Buat isteri hebat yang diuji dengan suami...
Teruslah melangkah membina kehidupan yang lebih bermakna, jika suatu hari pasangan yang telah kita perjuangkan kehidupan perkahwinan bersama tetapi diuji dengan kecurangan atau disakiti dari segi penderaan fizikal, emosi dan sebagainya, usah terus mengorbankan kehidupan untuk seseorang yang tidak lagi mampu setia membina kehidupan menuju redha Allah bersama. Usah takut untuk melepaskan kerana hidup ini lebih indah untuk diwarnai dengan kecintaan buat ibu bapa, anak-anak dan orang yang lebih penting.
Andainya telah berusaha dengan pelbagai usaha, namun pengakhirannya tidak seindah impian kita, yakinlah Allah Maha Perungkai Segala Masalah. Serahkan segala kedukaan, keluh kesah, penderitaan dan semuanya kepada Tuhan Yang Maha Hebat.
Move forward. Jangan sesekali lemah dengan ujian dari seorang lelaki sehingga memusnahkan makna hidup kita yang sebenar apatah lagi jika kita mempunyai anak-anak. Teruslah membina dan mendidik anak-anak dengan penuh amanah serta kasih sayang yang mantap, yakinlah kebahagiaan hakiki itu dari Allah, Dia yang memberikan ujian, Dia jugalah yang boleh memberikan penyelesaiannya.
Anda tetap seorang wanita, isteri dan ibu yang hebat kerana mampu berdiri serta menjadi srikandi keluarga hingga ke saat ini. Jangan musanhkan keindahan dan kehebatan itu hanya kerana seorang lelaki yang GAGAL menghargai dirinya sendiri yang memiliki seorang insan sesetia anda.
#diarihatiseorangwanita

No comments:
Post a Comment
Any comment? Please....