Tuesday, 13 December 2011

DOSA-DOSA BESAR


Dosa-dosa Besar


Apabila kita lihat keadaan umat Islam hari ini kita merasakan amat sedih dan dukacita kerana maksiat berlaku merata tempat .Umat Islam sudah berani melakukan dosa dan maksiat secara terang-terangan, mereka tidak takut lagi kemurkaan Allah s.w.t Kemungkinan bala bencana yang berlaku ketika ini ada kaitannya dengan kerosakkan yang di lakukan oleh tangan-tangan manusia hari ini, seperti penyakit HIV, selsema babi, demam denggi ,cuaca panas , kemarau , ribut taufan dan lain-lain lagi. Setiap hari kita baca berita di dada akhbar arus perdana menceritakan kesah-kesah gejala sosial dan jenayah yang di lakukan oleh manusia. Kes rogol , sumbang mahram , pembunuhan kejam, ragut ,penderaan fizikal , jenayah along , menjual dan menghisap dadah , rompakan , penculikan, membuang bayi ,pelacuran , penjualan manusia dan lain-lain lagi. Ini tidak termasuk lagi kes-kes seperti rasuah , penyalagunaan kuasa , khalwat , bersekedudukan , sumpah palsu , minum arak , main judi , penceraian dengan tuduh menuduh, berzina dan fitnah memfitnah.


Faktor penting yang menyebabkan kesemua keadaan ini berlaku kerana umat Islam telah meninggalkan ajaran Islam yang di bawa oleh Rasulullah s.a.w. Mereka terlupa bahawa kehidupan mereka di dunia ini hanya lah persingahan sementara untuk menuju kehidupan akhirat yang kekal abadi.


Ketka di dunia inilah kita di tuntut untuk beribadah dan beramal soleh, semuga di akhirat nanti kita dapt mengambil buku catitan kita di tangan kanan, dan mendapat balasan Syurga yang kekal abadi dan seluas langit dan bumi.


Di dalam Al- Quran dan hadis Nabi s.a.w terdapat 8 (lapan) perkara perbuatan-perbuatan manusia yang termasuk di dalam DOSA-DOSA BESAR. Perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut. :


Pertama : MENINGGALKAN SOLAT LIMA WAKTU
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
“Solat itu adalah tiang agama. Maka sesiapa yang mendirikannya , sesungguhnya ia menegakkan Agamanya dan sesiapa yang meninggalkannya ia telah merobohkan Agamanya.”


Di dalam hadis yang lain Nabi s.a.w ada bersabda yang bermaksud :
“ Bermula orang yang meninggalkan solat pada hal ia dalam keadaan sihat, maka Allah tidak memandang kepadanya dengan pandangan rahmat, dan baginya kelak azab yang amat hebat melainkan kalau ia bertaubat dari perbuatannya itu”


Kedua : MENDERHAKA KEPADA KEDUA IBU BAPA :
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
“ Barangsiapa membuat ibu bapanya gembira (memberi keredhan), maka sesungguhnya ia membuat redha Allah. Barangsiapa menyakitkan hati ibu bapanya, maka sesungguhnya ia membuat kebencian Allah”
(Hadis riyawat Imam Bukhari )


Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud :
“ Dosa yang paling besar ialah mensyrikkan Allah , derhaka pada ibu bapa dan membunuh orang”
(Hadis riwayat Anas bin Malik)


Ketiga : MEMINUM ARAK
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
“ Empat ( macam manusia) tidak Allah masukkan mereka itu ke Syurga dan tidak akan merasai kenikmatannya, peminum arak , pemakan riba’ , menzalami (memakan) harta anak yatim dengan tidak hak dan derhaka pada ibu atau bapa.”
(Hadis riwayat Al-Hakim)


Keempat : MELAKUKAN ZINA :
Firman Allah s.w.t yang bermaksud :
“ Dan janganlah kamu mendekati zina , sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk.”
(Surah Al- Israa’ ayat 32”


Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
“ Jauhilah oleh kamu akan zina, kerana kecelakaannya empat macam iaitu hilang seri (cahaya) pada wajahnya , di sempitkan rezekinya , dan kemurkaan Allah atasnya dan menyebabkan kekal di dalam neraka.”
(Hadis riwayat Thabrany dan Ibnu Abbas)


Kelima : MEMAKAN RIBA’
Firman Allah s.w.t yang bermaksud :
“Hai orang-orang yang beriman , bertakwalah kepada Allah dan tinggalkanlah riba’ (yang belum di pungut) jika kamu orang-orang yang beriman. Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba’) maka ketahuilah , bahawa Allah dan RasulNya akan memerangimu . Dan jika kamu bertaubat (dari mengambil riba’), maka bagimu pokok hartamu, kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya.”
(Surah Al- Baqarah ayat 278-279)


Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
“ Selagi akan terjadi dan nyata pada akhir zaman empat macam di kerjakan manusia :
Pertama : orang-orang (mudah sahaja mengerjakan riba’ dan) memakan harta riba’.
Kedua : orang-orang (dengan tak merasa takut-takut) mengerjakan zina.
Ketiga : orang-orang (sering) bersumpah (walau pun palsu , tak ambil peduli)
Keempat : orang-orang (suka) mengurangkan sukatan atau timbangan (pada jual beli)
Maka apabila berlaku dan telah nyata (di lakukan orang-orang seperti di lakukan itu) akan bertebaranlah penyakit dan bala yang akan di turunkan Allah dengan perang setengah akan setengahnya.”


Keenam : MENGERJAKAN LIWAATH (HOMOSEKSUAL)
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
“ Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk melepaskan nafsumu (kepada mereka) , bukan kepada wanita, maka kamu ini adalah kaum yang melampau batas.”
(Surah Al- A’raaf ayat 81)


Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :“ Barangsiapa mengerjakan akan perkerjaan kaum Luth (liwaath / homoseksual) maka hendaklah di bunuh yang memperbuat dan yang di perbuat.”


Dalam hadis yang lain Nabi s.a.w ada bersabda yang maksudnya :
“Tujuh macam orang di laknat oleh Allah kelak di hari kiamat. Sedang mereka sedikit pun tidak di pandang Allah dengan belas kasihan, bagi mereka itu seksa yang bersangatan sekali iaitu :
Pertama : orang yang liwaath
Kedua : mensetubuhi perempuan pada lubang duburnya (bukan farajnya)
Ketiga : orang menjima’ binatang.
Keempat : orang-orang yang mengeluarkan mani dengan tangannya (onani)
Kelima : orang yang mensetubuhi anak sendiri
Keenam : orang yang berzina dengan orang sekampungnya
Ketujuh : orang yang menyakiti orang sekampungnya. “


Ketujuh : TIDAK MAHU MENGELUARKAN ZAKAT :
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
“ Sekali-kali janganlah orang-orang yang bakhil dengan harta yang Allah berikan kepada mereka dari karuniaNya , menyangka bahawa kebakhilan itu baik bagi mereka. Sebenarnya kebakhilan itu adalah buruk bagi mereka. Harta yang mereka bakhilkan itu akan di kalungkan kelak di lehernya di hari kiamat. Dan kepunyaan Allahlah segala warisan (yang ada) di langit dan di bumi. Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.”
(Surah Al-Imran ayat 180)


Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
“Barangsiapa mempunyai emas atau perak senisab, sedang tidak di keluarkan zakatnya, kelak di hari kemudian ia akan di kejar-kejar oleh ular yang besar dan sangat berbisa dari neraka yang mengigit tangannya sehingga terpotong, kemudian tangannya kembali sebagai sediakala, di gigit lagi ular itu, demikianlah setiap masa, sehingga akhirnya orang yang bakhil itu akan di seret ke neraka Jahannam”


Kelapan : MEMBUNUH ORANG LAIN TANPA HAK
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
“Dan barangsiapa yang membunuh searang mukmin dengan sengaja, maka balasannya ialah Jahannam , kekal ia di dalamnya dan Allah murka kepadanya, dan mengutukinya serta menyediakan azab yang besar baginya.”
(Surah An- Nisaa’ ayat 93)


Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
“ Orang yang mati terbunuh , akan datang di hari kiamat dengan mengantungkan kepalanya di salah satu tangannya , sambil memegang pembunuhnya dengan tangan yang lain , sedang darah terus mengalir. Apabila mereka berdua sudah ada di hadapan Allah, maka orang yang terbunuh itu berkata : Ya Allah, inilah orang yang telah membunuh aku. Maka Allah berkata kepada sipembunuh : Celakalah engkau, lalu di bawalah orang itu ke neraka.”
~;xDragoN7

No comments:

Post a Comment

Any comment? Please....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...