Tuesday, 29 May 2018

💚Pieces of Life Lessons- Post-PRU💚

💚Assalaamualaikum wkth :

💚<<Pieces of Life Lessons- Post-PRU>>💚

👉Sayangnya Allah pada Tun Mahathir, Allah izinkan Tun hidup 93 tahun utk lihat segala kesilapan dia dan cuba memperbaiki balik segala kesalahan dan kesilapan beliau.

👉Sayangnya Allah pada Najib, Allah benarkan rakyat bersuara utk jatuhkan Najib agar tidak "terus berbuat dalam kesilapan dan kesalahan".

👉Sayangya Allah pada pimpinan Ulama', Allah berikan kemenangan pada beberapa buah tempat sebagai ruang rujukan dan teguran buat pimpinan yang diangkat.

👉Sayangnya Allah pada Malaysia, Allah angkat pimpinan2 yg disayangiNya utk mentadbir dan memperbaiki negara.

👉Sayangnya Allah pada kita, Allah TUTUP segala AIB, DOSA dan KEJAHATAN yg kita lakukan, Allah makbulkan doa2 kita walaupun kita tidak berhenti bersengketa dan bermusuhan.

👉Wahai diri, duhai sahabat, rakyat serta pimpinan,  berhentilah bertelagah. Kita memandang Tun Mahathir sebagai seorang tua yg tidak cukup waktunya. Namun kita lupa, Allah beri kita masa utk perbaiki segalanya bersama.. Rahmat Allah terlalu luas, keampunanNya tidak mengira siapa.. mengapa kita masih bersengketa? Maksumkah kita?

P/s: Sayangnya Allah pada kita, setiap kali kita memandang susuk Tun Mahathir, mata hati ini  tidak henti berkaca mengingatkan bahawa yg kami juga tidak punya banyak masa utk mengejar keampunanNya. Dan, suatu hari nanti kami akan tua juga, in syaa Allah.

👉Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang,
Ampunilah segala salah dan dosa kecil dan dosa besar kami yang terdahulu, terkini dan akan mendatang.

👉Sempena RAMADHAN al-Mubarak yang bakal tiba ini jadikanlah dalam kalangan kami hambaMu yang kesempatan terpilih dalam senarai keampunanMu, kerahmatan serta keberkatanMu selagi hayat kami di dunia fana dan d akhirat yang abadi kelak.

👉Ya Allah Ya Hayyu Ya Qayyum, terimalah ibadah kami yang semampu ini kami laksanakan. Jadikanlah kami yang terbaik daripada semalam dan jadikanlah esoknya lebih baik daripada hari ini.
Allahummaa Rabbanaa Aamiin. In syaa Allah Taala.

💚Salam Ramadhan al-Mubarak 1439H yang bakal tiba...
In syaa Allah. 💚
Cnp

No comments:

Post a Comment

Any comment? Please....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...