Tuesday, 28 November 2017

#Throwback...Para Syahid Allah

*suratan atau kebetulan..satu ibrah utk di kongsi*

Assalamu'alaikum..

Allah..Allah..Allah, di pertengahan dinihari hari ini, masih berusaha mendirikan malam. Teringat anak2 tahfiz yg bersenang linang di dlm kubur masing2, walaupun di dunia sana ramai yg meratapi pemergian mereka.

Semalam dlm pd meraikan barokah hari jumaat di bulan mulia Ramdhan semalam, Tiba2 terpana satu peristiwa yg mengejutkan negara, van Maahad Tahfiz Al Hashimi Dato Adnan Hashim yg sedang dlm perjalanan menuju ke Madinah Ramadhan Kota Bahru utk Program Daurah Tafsir Al Quran   kemalangan di  kg telekong kuala krai. 6 meninggal.

Hebat susunan Allah utk menunjukan rasa kasihNya pada anak hafiz al quran ini, di matikan mereka pada hari penuh barokah (Hari Jumaat) di bulan penuh kemuliaan (bulan Ramadhan), dlm keadaan berpuasa dan dlm perjalanan menuju mencari ilmu agama.

Kita sekadar menjadi saksi pada benarnya hadis nabi..di petik dari kitab Sahih, Imam Al-Bukhari :

“Sebaik-baik kamu adalah orang yang belajar Al-Qur`an dan mengajarkannya.”

Sesungguhnya mereka ini adalah ahli alquran, berkorban segala kehendak masa remaja demi utk al quran. Inilah balasan yg Allah berikan spt yg di janjikan.."sebaik2 kamu" maka di berikannya sebaik2 kematian. Saya juga menerima salinan  whatsap mengenai keadaan mereka :

" dekat je dgn rumah sy tu kak leha, dlm 6/7 km..suami pi tadi tempat kejadian..ada petanda baik..darah anak2 yg meninggal tak berbau hanyir..malam mcm ada bau harum halus memasuki hidung..Allahuakbar"

Kita yang masih hidup ini..yg masih banyak dgn hasad dengki, hati penuh racun, nafsu penuh marah.. renungilah dan carilah sebesar2 ibrah di sebalik kejadian yg nyata tidak Allah jadikan sia2....utk mereka selamat di alam barzakh malah syurga menanti dan utk kita yg hidup pula, ambil pengajaran utk perbaiki diri..semoga penghujung kita juga "husnul". Tak tahulah..kalau ada yg tidak cemburu dgn kematian anak2 hafiz ini.

Utk lebih menyakinkan kita2 semua, sama2 kita renungi hadis2 ini.. semoga terpasang lah cita2 utk yg terbaek lalu membawa kpd berusaha dan berdoa utk ke arah husnul khatimah....

*kelebihan jika mati pada hari Jumaat*

Diriwayatkan oleh Abdullah bin Amr RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

Maksudnya: “Barangsiapa yang mati pada hari Jumaat atau malam Jumaat akan dibebaskan daripada fitnah (azab) kubur”

 *”Dan orang2 yg beriman serta beramal soleh, mereka itu penghuni surga; mereka kekal  di dalamnya.”*
(Al Baqarah : 82)

Kata ustaz;
" Janji Allah swt memasukkan sesiapa ke surgaNya tidak terbatas mati di bulan Ramadhan saja akan tetapi di semua bulan dan waktu, asalkan seseorang itu betu2 beriman dan beramal soleh.

Adapun keutamaan bagi yg meninggal dlm ada keadaan di riwayatkan bahwa Nabi saw bersabda,”Barangsiapa yg mengatakan Laa Ilaha Illalah dgn hanya mengharapkan redho Allah lalu meninggal dlm keadaan seperti itu;maka, dia masuk surga. Barangsiapa yg berpuasa suatu hari dgn hanya mengharapkan redho Allah lalu meninggal dlm keadaan seperti itu ;maka, dia masuk surga. Barangsiapa yang bersedekah dgn suatu sedekah dgn hanya mengharapkan redho Allah lalu meninggal dlm keadaan seperti itu;maka  dia masuk surga.”

*Perjalanan Mencari Ilmu*

Di perik dari sebahagian hadis :

"...Barangsiapa yang meniti suatu jalan untuk mencari ilmu, maka Allah memudahkan untuknya jalan menuju ke syurga.."

Allahurabi...semua itulah tanda kematian anak2 hafiz semalam adalah husnul khatimah yg bakal mewarisi syurga firdaus.

Kerana itulah seawal pagi terasa bagaimana riangnya mereka bersenda gurau sesama meraka berehat dari kerja2 mencari rahmat Allah dan bertemu dgn ahli2 syurga yg lain di alam barzakh yg sana. Ertinya.. tahanlah kesedihan wahai waris2 anak hafi al quran yg meninggal semalam kerna mereka menanti kalian utk memberi syafaat pula pada kalian di negeri abadi nanti.

 "Barangsiapamembaca Al Quran dan menghafalnya, maka Allah akan memasukkannya kedalam syurga dan memberikannya hak syafaat untuk sepuluh anggota keluarganya di mana mereka semuanya telah di tetapkan untuk masuk neraka."

Tinggal kita saja yg masih tidak tahu bagaimana saat khatam kita di dunia ini. Renung2kanlah

Selamat berpuasa, selitkan doa utk hari hari ke 8:

...YA ALLAH KURNIAKANLAH KPD KU D DLM RAMADHAN RASA SAYANG KPD ANAK2 YATIM, KEMAMPUAN MEMBERI MAKAN, MENEBARKAN SALAM DAN BERTEMAN DGN ORG2 YG BERAKHLAK MULIA DGN KEMURAHANMU..WAHAI TEMPAT BERSANDAR PARA PENGHARAP...



Monday, 12 June 2017

PAHALA DAN GANJARAN PUASA

PAHALA AMALAN DI BULAN RAMADHAN YANG DILIPATGANDAKAN

① BERPUASA
Mengerjakan puasa di bulan Ramadhan pahalanya akan dilipatgandakan dibandingkan dengan amalan lainnya, hal tersebut dikarenakan bulan ramadhan ialah bulan yang mulia, Allah menjadikan puasa ramadhan sebagai bagian dari rukun islam. Nabi ﷺ bersabda: ”Barangsiapa puasa saat bulan Ramadhan kerana iman & mengharap pahala dari Allah ﷻ, maka dosa² masa lalu akan diampuni.”
(HR Bukhari)

② SOLAT TARAWIKH & WITIR
Memang sholat tarawih dan witir ialah sholat sunnat. Namun Allah akan meredhai bagi umat islam yang mahu untuk mengerjakan sholat tarawih dan sholat witir di bulan suci Ramadhan tersebut. Tidak Cuma memperoleh pahala yang besar dan berlipat ganda saja, akan tetapi juga untuk menjalin silaturahmi kepada masyarakat atau tetangga lainya, karena sholat tarawih dan witir ini dapat dikerjakan secara berjamaah di masjid, sehingga Allah akan memberikan beribu berkah pada kaum muslimin. Dan sholat tarawih juga dapat menghapus dosa yang dulu pernah diperbuat.

③ TADARUS AL QUR’AN
Tadarus Al Quran ialah hal yang sangat dianjurkan pada dibulan suci Eamadhan. Sebab Allah akan memberikan pahala besar / berlipat ganda bagi orang yang bersedia membaca Ayat ayat dalam Al-Qur’an dengan cara memahami maksud dari ayat tersebut. Bahkan Allah memberikan satu kebaikan untuk satu huruf telah dilantunkan.

④ ILMU-ILMU AGAMA
Gunakan juga waktu luang anda untuk mempelajari & memperdalami ilmu-ilmu agama. Berilmulah sebelum beramal.

⑤ PERBANYAKKAN DZIKIR
Perbanyaklah sesudah sholat berdzikir kepada Allah ketika di bulan suci Ramadhan, karena bulan Ramadhan yakni bulan yang mulia, sehingga orang yang rajin berdzikir sesudah sholat maka pahalanya sangat besar, anda dapat berdzikir dengan asmaul husna yakni sifat sifat Allah yang baik.

⑥ PERBANYAKKAN BERDOA
Selain berdzikir maka wajib sekali memanfaatkan bulan suci Ramadhan ini untuk memperbanyak berdoa kepada Allah. Karena doa orang berpuasa dan sesudah puasa doanya tidak tertolak oleh Allah.

⑦ UMRAH
Umrah dibulan Ramadhan pahalanya senilai dengan haji, maksud senilai dengan haji yakni sama dan semisal dalam pahala, namun sebenarnya pahala haji itu lebih berlipat-lipat dari pada pahala umrah, karena haji ialah salah satu daripada Rukun Islam.

⑧ BERSEDEKAH
Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mulia dan penuh keberkahan, maka sebab itu manfaatkan bulan suci ini untuk membantu fakir miskin, maka insyaAllah akan dibalas Allah berlipat-lipat ganda dalam rezeki ataupun pahala.

⑨ ZAKAT FITRAH
Zakat fitrah ialah sedekah yang sangat wajib sekali bagi seluruh umat muslim, bagi yang sudah baligh maupun masih bayi berumuran seminggu wajib juga zakat fitrah. Adapun zakat fitrah yang bisa anda keluarkan yakni bahan makanan sehari-hari seperti beras, jagung, gandum dan lain sebagainya. Banyaknya zakat fitrah setiap orang diwajibkan kurang lebih 2,5 kg atau 3,5 liter. Zakat fitrah dapat dikeluarkan diakhir bulan puasa hingga tiba sholat Raya Idul Fitri.

⑩ I’TIKAF
I’tikah ialah mempunyai nilai sangat tinggi pahalanya, karena saat Nabi Muhammad ﷺ membangun rumah tangga bersama istrinya. Mereka selalu melakukan i’tikaf dibulan suci ramadhan. I’tikah di bulan suci Ramadhan mempunyai pahala yang akan dilipatgandakan terutama bagi umat muslim yang beri’tikaf di 10 hari terakhir bulan Ramadhan yakni bulan Lailatul Qadar, yang dimana semua doa, ibadah dan lain sebagainya akan diRedhai oleh Allah.

Bulan Ramadhan suatu bulan yang penuh hikmah, keberkahan dan mulia, dan bulan yang tidak boleh dilupakan mulianya bagi seluruh kaum muslim. Apalagi malam 10 hari terakhir yang terkandung peristiwa yang sangat mulia sekali yakni malam Lailatul Qadar. Jika beribadah dimalam itu, ia lebih baik daripada 1000 bulan ataupun 83 tahun 4 bulan. Semoga kita diizinkan Allah untuk bertemu malam Lailatul Qadar pada Ramadhan kali ini..Aamiin..

Wallahu A’lam ...

™◈〔فَاسْتَبِقُواالْخَيْرَات…✎〕◈

DIARI HATI SEORANG WANITA

Buat isteri hebat yang diuji dengan suami...

Teruslah melangkah membina kehidupan yang lebih bermakna, jika suatu hari pasangan yang telah kita perjuangkan kehidupan perkahwinan bersama tetapi diuji dengan kecurangan atau disakiti dari segi penderaan fizikal, emosi dan sebagainya, usah terus mengorbankan kehidupan untuk seseorang yang tidak lagi mampu setia membina kehidupan menuju redha Allah bersama. Usah takut untuk melepaskan kerana hidup ini lebih indah untuk diwarnai dengan kecintaan buat ibu bapa, anak-anak dan orang yang lebih penting.

Andainya telah berusaha dengan pelbagai usaha, namun pengakhirannya tidak seindah impian kita, yakinlah Allah Maha Perungkai Segala Masalah. Serahkan segala kedukaan, keluh kesah, penderitaan dan semuanya kepada Tuhan Yang Maha Hebat.

Move forward. Jangan sesekali lemah dengan ujian dari seorang lelaki sehingga memusnahkan makna hidup kita yang sebenar apatah lagi jika kita mempunyai anak-anak. Teruslah membina dan mendidik anak-anak dengan penuh amanah serta kasih sayang yang mantap, yakinlah kebahagiaan hakiki itu dari Allah, Dia yang memberikan ujian, Dia jugalah yang boleh memberikan penyelesaiannya.

Anda tetap seorang wanita, isteri dan ibu yang hebat kerana mampu berdiri serta menjadi srikandi keluarga hingga ke saat ini. Jangan musanhkan keindahan dan kehebatan itu hanya kerana seorang lelaki yang GAGAL menghargai dirinya sendiri yang memiliki seorang insan sesetia anda.

#diarihatiseorangwanita

Saturday, 3 June 2017

Fokus Ibadah

SELEPAS PENCEN, BARU SAYA MAHU FOKUS BERIBADAH.

Seorang pemuda berborak dengan seorang pakcik, usia pakcik tersebut sekitar awal 70an. Pakcik ini antara jemaah tetap setiap kali waktu solat fardhu di masjid.

PEMUDA: Seronok saya tengok pakcik, setiap kali solat fardhu mesti pakcik ada. Seronoknya kalau dapat istiqamah kan.

PAKCIK: Alhamdulillah, ini pun Allah yang mudahkan. Dah tua-tua ni, bukan nak kejar apa lagi, esok lusa sampai ajal, jumpalah dengan Tuhan.

PEMUDA: Alhamdulillah Allah panjangkan umur pakcik sampai sekarang. Mesti pakcik seronok kan, biasanya bila dah berusia, nafsu dunia pun dah berkurangan. Lebih mudah beribadat. Tak banyak fikir soal lain dah.

PAKCIK: Tidak nak.. kebanyakkan orang fikir begitu. Masa muda kerja kuat, kumpul harta, nanti dah pencen boleh tumpu pada ibadah. Kononnya jika sudah tua lebih mudah beribadah. Tetapi itu bukan realiti sebenar.

PEMUDA: Eyh kenapa pula pakcik, saya tengok ramai di masjid-masjid ramai orang tua. Ada yang terbongkok-bongkok pun tetap solat berjemaah. Kalau waktu muda memang susah sikit nak istiqamah solat jemaah, sebabnya banyak kerja 😔

PAKCIK: Yang kau nampak orang-orang tua di masjid tu berapa ramai ? 10, 15 orang ? Jumlah tu tak sampai pun 10% dari jumlah orang tua di kariah sini. Jika kariah ini ada 100 orang tua, mana lagi 80-90 orang-orang tua yang kau tak pernah nampak di masjid ni ?

PEMUDA: hmmm...

PAKCIK: Konsep dah tua baru nak beribadat ini adalah salahfaham terbesar dalam masyarakat zaman sekarang. Beribadah ini paling susah sekali ialah istiqamah.
Bayangkanlah berpuluh-puluh tahun kau mengejar dunia, solat & mengaji kau letak no 3 no 4 dalam hidup kau, selepas pencen kau ingat kau boleh automatik jadi ahli ibadah yang konsisten ?
Tidak nak..

PEMUDA: Tetapi bukan bila dah tua tak fikir benda lain ke kecuali nak tumpu pada ibadah ?

PAKCIK: Ibadah ini adalah hubungan kau dengan Tuhan. Ganjarannya tak nampak dengan mata kasar.
Bila dah tua baru nak mula belajar, kau kena tahu cabarannya lebih besar. Kau dah biasa solat berseorangan hujung waktu , tiba-tiba kau kena datang masjid ikut waktu.
Kau nak belajar Al quran pun masa tu merangkak mengalahkan anak kecil. Pakcik dah tengok banyak kawan-kawan pakcik yang berputus asa.
Masa mula-mula pencen, rajin ke masjid solat berjemaah & belajar mengaji. Tetapi lepas seminggu dua masing-masing dah mula putus asa. Akhirnya lebih selesa duduk di rumah bermain dengan cucu. Ada antara mereka lebih gemar habiskan masa di kedai-kedai kopi.
Kau kena tahu nak, di usia tua ini, kalau kau tak berubah, bagaimana cara kau hidup macam itulah cara kau mati.

PEMUDA: Tetapi kan pakcik, bukan hidayah itu Tuhan yang beri ke ?

PAKCIK: Memang betul hidayah tu Tuhan yang beri. Sebab itulah mereka merancang untuk tumpu ibadah bila dah tua. Walaupun Tuhan buka pintu hati kau untuk berubah, tetapi diri kau sendiri yang kena berusaha untuk berubah. Sebab tu pakcik cakap, cabaran bila dah tua baru nak mula beramal ini lagi susah sebenarnya. Cepat penat, ingatan tak kuat, cepat putus asa. Tambah lagi jika kau dah ada kehidupan yang selesa.
Ingat nak, dalam hidup kita ni berkali-kali Tuhan bukakan pintu hati kita untuk berubah. Tetapi yang payahnya itu ialah istiqamah. Jadi belajarlah solat di awal waktu dan jangan tinggal al quran setiap hari. Inshaallah jika sudah terbiasa ia akan kekal sampai akhir hayat.

Setelah tamat perbualan, pemuda itu pun pulang ke rumahnya. Sepanjang perjalanan dari masjid ke rumahnya yang mengambil sekitar 1KM, baru beliau sedar..
.
.
Benar kata pakcik tersebut, orang-orang tua yang melepak di kedai-kedai kopi lebih ramai dari orang-orang tua yang istiqamah di masjid.

Kepada sesiapa yang membaca kisah ini, doakan pemuda tersebut dijadikan dalam golongan yang menjaga solat & al quran. Semoga doa itu berbalik kepada Tuan/Puan juga.

Ramadan Kareem
Istanbul

DOA SELEPAS TERAWIH

DOA SELEPAS TERAWIH YG MENUSUK KALBU

Selepas solat Witir tadi, imam membacakan doa dalam Bahasa Melayu. Memang amat jarang sekali kita dengar imam baca doa dalam Bahasa Melayu. Amat tersentuh, menitis air mata apabila imam membacakan doa. Sewaktu moreh saya tanya imam, ambil mana doa tadi, JAKIM ke, Majlis Agama ke fikir saya dalam hati? Dia kata dia buat sendiri. Lalu saya minta dia hantarkan doa tersebut untuk tatapan kita, semua.

Sila baca dengan teliti dan penuh syahdu. Di bawah doanya;

Ya Allah…ya Rahman…ya Rahim…

Dalam dakapan Ramadhan yg suci ini, dengan rasa rendah diri, Kami yg kerdil dan hina ini memohon doa dgn penuh pengharapan kpdMu ya Allah… semoga Engkau sudi mendengar permintaan kami, krn sesungguhnya Engkaulah Tuhan yg Maha Mendengar.

Ya Fattahu ya 'Alim…
Ajarkanlah kami yg lemah ini utk melihat jln keluar dr semua masalah yg membelenggu kami, bukakanlah hijab kpd kami yg tak mampu melihat setiap kebaikan pd kejadian dan takdirMu. Ya Allah..takdirkanlah yg baik2 utk diri kami, Jgnlah kau menguji kami pd apa yg tidak mampu kami lalui.. Bukakanlah pintu2 rahmatMu utk kami ya Allah…

Ya Allah Rabbul Jalil….
Sejahterakanlah utk kami dgn kesihatan yg baik..supaya dgnnya kami dpt beribadah kpdMu. Ya Allah..ampunkanlah segala dosa kami, krn kami terlalu byk dosa kpdMu ya Allah…Kami lupa akan Engkau ketika sihat, kami ingat pdMu bila ditimpa sakit, Kami lupa kdpMu ketika senang, kami ingat pdMu bila dtg kesusahan. Kami lupa kpdMu disaat kami gembira, Kami ingat kpdMu ketika sedih dan kecewa, Kami habiskan usia muda dgn keseronokan dunia, kami mula mengingatiMu tika usia sdh tua.. justeru ya Allah...ampunilah semua dosa kami..berilah kekuatan kpd kami utk melawan hawa nafsu dan dunia yg sentiasa mlalaikan kami drp mengingatimu ya Allah…

Ya Allah…ya Rahman..ya Rahim…

Ampunkanlah dosa kedua ibubapa kami, setiap titik susu ibu yg mgalir dlm diri kami...kau gantilah dgn kebajikan utknya yg boleh mbawanya ke syurgaMu ya Allah...ya Rahman...pd setiap keringat yg mngalir pd tubuh ayah kami dlm mcari rezki kpd kluarga kami...kau gantikanlah dgn keampunan yg mbawa ke syurgaMu ya Allah. Sesungguhnya pengorbanan mereka tdk akan mampu kami membalasnya. Bahkan terkadang mereka hidup dlm kesusahan dan kesempitan, sdgkan kami berada dlm kesenangan dan kemewahan...Justeru kurniakanlah kpd kedua ibubapa kami tempat yg istimewa d syurgaMu ya Allah…..

Ya Allah….

Kami juga memohon ampun utk kaum kerabat kami, sahabat2 kami dan guru2 kami yg terlebih dahulu pergi meninggalkan kami kealam barzakh…golongkanlah mereka dlm org2 kau redhai…apabila tiba pula giliran kami menuju barzakhMU..maka Kau ambillah kami dlm keadaan yg baik2…dlm keampunan dan rahmatMu ya Allah…

Ya Allah ya Aziz…
Kurniakanlah kpd kami jiwa yg tenang dan tenteram…hiasilah hati kami dgn sifat syukur, redha, sabar, ikhlas, amanah dan bertanggungjawab…Kau jauhkanlah drp kami sifat ujub, riak, takabbur, fitnah, mengadu domba, sangka buruk dan khianat.

Ya Rashid…ya Rahman…ya Rahim..
Jika ada diklgan kami mereka yg diuji dgn kesusahan, maka kau bantulah mereka, permudahkanlah urusan mereka, jika ada d klgn kami mereka yg bersedih hati, berikanlah ketenangan dan jln kluar kpd mereka, jika ada d klgn kami sdg berhajat dgn keperluannya, maka tunaikanlah hajat mereka, dan cukupkanlah keperluan mereka, jika ada d klgn kami mereka yg diuji dengan sakit, maka kau sembuhkanlah mereka ya Allah…agar dapat beribadah bsama kami. Jika ada dklgn kami mereka yg derhaka kpd ibubapa atau terkurang dlm melayani mereka, maka kau ampunilah mereka, jdkanlah kami anak2 yg taat dan berbakti..sesungguhnya Engkaulah tuhan yg maha mendengar dan mengasihi…

Ya Allah ya Malikal Mulk…

Ya Razak..ya Fattahu ya 'Alim…
Kurniakan kpd kami rezeki yg halal lg dberkati dan jdkanlah dgn rezeki itu kami semakin dekat dgnMu..sebaliknya, jgnlah kau jdkan kami drp golongan yg lupa diri setelah mndapat padanya tempat kami mencari kehidupan, Elokkanlah urusan akhirat kami, yg padanya tempat  akan kembali utk selama2nya.. jdkanlah kehidupan kami ini sebagai tambahan segala kebaikan kpd kami, dan jadikanlah kematian sebagai ketenangan kpd kami dr segala kejahatan, Sesungguhnya kami ingin kembali kpdMu dgn jiwa yg tenang….

Ya Allah ya Zal jalali wal ikram…

Ya Allah….Jgnlah kau jdkan ramadhan ini sbg yg terakhir buat kami, temukanlah kami dgn Ramadhan yg akn dtg…
Tapi, Andai ini Ramadhan terakhir buat kami, jdkankanlah puasa kami sbg puasa yg Kau rahmati, jdkanlah ramadhan ini paling bererti, penuh dgn cahaya iman, menerangi kegelapan hati kami menuju redha serta kasih sayangmu ya Allah…jdkanlah Ramadhan ini sebagai penghapus dosa2 kami.. Ya Allah…temukanlah kami dgn lailatul qadr…pilihlah kami dikalangan hambaMu yg dpt beramal d mlm al-Qadr….Ya Allah..terimalah amalan kami..terimalah taubat kami..ampunkanlah segala dosa  kami...amankanlah kehidupan kami disana nanti yg kekal abadi…kurniakanlah kpd kami syurgaMu yg maha luas nikmatnya…

FIDYAH

Sedikit ilmu utk panduan kita

FIDYAH

Fidyah ialah denda ke atas seseorang Islam yang telah baligh kerana meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu atau pun sengaja melewatkan puasa ganti (qada’) bulan Ramadhan.

HUKUM FIDYAH

Hukum membayar fidyah adalah wajib. Ia wajib disempurnakan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan. Ia juga menjadi satu tanggungan (hutang) kepada Allah SWT sekiranya tidak dilaksanakan.


PROSEDUR MEMBAYAR FIDYAH

Perkiraan dan bayaran fidyah boleh dibuat di Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri-negeri.

Kadar bayaran fidyah berubah mengikut harga yang ditetapkan oleh pemerintah di sesuatu tempat. Pengiraan kadar fidyah berdasarkan kadar harga beras (makanan asasi penduduk). Beras fidyah tersebut hendaklah diagihkan kepada fakir atau miskin.

SEBAB-SEBAB DIKENAKAN FIDYAH

1.    Uzur menunaikan puasa wajib

Terdiri daripada golongan yang menghidapi sakit kuat dan tidak mempunyai harapan untuk sembuh, atau golongan tua yang tidak mampu berpuasa atau kedua-duanya sekali.

2.    Perempuan hamil

Dengan syarat dibimbangi akan keselamatan ke atas bayi yang dikandungnya seperti dikhuatiri berlaku keguguran. Golongan ini dikenakan membayar fidyah dan juga menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan.

3.    Ibu yang menyusukan Anak

Dengan syarat ibu yang merasa bimbang akan memudharatkan bayi yang disusuinya seperti kurang air susu atau menjejaskan kesihatan bayinya itu. Maka baginya menggantikan puasa yang ditinggalkan serta membayar fidyah.

4.    Orang yang telah meninggal dunia

Hutang puasa bagi mereka yang telah meninggal dunia hendaklah disempurnakan bayaran fidyahnya oleh waris-warisnya mengikut bilangan hari yang ditinggalkan sebelum pembahagian pusaka dibuat.

5.    Melambatkan Ganti Puasa (Qada’)

Mereka yang melambatkan ganti puasanya hingga telah melangkah tahun yang berikutnya (bulan Ramadhan), dikenakan denda membayar fidyah dan juga wajib menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan. Bayaran fidyah akan berganda mengikut jumlah tahun-tahun yang ditinggalkan.

TAKSIRAN FIDYAH

(Hari yang ditinggalkan) X (Tahun gandaan) X (1 Cupak) = FIDYAH

KADAR BAYARAN FIDYAH

Kadar bayaran fidyah bagi satu hari puasa yang ditinggalkan ialah satu cupak beras yang boleh dibuat zakat fitrah (1/4 gantang Baghdad).

Dalam bentuk nilaian, berdasarkan kepada kadar yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan sehingga tahun 1435H, secupak beras bersamaan dengan 567.5 gram dinilai dengan kadar RM1.80.

Contoh:

Jika seseorang meninggalkan puasa selama 3 hari dan tidak menggantikan puasanya sehingga 3 kali bulan Ramadhan, maka kadar fidyahnya ialah:

RM1.80 (1 cupak) X 3 hari X 3 tahun =RM16.20

* Jumlah hari puasa yang wajib di qadha tetap 3 hari sahaja. Hanya bayaran fidyah sahaja digandakan.

Sumber: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=923088867741683&id=155056204544957
SHARING IS CARING...


*SATU KEMATIAN DLM KEADAAN LEKA* - _DLM KEADAAN TIDAK BERSEDIA_.

Rancanglah kematian kamu dgn penuh bekalan utk perjalanan yg jauh.

Tolong baca sampai habis... Credit utk penulis 👇... Tak tau siapa yg tulis.....tp sgt tersentuh...

sekadar perkongsian & peringatan utk diri sendiri jugak...

 Assalamualaikum....

Sibuk kejar kehidupan dunia?
wang berguni pun x cukup!
Kerja sepenuh masa.
Rindu orang itu, orang ini.
Cemburu orang itu dengan orang ini. dengki hati jadi mainan

Lewat bangun solat subuh, tapi lebih risau lewat nak pergi keje. Tak risau sangat solat lambat. Balik rumah dah lewat, solat asar ke mana, solat maghrib ke mana.

Perut lapar, cari makanan. Duit takde, pergi bank. Rasa tak tenang, ada benda tak kena, pakai earphone, dengar lagu apa-apa. Duduk di kawasan lapang, tenangkan fikiran. Al Quran tak bersentuh, masjid tak jejak.

Benda sama lagi dibuat. Sambil online, tiba-tiba terbaca satu tweet,
"Buat apa pun, jangan lupa, Allah nampak semuanya. Malaikat mencatat."
Tanpa rasa tersentuh, hati mula kata, "Benda dah selalu diingatkan.

Aku tahulah Allah tu Maha Melihat. Malaikat tu sentiasa mencatat."
Teruskan dengar pula lagu Mr Saxobeat, online lagi. Main game.
Tanpa rasa diperhatikan, sebenarnya malaikat maut daripada pagi duk pandang kita.

Terbangun solat subuh lewat, Allah tahu. Malaikat kiri kanan tahu. Malaikat maut pun tahu.
Sambung dengar lagu Starships pula. Sibuk-sibuk dengar, mulut pun ikut sekali menyanyi.

Baca Al Quran? Ala nanti-nanti boleh.
Malaikat maut menjengah lagi.
Tiba-tiba terdengar azan. Tengah syok online ni. Tengok jam. Awal lagi. Teruskan online dulu, lagi sepuluh minit solatlah. !! sepuluh minit, tengok jam, cipta alasan lain pula. Sampai dah tinggal lima minit waktu nak habis, baru pulun lari pergi wudhuk, nak solat. Itu Alhamdulillah solat. Yang terus tak solat sebab alasannya dah terlewat? Guane tu?

Malaikat maut ziarah lagi.
Nasib tak nampak je malaikat maut tu. Kalau nampak, confirm masing-masing tak ada masa nak buat benda lagha. Setiap masa pun nak buat baik je.


Baru nak tutup mata, nak tidur. Tiba-tiba ada orang ketuk pintu. Ah sudah. Siapa pulak nak kacau aku ni.
"Nak apa?"
Kasar intonasi. Bengang kononnya ada orang kacau waktu mengantuk macam ni.
"Nak nyawa kamu. Masa kamu di dunia sudah tamat. Wahai anak adam, ini adalah waktu pertemuan kembali antara seorang hamba dengan Pencipta segala ciptaan"
Tergamam.

Ah Macam mana ni. Aku belum sempat baca Quran. Aku dah lama tak solat taubat. Solat aku yang lepas-lepas ni yang aku sengaja tinggal nak buat macam mana.
Mati mana boleh tangguh lagi. Aduh. *tepuk dahi*

Esok dah janji dengan kawan nak main futsal. Dah janji nak mesej awek. Esok kena hantar paper work, deadline. Macam mana ni.
Lalu malaikat maut pun masuk ke dalam bilik.
Dengan muka cuak, cuba merayu mohon ditangguhkan waktu mati. Kita lupa, malaikat maut itu sentiasa memerhati. Tunggu masa nak ambil nyawa.

Selama ni leka dengan dunia. Bila tiba hari kematian, baru yakin yang mati tu bila-bila. Tapi.... semuanya dah terlambat.
Jadi, mulai dari sekarang.

Rancanglah kematian sebaik-baiknya. Nak mati dalam keadaan sudah bertaubat, atau nak mati dalam keadaan sibuk buat maksiat?
Jga aurat wahai shabat2ku...  Tepuk dada, tanya iman.


Sebagai peringatan utk kita yg sering terleka dgn hal dunia..

KENTUT

*KENTUT*

Kentut adalah satu tanda bahawa badan anda telah menurunkan jumlah serat yang sihat dalam badan anda.

Selain itu, ia bermakna terdapat bakteria yang sihat dalam usus anda dan bahawa badan anda sedang berfungsi dengan betul. Jika kentut anda tidak berbau, jangan risau kerana ia juga adalah perkara yang normal.

Bau yang datang bersama-sama dengan kentut biasanya dari hidrogen sulfida, yang dipecahkan dari pelbagai makanan yang telah dimasukkan ke dalam badan. Apabila sedang dicerna, ia adalah sebahagian daripada proses dalam mewujudkan bau yang akan menemani gas yang anda lepaskan itu. Kini, terdapat pelbagai peringkat kentut berbau.

Menghidu Bau Kentut Busuk Orang Lain Mungkin Akan Membantu Seseorang Itu Untuk Hidup Lebih Lama
Menurut satu kajian, menghidu kentut orang lain akan membuatkan peluang anda untuk hidup lebih lama adalah tinggi. Ini kerana, bau metana dan hydrogen sulfida yang ada pada kentut seseorang itu sebenarnya membantu mengubah fungsi enzim dalam badan anda mengurangkan penyakit-penyakit seperti Dementia. Selain itu, kajian baru oleh Exeter University di England telah menjelaskan bahawa ia juga membantu dalam mencegah kerosakan mitokondria.

Bagaimana Pula Dengan Kentut Yang Terlampau Busuk?

Mungkin akan ada yang berfikir mereka sebenarnya tidak sihat disebabkan kentut mereka yang sangat busuk itu. Tetapi pada hakikatnya, ia adalah sangat baik dan bagus untuk anda! Bau yang terlampau busuk ini bermaksud diet anda adalah cukup dengan makanan yang menghasilkan hidrogen sulfida yang berat – yang biasa berlaku kepada orang yang mengamalkan diet tinggi dengan serat.

Makanan ini termasuk telur, kacang dan brokoli. Daging merah adalah makanan utama yang akan membuatkan kentut anda menjadi sangat busuk.
Satu-satunya masalah yang mungkin datang bersama-sama dengan kentut berbau adalah: ia akan berlaku serta-merta selepas anda mengambil apa-apa produk tenusu. Bagi kentut berbau selepas anda meminum segelas susu atau apa-apa bahan tenusu mungkin adalah tanda-tanda kepada intoleransi laktosa. Kentut berbau yang sangat kronik juga mungkin menjadi tanda kepada masalah gastrousus, seperti sindrom usus terganggu. Tetapi ini adalah kes-kes yang lebih jarang berlaku, kerana kentut berbau umumnya tanda usus yang sihat.

Kesimpulannya, biarlah kentut anda keluar dengan sepuas-puasnya dan yang paling penting sekali, jangan sesekali anda takut dengan kentut anda sendiri kerana pada hakikatnya, ia mungkin dapat membantu anda dalam melawan penyakit...

*😤🤧🤢

SEMOGA BERMANFAAT

Kata ulama, bacalah al-Quran sebanyak mana kita makan.

Jika kita makan sarapan pagi, tengahari dan malam, maka bacalah juga al-Quran pada waktu pagi, tengahari dan malam.

Makanan yang kita makan adalah untuk jasad yang akan hancur.

Manakala al-Quran yang kita baca adalah untuk roh yang akan terus hidup.

Sebelum menutup mata, usahakan hafal dan amal surah al-Mulk, al-Kahfi, dan al-Baqarah.

Ada hadis nabi saw yang menyebut tentang keutamaan surah-surah ini.

Dengan surah al-Mulk, kita selamat dari azab kubur. Hanya ada 30 ayat. Jika kita hafal sehari satu ayat, sebulan habis satu surah al-Mulk.

Surah al-Kahfi menyelamatkan kita dari fitnah dajal. Dan memberi cahaya dari hujung kaki sehingga ke langit di Padang Mahsyar kelak. Hanya ada 110 ayat. Lebih kurang 4 bulan, selesai hafal.

Surah al-Baqarah penyelamat kita ketika huru hara di Padang Mahsyar. Syaitan juga tidak memasuki rumah yang dibacakan al-Baqarah di dalamnya. Ada 286 ayat. Dalam setahun, boleh selesai hafal.

Jika kita belum boleh baca al-Quran, doa minta dengan Allah jangan matikan kita lagi malam ni.

Cari guru, dan belajarlah al-Quran.

Yang boleh baca al-Quran, bacalah selalu. Banyak manfaatnya lepas kita mati.

Mati hanya sekali. Lepas mati, ada orang minta mati lagi sebab tak sanggup dengan azab kubur dan pelbagai azab lagi di Padang Mahsyar dan di neraka.

Namun tiada mati lagi selepas itu. Yang ada cuma penyesalan kerana tidak bersungguh beramal soleh ketika masih ada peluang melakukannya.

- Ustaz Dusuki Abdul Rani.

SEMOGA BERMANFAAT....👌💜💚

😉Wonderful to read👍👍

Wonderful to read👍👍

A man married a beautiful girl. He loved her very much. One day she developed a skin disease. Slowly she started to lose her beauty. It so happened that one day her husband left for a tour. While returning he met with an accident and lost his eyesight. However their married life continued as usual. But as days passed she lost her beauty gradually. Blind husband did not know this and there  was not any difference in their married life. He continued to love her and she also loved him very much.
One day she died. Her death brought him great sorrow.
He finished all her last rites and wanted to leave that town.
A man from behind called and said, now how will you be able to walk all alone? All these days your wife used to help you.
He replied, I am not blind. I was acting,  because if she knew l could see her ugliness it would have pained her more than her disease. So I pretended to be blind. She was a very good wife. I only wanted to keep her happy.

Moral:- *Some times it is good for us to act blind and ignore one another's short comings, in order to be happy*


*No matter how many times the teeth bite the tongue, they still stay together in one mouth. That's the spirit of FORGIVENESS. Even though the eyes don't see each other, they see things together, blink simultaneously and cry together. That's UNITY." May Allah swt grant us all the spirit of forgiveness and togetherness*.

 1. _''Alone I can 'Say' but together we can 'talk'._
  2. _"Alone I can 'Enjoy' but together we can celebrate_

  3.  _'Alone I can 'Smile' but together we can 'Laugh'._

   *That's the BEAUTY of Human Relations. We are nothing without each other*
  STAY CONNECTED

            *QUOTE OF THE DAY*
_The razor blade is sharp but can't cut a tree; the axe is strong but can't cut the hair._
   *MORALS*; *Everyone is important according to his/her unique purpose,Never look down on anyone unless you are admiring their shoes*.

Info Berguna

*INFO BERGUNA*
••••••••••••••••••••••

*SAKIT DI BAHAGIAN BAHU*
●Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.

*KEBAS TANGAN*
● Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar

*KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN*
●Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.

*KEBAS KAKI*
●Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.

*SAKIT TAPAK KAKI*
●Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.

*SAKIT TUMIT KAKI*
●Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.

*RASA PANAS DI TAPAK KAKI*
● Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.

*GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI*
●Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).

*TANDA-TANDA DALAMAN  KEPALA*
_Secara amnya_, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.

*PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA*
●Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.

*PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA*
● _Bahagian atas_ . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
● _Bahagian bawah (tengkuk)_.
Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.

*SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA*
●Menandakan penyakit migrain.

*BISUL TERJADI DI KEPALA*
● Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.

*RASA PENING YANG MEMUSING*
●Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.

*MULUT/KERONGKONG/LIDAH LOYA/MUNTAH* . _Tanda penyakit lelah_. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.

*MUNTAH DARAH*
● _Darah merah_ : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan

● _Darah hitam_: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser...

*LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK* :
●Tanda sakit jantung.
_KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT_ . Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman

*KERAP KENCING*
●Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran

*AIR KENCING BERKAPUR*
●Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.

*AIR KENCING BERMINYAK*
● Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.

*AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT*
● Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.

*AIR KENCING BERDARAH*
● Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.

*CIRIT-BIRIT/KERAP BUANG AIR BESAR*
●Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.

*SEMBELIT*
Membersihkan toksin dari usus kecil.

*NAJIS BERDARAH*
● Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
● Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.

*NAJIS BERWARNA HITAM*
● Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.

*BADAN*
Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.

● Proses menyeimbangkan urat saraf.

● Menandakan luka di dalam badan.

● Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.

● Proses melancarkan pengaliran darah.

*BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH*  Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan

*BADAN TERASA PANAS*
●Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.

*BADAN TERASA RINGAN*
● Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

*RASA TAKUT MENGEJUT*
Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.

*CEPAT NAIK DARAH/MARAH*
..Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.

*RASA BIMBANG DAN TAKUT*
..Sistem paru-paru yang lemah.

*RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB*
.. Sistem jantung yang lemah.
.. Sistem saraf otak yang lemah.

Share...  disimpan juga tak ada gunanya, lbh baik  bantu di share... Selamatkan  nyawa sahabat kita.TQ

*PUISI UNTUK KITA SEMUA*

*Tersentuh Jiwa biar berulang kali dibaca*

*PUISI UNTUK KITA SEMUA*
*~(Khadijah Hashim)*

*Kita..*
*adalah..*
*Warga setengah tua..*
*Sisa2 pesona masih ada...*
*Senyum indah masih tersisa...*
*Canda ceria juga masih ada...*
*Muzik2 lama jadi teman setia...*

*Dulu berjuang bersama-sama..*
*Namun jalan hidup berbeda2...*

*Menjelang tua,*
*Whatsapp mempertemukan kita*

*Sambil mengenang masa muda yg pernah ada...*

*Mari kita nikmati masa ini bersama-sama..*

*Sebelum satu demi satu kita tiada...*

*Sebelum yg nyata ini menjadi fana...*

*Terima kasih sahabatku di masa muda...*

*Terima kasih    sahabatku di masa menjelang tua...*

*Yang saling memaafkan  dan mengerti arti persahabatan di usia senja.*

*Semoga tetap sehat, sejahtera dan bahagia...*

*semoga selamat di mana saja anda berada . entah bila kita dapat berjumpa..jangan kita sombong menyepi diri....bertanyalah khabar...memberilah Salam...walau secara maya ...peluang tak tentu bila*
...

*🌸Friends Forever🌸*

Thursday, 4 May 2017

CERITA SEDIH DAN MEMANG BERLAKU

CERITA SEDIH DAN MEMANG BERLAKU

Seorang guru selepas selesai makan malam telah memeriksa homework yang dibuat oleh anak muridnya. Suami cikgu asyik dengan smart phone main game ‘Candy Crush Saga’.

Semasa membaca nota terakhir si isteri mula menangis tersedu sedu.

Si suami bertanya, ‘kenapa awak menangis sayang?

Apa yang terjadi?’

Isteri: ‘Semalam saya bagi tugasan utk anak murid saya untuk menulis karangan pendek atas tajuk -Apa cita - cita saya-.

’Suami: ‘OK, tapi kenapa sayang menangis ?

’Isteri : ‘Tadi semasa saya semak karangan terakhir, saya sangat sedih dan terus menangis .

’Suami dengan rasa hairan: ‘Apa yang di tulis sehingga  membuat awak menangis?

’Isteri: ‘Abang dengar’

Cita cita saya ingin menjadi talipon pintar.

Ibubapa saya sangat sayangkan talipon pintar mereka .

Mereka mengambil berat dan amat sayang sangat pada talipon pintar mereka sehingga kan mereka lupa pada saya. Bila ayah pulang dari kerja walaupun dalam keletihan, ayah masih ada masa untuk talipon pintarnya bukan untuk saya.

Walaupun ibubapa saya sibuk dengan kerja lain semasa di rumah dan bila talipon pintar mereka berdering, dengan hanya sekali deringan sahaja mereka akan cepat mencapai talipon, tapi tidak untuk saya...walaupun saya sedang menangis .

Ibubapa saya main games bersama talipon mereka tidak dengan saya. Waktu mereka sedang bercakap dengan seseorang melalui talipon pintar mereka, mereka tidak pernah dengar pada apa yang saya katakan walaupun perkara yang amat penting.

Jadi, Cita-cita saya ingin menjadi talipon pintar.

Selepas mendengar karangan tersebut Si suami pun turut bersedih dan bertanya  isterinya, ‘siapa yang menulis?’

Isteri: ‘ANAK KITA’.

Tergamam si Suami.

Marilah kita letakkan ketepi  smartphone kita apabila kita bersama dengan anak-anak dan mereka yang kita sayangi !  Ajarkan juga hemah ini kepada anak -anak dan pasangan kita.

PERINGATAN BUAT DIRIKU, KAUM KERABATKU DAN MEREKA YANG AKU SAYANG. 😂😂😂

🌺 *Tazkirah*🌺🍃✍

🌺 *Tazkirah*🌺🍃✍

Jgnlah bebankan dirimu dgn kerisauan tentang dunia..
Kerana urusan dunia milik Allah

Jgnlah bebankan dirimu dgn kerisauan tentang rezeki
Kerana rezeki datang dr Allah

Jgnlah bebankan dirimu dgn kerisauan tentang masa depan
Kerana masa depan Allah sudah aturkan untukmu

Apa yg engkau patut risau hanyalah satu perkara saja, iaitu membuat Allah REDHA
kerana sekiranya engkau membuat Allah redha ...DIA akan redha padamu.  Apabila Allah redha padamu, DIA akan melindungimu dan akan mencukupkan keperluanmu..

In Sha' Allah...

✍📚📖📝🍃🌺🍃🌺🍃🌺🍃🌺🍃🌺🍃🌺

Kisah Tauladan Untuk Dijadikan Pengajaran!!

Pada zaman Imam Malik, terdapat seorang wanita yg buruk akhlaknya. Dia selalu tidur bersama lelaki & tidak pernah menolak ajakan lelaki (pelacur).

Tiba pada hari kematiannya, ketika mayatnya dimandikan oleh seorang wanita yg kerjanya memandikan mayat, tiba2 tangan si pemandi mayat itu terlekat pada batang tubuh jenazah wanita itu. Semua penduduk & Ulama' gempar akan hal itu. Mana tidaknya, tangan si pemandi mayat terlekat sehingga semua orang di situ mati akal untuk melepaskan tangannya dari mayat wanita terbabit.

Terdapat berbagai cadangan & pandangan untuk menyelesaikan masalah itu. Akhirnya ada 2 pandangan yg dirasakan sesuai tetapi berat untuk dijalankan. Pertama, memotong tangan wanita pemandi mayat dan yg kedua pula tanam/kebumikan kedua-duanya iaitu pemandi mayat & jenazah itu sekaligus. Oleh kerana kedua2 cadangan tersebut masih lagi kurang sesuai, salah seorang dari mereka memutuskan untuk meminta pendapat daripada Imam Malik. Imam Malik bukan calang2 orang yg memberi fatwa.

Apabila Imam Malik sampai dan melihat apa yg berlaku, Imam Malik bertanya kepada wanita pemandi mayat itu: "Apakah kamu lakukan/berkata apa-apa kepada si mati semasa memandikannya?" Perempuan memandikan mayat tersebut bersungguh-sungguh menjawab bahawa dirinya tidak berbuat/tidak berkata apa-apa pun ketika menguruskan jenazah.

Selepas diasak dengan berbagai pertanyaan dan takut tangannya akan dipotong/ditanam sekali dengan mayat, akhirnya wanita pemandi mayat itu berkata bahawa dia ada berkata: "Berapa kalilah tubuh ini telah melakukan zina sambil menampar-menampar & memukul berkali2 pada batang tubuh si mati." Imam Malik berkata: "Kamu telah menjatuhkan Qazaf (tuduhan zina) pada wanita tersebut sedangkan kamu tidak mendatangkan 4 orang saksi. Dalam situasi begini, di mana kamu nak cari saksi? Maka kamu harus dijatuhkan hukuman hudud 80 kali sebatan kerana membuat pertuduhan zina tanpa mendatangkan 4 saksi." Semasa wanita pemandi mayat itu dikenakan hukuman, bila tiba sebatan yang ke 80, maka dengan kuasa Allah SWT, terlepaslah tangannya dari mayat tersebut.

PENGAJARAN:
Jaga lidah, jangan sebarkan fitnah. Jangan bersangka buruk dengan kuasa Allah. Kalau kita tahu dia itu seorang pelacur sekalipun, tapi kalau kita tak pernah lihat, maka kita dilarang menuduhnya berzina.

Diharap kisah Imam Malik dan Pemandi Mayat ini dijadikan sebagai tauladan & ikhtibar. Kerana itu ingatlah, apabila kita membantu menyebar sesuatu perkara buruk dalam masyarakat, negeri atau negara, yg mana kita tidak menyaksi & tiada saksi, maka tunggulah suatu hari, kita akan menerima balasannya, walaupun peristiwa berlaku. Berhati-hatilah semua dan jangan terjerat dengan jarum-jarum kejahatan.

Kisah Tauladan Untuk Dijadikan Pengajaran!!

Sumber: Jemaah Tabligh Malaysia

**STROKE**

"S T R O K E"

```Pada satu ketika dimana Nabi Allah Sulaiman a.s duduk di singgahsananya,
Maka datang satu Angin yang cukup besar, maka bertanya Nabi Allah
Sulaiman``` *siapakah engkau......?.*

```Maka dijawab oleh Angin tersebut :``` *akulah Angin Rihul Ahmar....dan*
*Aku bila memasuki rongga anak Adam, maka lumpuh, keluar darah dari*
*rongga, dan apabila aku memasuki otak anak Adam, maka menjadi gilalah anak Adam.....*

```Maka diperintahkan oleh Nabi Sulaiman a.s supaya membakar angin
tersebut,maka berkatalah Rihul Ahmar kepada Nabi Sulaiman a.s bahwa:```
_Aku kekal sampai hari Kiamat tiba,tiada sesiapa yang dapat membinasakan Aku melainkan *Allah SW T*_.
_Lalu Rihul Ahmar pun menghilang._

```Diriwayatkan cucu``` *Nabi Muhammad SAW* ```terkena Rihul Ahmar
sehingga keluar darah dari rongga hidungnya.```

```Maka datang Malaikat Jibril kepada```
*Nabi SAW*  ```dan bertanya Nabi kepada Jibril.```

```Maka menghilang sebentar,lalu Malaikat Jibril kembali mengajari akan do'a Rihul Ahmar kepada``` *Nabi SAW* ```kemudian
dibaca do'a tersebut kepada cucu nya dan dengan sekejap cucu``` *Rasulullah* ```sembuh serta merta.```

Lalu bersabda *Nabi S AW :* _Bahwa barang siapa membaca do'a stroke/do'a Rihul Ahmar.....walau sekali dalam seumur hidupnya, maka akan dijauhkan dari penyakit_ *_ANGIN AHMAR_* atau
*_STROKE._*

*Do'a menjauhkan terhindar dari angin ahmar dan penyakit kronik :*

اللهم إني أعوذبك من الريح الأحمر والدم الأسود والداء الأكبر

*Allahumma inni a'uzubika minarrihil ahmar, waddamil aswad, waddail akbar....*
_*Artinya :*_
```Ya Allah Tuhanku lindungi aku dari angin merah dan lindungi aku dari darah hitam (stroke) dan dari penyakit berat.```

*Panjangkanlah ke Group Keluarga,Sahabat kita yang tersayang...agar kita semua  terhindar dari STROKE senantiasa dalam balutan sihat dan sejahtera.....!*

*Inshaallah*

*WAKE UP PARENTS*

*WAKE UP PARENTS*

Years back, *poor illiterate  parents* produced
🔹Doctors,
🔹Engineers,
🔹 Scientists,
🔹 Accountants,
🔹 Lawyers,
🔹 Architects,
🔹 Professors..,  whom I will refer to as *Group 'A'*.

These *Group 'A'* Children struggled on their own after Primary 6 or Grade 12, to become notable personalities. Most of them
👉trekked to school *barefooted*
👉 went to farms
👉fetched water and firewood
👉cared for domesticated animals
👉did some work including trading after school to survive.

Now Group 'A' ,who have now become Parents themselves are *producing  Group 'B'  Children*
These group B children are
🔹pampered
🔹 helped in their homeworks or home assignments from nursery school through secondary schools to higher institutions.
 🔹chauffeur driven to very expensive schools or are sent abroad to study.
🔹they can watch movies from morning till dawn after school.
🔹 they are treated like baby kings and queens.
🔹they don't do any household chores.
🔹Food is put on the table for them,
🔹their plates are removed and washed by parents or house maids.
🔹They are given expensive cars and clothes,
🔹not forgetting *big pocket money to be wasted* !!!.
🔹Their parents help them in doing their assignments.
🤔 In spite of all these, only few can *speak* or *write* correctly. 😏

🤔Group 'A' Parents  cared for their own *parents* and *children*, Group 'B',their Children are still *struggling to find their feet at age 30+*.‼️
🤔They find it difficult to do things on their own because they are used to being helped to think and doing things by Group 'A'. So they can't help themselves, their parents or the society. THEY ABANDON THEIR PARENTS IN THEIR BID TO ACQUIRE THE WORLD

😴 *Where do you belong*❓
🏮Reduce the pampering and the unnecessary help you offer your children.
🏮 Let your children *grow in wisdom, intelligence and strength*.
🏮Let them face the truth and the realities of life. Teach them to grow  to become *independent adults.* Teach them to
👉fear God,
👉respect  others and
👉 develop confidence in themselves.
🤔Parents, discipline your children to become disciplined adults, *useful* and not *useless.*

Share with all ur near ones  & make a difference in their lives... 😊👍👍

😳Tipah Tertipu lagi😳

Pau Ahmad : Tipah Tertipu lagi

Salam.. saja nak share..

Hari tu ada dokumentari kat NTV7 dlm bhs cina.. ttg bagaimana usahawan cina nak berjaya kat M'sia ni...
Rancangan tu interview taukeh PAU AHMAD.. mmg terkejut la tgk dari boss sampai pekerja yg buat pau tu semua bangsa cina..

Mainpoint yg rancangan tu nak highlight dari taukeh PAU AHMAD ni.. dia kata nak berjaya kat M'sia ni simple ja.. kena produce produk yg dapat status Halal.
Kalau tak rugila, coz penduduk sini ramai Islam & sentiasa cari produk Halal..

Satu lagi kenapa guna nama Ahmad.. dia kata senang nak ingat & nama tu nama Islam...

Ntah la.. rasa nak marah pun ada... rasa tertipu pun ada... tapi kebanyakan produk yg dpt status halal kat M'sia ni mmg pengasasnya Cina.
So.. kita kena lahirkan ramai lagi usahawan Islam.. Bumiputera yg boleh hasilkan produk berkualiti...

Cerita dari Saudara Mohd Hisham.... :

Salam Dato' dan semua sahabat,

Ini berkenaan semalam, saya bersama Dato' minum pagi di sebuah gerai, semasa hendak membayar minuman tersebut saya terlihat ada dua gerai yang menjual pau, jika tidak silap satu pau tersebut di tulis Pau Al-Ain dan satu lagi Pau Ahmad.

Secara spontan saya teringat, sewaktu pejabat saya di Bandar Teknologi Kajang, Semenyih. Semasa itu saya dengan seorang lagi rakan perniagaan Ustaz Ridzuan cuba mencari rakan-rakan bagi membangunkan pasar malam IKS di sekitar bandar kajang, bangi dan semenyih.

Semasa sedang mencari-cari rakan-rakan untuk membekalkan produk-produk halal kepada usahawan pasar malam tersebut terlihat dek kami kilang membuat pau iaitu PAU AHMAD. Dengan selambalah saya dan Ustaz Ridzuan masuk kekilang untuk berkenalan dengan Ahmad tuan punya kilang.

Bila masuk je yang menyambut kami adalah seorang perempuan Melayu yang bertudung labuh, alhamdulillah dapat lagi seorang usahawan melayu yang agak
famous juga sebab dah beberapa kali bila berhenti di R&R saya makan pau AHMAD nih.

Perempuan Melayu nih bertanya kepada kami nak jumpa siapa? Dan kami maklumkan kepada beliau yang kami nak jumpa Boss, dia agak hairan maklumlah Ustaz Ridzuan nih pakai serban dan saya pula bertali leher.

Pesan NENEK MANTOP! ---->> http://bit.ly/Z5Sxyy

Perempuan Melayu nih jawab, Boss tak ada di pejabat dia dah keluar dan kami minta kebenaran masuk ke kilang nak tengok, tetiba keluar seorang perempuan cina yang kemudiannya kami tahu rupanya dia adalah pengurus kilang.

Kami jadi was-was kenapa pula kilang macam nih ada pengurus cina dan kami di bawa masuk ke pejabat yang mana pandangan saya dan ustaz Ridzuan terpandang kepada Tok Kong yang ada dalam pejabat tersebut dan semua pekerjanya (ofis) adalah cina.

Kami kembali bertanya kepada pengurus cina tersebut, En. Ahmad pergi kemana? Dengan selamba dia maklumkan kepada kami bahawa En. Ahmad bawa Boss keluar.

Kami lagi bertambah konfius, wah kalau Ahmad bawa Boss siapa pulak si Boss nih? Kami bertanya lagi
itu Boss sapa nama? Alamak.... Boss Ah Chong rupanya... istigfar panjang Ustaz Ridzuan. Rupa-rupanya Pau Ahmad diambil sempena nama Driver dia. Aduh terkena lagi sebiji...

Tolong la share yer...korang tak geram ke?

AKIBAT SUKA SOLAT DIHUJUNG WAKTU

AKIBAT SUKA SOLAT DI HUJUNG WAKTU

Para Malaikat menyeretnya melalui orang ramai, menuju ke arah api neraka yang menjulang2.

Dia menjerit sekuat hati dan tertanya2 jika ada mana2 orang yang mampu membantunya.

Dia menjerit lagi sambil menyebutkan semua kebaikan yang telah dia lakukan; bagaimana dia sering membantu ibu bapanya. Bagaimana dia tidak pernah tinggal puasanya, tidak pernah tinggal solatnya, selalu bersedekah dan rajin membaca  al-Quran.

Dia terus menjerit lagi, namun tiada seorangpun tampil membantunya.

Para malaikat terus mengheret dia. Dan... mereka semakin hampir dengan kawah api neraka.

Dia menoleh ke belakang dan ini rayuannya yg terakhir. Dia teringat...

Tidak! Rasulullah SAW pernah bersabda;
"Bagaimana bersih seseorang yang mandi di sungai lima kali sehari dari kotoran, begitu juga bersihnya orang yang melaksanakan solat lima kali seharian daripada dosa2 mereka"

Dia menjerit lagi sekuat tenaga:
"Solat saya? Solat saya? Doa saya?"

Kedua-dua malaikat tidak berhenti, dan terus mengheretnya ke tepi jurang neraka. Bahang api neraka yang membahang terasa menyambar mukanya.

Dia menoleh ke belakang sekali lagi, tetapi matanya telah kering dari sebarang harapan dan dia tidak mempunyai apa-apa lagi yang tinggal di dalam dirinya.

Salah satu malaikat menolak dia masuk ke kawah neraka Jahannam. Dia mendapati dirinya terawang di udara dan sedang jatuh ke dalam kawah api.

Dia mandapati dirinya terus melayang dan akhirnya jatuh ke dalam kawah api neraka yg menjulang tinggi selama 70 tahun.

Setelah 70 tahun sengsara dibakar api, tiba2 terasa tangannya diraih oleh satu lengan.

Dia ditarik kembali ke atas.

Apabila dia mengangkat kepalanya, dia melihat seorang lelaki yang sangat tua dengan janggut putih yang panjang memegang tangannya.

Lelaki itu kelihatannya sangat daif.
Sambil menyapu debu di tubuhnya dia bertanya lelaki tua itu:

"Siapakah anda?"

Orang tua itu menjawab: "Aku lah solat anda"

"Mengapa kamu begitu lewat bantu saya?  Wahai solatku, saya telah terjunam ke dalam neraka selama 70 tahun! Kenapa setelah tubuh saya hangus dan hampir berkecai baru kamu datang selamatkan saya?? Kenapaaa...?."

Orang tua itu tersenyum sambil menggelengkan kepalanya, dan berkata:

"Adakah awak lupa? Selama hidup di dunia dulu awak sentiasa laksanakan saya pada saat-saat akhir!!"

"Setiap kali Maghrib awak beri tumpuan pada drama tv dulu..

"Zuhur awak lewat. Awak utamakan kerja dari saya. Asar dan Subuh selalu di hujung waktu.

"Awak ingatkah itu semua??"

Jerkahan lelaki tua itu mengejutkannya dari tidur...

Dia terjaga dan mengangkat kepalanya dari tidur. Seluruh tubuhnya basah oleh peluh ketakutan...

Ketika itu juga dia mendengar laungan  azan dikumandangkan menandakan masuknya waktu Solat Subuh.

Dia bangun dengan cepat dan
 mengambil wudhu. Dia berjanji tidak akan melengahkan solat lagi. Dia sedar kesalahannya kini. Dia telah mendapat petunjuk yang maha benar.

Kongsikan kisah ini kepada keluarga dan kawan2 anda. Mungkin anda boleh membantu mereka agar tidak melengah2kan solat lagi....

(-Petikan dari ceramah Ustaz Faqih Razak di Masjid Tanjung Piandang)

#selamatpetang

Perkara dalam hidup

*السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*
*Fahamilah 5 perkara dalam hidup kita:*

1. Apabila meninggal dunia ayah kita, maka matilah nasihatnya.

2. Apabila meninggal dunia ibu kita, maka terpadamlah cahayanya.

3. Apabila meninggal dunia abang kita, maka longlailah cita-cita kita.

4. Apabila meninggal kakak kita, maka hilanglah senyumannya

5. Apabila meninggal sahabat kita maka pudarlah sirna mata kita.....

Ketahuilah.... hidup ini sangat singkat untuk kedengkian, kemarahan, kebencian dan memutuskan hubungan kerana ESOK semuanya hanya tinggal kenangan.

Maka, senyumlah, maafkanlah sesiapa yang menyakitkan kita lantaran kita tidak tahu.... bila kita akan berangkat ' meninggalkan' dunia.

#sharing is caring

IBADAH HAJI SEBELUM TIDUR

IBADAH HAJI SEBELUM TIDUR

Jika kamu merasa bersyukur 👏 atas segala Rahmat Allah,
jangan sungkan
 
Tunaikanlah ibadah haji sebelum tidur....

Ini sangat menarik, tolong luangkan  2 menit saja untuk membacanya.

suatu hari Rasulullah SAW pernah
bersabda kepada Ali ( R.A. ) :
Wahai Ali, lakukanlah 5 hal ini sebelum tidur...

◆ 1. Berikan sedekah 4000 Dinar,      kemudian tidurlah.

◆2. Khatamkan Quran, lalu tidur.

◆3. Belilah surga, lalu tidurlah.

◆4. Perbaikilah hubungan dua orang  yang tengah berselisih,
kemudian tidurlah.

◆5. Tunaikanlah satu kali haji,
         lalu tidurlah.

Ali ( R.A. ) pun menjawab,
Ya Rasulallah !
Mana mungkin aku bisa melakukannya ?
Lalu nabi ( SAW ) menjawab :

◆4 kali membaca Al Fatihah adalah sama dengan sedekah  4,000 Dinar.

◆3 kali membaca surah Al Ikhlas  sama nilainya dengan menamatkan satu Al-Qur'an.

◆3 kali membaca Shalawat ( minimal membaca Sallalaho Alaihi Wa Salam ) adalah harga surga.

◆10 kali bacaan istighfar sama nilainya dengan menyambungkan silaturrahim dua orang yg berselisih.

◆4 kali membaca Subhanallah,
  Alhamdulillah, Laa ilaaha ilallah, Allahu Akbar sama dengan menunaikan satu kali Haji.

★Lalu Ali (R.A.) pun berkata, Ya Rasulallah ( SAW )!
Kini aku akan menjalankan semua
  nasehatmu ini sebelum tidur !

★Hanya butuh kurang dari lima menit untuk menjalankannya,
namun lihatlah semua kebaikan amalan tersebut!
Siapa tak ingin menorehkan semua kebajikan itu dalam buku catatan amal baiknya?

★untuk mengingatkan seseorang akan amalan ini, cara termudah adalah dengan menuliskan kesemua dzikir tersebut pada sehelai kertas, untuk dibaca sebelum tidur, dan tempelkan di dekat tempat tidur Anda, untuk dibaca 😊....
Dan tentu saja, dengan niat mengingat Allah ....

🌻Indahnya jika Anda mau berbagi tulisan ini ke sebanyak Muslim yang Anda kenal, karena jika atas usaha Anda seseorang menjalankan amalan2 ini, maka Anda pun akan menerima pahala dan kebaikannya ...
     In sya ALLAH.
     Aamiin...YaRobbal 'Aalamiin...

🌻Suratul Faatihah melindungi seseorang dari kemurkaan Allah

🌻 Surah Yasiin melindungi seseorang dari kehausan pada hari pengadilan.

🌻Suratul Waaqi'ah melindungi seseorang dari kefakiran dan kelaparan.

🌻Surah Al-Mulk melindungi manusia dari azab kubur.

🌻Surat Al-Kautsar melindungi seseorang dari kejahatan musuh.

🌻Surat Al-Kaafiruun melindungi dari kekafiran saat ajal menjemput.

🌻Surat Al-Ikhlaas melindungi seseorang dari kemunafikan.

🌻Surat Al-Falaq melindungi seseorang dari marabahaya.

🌻Surat An-Naas melindungi seseorang dari pikiran jahat.

🍁Seandainya seseorang mengindahkan amalan2 dalam pesan yang Anda kirimkan
ini dan mengamalkannya,
andapun akan meraih kebaikan karena telah menyampaikannya... 🍃

🌻Saran
Jangan tunggu nanti.
Kirimkan sekarang !
Semoga Allah melimpahkan kesuksesan untuk setiap orang yang telah mengamalkan dan menyampaikan pesan ini.
"Aamiin Yaa  Robbal Aalamiin "

Seloka Group Whatsapp

*Seloka Grup Whatsapp*

Kumpulan whatsapp berbelas-belas,
Rakan sekerja dan rakan sekelas,
Bertalu-talu tak sempat balas,
Mula-mula seronok bertukar malas.

Walaupun tua kembali muda,
Yang sudah bercucu, duda dan janda,
Berkongsi cerita bergurau senda,
Tersilap langkah masalah melanda.

Kadang-kadang ahli tidak peduli,
Menghantar khabar bertali-tali,
Gambar dihantar berulang kali,
Orang terima pun naik lali.

Setiap minit khabar dihantar,
Tidak berhenti berita disebar,
Minta kawan buat komentar
Lambat dibalas hati tak sabar.

Ada yang suka menunjuk hebat,
Setiap  isu diajak berdebat,
Ada yang marah dijawab lambat,
Menyinggung rasa rakan sahabat.

Ada yang cerita tentang keluarga,
Tak habis-habis menunjuk bangga,
Yang tak ada anak berhati curiga,
Keluar kumpulan barulah lega.

Oleh itu kita hendaklah peka,
Mesej dihantar tak semua suka,
Zaman berubah dah tua bangka,
Elak curiga dan buruk sangka.

Ada kebaikan wujud kumpulan,
Tapi biarlah ada kawalan,
Jagalah hati dan peribadi taulan,
Agar hubungan erat berkekalan.

Org pencen ada duitan..
Org kerja duit pun simpan...
Masa hidup hendaklah berkawan..
Bila berkawan jaga ucapan...

Sekadar ini seloka diberi,
Harap ada yang ambil perhati,
Jangan terasa diri diperli,
Hanya sekadar menghibur hati.

😁😅😃😂😄😆😬

Everything NEW


Nn

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia kepada semua pembaca budiman. Telah terlalu aku tidak bersiaran di sini. Kesibukan yang teramat sangat telah mengekang diri ini untuk meneruskan coretan walaupun cuma sepatah dua😉.

Namun hari ini dan di ketika ini, kerinduan untuk mencoret sebuah karya ringkas lewat kerjaya sendiri telah menarik jemari ini ke sini.  Bermula pada 01 Januari 2017, aku telah meneruskan tugasan mendidik di tempat baru sebuah sekolah di Bidor, Perak. SJKC Choong Hua 2 telah menjadi sekolah ke-5 dalam sejarah kerjayaku. Syukur alhamdulillah, permohonan eg-tukar yang telah ku isi pada bulan Oktober 2016 telah berjaya.

Sekolahku yang baru ini adalah sebuah jenis kebangsaan yang besar dan merupakan sekolah sjkc kedua terbesar di daerah Batang Padang.  Dengan kapasiti seramai 368 orang murid, 25 orang guru dan pentadbir serta 10 orang staf sokongan.  Sekolah ini ditadbir oleh seorang Guru Besar dan 3 orang Guru Penolong Kanan yang kesemuanya terdiri daripada guru wanita.

Alhamdulillah...para pentadbir, rakan-rakan seperjuangan, murid-murid serta staf sokongan yang ada di sekolah itu telah menyambut kehadiranku dengan senang hati dan gembira sekali.  Syukur padamu Ya Allah... Bersama-sanaku mengajar di sekolah ini ada 3 orang guru Melayu iaitu Pn Azlina, Cik Norasieda dan En Syafiq serta diriku sendiri.  Kami berempat adalah guru Melayu yang telah ditempatkan untuk mendidik murid-murid SJKC Choong Hua 2 dalam matapelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.  Semoga kami terus istiqamah dengan tugas dan tanggungjawab kami dalam mendidik anak bangsa yang dikasihi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...