Friday, 27 April 2012

WANITA IDAMAN!

Wanita Idaman

wanita yang aku sayangi
adalah pencinta Tuhannya
yang mengalir cinta, takut dan mengharap
yang menguasai perjalanan dan penghidupannya
dari waktu ke waktu
dari hari ke hari
sehingga perjanjian
di antara jasad dan nyawa

berakhir......

wanita yang aku rindui
adalah wanita yang di mata dan wajahnya
terpancar sinar nur Illahi
lidahnya basah dengan Zikrullah
di sudut hati kecilnya
sentiasa membesarkan Allah

wanita yang aku cintai
yang menutup auratnya
dari pandangan lelaki ajnabi
kehormatan dirinya menjadi mahal nilainya
disanjung tinggi
penduduk langit dan bumi

wanita yang aku impikan
adalah yang mendekatkan
hati yang telah jauh
kepada Ar Rahman dan Ar Rahim
namun aku tidak ada di sana
kerana aku dilamar kebendaan manusia

wanita yang aku kasihi
yang bersyukur pada apa yang ada
yang bersabar pada apa yang tiada
cinta pada hidup yang sederhana
yang tidak bermatakan benda

wanita yang aku sukai
menjadi dian pada dirinya sendiri
yang menjadi pelita untuk putera-puteri
untuk menyambung perjuangan di belakang hari

sesungguhnya wanita yang selalu
berasa di dalam doaku
adalah diriku, dirimu dan seluruh kaum hawaku

sahabatmu,
'aisyah ruslan

JADILAH KITA ISTERI YANG PALING BAHAGIA

WARKAH UNTUK SANG BIDADARI SEPERTI KITA.

Wahai isteri yang sentiasa mencari ketenteraman hidup dan kebahagian yang berpanjangan.

INGATLAH...: Sesungguhnya suamimu bukanlah Rasulullah saw dan akhlaknya jua tidak setara dengan akhlak Baginda.Lantas engkau juga bukanlah makhluk Allah yang paling dicintainya. Sebagaimana Aisyah ra menjadi manusia yang paling dicintai Rasulullah saw pun disiram dengan api cemburu,makaberhati-hatilah dengan bahana api cemburu.

Waspadalah juga wahai sayap kiri untuk lelaki,jangan sesekali engkau memuji lelaki lain dihadapan suamimu atau engkau ceritakan perihal lelaki lain kepadanya.Atau kau mengagumi cara berpakaian lelaki lain,tutur bicaranya atau kelebihannya.

Sesungguhnya kaum lelaki terlalu membenci semua perkara itu..Mereka akan rasa tercabar dan tercalar kewibawaannya. Meski pun dia sendiri yang meminta berbuat demikian sehingga bersumpah tidak akan cemburu, ingatlah jangan sesekali kau lakukan kerana dia akan ingat sepanjang sepanjang hayatnya.

Wahai isteri,ketahuilah sesungguhnya tersemat dikalbu lelaki agar tidak ada dalam dirimu yang lebih baik melainkan dirinya sahaja.

Wahai isteri yang tercinta,
Sesungguhnya suamimu tidak akan mencari wanita lain didunia ini . Dia telah berusaha untuk mendapatkan dan memilikimu.Dia bekerja untukmu, hidup untukmu dan ingin hidup semati denganmu,bukan dengan orang lain. Maka bertaqwalah engkau kepada Allah dan berusahalah untuk sentiasa benar.

Percayalah kepada suamimu, setelah engkau percaya kepada Allah yang dapat menjaga urusannya dan berilah apa yang diharapkan oleh suamimu. Berpeganglah pada hadith Nabi saw ini :
" Allah tidak akan melihat kearah wanita yang tidak berterima kasih pada suaminya dan tidak pernah berasa cukup daripada suaminya". (Riwayat al-Nasa'i,al-Bazar dan al-Hakim)

JADILAH KITA ISTERI YANG PALING BAHAGIA DENGAN:

- Berpuas hatilah kepada suami dengan apa yang ada padanya dan mendengar katanya dengan baik disertai ketaatan.

- Sentiasalah engkau mempertahankan pandangan mata dan deria bau suami, jangan sampai matanya memandang daripadamu sesuatu yang buruk dan jangan sampai dia mencium daripadamu melainkan bau yang harum.

- Sentiasalah engkau memerhatikan waktu tidurnya dan makannya kerana kelaparan menyemarakkan rasa marah dan kekurangan tidur menyebabkan dia mudah berang.

- Jagalah harta dan peliharalah keluarga dan anak-anaknya. Perkara yang terpenting berkaitan hartanya ialah engkau perlu mengaturkannya dengan baik. Manakal berkaitan dengan anak-anaknya adalah memelihara dengan baik penuh kasih sayang.

- Jangan sesekali melanggar perintahnya dan jangan menyebarkan rahsianya kerana apabila engkau melanggar perintahnya, engkau telah menyempitkan dadanya. Dan apabila engkau menyebarkan rahsia, maka engkau telah mengkhianati amanatnya. Juaga,janganlah sesekali engkau bersukacita dihadapannya ketika dia sedang bersedih.Dan janganlah pula engkau menampakkan kesedihan dan wajah yang muram ketaka dia sedang bergembira.

Rujukan : Majalah SOLUSI - Ustazah Siti Nor Bahyah.




Tuesday, 24 April 2012

DOA DAN ZIKIR PAGI DAN PETANG..AL-MA'THURAT

Salam sahabat semua. Marilah kita berkongisi ilmu ini.  Doa dan zikir di pagi dan petang hari (Al-Ma'thurat).  Semoga ia memberi manfaat buat kita semua...insyaAllah!
"Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap nabi itu musuh, yaitu syaitan-syaitan (dari jenis) manusia dan (dan jenis) jin, sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain perkataan-perkataan yang indah-indah untuk menipu (manusia)[499]. Jikalau Tuhanmu menghendaki, niscaya mereka tidak mengerjakannya, maka tinggalkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan".(QS Al-An'am : 112)

"Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagimu, maka anggaplah ia musuh(mu), karena sesungguhnya syaitan-syaitan itu hanya mengajak golongannya supaya mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala". (QS Faathir : 6)

"Syaitan telah menguasai mereka lalu menjadikan mereka lupa mengingat Allah; mereka itulah golongan syaitan. Ketahuilah, bahwa sesungguhnya golongan syaitan itulah golongan yang merug"i (QS Al-Mujaadilah : 19)

"Barangsiapa yang berpaling dari pengajaran Tuhan Yang Maha Pemurah (Al Quran), kami adakan baginya syaitan (yang menyesatkan) maka syaitan itulah yang menjadi teman yang selalu menyertainya". (QS Az-Zukhruf : 43)

PERINGATAN BUAT SEMUA WANITA!

As’salamualaikum . Sebagai peringatan untuk para wanita dipaparkan suatu peristiwa di suatu Eid, di mana seorang wakil telah dilantik dari kaum wanita untuk bertemu dengan Rasulullah SAW untuk meminta baginda SAW memberi ucapan khusus untuk kaum wanita. Baginda bersetuju dan menyuruh mereka berkumpul di Baabun Nisaa’. Setelah kaum wanita berkumpul, Bilal pergi memanggil Rasulullah SAW. Baginda pun pergi ke sana , dan memberi salam dan memberi tazkirah seperti berikut:
“Assalamu’alaikum, wahai kumpulan/kaum wanita. Wahai kaum wanita, Aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka”.
Seorang wanita lalu bangun bertanya, “Apakah yang menyebabkan yang demikian? Adakah sebab kami ini kufur?’ Rasulullah SAW menjawab, “Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada dua tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu ke dalam neraka:
  • Kamu banyak mengutuk/menyumpah
  • Kamu kufurkan kebaikan suami
  • Kemudian baginda SAW mengingatkan supaya:
  • Banyak beristighfar
  • Banyak bersedekah
Keterangan: Yang dimaksudkan dengan mengutuk/menyumpah ialah seperti contoh di bawah
Contoh 1 – Katakan kita lama menunggu bas. Tetapi bas masih tak kunjung tiba, akibat geram dan marah kita mungkin berkata, “Driver bas ni dah mampus agaknya.” Perkataan mampus itu termasuk dalam erti kata menyumpah. Lisan wanita memang terlalu cepat menyumpah. Kadang-kadang pakaian, perkakas rumah, hatta suami pun kena sumpah.
Contoh 2 – Tengah memasak gas habis. Kita mungkin berkata “Celaka punya gas. Masa ni jugak nak habis.” Yang dimaksudkan kufur di sini bukan kufur I’tiqad tetapi bererti tidak mengiktiraf Kebaikan di sini bermaksud tanggungjawab yang telah ditunaikan oleh suami.
Berkaitan dengan hal ini, Rasulullah pernah ditanya oleh seorang suami yang kurang faham apa yang dimaksudkan dengan ‘kufurkan kebaikan suami’.
Rasulullah SAW berkata,”Tidakkah pernah engkau jumpa, seorang isteri, jika seumur hidup engkau, engkau berbuat baik kepadanya, tetapi di suatu ketika, disebabkan dia tidak mendapat sesuatu yang dia kehendaki, maka dia akan berkata ,”Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak”(Terjemahan langsung dari Arab).
[Dalam masyarakat kita kata-kata di atas mungkin boleh dikaitkan dengan perkataan seperti berikut:"Selama hidup dengan awak, apa yang saya dapat?".][Tak guna sesen pun']
Rasulullah SAW sambung lagi ,’Mana-mana isteri yang berkata, “Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak”, maka akan gugur pahala-pahala amalannya.’ Saranan Rasulullah SAW yang seterusnya ialah menyuruh kaum wanita banyak beristighfar dan bersedekah, kerana ia dapat menyelamatkan kita dari dua perkara yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka seperti yang disebutkan tadi.
Fadhilat beristighfar:
a. Sabda Rasulullah SAW :
“Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70 X sehari, dia tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk).” Sebelum nyanyuk di hari tua, amalkan sejak muda-muda lagi. Rasulullah SAW menganjurkan kita beristighfar 70 atau 100 kali sehari. Baginda sendirimelakukannya lebih dari 100 X sehari. Adalah diingatkan untuk mencapai target ini, eloklah kita menjadualkan amalan zikir ini dalam amalan-amalan harian kita.
b .Sabda Rasulullah SAW :
“Siapa yang melazimkan amalan istighfar, akan dikeluarkan Allah dari sifat ham dan hazan. Sifat ham bererti gelisah yang tidak menentu yang sering melanda kaum wanita. Sifat hazan bererti berdukacita”
c. Istighfar juga memurahkan rezeki.
Jangan dianggap rezeki itu hanya dalam bentuk wang ringgit atau harta benda.Tetapi ia juga termasuk kesihatan, umur, kasih sayang dan anak-anak. Sedekah tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit. Sedekah juga termasuk:
d. Tuturkata/percakapan yang baik.
Yang paling utama ialah terhadap keluarga sendiri. Ertinya tidak menyakitkan hati. Inilah rahsianya bagaimana hendak menambat hati suami. Diriwayatkan, Saidatina Khadijah ra, isteri Rasulullah SAW yang pertama, tidak pernah menyinggung hati Rasulullah walau sedikit pun. Sepanjang hayat baginda SAW, hati baginda dipenuhi dengan Khadijah, sehingga sering menyebut nama beliau. Kadangkala hingga menimbulkan perasaan cemburu dikalangan isteri-isteri baginda.
Diriwayatkan juga, Jibril as setiap kali selepas memberi wahyu kepada Rasulullah sebelum meminta diri, selalu mengirim salam kepada Khadijah. Suatu hari Rasulullah SAW telah bertanya beliau, dan jawab Jibril, “Khadijahlah satu-satunya perempuan yang Allah SWT berkenan tutur katanya”.
2. Memberi salam.
3. Memaniskan wajah.
Juga terutamanya kepada ahli keluarga. Rasulullah SAW pernah bersabda,”Kamu senyum sahaja pun sudah menjadi sedekah.” Terdapat juga suatu syair Arab yang berbunyi :”Nak buat baik, sangatlah mudah, Maniskan wajah, lembutkan lidah.” Maka setelah diberi peringatan oleh Rasulullah SAW marilah kita bertafakkur dan bermuhasabah diri-diri kita. Sekiranya terdapat sifat-sifatburuk yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka itu, maka eloklah kita mengubah sikap kita dari sekarang
SUMBER : Tokuban78's Blog (via ISLAM ITU INDAH)

Monday, 23 April 2012

SERAI PENAWAR KANSER !!!!



SERAI PENAWAR KANSER !!!! Penemuan israel yang disembunyikan !!!.
MESTI BACA !!!

Buat pertama kali, Benny Zabidov seorang petani dari Kfar Vedidya, Israel memiliki sebuah ladang di desa yang ditanam dengan pelbagai rempah ratus tetapi tidak memahami kenapa terlalu ramai pesakit kanser dari seluruh pelusuk negara datang untuk menemuinya hanya untuk mendapatkan bekalan serai segar di ladang milik beliau.

Beliau diberitahu oleh pesakit-pesakit tersebut telah dihantar oleh doktor-doktor mereka untuk mendapatkan bekalan serai segar dari ladang beliau bagi kegunaan perubatan.

“Pesakit-pesakit ini juga disarankan meminum sebanyak lapan gelas air panas yang direndam bersama serai segar pada hari mereka akan menjalankan radiasi dan rawatan kemoterapi,” kata Zabidov kepada pihak ISRAEL21c. “Inilah tempatnya diseluruh Israel dimana kita boleh memperolehi serai yang segar.”
Semua ini berlaku pada tahun lepas apabila para penyelidik di Universiti Ben Gurion, Negev menemui kandungan bauan atau aroma lemon didalam rempas ratus seperti serai dapat membunuh sel-sel kanser tanpa merosakkan sel-sel lain yang sihat didalam badan pesakit.

Pasukan penyelidik ini diketuai oleh Dr. Rivka Ofir dan Prof. Yakov Weinstein, kini adalah orang-orang bertanggungjawab di Katz Chair di dalam (cell-differentiation and malignant diseases) daripada Jabatan Microbiologi dan Immunologi di Universiti Ben Gurion (BGU).

“Citral” ada kunci utama yang memberikan rasa dan bauan seakan lemon didalam sebahagian jenis herba atau rempah ratus seperti serai (Cymbopogon citrates), melissa (Melissa officinalis) dan verbena (Verbena officinalis).

Menurut Dr. Ofir, hasil daripada penyelidikan mendapati “citral” akan menyebabkan sel-sel kanser ini “membunuh diri sendiri” dengan mengunakan “apoptosis”, sejenis mekanisme yang dikenali sebagai sistem sel mati. Hanya dengan meminum sebanyak satu gram air rendaman serai segar sudah cukup untuk “citral” telah memaksa sel-sel kanser membunuh diri didalam bekas kajian.

Para penyelidik di Universiti Ben Gurion (BGU) memeriksa keberkesanan”citral” ini pada sel-sel kanser dengan memasukkannya pada kedua-dua jenis sel iaitu sel-sel kanser dan sel-sel yang sihat dan dibiarkan membiak dalam bekas kajian. Quantiti “citral” yang dimasukkan adalah satu gram sama seperti kandungannya didalam secawan teh panas yang direndam bersama serai dan didapati “citral” ini hanya membunuh sel-sel kanser sahaja manakala sel-sel sihat tidak mengalami sebarang kerosakan.

Penemuan ini telah dipaparkan didalam sebuah journal sains iaitu “Planta Medica”, dimana journal ini mengetengahkan tentang penyelidikan sampingan atau alternatif dan kegunaan rempah ratus. Sejurus selepas penemuan ini berjaya, ianyanya dipaparkan sekali lagi didalam surat khabar yang paling popular di Israel.

Bagaimana “citral” ini berfungsi? Tiada siapa pun ketahui akan tetapi para penyelidik dari Universiti Ben Gurion (BGU) mempunyai teori terhadapnya.
“Dalam sel didalam badan kita, terdapat satu sistem gen yang mengawal sistem sel-sel mati. Sekiranya sistem tersebut salah, sel-sel didalam badan kita akan membahagi dengan tidak menentu dan seterusnya menyebabkan terbentuk sel-sel kanser. Didalam sistem sel-sel yang sihat, sekiranya sistem tersebut tidak berjalan dengan betul – sebagai contoh, bila mendapati sel-sel tersebut mengandungi gen-gen yang rosak maka sel-sel tersebut akan menjadi sel-sel mati didalam badan,” kata Weinstein. “Penyelidikan ini berupaya untuk menjelaskan kita tentang kebaikan serai”.

Kejayaan dari hasil penyelidikan ini telah menemui satu kesimpulan bahawa serai mengandungi “citral” yang menjadi bahan untuk menentang sel-sel kanser didalam badan kita.

Apa yang diketahui dari hasil penemuan oleh Universiti Ben Gurion (BGU) didalam akhbar, ramai ahli-ahli fizik di Israel mulai sedar dan penyelidikan ini perlu dikaji dengan lebih dalam lagi, doktor juga menasihati pesakit-pesakit dan kepada mereka yang memerlukannya untuk melawan penyakit ini.
Tidak hairan mengapa ladang Zabidov iaitu sebuah ladang serai yang terbesar di Israel menjadi tempat tumpuan kepada pesakit-pesakit kanser. Mereka amat bertuah kerana ada insan yang bersimpati dan menghulurkan bantuan. Menjadi kebiasaan bagi Zabidov menyambut kedatangan pelawat-pelawat dengan menyediakan sebuah cerek besar air teh serai dan sepiring biskut serta kata-kata semangat buat mereka.

“Bapa saya meninggal kerana kanser dan kakak isteri saya meninggal pada usia yang muda juga disebabkan kanser,” kata Zabidov. “Jadi saya paham apa yang dialami atau dirasai oleh mereka. Mungkin saya tidak tahu mengenai ubat-ubatan tapi saya adalah seorang pendengar yang setia untuk mereka. Adakalanya pesakit-pesakit ini juga mencerita kepada saya tentang rawatan mereka yang mahal dan sakit serta apa yang telah mereka lalui selama ini. Saya juga tidak pernah memberitahu mereka daripada berhenti untuk berubat dan adalah terbaik sekiranya mereka sentiasa mendalami kaedah-kaedah sampingan yang sedia ada serta membiasakan diri untuk meminum teh serai ini setiap hari.”

Dari umur muda lagi, Zabidov sudah berminat dengan pertanian. Dalam usia 14 tahun beliau sudah memasuki Sekolah Tinggi Pertanian Kfar Hayarok. Sejurus beliau tamat perkhidmatan dalam tentera, beliau menyertai satu kumpulan dan mereka menuju ke selatan, suatu daerah padang pasir yang dikenali sebagai Arava dan menemui tempat yang sangat sesuai untuk pertanian iaitu Tsofar.

“Kami semua sememangnya berjaya, kami menanam pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran disitu,” sambil tersenyum beliau berkata,”kami dapat membesarkan anak-anak yang comel juga.”

Dalam lawatan beliau ke Europa pada pertengahan tahun 80 an, beliau mula berminat dengan rempah ratus. Pada masa yang sama, Israel tidak memperdulikan masakan timur seperti sekarang dan hanya beberapa jenis rempah ratus sahaja yang ditanam secara meluas seperti pasli, jintan dan ketumbar.

Berjalan-jalan di pasar sekitar bandar Paris dan melihat kepelbagaian jenis herba serta rempah, Zabidov menyedari semua ini mempunyai potensi yang baik jika dipasarkan ke seluruh pelusuk negaranya. Beliau membawa pulang beberapa jenis rempah ratus ke negaranya, “dimana ini adalah satu kesalahan,” katanya sambil tersenyum dengan rasa bersalah, untuk melihat bagaimana rempah ratus ini tumbuh di ladangnya kelak. Tidak lama kemudian, beliau menanam selasih, oregano, tarragon, sawi, sage, marjoram dan melissa serta beberapa jenis pudina.

Perniagaan beliau mulai berkembang dan beliau telah membuat keputusan untuk berpindah menuju ke utara, Kfar Yedidya adalah sebuah tempat yang sangat sesuai, perjalanan yang mengambil masa lebih kurang satu jam setengah dari Tel Aviv. Sekarang, beliau dapat memasarkan ratusan kilogram serai dalam masa seminggu dan juga menandatangani perjanjian dengan pengedar untuk membungkus untuk diedarkan ke seluruh pusat-pusat makanan kesihatan di negaranya.

Zabidov juga mendalami tentang serai ini dan kebaikkan “citral” untuk membantu para pelanggan beliau mengetahui lebih lanjut serta menjemput beberapa penyelidik perubatan ke ladangnya, memberi penerangan bagaimana dan kenapa “citral” berfungsi.

Beliau juga berasa bertanggungjawab untuk memberi tahu kepada para pelanggannya tentang kebaikkan serai. “Apabila saya menyedari apa yang berlaku, saya terus menelefon Dr. Weinstein di Universiti Ben Gurion kerana ada diantara para pelanggannya bertanyakan apakah cara yang terbaik untuk menggunakan “citral” ini. Dr Weinstein memberitahu adalah baik sekiranya serai direndam didalam air panas dan meminumnya sebanyak lapan gelas sehari sebagai amalan.”

Zabidov sangat berpuas hati dengan pennemuan penyelidikan ini bukan disebabkan keuntungan bisnis tetapi kerana ianya dapat meningkatkan tahap kesihatan beliau sendiri.

Walaupun berita tentang penemuan ini disiarkan, beliau dan keluarga juga sememangnya sudah mengamalkan minuman air rendaman serai ini bertahun lama, “kerana rasa airnya yang sedap.”

Jom tengok resipi Air Serai Berlimau yg simple jer ni dan selamat mencuba :)

AIR SERAI BERLIMAU
resipi : K.Nor@SecubitGaram
(http://www.secubitgaramnor67.com/2011/08/air-serai-berlimau.html)

Bahan:
1 batang serai (kalau serai yg kecik guna 2 btg)
1 biji limau kasturi
1/2 sudu besar gula ~ tambah jika nak lebih manis
250ml air panas mendidih

Cara:
Ketuk bahagian pangkal serai hingga pecah2.
Letakkan kedalam gelas dan masukkan gula.
Tuang air panas mendidih dan kacau gula menggunakan serai.
Biarkan hingga suam2 panas (boleh diminum) dan perahkan limau kasturi.
Kacau dan sedia utk diminum.



sumber: Amirul Hisham Amsar

Wednesday, 18 April 2012

RAHSIA PENYAKIT MELALUI JARI



PELAJARI RAHSIA PENYAKIT MELALUI JARI ANDA

Jari telunjuk : usus
Jari tengah : Jantung
Jari Manis : Imuniti
Jari kelingking : Rahim/Tulang Belakang

Cuba anda lihat pada ruas jari2 anda...Kalau ruas jari kehitaman tu maknanya
badan kita ni penuh dengan racun dan toksik.perkara tersebut boleh
menyebabkan badan kita dijangkiti sembelit.

Seterusnya, kalau kita sebagai seorang wanita, cara untuk tengok system
dalaman perempuan kita pulak, adalah dengan melihat pada jari kelingking
kita.kalau jari kita meruncing atau bengkok, maknanya haid tak teratur,
keputihan, senggugut, dan berkemungkinan rahim kita jatuh.

Kalau tapak tangan berbintik maknanya masalah angin.cube cek tapak tgn
masing2, kalau yang suka marah2 tu mungkin angin dalam badan banyak.sebab
itulah selalu rasa nak marah dan naik angin aje.

Selain itu, pernah tak sahabat2 mengalami masalah tapak tangan berpeluh atau
lembab ke? jika ya, itu tandanya badan kita mudah diserang sel2 kanser.

Jika perut ibu jari berwarna biru kehijauan maknanya seseorang itu mengalami
masalah resdung, alergi, dan penyakit paru2.sekiranya, perut ibu jari ada
urat hijau kebiruan maknanya anda seorang pengidap gastric.

Selain itu, urat biru /hijau pada pergelangan tangan, tapak tangan,
sepanjang jari dan betis kaki maknanya seseorang itu mengidapi stress atau
tekanan dalam kehidupan sehariannya.

Seterusnya,ini saya kira yang paling menarik untuk kita tengok sekiranya
kita sebagai seorang wanita. cuba sahabat2 tengok pada kuku setiap jari
anda..jika terdapat bulan sabit berwarna putih di setiap jari anda bermakna
anda mengalami hormon yang tidak seimbang.

Tapi berlainan pulak sekiranya anda mempunyai bulan sabit yang berwarna
putih itu hanya pada ibu jari sahaja, itu menandakan anda seorang yang
sihat..insya allah...

Ramai manusia yang mengorbankan kesihatan pada satu ketika untuk mendapatkan wang ringgit, tetapi akhirnya terpaksa mengorbankan wang ringgit untuk mendapatkan kembali kesihatan yang hilang..

Wallahua'lam..

Sumber: ahliblogger.blogspot.com

Monday, 16 April 2012

HAPPY BIRTHDAY..ANGAH!

Salam sahabat semua.  Hari ini saja jer nak tulis dan ucap 'HAPPY 13th BIRTHDAY' untuk perempuan sulungku.  Aku begitu bangga dan terharu dengan anugerahNya kepadaku sekeluarga.

Terimalah lagu ini khas buatmu anakku.... 'SITI HAFIZAH BT DZULKARNAIN' .............

Doa dan harapan kami agar angah menjadi anak yang solehah, panjang umur, murah rezeki dan berjaya dalam demua bidang di dunia dan akhirat....jgn lupa 'solat' setiap waktu dan berbaik budi dan bersangka baik pada semua orang....MAY ALLAH BLESS U 4 EVER N MANY HAPPY RETURNS!

Specially dedicated 2 u my dear!

Andai Lelaki Tahu Hati Seorang Wanita

Saturday, 14 April 2012

URUTAN KETIKA HAMIL


URUTAN KETIKA HAMIL

Rawatan urutan memberikan faedah kepada wanita hamil. Namun begitu ramai doktor yang agak berat memberikan galakan pada wanita hamil untuk berurut kerana rawatan ini bukan saja mendatangkan manfaat, tetapi juga boleh mendatangkan mudharat bergantung kepada cara dan latihan yang ada pada sipengurut.

Tidak semua pengurut mahir dalam bidang yang mereka lakukan. Ada di antara mereka yang langsung tidak ada pengetahuan dan berlagak seolah-olah tahu. Ada pula yang mengurut hanya berdasarkan pengetahuan. Sudah tentu ini akan membahayakan ibu dan bayi dalam rahem.

Urutan tidak digalakkan di awal kehamilan, iaitu apabila usia kehamilan kurang dari 12 minggu kerana ia boleh mendatangkan risiko keguguran. Lagi pun tidak banyak manfaat diperolehi untuk mereka berurut.

Urutan yang baik dapat merehatkan otot dan melancarkan peredaran darah dan cairan limfatik. Apabila otot dan darah tidak beredar lancar dalam darah, ini boleh menyebabkan pembentukan darah beku pada otot peha dan betis.

Oleh itu, pengurut yang baik tidak akan mengurut terlalu kuat di bahagian otot peha dan betis, bimbang akan darah beku yang telah pun terbentuk di situ akan tertanggal (dislodge) dan memasuki saluran darah. Serpihan darah beku ini akan membentuk thrombus dan boleh menyebabkan stroke.

Selain itu, urutan hanya dibenarkan di bahagian tubuh yang lain kecuali abdomen. Namun ada juga pengurut yang melakukan urutan di bahagian ini, tetapi saya menasihatkan agar urutan pada abdomen walaupun ringan tetapi lebih baik ditinggalkan. Ini kerana urutan pada abdomen boleh merangsangkan rahem untuk mengecut dan menyebabkan keguguran.

Urutan pada wanita hamil boleh digunakan pelbagai teknik. Urutan ini haruslah urutan yang bersifat ringan walaupun menekan ke dalam otot menggunakan teknik ‘deep-tissue massage’.

Kesalahan yang dilakukan oleh pengurut yang tidak bertauliah ialah mereka menggunakan hujung kuku untuk menekan ke dalam otot menyebabkan rasa sakit dan meninggalkan bekas pada badan. Cara ini tidak memberikan manfaat. Malah mendatangkan kemudharatan.

Selain itu pengurut harus berhati-hati ketika mengurut wanita hamil kerana terdapat bahagian-bahagian yang sensitif yang harus dielakkan ketika mengurut.

Selain abdomen, bahagian yang sensitif ialah bahagian pergelangan kaki (ankle) dan pergelangan tangan (wrist). Urutan di bahagian ini akan merangsangkan otot-otot pada bahagian abdomen dan pelvik terutama otot rahem untuk mengecut dan menyebabkan keguguran.

Oleh itu jika mengalami rasa sakit di bahagian abdomen ketika sedang berurut seolah-olah mahu melahirkan (Braxton-Hicks contraction) haruslah segera memberitahu pengurut agar urutan dapat dihentikan dan segera berkonsultasi dengan doktor yang merawat.


Wallahu a'lam

SUMBER : http://drzubaidi.com/blog

DOA HILANGKAN MIGRAIN @ SAKIT KEPALA





Aku nak kongsi dengan korang, 1 amalan yang dapat menghilangkan sakit kepala atau migrain. Kesian aku tengok kawan-kawan aku, ramai yang mengadu kata diorang selalu sakit kepala. 

So, kepada yang selalu sakit-sakit kepala. Kepada yang asyik migrain jer. El0klah amalkan doa @ ayat Quran seperti diterangkan dibawah.

Aku dapat doa @ ayat-ayat ni melalui satu ceramah di Radio IKIM, yang disampaikan oleh seorang Syeikh Arab (yang aku tak ingat nama dia apa…huhu).

((Doa Hilangkan Migrain @ Sakit Kepala))

** Amalannya ialah, sila baca 4 ayat terakhir surah al-Hasyr (ayat 21, 22, 23 dan 24) setiap kali sebelum tidur. Semasa membaca ayat-ayat ini, tangan hendaklah diusap-usapkan pada bahagian kepala. Dan niatkan dalam hati, dengan keberkatan ayat-ayat Quran ini, Allah akan menghilangkan sakit kepala @ migrain. **

Menurut Syeikh Arab tu, ada banyak lagi kelebihan atau fadhilat ayat terakhir surah al-Hasyr ni. Tapi antara yang paling berkesan dan mujarab ialah untuk menghilangkan sakit kepala atau migrain. Amalan ni memang diketahui dan terkenal di Madinah.

Syeikh Arab tu kata, ada hadith Nabi SAW yang membuktikan bahawa ayat-ayat terakhir surah al-Hasyr ni memang istimewa. Seperti dalam sabda Nabi SAW yang bermaksud ;

“Sesiapa yang membaca ‘auzubilla hissami’ul alim minas syaitanirrajim’ 3 kali, diikuti membaca tiga ayat yang terakhir daripada surah al-Hasyr, nescaya Allah akan menghantar kepadanya 70,000 malaikat khusus untuk berselawat (berdoa) kepadanya hingga pagi. Jika dia mati pada hari itu, maka dia mati syahid”. (Hadith Nabi)

Bayangkanlah, ada 70 ribu Malaikat yang dihantar khusus oleh Allah untuk berdoa kepada kita, kalau amalkan membaca ayat terakhir surah al-Hasyr ini. Subhanallah.

Jadi, kepada korang yang selalu sakit-sakit kepala atau migrain tu, sila lah amalkan membaca ayat terakhir surah al-Hasyr ni sebelum korang tidur (caranya seperti yang diterangkan diatas).

Aku doakan semoga sakit kepala @ migrain korang akan hilang. Aamiiin.

Sumber info yang Padat & Bermanfaat :
http://pakarhowto.com/

Friday, 13 April 2012

DOA SEORANG ISTERI...........



Doa seorang isteri...

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim...

Kau ampunilah segala dosa-dosa yang telah aku lakukan
Kau limpahkanlah aku dgn kesabaran yg tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental & fizikal
Kau kurniakanlah aku dgn sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata2 nista & keji
Kau kuatkanlah smngtku untk mnempuhi sgla cbrnMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan..

Sekiranya suamiku ini adalah pilihanmu di Arash,
berikanlah aku kekuatan & keyakinan untk terus bersamanya..
Sekiranya suamiku ini adalh suami yg akn membimbingku di atas titianMu,
Kurniakanlh aku sifat kasih & redha di atas segala perbuatannya..
Sekiranya suamiku ini adalah bidadara untukku di Al-JannahMu,
Limpahknlh aku dgn sifat tunduk tawaduk akn segala perintahnya..
Sekiranyya suamiku ini adalh yg terbaik untukku,
Peliharalh tngkh laku serta kata2 ku dri menyakiti perasaannya..
Sekiranya suami ku ini jodoh yg dirahmati olehMu,
Berilah aku kesabrn untk menghdpi segala karenah & ragamnya..

Tetapi Ya Allah..

Sekiranya suami ku ini ditakdirkn bukn hnya untk diriku seorg,
Kau tunjknlh aku jln yg terbaik untk aku harungi..
Sekiranya suami ku tergoda dgn keindhn duniamu,
Limphknlh aku kekuatnMu untk aku memperbetulkan keadaannya...
Sekiranya suamiku mencintai kesesatan,
Kau pandulah aku untk menari dirinya keluar daripada terus terlena..

Ya Allah,
Engkau yg Maha Mengetahui akn apa yg terbaik untkku..
Engkau juga yg Maha Mengampuni segala kesilapn & keterlanjuranku..
Sekiranya aku tersilap dlm membuat sebarg keputusn,
Bimbinglah aku ke jalan yg engkau redhai...
Sekiranya aku lalai dlm mnjlnkn tngungjwbku sbgai isteri,
Engkau hukumlah aku di dunia,tetapi bukan di akhiratMu..
Sekiranya aku engkar & derhaka,
Berikanlah aku petunjuk ke arah rahmatMu..

Ya Allah..Sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu..
Aku buta tanpa bimbinganMu..
Aku cacat tanpa hidayahMu..
Aku hina tanpa rahmatMu..

Kuatkanlh hati & semangtku,
Tabhkn aku menghdpi sgla cubaan dari Mu..
Jadiknlh aku isteri yg disenangi oleh suamiku..
Bukaknlh pintu hatiku untk menghayati agamaMu..
Bimbinglh aku agar mnjd isteri yg solehah..
Hanya pdMu Ya Allah ku pohon segla hrpn..
Krna aku pasrah dgn dugaanMu..
Krna aku sedar betapa hinanya diriku..
Krna aku seorg insan yg kerap keliru..
Krna aku leka dgn keindahn duniaMu..
Krna kurg kesabarnku mnghdpi cbrnmu..
Krna pendk akalku mnghrungi ujianMu..

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim...
Aku hnya ingn mnjd isteri yg dirhmti,
Isteri yg dikasihi,
Isteri yg solehah,
Isteri yg sentiasa di hati suami...

Amin amin Ya Robbal Alamin..


sumber : Tazkirah di FB

30 Perkara Perempuan tak Sempat Bagitau Lelaki....



30 Perkara Perempuan tak Sempat Bagitau Lelaki.... 

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diriwanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akanlakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

Aleesya - Imunisasi 1 bulan

Salam sahabat semua.  Arini nak citer pasal Aleesya. Hari ini genaplah 30 hari umur Aleesya.  Seperti baby-baby lain, Aleesya juga perlu dibawa berjumpa Dr Kanak-kanak untuk suntikan 1 bulan iaitu Hepatitis B 11 (mengikut USA imumunisation chart).

Immunization Scheduler

Your Child's Recommended Immunization Schedule:

March 2012 (Birth)
April 2012 (1 to 2 months)
May 2012 (2 months)
July 2012 (4 months)
September 2012 (6 months)
September 2012 (6 to 18 months)
March 2013 (12 to 15 months)
March 2013 (12 to 23 months)
June 2013 (15 to 18 months)
March 2016 (4 to 6 years)
March 2023 (11 to 12 years)
Note: The flu vaccine is recommended once a year for kids 6 months and older. Two doses are required if child didn't get the vaccine in 2010-2011.  


Sample of baby immunisation chart 


     Seperti biasa bila ada program atau urusan yang melibatkan kami (samada aku, Zulaikha atau Aleesya), maka kami terpaksa bangun di awal pagi untuk turut serta bersama dengan Mr hubby dan anak-anak yang bersekolah.  Setelah siap menyediakan sarapan pagi dan bekalan untuk ke sekolah, maka aku segera bersiap dan menyiapkan Aleesya.  Alhamdulillah semuanya berjalan lancar walaupun malam tadi aku tidak dapat tidur lena kerana Aleesya agak meragam sedikit.  Mungkin kerana perut kembung dan terlalu banyak tidur di siang hari, maka malamnya dia berjaga dan meragam.  Namun demikian, akhirnya lebih kurang jam 3.30 pagi, kami berdua tertidur juga akhirnya.
     Berbalik kepada kisah imunisasi Aleesya, setelah menghantar anak-anak ke sekolah masing-masing, lebih kurang jam 9.10 pagi kami tiba di Medincentre GlavUPDK Hospital. Lebih kurang 10 minit menunggu, kami pun dipanggil untuk pendaftaran dan menandatangan kontrak rawatan Imunisasi Aleesya selama 1 tahun.  Setelah itu, kami diarahkan pergi ke bilik 220 untuk bertemu dengan Dr kanak-kanak iaitu Dr ......Kami disoal serba sedikit tentang perkembangan Aleesya dan diminta juga beberapa dokumen yang perlu dari Hospital Bersalin.  Kemudian pemeriksaan dijalankan dimana perkembangan dan pertumbuhan Aleesya diambil iaitu:
Lilit kepala - 35cm
Lilit dada   - 34.5cm
Berat badan - 4.090kg
Tinggi/panjang - 53cm
Alhamdulillah....semua pertumbuhan dan perkembangan Aleesya normal dan memuaskan hati.  Cuma doktor menasihatkan agar Aleesya diberi makan vitamin D(seperti kebiasaan yang diberi kepada bayi berumur sebulan ke atas di Russia ini) dan sapukan cecair di bibir untuk beberapa hari.  Setelah selesai suntikan Hepatitis B (11), diberi maka kami pun membuat pembayaran dan membeli ubat di Apteka/Farmasi Hospital.  Kemudian kami beransur pulang dan dalam perjalanan pulang kami singgah di rumah Pn Sy Ilham melawat beliau dan babynya yang berumur  20 hari.  Alhamdulillah selesai sudah program 2 in 1 kami untuk hari ini.  Semoga program seterusnya akan lebih dipermudahkan lagi olehNya...insyaAllah!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...