malaysia boleh dilakukan sebaik tompokan hitam mula kelihatan dengan jelas kira-kira jam 2.24 pagi dan berlarutan sehingga gerhana berakhir, kira-kira jam 6.19 pagi.

Jelasnya, oleh kerana fenomena kali berlaku ketika waktu puncak iaitu bermula ‘sepertiga malam’, umat Islam diharap tidak melepaskan peluang ini dengan menghidupkan awal pagi ini dengan menggerakkan aktiviti-aktiviti kerohanian, qiamullail dan membaca al-Quran serta selawat.

*Prof Madya Dr Baharrudin Zainal, Unisza*
📣📣📣
*SOLAT SUNAT  GERHANA BULAN
🌘🌙🌃
*Hari : SABTU*
*Tarikh : 28 Julai 2018*
*Masa:  Bermula Jam 4.00 PAGI*


📌 *KAIFIAT SOLAT GERHANA BULAN*
Solat 2 RAKAAT:
*Rakaat pertama :*
1- Niat:
أُصَلِّى سُنَّةَ الخُسُوفِ الْقَمَرِ رَكْعَتَينِ مَأْمُومًا للهِ تَعَالَى
 (Sahaja aku solat sunat Gerhana Bulan dua rakaat kerana Allah Ta’ala) .
( *Berdiri 1* )
2- Membaca doa iftitah
3- Membaca surah Al-Fatihah
4- Membaca surah.
5- Ruku’ - membaca tasbih.
6- ‘Iktidal
7- ( *Berdiri 2* ) Membaca surah Al-Fatihah
8- Membaca surah.
9- Ruku’ - membaca tasbih .
10- ‘Iktidal
11- Sujud yang pertama - membaca tasbih.
12- Duduk antara dua sujud
13- Sujud kedua - membaca tasbih.
*Rakaat kedua:* ( *Berdiri 3* )
1- Membaca surah Al-Fatihah
2- Membaca surah.
3- Ruku’ - membaca tasbih.
4- ‘Iktidal
5- ( *Berdiri 4* )Membaca surah Al-Fatihah
6- Membaca surah.
7- Ruku’ - membaca tasbih.
8- ‘Iktidal
9- Sujud yang pertama - membaca tasbih.
10- Duduk antara dua sujud
11- Sujud kedua - membaca tasbih.
12- Membaca tahiyat akhir
13- Memberi salam.

*_”Sesungguhnya pada pertukaran malam dan siang silih berganti, dan pada segala yang dijadikan oleh Allah di langit dan di bumi, ada tanda-tanda (yang menunjukkan undang-undang & aturan Allah) kepada kaum yang mahu bertaqwa”_*

*Sila panjang-panjangkan


No comments:

Post a Comment

Any comment? Please....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...