hukum perempuan meletak pictures dalam fb
by Farah Syazdiana on Tuesday, 13 September 2011 at 14:56
Soalan yang telah ditanya kepada Ustaz Azhar Idrus :
Apa hukum seorang wanita yang menutup aurat memasukkan gambar di Facebook / Twitter dan sebagainya.
Jawapan :
- Sama ada buku, internet, suratkhabar, sama sahaja keadaannya. Gambar yang dilihat di dalam gambar dan di luar (dunia realiti) adalah sama, iaitu menutup aurat. Apa yang harus dilihat di luar sama seperti yang dilihat di dalam gambar.
- Cuma gambar JANGAN besar. Muka kalau boleh besarnya satu inci sahaja.
- Jangan bertabarruj.
Apa itu tabarruj yang di maksudkan di dalam firman Allah:
"dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkahlaku (tabarruj) seperti orang-orang jahiliah dahulu (pertama)". (Al-Ahzab:33)
Ayat di atas sebagai irsyad ( petunjuk/tunjuk ajar) kepada isteri-isteri Nabi s.a.w. agar tetap di rumah dan tidak bertabarruj sebagaimana orang-orang jahiliyah dahulu.
Tabarruj dikatakan sebagai berjalan dengan berlenggang-lenggok atau memperelokkannya. Ada juga yang mengatakan bahawa tabarruj ialah melepaskan tudung kepalanya tetapi tidak mengikat/mengetatkannya, lalu terlihatlah rantai leher, anting-anting dan lehernya. Lagi satu pendapat lain mengatakan, tabarruj ialah memperlihatkan keelokkan/kecantikkannya yang sepatutnya wajib ditutup.
Tabarruj berasal dari kata BARAJUN, bererti luas. Dan ada yang mengatakan ia berasal dari kata BURJUN yang bererti tinggi.
credit : sini
- Bukan bertujuan orang lelaki tengok yang akan menyebabkan jatuh cinta.
- Yang dibenarkan syariat sahaja.
- Kenapa tak boleh gambar yang besar, walaupun tutup aurat?
> Orang khianat. Kerana ada seorang perempuan ni gambar mukanya besar, telah di ambil gambarnya dan telah di super impose *kalau tak salahlah* @ "EDIT" dengan menjadikan gambarnya gambar "naked" dan telah menganiayainya.
> Yang terbaru, gambar seorang perempuan. Lagi besar gambarnya dan orang mengambil gambarnya itu di "photoshop" kan menjadi gambar "naked". Dia telah diugut, gambarnya akan disebarkan di internet. Dia sanggup bayar bulan bulan kepada lelaki yang mengugutnya supaya tidak tersebar gambarnya itu.
- Walaupun kadang kadang comel, gambar tutup aurat pakai tudung, tapi gaya tu menggoda membuatkan orang meluat, tak boleh. di HARAM kan mengikut pendapat ulama`.
> Istilahnya dipanggil; gedik gedik.
- Apa yang haram dilihat di luar, haram bagi lihat di internet.
*credit : google image* gambar hiasan.
> Sila delete secepat mungkin.
- Bagi yang tak tutup aurat pulak sila delete dengan kadar segera. Bila tangguh, dosa akan makin banyak.
- Orang yang ambil gambar tak tutup aurat jugak, berdosa.
*segala yang tercatat diatas adalah untuk peringatan diri aku juga dan untuk ingatan para wanita di luar sana. Moga kita dapat berubah daripada baik kepada yang lebih baik. amin*
p/s : jika ada yang sudi nak share, dipersilakan. bagi yang nak share di blog, minta credit ye dan jika terdapat sebarang kesilapan silalah maklumkan kepada tuan blog. tuan blog ambil ayat ayat di atas sebijik daripada apa yang di dengari dalam ceramah itu, tapi mungkin ada yang tersalah dengar ke? sebab tuan blog ini hanyalah manusia biasa je. harap maklum ye.
terima kasih. :)
KREDIT TO : Farah Syazdiana
No comments:
Post a Comment
Any comment? Please....