Saturday, 29 June 2019

HARTA BATIL

Salam, kes2 yg dibincangkan dibawah (saya terima dari whatsapp) amat penting untuk kita fahami dan kongsikan bersama ahli keluarga & rakan2. Semuga Allah SWT melindungi kita semua dari terambil atau termakan secara sengaja atau tak sengaja harta2 tersebut.

“Persoalan Mengenai *Harta Batil* utk dikongsikan bersama...moga2 kita sama2 memperolehi manafaat drpdnya.....insya Allah...”

*Harta batil adalah memakan atau mengambil hak orang lain*...
...jom baca kisah2 benar.

*Kisah 1:*
Ali meninggal & mempunyai 5 anak...yg sulung lelaki....rumah pusaka masih atas nama si mati...rumah disewakan atas persetujuan semua dan setiap tahun buat kenduri adik beradik dgn duit hasil sewaan. Selepas beberapa tahun...tiada lagi kenduri adik beradik....duit pun tidak diagih pada waris...si abg hanya diam membisu.... Inilah dinamakan memakan harta batil...

*Kisah 2 :*
Hassan meninggal & meninggalkan 2 anak dari isteri A dan 6 anak dari isteri B. Si isteri B mengagihkan harta si mati kepada anak2nya sahaja manakala anak2 isteri A tidak mendpt hak mereka. Di sini isteri B dan 6 anaknya sudah memakan harta batil.

*Kisah 3 :*
Jalil meninggal. Sebelum kematiannya beliau telah bercerai dan mempunyai anak tunggal lelaki. Penama KWSP adalah ibu Jalil. Selepas mengambil 100% duit KWSP Jalil..si nenek berjumpa dgn bekas menantunya dan menyatakan arwah dah wasiatkan duit KWSP ke atas namanya jadi katanya duit tu haknya...1 sen pun dia xberi kepada anak lelaki tunggal simati. Si nenek itu sudah mengambil hak anak yatim (anak si mati) dan memakan harta batil.

*Kisah 4 :*
Haji Kassim meninggal & mempunyai 8 anak. Arwah mempunyai 15 relung tanah bendang. Tanah diurus si anak sulung (perempuan). Permulaan dgn persetujuan semua waris, duit hasil sewaan tanah bendang RM12k setahun digunakan utk baikki rumah pusaka. Selepas selesai baikki rumah pusaka...duit sewaan rumah tsbt, si kakak tidak agihkan kepada adik beradik yg lain...Bila ditanya katanya disedekahkan kepada masjid tanpa berbincang dgn adik2nya....Disini si kakak sudah pun mengambil hak org lain....harta batil.

*Kisah 5 :*
Anak sulung Haji Bakar meninggal dlm kemalangan dan mempunyai anak bawah umur. Haji Bakar adalah penjaga harta cucunya. Semua duit cucunya, Haji Bakar simpan di dalam Tabung Hajinya tanpa memberitahu kepada anak2nya yg lain. Selepas kematiannya...semua harta termasuk duit cucu di dalam Tabung Haji telah diagihkan kepada anak2 Haji Bakar. Di sini semua anak2 Haji Bakar dah pun mengambil hak anak yatim....harta batil.

*Kisah 6:*
Milah kematian suami dan mempunyai seorang anak perempuan. Insurans yg diambil atas nama bapa si mati. Selepas kematian, pihak insurans telah membayar pampasan kepada bapa simati & telah agihkan duit insurans tu kepada dirinya, isterinya dan semua anak2nya tanpa memberi kepada isteri si mati dan anak tunggal perempuan si mati. Di sini adik beradik simati bukan waris faraid tapi dah mengambil hak waris faraid.
Tlh ambil harta batil

*Kisah 7 :*
Hajjah Jamaliah meninggal & mempunyai 1 anak perempuan dan 3 anak lelaki. Salah sorang menantu perempuan arwah telah mengambil periuk dan set pinggan mangkuk yg cantik tanpa pengetahuan anak2 simati. Di sini menantu telah mengambil hak org lain. Harta batil jg..

*Kisah 8 :*
Haji Dollah mempunyai 7 anak....seorang dari anaknya suka meminjam wang dari Haji Dolah tanpa memulang semula...apabila Hj Dollah meninggal, si anak yg meminjam wang hanya diam tanpa memberitahu kepada adik beradiknya lain yg dia meminjam duit arwah. Hutang tersebut menjadi sebahagian dari harta pusaka si mati. Maka hidupnya berterusan dalam memakan harta batil.

Dan banyak lagi kisah2 yg saya perolehi dari mereka2 yg sering hubungi saya. Keadaan tsbt berlaku disebabkan perasaan TAMAK atau JAHIL DALAM ISU2 FARAID ataupun TIADA PESANAN ATAU WASIAT BERTULIS DIBUAT OLEH SI MATI.....

Tanpa disedari mereka telah memakan *harta batil* sebab bukan waris mendapat hak waris faraid. Semua nilah di panggil memakan harta batil.

Terus terang saya katakan terlalu ramai org kita hidup dlm memakan harta batil...HARTA HARAM...
JANGANLAH ROSAKKAN KETURUNAN KITA DEK KERANA HARTA BATIL...

Renung2...dan fikir2kan lah...
Apakah anda TERGOLONG DALAM GOLONGAN MEMAKAN HARTA BATIL???
Jika ya...jangan malu... PULANGKANLAH KEPADA HAK WARIS yg teraniaya...
Balasan bukan hanya diri anda sahaja tetapi seluruh keturunan anda....semua tu rahsia Allah....

Jom buatlah perancangan harta pusaka supaya anda mati penuh dengan kejayaan.

Bhg
Perancang Harta Pusaka

No comments:

Post a Comment

Any comment? Please....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...