VIDEO : BAYI JANTUNG DILUAR MASIH HIDUP
petikan cerita dari KOSMO ONLINE
JOHOR BAHRU - Sukar dipercayai apabila seorang bayi lelaki comel dilahirkan dalam
keadaan organ jantungnya terletak di luar tubuhnya sendiri. Itulah takdir Koh Jun Hao
yang kini berusia 14 hari apabila organ jantungnya terletak di dada, bukan di dalam
tubuh sebagaimana kebiasaan. Lebih menyayatkan hati, bayi berkenaan memerlukan
20 kali pembedahan bagi membolehkan jantungnya itu ditutup dengan kulit tiruan.
Bapanya, Koh Guan Siang, 33,berkata, anak keempatnya itu dijadualkan menjalani
pembedahan pertama bulan ini di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Meskipun segala
perbelanjaan untuk pembedahan menggunakan tabung bantuan perubatan HKL namun
menurut Guan Siang, banyak kos lain yang perlu ditanggungnya. Menurutnya, rawatan
susulan Jun Hao terutama bagi kos susu khas dan ubat-ubatan yang perlu dimakan setiap
hari amat tinggi. Beliau menganggarkan kos itu kira-kira RM3,000 sebulan yang terpaksa
ditanggung olehnya semasa bayinya itu dirawat di HKL.
sumber : Derita bayi jantung di luar badan
VIDEO BAYI TERSEBUT
sama-sama kita doakan kesejahteraan bayi terbabit…kehebatan Allah tiada bandingannya..
Derita bayi jantung di luar badan
JOHOR BAHRU - Sukar dipercayai apabila seorang bayi lelaki comel dilahirkan dalam
keadaan organ jantungnya terletak di luar tubuhnya sendiri. Itulah takdir Koh Jun Hao
yang kini berusia 14 hari apabila organ jantungnya terletak di dada, bukan di dalam
tubuh sebagaimana kebiasaan. Lebih menyayatkan hati, bayi berkenaan memerlukan
20 kali pembedahan bagi membolehkan jantungnya itu ditutup dengan kulit tiruan.
Bapanya, Koh Guan Siang, 33,berkata, anak keempatnya itu dijadualkan menjalani
pembedahan pertama bulan ini di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Meskipun segala
perbelanjaan untuk pembedahan menggunakan tabung bantuan perubatan HKL namun
menurut Guan Siang, banyak kos lain yang perlu ditanggungnya. Menurutnya, rawatan
susulan Jun Hao terutama bagi kos susu khas dan ubat-ubatan yang perlu dimakan setiap
hari amat tinggi. Beliau menganggarkan kos itu kira-kira RM3,000 sebulan yang terpaksa
ditanggung olehnya semasa bayinya itu dirawat di HKL.
sumber : Derita bayi jantung di luar badan
VIDEO BAYI TERSEBUT
SUMBER http://petuakitasemua.blogspot.com/2011/04/video-bayi-jantung-diluar-masih-hidup.html#ixzz1JPgc0ojW
No comments:
Post a Comment
Any comment? Please....