Friday, 27 April 2012

JADILAH KITA ISTERI YANG PALING BAHAGIA

WARKAH UNTUK SANG BIDADARI SEPERTI KITA.

Wahai isteri yang sentiasa mencari ketenteraman hidup dan kebahagian yang berpanjangan.

INGATLAH...: Sesungguhnya suamimu bukanlah Rasulullah saw dan akhlaknya jua tidak setara dengan akhlak Baginda.Lantas engkau juga bukanlah makhluk Allah yang paling dicintainya. Sebagaimana Aisyah ra menjadi manusia yang paling dicintai Rasulullah saw pun disiram dengan api cemburu,makaberhati-hatilah dengan bahana api cemburu.

Waspadalah juga wahai sayap kiri untuk lelaki,jangan sesekali engkau memuji lelaki lain dihadapan suamimu atau engkau ceritakan perihal lelaki lain kepadanya.Atau kau mengagumi cara berpakaian lelaki lain,tutur bicaranya atau kelebihannya.

Sesungguhnya kaum lelaki terlalu membenci semua perkara itu..Mereka akan rasa tercabar dan tercalar kewibawaannya. Meski pun dia sendiri yang meminta berbuat demikian sehingga bersumpah tidak akan cemburu, ingatlah jangan sesekali kau lakukan kerana dia akan ingat sepanjang sepanjang hayatnya.

Wahai isteri,ketahuilah sesungguhnya tersemat dikalbu lelaki agar tidak ada dalam dirimu yang lebih baik melainkan dirinya sahaja.

Wahai isteri yang tercinta,
Sesungguhnya suamimu tidak akan mencari wanita lain didunia ini . Dia telah berusaha untuk mendapatkan dan memilikimu.Dia bekerja untukmu, hidup untukmu dan ingin hidup semati denganmu,bukan dengan orang lain. Maka bertaqwalah engkau kepada Allah dan berusahalah untuk sentiasa benar.

Percayalah kepada suamimu, setelah engkau percaya kepada Allah yang dapat menjaga urusannya dan berilah apa yang diharapkan oleh suamimu. Berpeganglah pada hadith Nabi saw ini :
" Allah tidak akan melihat kearah wanita yang tidak berterima kasih pada suaminya dan tidak pernah berasa cukup daripada suaminya". (Riwayat al-Nasa'i,al-Bazar dan al-Hakim)

JADILAH KITA ISTERI YANG PALING BAHAGIA DENGAN:

- Berpuas hatilah kepada suami dengan apa yang ada padanya dan mendengar katanya dengan baik disertai ketaatan.

- Sentiasalah engkau mempertahankan pandangan mata dan deria bau suami, jangan sampai matanya memandang daripadamu sesuatu yang buruk dan jangan sampai dia mencium daripadamu melainkan bau yang harum.

- Sentiasalah engkau memerhatikan waktu tidurnya dan makannya kerana kelaparan menyemarakkan rasa marah dan kekurangan tidur menyebabkan dia mudah berang.

- Jagalah harta dan peliharalah keluarga dan anak-anaknya. Perkara yang terpenting berkaitan hartanya ialah engkau perlu mengaturkannya dengan baik. Manakal berkaitan dengan anak-anaknya adalah memelihara dengan baik penuh kasih sayang.

- Jangan sesekali melanggar perintahnya dan jangan menyebarkan rahsianya kerana apabila engkau melanggar perintahnya, engkau telah menyempitkan dadanya. Dan apabila engkau menyebarkan rahsia, maka engkau telah mengkhianati amanatnya. Juaga,janganlah sesekali engkau bersukacita dihadapannya ketika dia sedang bersedih.Dan janganlah pula engkau menampakkan kesedihan dan wajah yang muram ketaka dia sedang bergembira.

Rujukan : Majalah SOLUSI - Ustazah Siti Nor Bahyah.




No comments:

Post a Comment

Any comment? Please....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...