Sedikit ilmu👇
Emas putih ke Chrome...??!
Pegi kedai emas, tunjuk gelang...ada chrome putih...
Tokey cakap, "Amoiiii...ni talak laku....wa ambik mulah2 je ..kalo lu jual tempat lain...olang talak ambik"
😨😨😨😨😨😨😨😨😨
➡Orang kita...lbh percaya tokey cina...tak percaya dgn kita. Sebenarnya itu adalah strategi mereka utk untung lebih.
➡Sepatutnye emas yg ade calit putih tu sama je harga dia. Melainkn klu ada batu/pmata bru asingkn. Timbg emas shj
➡Yang calit² putih tu sebenarnya chrome. Bukan emas putih.
➡Chrome=saduran cat ke atas emas
➡Tukang emas letak chrome pada brg kemas untuk bg nampak cantik & up to date. Bila sampai masa...hilang cat chrome dan kembali kpd warna emas asal
➡Ramai org silap faham kalau brg kemas yg ade chrome tu, bila nak jual semula tak laku
➡Ramai jugak yg beranggapan brg kemas yg ade chrome tu lebih mahal dr yg tak ada chrome. Sepatutnya sama je
➡ Emas putih pulak adalah emas yg mengalami proses pelunturan atau 'bleaching'
➡Emas putih dicampurkan dengan logam Nikel utk nampak seperti platinum. Emas putih lebih murah berbanding platinum sbb platinum perlukan suhu yang tinggi utk leburkannya.
➡ Kualiti emas putih adalah 17K dan harga lbh rendah berbanding emas biasa. Emas putih x sesuai utk dibuat pelaburan kerana kadar spread boleh capai 70% bila dijual semula. Emas putih hanya sesuai sebagai perhiasan dan kenang²an.
➡Isu emas kemik & calar tak diterima pon sama juga. Kononnya tak laku & mereka ambil murah. Padahal nanti akan dipatahkan & dileburkan juga
➡Sebab tu ilmu penting. Bila kita ada ilmu x akan senang ditipu & dimanipulasi pihak lain.
➡Jom sama kita sebarkan info ini. Wujudkan masyarakat celik emas di kalangan kita.
No comments:
Post a Comment
Any comment? Please....