Thursday 9 June 2016

^^Suatu Pemergian Yang Tiada Berganti...

Assalamualaikum warga pembaca sekalian. Lama sungguh saya tidak bersiaran. Kesibukan yang melanda serta gangguan talian internet yang kerapkali berlaku di kawasan kediaman saya adalah antara sebab-sebabnya. Walaupun hati ini kerap meronta untuk menulis, namun semua itu terpaksa dipendamkan sahaja. Bersabar perlu sentiasa berada pada tahap maksima.

Hari ini.. Saya bersyukur kehadrat Allah kerana dengan izin dan limpah kurniaNya, saya dapat menyambung kembali tulisan dan coretan di blog kesayangan saya setelah hampir 7 bulan menyepi. Terima kasih Ya Allah atas peluang dan ruang ini. Dalam 7 bulan menyepi, terlalu banyak peristiwa dan aktiviti yang telah dilalui dan diikuti sama ada secara bersendirian, bersama rakan sekerhaya mahupun bersama keluarga dan sanak saundara. Tahun 2016 adalah tahun yang penuh dengan cabaran, dugaan dan juga tahun kenikmatan dlm hidup saya.

Dugaan yang amat besar bagi diri en hubby & keluarga serta diri saya sendiri adalah kehilangan sebuah keberkatan hidup kami iaitu pemergian bonda mertua tersayang mengadap Ilahi. Tanggal 01 Jun 2016 tepat ham 7.25 mlm di Wad ICU @ Unit Rawatan Rapi Hospital Skim River, Perak bonda tersayang telah menghembuskan nafas terakhir setelah berada di Wad tersebut selama 8 hari. Sesungguhnya kehilangan beliau teramat besar kesannya kepada kami sekeluarga. Namun begitu, kami redha dan pasrah dengan takdir yang telah ditentukan Allah ini. Semoga roh bonda tersayang bersemadi dengan tenang dan aman di sana bersama para shuhada' dan orang-orangvyang beriman...Al-Fatihah...Penergian ibu saudara en hubby pada tabggal 23 Januari 2016 juga merupakan kehilangan besar kepada kami dan keluarga sebelah arwah ayahanda mertua saya. Setiap yang hidup pasti akan mati...dari tanah kita datang, kepada tanah jua kita kembali...


انا لله وانا اليه راجعون..
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهاُ وَارْحَمْهُا وَعَافِهاِ وَاعْفُ عَنْهاُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهاُ وَوَسِّعْ مُدْخَلَهاُ وَاغْسِلْهاُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ وَنَقِّهاِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ الأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ وَأَبْدِلْهاُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهاِ وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهاِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهاِ وَأَدْخِلْهاُ الْجَنَّةَ وَأَعِذْهاُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ َوْ مِنْ عَذَابِ النَّارِ .





Allahyarhamah bonda mertuaku ..Hjh Rokiah binti Mohd Noor dan allahyarhamah  ibu saudara ...

No comments:

Post a Comment

Any comment? Please....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...