Tanda-tanda Kehamilan
Sekiranya anda sangat memahami tubuh anda, anda mungkin mula terasa sesuatu
yang tidak kena pada badan anda. Kebanyakan wanita tidak mengesaki diri mereka
mengandung sehingga janin yang sedang terbentuk mula merapatkan dirinya kedinding
rahim. Segelintir pula masih tidak merasa apa-apa simptom sehinggalah beberapa minggu
selepasnya atau setelah mereka tidak mengalami haid pada hari yang sepatutnya.
Dibawah terdapat beberapa tanda awal kehamilan. Anda mungkin mengalami sebahagian
daripadanya atau tiada langsung!
1. Rasa lapar yang berpanjangan
Juga terjadi pada orang yang tidak hamil tetapi lebih kerap terjadi pada awal kehamilan.
Jangan bergantung sepenuhnya kepada tanda ini tetapi sekiranya ia berlaku disamping
tanda-tanda kehamilan yang lain, bersiap-sedialah untuk membilang hari anda.
2. Perubahan pada warna di sekliling payudara
Sekiranya kulit disekitar puting anda menjadi kehitaman, kemungkinan anda sudah pun
beberapa minggu mengandung. Walaubagaimanpun, ia juga terjadi disebabkan oleh
ketidakseimbangan hormon tidak berkaitan dengan kehamilan atau disebabkan kandungan
yang terdahulu.
3. Kerap membuang air kecil
Sekiranya janin sudah mula terbentuk dan rahim yang semakin membesar mula menekan
pundi kencing anda, anda akan mersa kerap untuk buang air.
4. Merasa tidak bermaya
Rasa seperti tiada tenaga sepanjang masa? Hormon yang dikeluarkan di masa awal
kehamilan boleh membuatkan anda berasa letih dengan cepat. Rasa letih dan tidak
bermaya adalah sesuatu yang kerap terjadi di awal kehamilan.
5. Sakit dan tegang pada buah dada
Sekiranya anda mengandung, buah dada anda akan menjadi semakin sakit pada
sentuhan, agak serupa dengan ketidakselesaan yang terjadi pada buah dada anda
sebelum haid. Apabila badan sudah menjadi biasa dengan kejadian hormon ini,
kesakitan akibat ketegangan akan menjadi semakin berkurangan.
6. Pendarahan implantasi dan senak pada ari-ari
Lebih kurang 8 hari selepas ovulasi, anda mungkin akan mengalami sedkit pendarahan
dari faraj dan senak pada ari-ari akibat dari implantasi. Anda juga mungkin mengalami
keadaan yang sama semasa pada sekitar masa anda sepatutnya datang haid hari pertama.
7. Rasa loya dan muntah
Sekiranya anda bernasib baik, morning sickness ini tidak akan menyerang, kecuali
selepas beberapa minggu hamil. Tetapi segelintir wanita akan mula merasa mual dan
rasa luar biasa pada lidah walaupun cuma selepas beberapa hari mengandng.
8. Suhu asas badan tinggi berpanjangan
Sekiranya anda memang sedang membuat pemerhatian dengan mengambil suhu
badan asas anda setiap pagi, anda akan mendapati paras susu badan secara
konsisten melebihi paras asas sejak dari hari pertama ia naik.
9. Missed period
Sekiranya haid anda teratur sebelumnya dan sekarang ia sudah lewat beberapa
hari. Inilah masanya untuk anda menjalani ujian air kencing untuk kehamilan.
Dan akhirnya..
10. Ujian air kencing yang positif
Sekiranya anda sudah beberapa hari ketinggalan haid dan terdapat 2 jaluran
pada ujian air kencing, kemungkinan besar anda sudah mengandung. Jumpalah
doktor untuk kepastian dan...
...Tahniah!
kredit: mazlina mohd nazir
No comments:
Post a Comment
Any comment? Please....