Salam semua, marilah kita berkongsi isi kandungan nota ini demi untuk lebih mendalami ilmu ukhrawi yang kita ada. Semoga ianya memberi manafaat dan seribu kebaikan terhadap kita semua. Saya perolehi nota ini dari seorang kawan kenalan FB saya yang sememangnya sungguh rajin dan berbakat dlm menghasilkan nota-nota keagamaan ini. Jutaan terima kasih diucapkan kepada ZS diatas perkongsian ini.
Hukum Syarak ialah yang Khitab Allah SWT berkaitan dengan perbuatan Mukallaf sama ada berbentuk tuntutan (iqthida), pilihan (takhyir) atau wad’ie.
Hukum Syarak terbahagi kepada dua iaitu ;
Hukum Taklifi
Hukum Wad’ie
Hukum Taklifi ialah Khitab Allah yang mengandungi tuntutan ke atas mukallaf supaya melakukan @ meninggalkan sesuatu perbuatan, atau mengandungi pilihan sama ada hendak melakukan sesuatu @ tidak.
Ringkasnya, ia ada 3 kategori iaitu ;
1. Perintah melakukan sesuatu perkara sama ada WAJIB atau SUNAT
2. Perintah meninggalkan sesuatu perkara sama ada HARAM atau MAKRUH
3. Pilihan untuk melakukan sesuatu perkara sama ada hendak melakukan atau tidak. Dinamakan HARUS.
Sementara Hukum Wad’ie bermaksud Khitab Allah yang menjadikan sesuatu sebagai sebab, syarat @ penghalang kepada sesuatu hukum.
Salam dan selamat berkenalan dariku yang serba baru di alam Blogger ini...sebenarnya hasrat untuk mencipta blog sendiri telah lama diimpikan tetapi oleh kerana bbrp halangan tertentu, maka hasrat itu tergendala sehinggalah kini saya telah temui masa dan keadaan yang sesuai...alhamdulillah. Semoga apa yang dibaca dan perolehi dari blog saya ini dapat dimanfaatkan bersama dan menjadi panduan dan tauladan untuk kehidupan kita seterusnya. Sekian dan salam kenalan dari saya....LaiLy WaHab!
No comments:
Post a Comment
Any comment? Please....