Wednesday, 13 April 2011

Ilmu yang patut kita semua tahu....

Kisah pakar bedah Perancis memeluk Islam

          Ada diantara kita yang menolak Islam dan dengan jelas menghina hukum yang
 Allah telah tetapkan. Bukan sahaja rakyat biasa, malah ada pemerintah yang menghina 
Islam dengan jelasnya. Satu perkara yang sangat menyedihkan dan semoga tiap-tiap
yang dilakukan itu akan mendapat balasannya.

Hudud satu perkara wajib dilaksanakan. Kenapa masih takut untuk dibuat? Bagi aried,
hanya mereka yang mencuri takut dilaksanakan hukum ini kerana tangan mereka akan 
dipotong. Jadi, jika benar tidak pernah mencuri, kenapa hendak takut? Pelik… 
Pasti anda juga pelik bukan?

Jauh benar beza antara pemikiran mereka dengan cendekiawan barat yang masuk Islam
selepas mengkaji mumia firaun yang berusia ribuan tahun lamanya. Ya, satu pendedahan
yang amat hebat sekali!

Dia Peluk Islam Kerana Melihat Kebenaran Al-Quran Mengenai Fir’aun

Pada pertengahan tahun 1975, Presiden Perancis menawarkan kerajaan Mesir bantuan
untuk meneliti, mempelajari dan menganalisis mumia Firaun, Ramsess II yang sangat
terkenal.

Firaun yang dikatakan hidup di zaman Nabi Musa yang akhirnya mati tenggelam dalam
Laut Merah ketika mengejar Musa dan para pengikut baginda yang melarikan diri 
daripada kekejamannya.

Mesir menyambut baik tawaran itu dan membenarkan mumia itu diterbangkan ke Paris.
Malah ketika sampai di sana kedatangan mumia itu disambut dengan pesta dan keramaian.

Mumia itu kemudiannya diletakkan di ruang khas di Pusat Arkeologi Perancis.Di situ ia 
bakal diperiksa sekali gus membongkar rahsianya oleh para pakar,doktor bedah dan 
autopsi Perancis yang dipimpin oleh doktor yang sangat terkenal, Prof. Dr. Maurice Bucaille.

Bucaille seorang pakar bedah kenamaan Perancis yang dilahirkan di Pont-L’Eveque 
pada 19 Julai 1920. Memulakan kerjaya di bidang perubatan am dan pada tahun
1945 beliau diiktiraf sebagai pakar di bidang gastroentorologi.

Ramai kerabat diraja dan keluarga pemimpin dunia menggunakan khidmat Dr. Bucaille, 
termasuk Raja Faisal Arab Saudi dan pemimpin Mesir, Anwar Sadat.

Lalu kesempatan beliau untuk membedah dan menyiasat mumia Firaun, mengerah 
seluruh tenaga dan mindanya untuk menguak misteri di sebalik penyebab kematian
raja Mesir kuno itu.

Ternyata, hasilnya sangat mengejutkan. Dr. Bucaille menemukan sisa-sisa garam yang
 masih melekat pada jasad mumia tersebut sebagai bukti terbesar bahawa Firaun itu 
mati akibat tenggelam di dalam laut. Iaitu jasadnya segera dikeluarkan dari laut, ‘dirawat’
segera dan dijadikan mumia supaya jasad itu kekal awet.

Namun penemuan itu menimbulkan persoalan yang sangat besar kepada Dr. Bucaille. 
Bagaimana jasad tersebut masih dalam keadaan sangat baik berbanding jasad-jasad
yang lazimnya tenggelam dan dikeluarkan daripada laut?  Lalu beliau menyiapkan 
sebuah laporan akhir yang diyakininya sebagai penemuan baru, iaitu proses
menyelamatkan  mayat Firaun dari laut dan kaedah pengawetannya.

Laporan tersebut diterbitkan dengan tajuk; Mumia Firaun: Sebuah Penelitian Perubatan
Moden (judul asalnya; Les Momies Des Pharaons Et La Midecine).  Ekoran penerbitan 
laporan itu, Dr Bucaille dianugerah penghargaan tertinggi kerajaan iaitu Le Prix Diane
Potier-Boes (Penghargaan Dalam Sejarah) oleh Academie Frantaise dan anugerah Prix
General daripada Academie Nationale De Medicine, Perancis.  Namun seorang rakan
sempat membisikkan kepada Dr. Bucaille bahawa penemuan ini sebenarnya bukan
sesuatu yang baru.

“Jangan tergesa-gesa kerana sesungguhnya umat Islam telah berbicara mengenai 
peristiwa Firaun yang mati lemas dan mayatnya dipelihara sehingga hari ini!”

Namun kata-kata itu ditentang keras oleh Dr. Bucaille kerana beliau menganggap sangat 
mustahil. Baginya membongkar sesebuah misteri yang lama tidak mungkin dpt diketahui 
 kecuali dengan perkembangan teknologi moden, peralatan dan makmal canggih yang   
 mutakhir dan tepat.


Kisah Firaun dalam al-Quran

Hakikatnya Dr. Bucaille menjadi serba salah dan bingung apabila diberitahu bahawa 
al-Quran yang diyakini dan dipercayai oleh umat Islam telahpun meriwayatkan kisah 
tenggelamnya Firaun dan kemudian mayatnya diselamatkan.  Beliau semakin tertanya-tanya,bagaimana perkara seperti itu dapat diterima oleh akal kerana mumia itu baru
sahaja ditemui sekitar tahun 1898.

Sedangkan al-Quran telah ada di tangan umat Islam sejak ribuan tahun sebelumnya.
Sambil mata tidak lepas memandang mumia Firaun yang terbujur di hadapannya, Dr.
Bucaille terus tertanya-tanya bagaimana al-Quran dapat membicarakan kisah Firaun
yang jasadnya diselamatkan dari hancur sejak ribuan tahun lalu.

“Apakah masuk akal di hadapanku ini adalah Firaun yang cuba menangkap Musa 
(Nabi)? Apakah masuk akal Muhammad (Nabi)mengetahui hal sejarah ini? Pada
hal kejadian Musa dikejar Firaun telah berlaku sebelum al-Quran diturunkan,” 
bicara hatinya sendirian.

Lalu beliau mendapatkan kitab Injil yang di dalamnya hanya membicarakan Firaun 
yang tenggelam di tengah laut saat mengejar Nabi Musa tetapi tidak diceritakan
mengenai mayat Firaun.  Sementara dalam Kitab Perjanjian Lama(Injil Lama) pula
yang diceritakan dalam kitab itu hanyalah:


“Air (laut) pun kembali seperti sebuah lautan yang berombak dan beralun, 
menenggelamkan kereta-kereta (chariot) kuda, pasukan berkuda dan seluruh 
bala tentera Firaun tanpa ada seorang pun yang berjaya menyelamatkan diri.
Tetapi anak-anak Israel dapat menyelamatkan diri atas daratan kering di tengah-
tengah laut itu”. (Exodus 14:28 dan Psalm 136:15)

Dr. Bucaille sangat terkejut kerana tidak ada disebut langsung mengenai apa yang
terjadi seterusnya kepada mayat Firaun selepas tenggelam itu. Ini menjadikan beliau 
semakin kebingungan.

Apabila mumia dikembalikan semula ke Mesir, Dr. Bucaille terus mendapatkan 
kepastian mengenai mumia itu. Lalu beliau memutuskan untuk bertemu dengan para
ilmuwan Islam mengenai sejarah Nabi Musa, kekejaman Firaun sehinggalah Bani 
Israel meninggalkan Mesir dan dikejar Firaun dengan seluruh bala tentera di belakang
mereka.

Maka salah seorang mereka terus bangun dan membaca ayat al-Quran berhubung 
sejarah tersebut untuk Dr. Bucaille mendengarkannya sendiri:

“Maka pada hari ini Kami selamatkan badan kamu supaya kamu dapat menjadi 
pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudah kamu dan sesungguhnya 
kebanyakan manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami. (Yunus: 92).”

Apabila mendengar ayat ini, hati Dr. Bucaille benar-benar tersentuh. Beliau akhirnya
mengakui kebenaran ayat itu kerana ia dpt diterima akal dan memberikan satu inspirasi
serta dorongan kepada sains untuk maju meneroka lebih jauh lagi.

Lalu dengan hati yang begitu bergetaran dalam menahan sebak dan keharuan, beliau
pun bangun dan dengan suara yang lantang berkata:  “Sesungguhnya aku masuk Islam
dan beriman dengan al-Quran ini.”

Tidak sekadar beliau mengakui kebenaran dan memeluk Islam tetapi beliau kemudiannya
pulang ke Perancis dengan menggali seluruh isi al-Quran.  Akhirnya beliau berjaya
menerbitkan buku yang sangat mengejutkan seluruh dunia dan sehingga kini telah 
diterjemahkan dalam pelbagai bahasa pada tahun 1976, iaitu The Bible, the Qur’an, 
and Science : The Holy Scriptures Examined in the Light of Modern Knowledge.

Melalui buku ini, Dr. Bucaille yang kemudiannya dikenali sebagai Dr. Yahya Maurice
Bucaille berjaya membuktikan bahawa al-Quran adalah selari dengan fakta-fakta
sains sementara kitab Injil adalah sebaliknya.

“Sains dan Islam umpama saudara kembar yang tidak boleh berpisah. Ini kerana 
dalam Injil terdapat pelbagai kesilapan dari aspek saintifik tetapi tiada sedikitpun 
kesilapan seperti itu ada dalam al-Quran.

“Al-Quran yang di dalamnya diceritakan segala penjelasan mengenai fenomena
alam semula jadi yang sangat bertepatan dengan sains moden,”katanya.  Beliau
memberikan kesimpulan bahawa tidak syak lagi al-Quran benar-benar kalam Allah.

No comments:

Post a Comment

Any comment? Please....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...