Thursday, 6 March 2014

Mustafa Kemal Ataturk (PART 2)

Ucapan Mustafa Kemal Ataturk

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Jika sebelum ini aku telah kongsikan bersama kisah Mustafa Kemal Ataturk ini (klik sini untuk mengetahuinya), kini aku ingin kongsikan pula teks ucapan yang disampaikan olehnya pada 20 Mei 1923 di hadapan ribuan tentera Turki dan kumpulan kaum-kaum sekular, munafikin dan musyrikin yang digerakkan oleh kaum Freemason di bawah naungan Persepakatan Yahudi Dunia (Zionis) di hadapan Ayasofia juga disebut Hagia Sofia.—————————————————————————————Dengan penuh angkuh, samseng dan murtad, Mustafa Kemal Ataturk berkata:
“Wahai bangsa Turki! Mari kita ke depan melepaskan bunyi tembakan dan peluru kemenangan dan meruntuhkan dan memusnahkan segala kejahatan dan kezaliman Khalifah serta penipuan dan pembohongan yang diperlakukan oleh kumpulan manusia iblis yang menyamar sebagai ulamak, cerdik pandai, cendekiawan, dan penerus ajaran Muhammad dan kita lihat bagaimana ajaran ini yang dipanggil oleh mereka sebagai Islam adalah ajaran yang dipenuhi dengan tipu helah, tipu daya dengan melaungkan slogan-slogan yang entah dari mana bukti kesahihannya hanya semata-mata untuk membohongi kita agar kita takut kepada neraka dan kita semua terpedaya dengan janji syurga yang mungkin tidak pernah wujud.
Namun, kenapa kaum yang menyamar di sebalik janggut dan jubah, bacaan dalam bahasa Arab yang kita tidak fahami sepenuhnya, berkumpul di masjid menghabiskan masa dan kemudian keluar menipu sedangkan mereka merampas harta dan hidup bermewah.
Wahai kaum Turki! Nah! Kami akan membawa kamu ke jalan baru di mana kita akan bebas dari koleksi kaum penipu ini dan sesungguhnya merekalah yang sekian lama berbuat jahat dan khianat, berbohong dan berdusta yang akan masuk neraka dan kita yang berkumpul hari ini untuk berjuang membinasakan mereka akan menuju ke syurga dan sudah pastinya syurga itu ada dalam ciptaan kita”.

Mustafa Kemal Ataturk

السلام عليكم
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Mustafa Kamal Ataturk. Nama yang pertama kali aku temui di dalam buku sejarah. Dikenali sebagai seorang lelaki yang telah ‘memodenkan’ negara Turki. Secara umumnya, bolehlah aku – yang masih ber’hingus’ dan hanya membaca buku sejarah untuk mendapatkan ‘A’ dalam subjek sejarah – aku menerima kehadiran insan itu sebagai seorang yang telah berjasa dan berbakti kepada agama, negara dan bangsanya pada ketika itu. Jangkaan aku meleset sama sekali setelah aku mengetahui siapakah dan apakah peranannya di dalam menjatuhkan sistem khalifah yang pada masa itu berpusat di kerajaan Turki Uthmaniah.
Di atas segala kesalahan yang telah dia lakukan, sudah pasti kematian yang menimpa dirinya teramatlah dahsyat. Ingin tahu bagaimana dia menghadapi hari-hari terakhir dia? Ingin tahu apakah kesalahannya? Inilah antara yang aku kongsikan kepada kalian untuk entri kali ini.
Gambar dari wikipedia
———————————————————————————————————————————————————————————————————————————–
Mustafa Kemal Atatürk adalah pengasas Republik Turki . Beliau merupakan pegawai tentera, pemimpin revolusi, negarawan dan presiden Turki yang pertama.
Mustafa Kemal telah membentuk semula aspek kehidupan rakyat Turki agar sesuai dengan tuntutan semasa yang kemudian dipanggil ideologi Kemalist. Ideologi ini bertujuan menyediakan Turki ke arah negara moden, demokratik dan negara sekular , positif dan bertindak rasional.
Beliau memerintah dari tahun 1918 hingga 1934. Beliau adalah seorang negarawan yang berkebolehan dalam bidang politik. Memeperkenalkan sistem politik sekularisme, beliau ‘berjaya’ meruntuhkan empayar Turki Uthmaniyyah. Mustafa Kamal Ataturk meninggal dunia pada tahun 1938 dan telah dikebumikan di sebuah makam di Ankara iaitu ibu negaranya.
Keingkaran dan kejahatannya menentang Al-Quran dan Sunnah di zaman moden ini telah diabadikan dalam sejarah sepertimana terabadinya kejahatan Namrud dan Firaun yang menentang ajaran Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Musa a.s. dalam Al-Quran. Al-Quran telah menerangkan bagaimana bentuk pembalasan yang Allah telah turunkan kepada Qarun, Firaun dan Abu Lahab. Allah menghinakan mereka kerana penghinaan mereka terhadap hukum Allah.
Cara kematian yang Allah telah datangkan kepada mereka amat tragis sekali. Mereka mati dengan cara yang aneh sekali. Contohnya Namrud, mati kerana sakit otak akibat dimasuki oleh seekor nyamuk melalui telinganya. Setiap kali ia menjerit, doktor peribadinya memerintahkan dipukul kepalanya dengan kasut untuk mengurangkan kesakitannya. Setelah lama bergelut dengan sakratul maut, akhirnya beliau mati dalam keadaan terseksa dan terhina. Begitu juga dengan Firaun yang mati lemas di dalam laut. Begitulah juga yang terjadi kepada Mustafa Kemal Ataturk.
Ataturk di akhir usianya sering ke kasino dan parti, berlagak seperti orang sihat, tetapi bila pulang menjadi begitu keletihan dan kelesuan. Beliau diserang dengan penyakit radang paru-paru (pneumonia) selepas menghadiri parti tari menari buat kali terakhir di Bursa.
Ada juga pakar jiwa yang mengatakan sikap Ataturk yang kuat minum (walaupun tahu itu adalah berbahaya) ialah tindakan membunuh diri. Ketika tibanya tahun 1937 telah berlaku suatu perubahan fizikal yang sangat ketara kepadanya. Beliau menjadi lebih cepat letih dan penat. Wajahnya kelihatan pucat, kuning, sering sakit kepala, demam dan cepat marah. Waktu itu beliau sangat takut tinggal keseorangan dan sangat marah bila ditinggalkan bersendirian. Orang kanan Ataturk, Celal Bayar, mengatakan Ataturk mudah naik darah dan sering kebimbangan di akhir hayatnya. Beliau menjadi nyanyuk. Árahannya bertukar-tukar dengan sekejap masa.
Kamal Ataturk juga takut kehilangan kuasa. Walaupun beliau telah memberi kepercayaan kepada Perdana Menterínya, Ismet, untuk mengendalikan urusan negara sewaktu beliau uzur, tetapi hatinya dipenuhi kebimbangan terhadap kekuasaan yang dirasakan bakal hilang. Waktu itu beliau selalu mengeluh kebosanan dan merasakan dirinya terpenjara.
Sebelum tiba saat matinya, ia telah dibelasah habis-habisan oleh berbagai bala yang ditimpakan Allah. Beliau rasa terlalu tidak berdaya, demam, kulit kekuningan, gatal gatal, darah tinggi, luka-luka pada saluran darah di hati, urat saraf di bahagian perut membengkak, pendarahan dalam tubuh, urat-urat timbul dan bengkak-bengkak. Menjelang musim panas tahun 1938, seluruh badannya tidak berfungsi lagi. Keadaan tetap tidak berubah walaupun doktor pakar didatangkan dari Perancis. Doktor pakar mengalami masalah mengubatnya kerana Kemal Ataturk terlalu degil untuk mematuhi arahan mereka supaya tidak minum arak. Penyakit-penyakit yang dideritainya menyebabkan terkumpulnya cecair di perut, buah zakar dan zakarnya.
Rupa Kemal Ataturk menjadi hodoh dan mengerikan. Bahagian perutnya bengkak, ototnya kendur dan beliau mengadu sukar untuk bernafas. Dia juga merasa panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau. Maha Suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.
Hal ini telah dinyatakan oleh Lord Kinross: “But the rooms of the palace proved almost as hot, and everyday firemen came to spray water on the outside walls of Ataturk bedroom“.
Allah itu Maha Besar, panasnya tak juga hilang! Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas lalu dia sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan. Pada 9 November, beliau mengalami koma kali kedua. Dan sewaktu itulah air dalam perutnya disedut keluar. Beliau kemudiannya tidak sedarkan diri selama 36 jam dan akhirnya terus meninggal dunia.
Cara kematiannya begitu menghinakan sekali. Begitu juga selepas kematiannya. Mayatnya diperlakukan dengan begitu hina sekali. Ia tidak dimandikan, dikapankan, disembahyangkan dan dikebumikan dengan secepat mungkin seperti yang dituntut oleh ajaran Islam. Tetapi sebaliknya, mayatnya diawetkan dan diletakan di ruang takhta di Istana Dolmabahce selama 9 hari 9 malam.
Selepas 9 hari, barulah mayatnya disembahyangkan, itupun setelah didesak oleh seorang adik perempuannya. Kemudian mayatnya telah dipindahkan ke Ankara dan dipertontonkan di hadapan Grand National Assembly Building. Pada 21 November, dipindahkan pula ke sebuah tempat sementara di Muzium Etnografi di Ankara yang berhampiran Dewan Rakyat.
Lima belas tahun kemudian iaitu pada tahun 1953, barulah mayatnya diletakkan di sebuah bukit di Ankara. Mayat Ataturk tidak pernah dikebumikan. Sebenarnya, mayatnya tidak diterima oleh bumi. Oleh sebab itu mayatnya tidak dapat dikebumikan. Tiada tanah yang layak untuk menjadi kuburnya. Akhirnya sebuah lembaga khusus ditubuhkan untuk menangani masalah ini.
Lembaga itu telah memilih Bukit Rasattepe di Ankara untuk menempatkan batu marmar seberat 44 tan di bahagian atas sementara mayat Kamal Ataturk ditempatkan di bahagian bawah binaan dua tingkat itu. Tetapi untuk melindungi keaiban ini, penyokong-penyokong Ataturk menyifatkan hal itu sebagai gambaran betapa rakyat Turki masih mengharapkan “kepulangannya” kerana tidak mahu menghempap badannya dengan batu marmar tersebut. Sebenarnya mayat Ataturk dimuntahkan semula oleh bumi setiap kali hendak dikebumikan.
Inilah akibat menentang kebenaran. Kebenaran itu dari Allah. Sesiapa yang menentang Allah akan musnah.
Musnah mengikut cara yang kadangkala tidak terfikir oleh manusia.
————————————————————————————————————————————————————————————————————————————-
Dosa-dosa Mustafa Kemal Ataturk
1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt.
2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi (sesuai dengan kehendak barat)
3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di sebuah parti umum yang pertama di Ankara.
4. Beliau pernah menegaskan bahawa “negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden”
5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.

6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki
7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
8. Mengambil arkitek-arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya diseluruh bandar Turki.
9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.
10. Agama Islam juga dibuang sebagai Agama Rasmi negara.
11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan
12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.
13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.
14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.

16. Membatalkan undang-undang waris, faraid secara Islam
17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.
18. Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya “Siapa tuhan dan di mana Tuhan tinggal?”. Oleh kerana takut, askar tersebut menjawab ‘Kamal Atartuk adalah Tuhan”. Beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.
Klik untuk membaca ucapan Mustafa Kemal Atarturk

No comments:

Post a Comment

Any comment? Please....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...