Thursday, 5 December 2019

MATAWANG KEDAH

MATAWANG KEDAH

Apabila tiba saja di Kedah sama ada melalui jalan darat atau udara, sila tukar matawang anda. Ini kerana Kedah menggunakan matawang sendiri.

Lima duit (lima det)=5 sen
Sekupang=10 sen
Lima belaih duit (lima belaih det)=15 sen
Dua kupang=20 sen
Suku=25 sen
Tiga kupang lima duit (tiga kupang lima det)=35 sen
Tengah dua ringgit=RM1.50
Dua ringgit tiga=RM2.30
Tengah dua ratuih=RM150.00
Tengah dua ribu=RM1500.00
Tak dak det sekepiang=muflis, 0 sen
Orang semekin, makan semekut, tidoq semejid=gelandangan

Ada duit belum tentu bahagia,
Takdak duit dah tentu tak bahagia...
[05/10, 11:44 am] +60 19-480 0052: ZON WAKTU KEDAH

Apabila anda berada di Kedah ingatlah bahawa anda sedang berada dalam satu zon waktu yang sangat berbeza. Berikut adalah zon waktu Kedah:

Subuh sepi'e = sebelum Subuh
Pagi buta = sebelum terbit matahari
Cerah tanah= sejurus terbit matahari
Pagi = sekitar jam 8 pagi ke atas
Rembang = tengah hari
lehoq = waktu zohor
beralih hari = tergelincir matahari
lembut panaih = selepas jam 3 ptg
teduh panaih = selepas asar
asaq = waktu asar
lepaih asaq = selepas asar
senja = hampir maghrib
merlop = sejurus sebelum maghrib
mengarit = maghrib
merlop buta = sekitar jam 8 mlm
isya = waktu isyak
jauh hari = jam 10 ke atas
sayup = hampir tengah mlm
Tengah malam = waktu masuk seghon

Pastikan anda tahu zon waktu anda ketika berada di Kedah. Jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri...

No comments:

Post a Comment

Any comment? Please....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...