Di samping itu, kesibukan saya sendiri dengan pemeriksaan perubatan terhadap kandungan saya yang ke-10 (yg ke-7 : hidup, InsyaAllah) made in Moscow la kononnya.....hehehehe.... yang telah menjangkau usia 21 minggu pada minggu ini. So arini saya ingin berkongsi resepi air kacang soya yang telah dicopy dari blog Dr. Raihanna Kamarudin...5th yr Med. Student RSMU http://raihannavanilla.blogspot.com/2010/06/resepi-air-kacang-soya_28.html, saya sangat suka dengan air soya buatan tangannya. Untu menempahnya minggu ini tak mungkin kerana beliau amat sibuk sekarang ini...jadi nak tak nak kena usaha dan cubalah buat sendiri...Silakan pembaca kongsi juga jika perlu..
Bahan2 membuatnya:
5 genggam kacang soya
800 ml air
sedikit gula
sedikit daun pandan
Cara2 membuatnya:
1. Rendam Kacang soya selama 3 jam... Bila dah 3 jam ia akan jadi kembang camni.... comel kan.. tembam macam buah pinggang.haha. merepek.
2. Kemudian, masukkan air + kacang soya dalam blender... Blend sampai hancur
3. Then tapis guna penapis kain. atau guna napkin bersih pun boleh. jangan la pergi amek napkin adik2 baby korang dalam bakul yang mak dah siap dok lipat tu.... atau terlalu desperate pergi guna stoking plak. hancus. haha.
4. Then hampas dia jangan buang k... Masukkan dalam peti sejuk.. then boleh buat masker.. untuk melicinkan + menghaluskan + memutihkan kulit. Pakai masa tidur.then dah kering cuci.
5. Masukkan gula agak2.. ikut korang..nak manis macamana..
6. Kemudian letak la daun pandan... kalau leh simpulkan daun pandan tu.. Rai buat camni sebab rai bawa dari malaysia stok daun pandan kering... Tujuan masukkan daun pandan.. supaya bau hanyir soya tadi hilang and boleh mewangikan air soya kita tadi... soya pun pandai pakai parfume nampaknya.
7. Masak atas dapur.. Pastikan dikacau selalu. kalau tak dia boleh hangit and membuak2... Masak selama 30 min camtu... Rasa dulu. Kalau dah ok... baru angkat and sejukkan. Tapi kalau masih rasa tak masak... teruskan didihkan dia..
SUMBER : http://raihannavanilla.blogspot.com/2010/06/resepi-air-kacang-soya_28.html
No comments:
Post a Comment
Any comment? Please....