PERCAYA JANJI ALLAH
وَعَدَ اللَّهُ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا وَمَسَاكِنَ طَيِّبَةً فِي جَنَّاتِ عَدْنٍ ۚ وَرِضْوَانٌ مِّنَ اللَّهِ أَكْبَرُ ۚ ذَٰلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ
Allah menjanjikan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, (akan beroleh) Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka kekal di dalamnya dan beroleh tempat-tempat yang baik di dalam "Syurga Adn" serta keredaan dari Allah yang lebih besar kemuliaannya; (balasan) yang demikian itulah kejayaan yang besar.
( Taubah : 72 )
ULASAN AYAT:
1. Percayalah kepada ALLAH. Jangan ada keraguan sedikitpun di hati kita. Mungkin apa yang kita peroleh saat ini adalah mengikut dengan apa yang kita inginkan. Yakinlah bahawa itulah yang terbaik buat kita. ALLAH sangat sayang kepada hamba-hambanya yang berbuat baik.2. ALLAH memang tidak selalu memberikan apa yang kita inginkan. Namun Dia akan memberikan apa yang kita perlukan. Semua keperluan sebagai bekal kita di dunia dan untuk bertemu denganNYA sudah tersedia Dia berikan. Hanya kita sahaja yang tidak melihat bahkan tidak peduli dengan segala ketentuan dan pemberian ALLAH tersebut.3. Jadi, berdoa dan berbuat baik adalah kuncinya. Setelah itu, serahkan semua kepada ALLAH Yang Maha Adil. Boleh jadi kita tidak akan menerima imbalan di dunia. Hadiah tersebut akan kita terima di akhirat kelak. Dan yakinlah, hadiah itu pasti lebih indah dari dunia dan isinya. Iaitu Pertemuan dengan ALLAH. WALLAHU’ALAM
Salam dan selamat berkenalan dariku yang serba baru di alam Blogger ini...sebenarnya hasrat untuk mencipta blog sendiri telah lama diimpikan tetapi oleh kerana bbrp halangan tertentu, maka hasrat itu tergendala sehinggalah kini saya telah temui masa dan keadaan yang sesuai...alhamdulillah. Semoga apa yang dibaca dan perolehi dari blog saya ini dapat dimanfaatkan bersama dan menjadi panduan dan tauladan untuk kehidupan kita seterusnya. Sekian dan salam kenalan dari saya....LaiLy WaHab!
Wednesday, 18 July 2012
PERCAYA JANJI ALLAH
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Any comment? Please....