Fenomena atau trend ketagihan Si Melayu makan di kedai Cina seperti Kueh Tiaw, Mee Hailam dan Kedai Kopi suatu ketika dahulu atau yang masih meneruskan rutin itu kini sebenarnya berpunca kepada normalisasi kepada perkara syubhah dan mengambil ringan kepada soal halal haram.
Mengapa saya sebut begitu? Ini kerana apabila direnungkan kembali, mengapa kedai-kedai atau warung-warung yang viral ini seperti Kueh Tiaw Pilah Perdana, Mee Hailam Tai Ah, Kedai Kopi Cina dan lain-lain lagi tidak pernah berusaha untuk dapatkan pensijilan halal walaupun majoriti pelanggannya datang drp kalangan Melayu Islam?
Saya bawakan beberapa faktor utama kecurigaan kepada lokasi-lokasi viral ini namun menjuruskan pelanggan kepada syubhah dan haram seperti berikut:
1. Kueh Tiaw Pilah Perdana - Sos serta kicap masak mereka tidak berlabel dan hanya menggunakan botol-botol air mineral seolah-olah telah dicampur dengan adunan sendiri. Malah dikhuatiri mengandungi bahan-bahan yang tidak halal.
2. Mee Hailam Tai Ah - Kedai kopi dan turut menyajikan minuman keras. Gelas-gelas minuman digunakan bersama-sama untuk minuman sejuk biasa dan minuman keras. Ini perkara biasa di kebanyakkan kedai-kedai kopi cina di seluruh negara. Turut dikuatiri kuali-kuali masakan digunakan bersama untuk memasak bahan biasa dan yang tidak halal.
3. Kedai Kopi Sinaran - Masih menggunakan cawan-cawan atau gelas-gelas minuman sejuk dari jenama arak yang dikuatiri turut digunakan semasa meminum minuman keras. Juga tiada jaminan kuali-kuali masakan mee tidak digunakan semasa memasak bahan yang tidak halal walaupun semasa kedai beroperasi, kuali tersebut hanya memasak mee hailam!
Apa yang saya kongsikan tidak lain dan tidak bukan sekadar pemerhatian sendiri yang pernah terjebak dengan fenomena atau ketagihan untuk makan di restoran-restoran begini. Sikap sambil lewa untuk mencari yang 'halalan toiyyiban' atau yang 'halal dan bersifat baik' menjadi pendorong utama kepada gaya hidup begini berterusan.
Semoga ada manfaat....
#fikir2kandanrenungkanbersama
#mencariyghalalantoyyibanituadalahsunbah#semogaAllahmengampunisanmerahmatikuta
No comments:
Post a Comment
Any comment? Please....