воскресенье, 30 сентября 2012 г.

Birthday celebration...

bean sprout wet fry

chicken paprick
Pandan layer cup cake
fillet fish with kentucky flour
May Allah bleesed us 4 ever....n live happily ever till Jannah
toffu sambal

chicken rendang
Today my family and Miss Raihana Kamarudin has made a surprise birthday celebration for me.  Really surprise but thankful to all of them.  I was cook some food such chicken rendang, toffu sambal, beans sprout wet fry, fillet fish with kentucky flour n also paprick chicken n pandan layer cup cake by Miss Rai. Alhamdulillah yummy, delicious n really satisfied with the food cooked n served. TQ Allah for the RIZQI today. I was really happy n appreciated everybody for the birthday celebration today. Tqvm my beloved husband n kids n Miss RAI TOO. 

пятница, 14 сентября 2012 г.

Gotong Royong Hari Malaysia

Pada hari ini Jumaat, 14 September 2012, kami beberapa orang ahli PERWAKILAN Moscow telah mengadakan gotong-royong menyiang bahan danmembuat karipap dan popia. Sambutan Hari Malaysia ini akan berlangsung pada 18 September 2012  Hotel Radisson Slavayanskaya SAS, Moscow.  Bermula seawal pukul 10.30 pagi, kerja-kerja menyiang bahan-bahan inti dilakukan oleh beberapa orang ahli sementara beberapa orang lagi membuat dan menguli doh karipap.  Setelah bahan-bahan siap disiang,kami meyambung tugas dengan membuat dan mengelim karipap dan sebahagian pula menggoreng separuh masak karipap yang telah siap.  Jumlah karipap dan popia yang perlu disediakan adalah lebih kurang 1500 biji setiap jenis.  Jadi popia dan sebahagian lagi karipap akan dibuat di rumah beberapa orang ahli yang diberi amanah oleh jawatankuasa.
x

Seperti kebiasaan, waktu makan tengahari, kami makan secara bergilir bekalan yang kami bawa secara 'potluck'.  Alhamdulillah rezeki pada hari Jumaat.  Para jemaah Solat Jumaat juga mendapat banyak rezeki pelbagai jenis makanan pada hari ini.  Kami telah berjaya menyiapkan tugasan pada hari ini pada jam 3.30 petang.  Lebih kurang jam 4 petang kami pun bersurai.

Takde Bekalan Air Mineral

Kini telah lebih dua minggu kami tiada bekalan mesin air mineral kerana kontrak telah dibatalkan dan semua mesin serta botol-botol air Nestle kami telah dipulangkan kepada syarikat pembekal.  Hampir lima tahun kami telah menggunakan khidmat syarikat tersebut.  Namun kami tetap  bersyukur kerana masih boleh mendapatkan bekalan air  tersebut di pasaraya.  Alhamdulillah.
Begitu dengan bekalan internet kami, telah lebih dua minggu juga dipotong kerana kami tidak mahu menimbulkan masalah pada diri sendiri kemudian hari nanti.  Sebenarnya kedua-dua kontrak dengan kedua-dua syarikat pembekal Air Nestle dan Internet MTS ini telah 3 kali dimohon diberhentikan tetapi disambung semula kerana tarikh kepulangan sebenar kami ke tanah air masih tidak pasti dan berubah-ubah. Namun akhirnya tarikh pembatalan perkhidmatan terakhir yang dimohon iaitu pada akhir bulan  Ogos 2012 terpaksa diteruskan.
Aku merasa agak kasihan dengan anak-anak yang jutga telah berhenti sekolah.  Sudahlah begitu, bekalan internet juga telah tiada.  Betapa bosannya mereka dengan keadaan sekarang,namun kami suami isteri terpaksa memberi motivasi dan kata-kata berupa nasihat dan tunjuk ajar tentang segala yang patut dan perlu dalam menangani masalah ini.  Alhamdulillah aku amat bersyukur, anak-anak jenis yang mengikut cakap orang tua dan akur dengan keadaan yang berlaku sekarang.  Aku selalu mengingatkan mereka bahawa segala nikmat duniawi ini hanya sementara sahaja.  Kami sentiasa berdoa agar kami akan segera keluar dari kekalutan ini dan  Allah permudahkan perjalanan kami seterusnya. InsyaAllah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...