Thursday, 29 December 2011

PERINGATAN/AMARAN BUAT KITA SEMUA!

Amaran 2012 dalam Ar-Rahmaan!





Nombor Perdana adalah Kuncinya 

Satu penemuan terkini tentang kod nombor perdana (prime numbers) didalam
 al-Quran oleh seorang pakar komputer bernama Ali Adam. Beliau juga pernah
 dijemput oleh European Space Agency untuk kajian hubungan gravity dan perubahan
 masa pada tahun 1999. Pada tahun 2001 beliau berjumpa dengan pengasas teori 
fizik terbaru berkenaan Helical Particle Waves dan beliau terus bergabung untuk 
mengembangkan kajian yang amat diperlukan ketika ini iaitu berkenaan jisim, kuasa 
elektrik dan kesan tindakbalas magnet.

Beliau menemui corak aturan nombor perdana didalam al-Quran setelah membaca
 buku bertajuk "Prime Obsession". Ali terus mendapat ilham untuk membuat analisa 
terhadap ayat yang diulang-ulang sebanyak 31 kali didalam surah ar-Rahmaan. Surah
 ini merupakan batu loncatan bagi Ali untuk mengkaji tentang peristiwa 2012 didalam 
al-Quran.

Nombor perdana adalah nombor asli yang lebih besar daripada 1, yang faktor 
pembahaginya cuma 1 dan bilangan itu sendiri. Sebagai contoh, 2 dan 3 adalah
 nombor perdana. 4 bukan nombor perdana kerana 4 boleh dibahagi 2. Sepuluh 
nombor perdana yang pertama ialah 2, 3, 5, 7, 11, 13, 17, 19, 23 dan 29.

Penemuan 2012 dalam al-Quran

Tahun 2012 didalam al-Quran yang dibentangkan oleh Ali adalah berdasarkan tahun
 hijrah iaitu tahun 1433 yang diolah dari surah Ar-Rahmaan. Dalam surah Ar-Rahmaan
 Allah menegaskan ayat (فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ) sebanyak 31 kali iaitu pada ayat
 bilangan berikut;


13, 16, 18, 21, 23, 25, 28, 30, 32, 34, 36, 38, 40, 42, 45, 47, 49, 51, 53, 55,
 57, 59, 61, 63, 65, 67, 69, 71, 73, 75, 77


dan jumlahnya


13 + 16 + 18 + 21 + 23 + 25 + 28 + 30 + 32 + 34 + 36 + 38 + 40 + 42 + 
45 + 47 + 49 + 51 + 53 + 55 + 57 + 59 + 61 + 63 + 65 + 67 + 69 + 71 +
 73 + 75 + 77 = 1433

merupakan nombor perdana dan jumlahnya (1+4+3+3=11), juga merupakan 
nombor perdana!
tetapi paling penting ialah seperti kita maklum sekarang ini kita berada
 dalam tahun 1432H (2011M), dan kita dapat mengandaikan Allah mungkin
 menunjukkan suatu kejadian pada tahun 1433H (2012M).


Didapati juga dalam surah tersebut mengandungi 355 patah perkataan,
 iaitu bersamaan jumlah hari didalam tahun lompat Islam pada tahun 1433H 
(dikira termasuk huruf Bismillah);


30 + 29 + 30 + 30 + 29 + 30 + 30 + 29 + 30 + 29 + 30 + 29 355 days
sumber: http://www.islamicfinder.org/Hcal/hdate_year.php?year=1433&
base=h


Oleh itu kesimpulan dibuat tiap perkataan didalam surah ini menjuruskan 
kepada hari tahun Islam 1433H (2012M).


Memandangkan ulangan ayat 31 kali mengandungi 4 perkataan 
(فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ), adalah wajar disimpulkan terdapat hubungan penting
 antara 31 dan tempoh 4-hari dalam 1433H untuk Allah Ar-Rahman memberi
 peringatan kepada umat manusia bagi mengambil perhatian.


Adalah didapati ayat ulangan yang pertama jatuh pada perkataan bilangan 
44 dalam surah tersebut, boleh disimpulkan bahawa satu peristiwa akan 
berlaku pada tahun 1433H ialah pada hari ke 44 tahun tersebut iaitu pada 
7hb. Januari 2012 berlanjutan selama 4 hari, dan ayat ulangan terakhir jatuh 
pada perkataan bilangan 346 dan dapat disimpulkan peristiwa tersebut akan
 berlaku pada hari ke 346 tahun 1433H bersamaan 4hb. November 2012 dan
 berlanjutan selama 4 hari.


Apakah Peristiwa Itu?


Apakah peristiwa penting itu? Mari kita lihat pada bilangan ke -1433 dalam
 huruf, perkataan dan ayat yang masing-masing bertanda merah.


"Hujan batu meteorite?" pada huruf ke - 1433 dalam ayat Quran [2:24]:

بسم الله الرحمن الرحيم      أعوذ بالله من الشيطن الرجيم

فَإِن لَّمْ تَفْعَلُوا۟ وَلَن تَفْعَلُوا۟ 
فَٱتَّقُوا۟ ٱلنَّارَ ٱلَّتِى وَقُودُهَا ٱلنَّاسُ وَٱلْحِجَارَةُ ۖ أُعِدَّتْ لِلْكَٰفِرِينَ
But if you don’t do it, and you shall never do it,
then beware The Fire for which Men and stone
s are its fuel;  it is prepared for the unbelievers.


"Balasan azab berpanjangan" pada perkataan ke - 1433 dalam ayat Quran [2:86]:

بسم الله الرحمن الرحيم      أعوذ بالله من الشيطن الرجيم
أُو۟لَٰٓئِكَ ٱلَّذِينَ ٱشْتَرَوُا۟ ٱلْحَيَوٰةَ ٱلدُّنْيَا بِٱلْءَاخِرَةِ ۖ 
فَلَا يُخَفَّفُ عَنْهُمُ ٱلْعَذَابُ وَلَا هُمْ يُنصَرُونَ
These are they who buy the life of this world for the hereafter,
so their chastisement shall not be lightened nor shall they be helped.


" Balasan terhadap orang-orang mengadakan dusta" pada ayat ke - 1433 dalam ayat Quran
 [10:69]



بسم الله الرحمن الرحيم
      أعوذ بالله من الشيطن الرجيم
قُلْ إِنَّ ٱلَّذِينَ يَفْتَرُونَ عَلَى ٱللَّهِ ٱلْكَذِبَ لَا يُفْلِحُونَ
Say: Those who forge lies against Allah shall never succeed.




Wednesday, 28 December 2011

HALWA TELINGA YG BERMAKNA


Suci Sekeping Hati

Powered by eSnips.com

Lirik "Suci Sekeping Hati" (Saujana)

Sekeping hati dibawa berlari
Jauh melalui jalanan sepi
Jalan kebenaran indah terbentang
Di depan matamu para pejuang

Tapi jalan kebenaran
Tak akan selamanya sunyi
Ada ujian yang datang melanda
Ada perangkap menunggu mangsa

Akan kuatkah kaki yang melangkah
Bila disapa duri yang menanti
Akan kaburkah mata yang meratap
Pada debu yang pastikan hinggap

Mengharap senang dalam berjuang
Bagai merindu rembulan di tengah siang
Jalannya tak seindah sentuhan mata
Pangkalnya jauh hujungnya belum tiba

BESARNYA KUASA ALLAH!

Janin Bayi Bersujud Ketika Diperdengarkan Ayat Suci Al-Quran

Posted on April 30, 2010 under General by wizvax
bayisujud 

Dalam video ini seorang ibu hamil dibacakan ayat-ayat Al-Qur’an, dan selama proses pembacaan tersebut dipantau melalui alat USG kehamilan. Dan dapat dilihat perbezaan posisi bayi sebelum dan sesudah dibacakan ayat-ayat Al-Qur’an.
Sebelum dibacakan ayat suci Al-Quran, bayi nampak aktif dalam pergerakannya (normal memang macam ni). Kemudian dibacakan pula ayat suci Al-Quran..
Subhanallah! Hasilnya ketika dibacakan surat Al-Fatihah dan Al-Baqarah janin bayi tampak terdiam dlm keadaan sujud… seakan-akan mengenali suara-suara yang sedang dibacakan.
<object width="640" height="360"><param name="movie" value="http://www.youtube.com/v/bg2j9363yVY&hl=en_US&feature=player_embedded&version=3"></param><param name="allowFullScreen" value="true"></param><param name="allowScriptAccess" value="always"></param><embed src="http://www.youtube.com/v/bg2j9363yVY&hl=en_US&feature=player_embedded&version=3" type="application/x-shockwave-flash" allowfullscreen="true" allowScriptAccess="always" width="640" height="360"></embed></object> 

 
Advertise Here
Kullu mauludin Yuuladu ‘alal fithrah… Jadi seorang ibu yang tengah mengandung anaknya sering-seringlah memperdengarkan ayat-ayat suci Al-Qur’an. Semoga kelak menjadi anak yang soleh dan solehah. Amiin.
 
p/s: inilah firnah manusia..
p/s/s: rakyat Jepun menggunakan kaedah ini untuk terapi menggunakan headphone yang diletakkan di perut ibu bagi bayi dalam kandungannya, buktinya anak yang lahir lebih cerdik, aktif dan mendengar kata

MANDI WAJIB



Mandi Wajib Yang Betul Dan Sah…


Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut,tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanah air kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.Untuk melakukan mandi wajib yang betul,seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja.Sebaliknya,ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah,Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),Ustaz Haji Mat Jais Kamos, menegaskan, bagaimanapun,berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah,didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

“Akibatnya,mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.Apabila mandi wajib tidak sah,ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah.Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul.” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur .

Mandi wajib yang juga disebut sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam.Setiap orang yang melakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya.Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.

Rukun mandi wajib ada 3 perkara:

Pertama : Niat.

Kedua : Menghilangkan najis pada badan.

Ketiga : Meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.

Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala.” Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”

Niat itu didalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan.Bagi perempuan yang habis haid,niat mandi wajib ialah: "Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas,niat mandi wajibnya ialah: "Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah.Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya.Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan,niat itu juga tidak sah.Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke 2,iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan,menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan,najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib.Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke 3,iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir,meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan,sama ada bulu2 yang jarang atau lebat.Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul,sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka.Bulu2 dalam lubang hidung pula,tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin.Tetapi sekiranya,bulu2 di dalam hidung itu bernajis,ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula,jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku,kotoran itu wajiblah dibuang.Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai,inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai,mandi wajib seseorang itu tidak sah.Oleh itu,seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai,jika dia hendak mandi wajib,dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu.Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana? Inilah yang rumitnya,sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai.Inai sebenarnya akan meresap ke rambut,tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

Tetapi dalam hal ini,jangan pula ada yang salah faham.Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis,bukanlah bermaksud menjadi tidak sah.Dalam hal ini,sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza.Jadi,mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.Dalam hal ini juga,sukalah saya menyatakan,huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib.Jadi,ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula,Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani,keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja,iaitu keluar darah haid,nifas dan melahirkan anak(wiladah).

Mandi wajib boleh dilakukan dimana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga,air paip,sungai laut dan tasik.Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula,mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh,tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.

Selepas bersetubuh pula,jika ia dilakukan pada waktu malam,jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat,manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.


Rasulullah S.A.W Bersabda : " Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat, Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa’at kepada manusia lain." [HR Muslim]
 

Monday, 19 December 2011

PROSES KEJADIAN BAYI DALAM KANDUNGAN

pengorbanan seorang wanita untuk menjadi seorang ibu sangatlah berat, jadi tidak sepantasnya bagidgk kaum adam memperlakukan seorang wanita dengan seenaknya. mensyukuri pemberiannya bukan malah melenyapkan/menghilangkan pemberian tersebut.



RENUNGAN UNTUK IBU

RENUNGAN UNTUK IBU

Suatu ketika seorang bayi siap untuk dilahirkan ke dunia

Menjelang diturunkan, dia bertanya kepada tuhan...

"Para malaikat disini mengatakan bahwa besok mereka akan mengirimku ke dunia,
tetapi bagaimana cara saya hidup disana? saya begitu kecil dan lemah"

Tuhan menjawab...

"Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Ia akan menjaga dan mengasihimu"

"Tapi di surga apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi dan tertawa, ini cukup bagi saya untuk bahagia"

Demikian kata si bayi

Tuhanpun menjawab, "malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari,
dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan jadi lebih berbahagia"

Si bayi pun bertanya kembali...

"Dan apa yang dapat saya lakukan saat saya ingin berbicara kepada-Mu?"

Sekali lagi Tuhan menjawab...

"Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa"

Si bayi pun masih belum puas, ia pun bertanya lagi,

"saya mendengar bahwa di bumi banyak orang jahat, siapa yang akan melindungi saya?"

Dengan penuh kesabaran, Tuhan pun menjawab...

"Malaikatmu akan melindungimu dengan taruhan jiwanya sekalipun"

Si bayi pun tetap belum puas dan melanjutkan pertanyaannya,

"Tapi saya akan bersedih karena tidak melihat Engkau lagi"

Dan Tuhanpun menjawab...

"Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku
dan akan mengajarkan bagaimana cara agar kamu bisa kembali kepada-Ku
walaupun sesungguhnya aku selalu berada di sisimu"

Saat itu surga begitu tenangnya, sehingga suara dari bumi dapat terdengar,
Dan sang anak dengan suara lirih bertanya...

"Tuhan, jika saya harus pergi sekarang, bisakah engkau memberi tahu siapa nama malaikat di rumahku nanti?"

Tuhan pun menjawab,

"Kamu dapat memanggil malaikatmu...IBU..."

Kenanglah Ibu yang menyayangimu

Untuk ibu yang selalu meneteskan air mata ketika kita pergi

Ingatkah engkau, ketika ibumu rela tidur tanpa selimut demi melihatmu, tidur nyenyak dengan dua selimut membalut tubuhmu...

Ingatkah engkau ketika jemari ibu mengusap lembut kepalamu?

Dan ingatkah engkau ketika air mata menetes dari mata ibumu ketika ia melihatmu terbaring sakit?

Sesekali jenguklah ibumu yang selalu menantikan kepulanganmu di rumah tempat kau dilahirkan.

Kembalilah memohon maaf pada ibumu yang selalu rindu akan senyumanmu.

Simpanlah sejenak kesibukan-kesibukan duniawi yang selalu membuatmu lupa untuk pulang.

Segeralah jenguk ibumu yang berdiri menantimu di depan pintu bahkan sampai malam kian larut.

Jangan biarkan engkau kehilangan saat-saat yang akan kau rindukan di masa ketika ibumu telah tiada...

IBU... maafkan aku...

Sampai kapanpun jasamu tak akan terbalas

BLOG: http://rizalarafah.com

Sunday, 18 December 2011

AMALAN IBU MENGANDUNG

Salam sejahtera kepada sahabat sekalian.  Setelah sekian lama blog ini tidak di kemaskini dengan secara sistematik kerana kesibukan saya dengan aktiviti rasmi dan tak rasmi disamping rutin harian serta pengurusan rumahtangga yang semakin bertambah.  Alhamdulillah kali ini saya berpeluang mencuri sedikit masa yang ada untuk berkongsi sedikit panduan hidup dalam rumahtangga khasnya buat para bakal ibu dan ibu-ibu yang bakal/sedang mengandung 'macam saya' juga. InsyaAllah doa dan harapan saya semoga kita mendapat manfaat dari apa yang dipaparkan ini.

Saya sertakan panduan ini dengan video ceramah dari Dato’ Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood Menurut Al-Quran, Sunnah & Pengalaman.  Antara amalan-amalan yang baik semasa mengandung adalah:
1.  Banyakkan bertaubat dan beristighfar kepada Allah s.w.t
2.  Banyakkan berdoa kepada Allah s.w.t
3.  Rajin berpuasa sunat terutamanya bagi para suami
4.  Rajin solat wajib dan amalkan solat sunat
5.  Banyakkan berzikir kepada Allah
6.  Banyakkan bacaan al-Quran
7.  Banyakkan membaca buku-buku ilmiah
8.  Berbual-bual dengan anak yang berada dalam kandungan
9.  Lakukan kerja-kerja ringan di rumah sbg senaman ringan
10.Tidak terlalu tertekan atau stress
11.Mejaga adab dan emosi
12.Makan makanan yang baik dan halal
13.Jauhi daripada sifat dendam dan dengki (sifat mazmumah)
14. Rajin mengukir senyuman
15.Rajin menghadiri majlis-majlis ilmu


sumber: http://namanamaislam.com/amalan-ibu-mengandung-oleh-dato-ustazah-siti-nor-bahyah-mahamood/

Tuesday, 13 December 2011

TAUHID KEPADA ALLAH




Tauhid Kepada Allah


Bila di lafaz sahaja Kalimah Syahadah “ Tiada Ilah di sembah melainkan Allah” ini bermakna seseorang itu telah mengaku, mengikrar dan mengumumkan bahawa Allah s.w.t adalah Ilahnya, Allah s.w.t sebagai sembahannya, Allah s.w.t sebagai tempat dia berserah diri dan meminta pertolongan, tempat bertawakkal dan tempat seharusnya di takuti . Allah s.w.t adalah tempat memohon segala harapan. Allah s.w.t berfirman yang bermaksud :
“Barang siapa yang takut akan kebesaran Allah kemudian dia mencegah dirinya dari menurut hawa nafsunya, maka Syurgalah tempat kembalinya.”


Suatu perkara yang kita kena didik dalam diri kita ialah rasa takut kepada Allah s.w.t dan kita asuh nafsu kita supaya tunduk di bawah telunjuk iman.Kalimah Syahadah yang kita ucapkan bermakna Allah s.w.t yang menghidupkan kita dan Allah s.w.t sahaja yang berkuasa mematikan kita bila-bila masa yang di kehendakiNya, Allah s.w.t sahaja Maha Berkuasa atas segala sesuatu. Allah s.w.t yang mengatur dan mengubal UNDANG-UNDANG SEJAGAT termasuk alam tumbuhan, haiwan, jin dan juga manusia. Manusia tidak boleh memilih selain daripada undang-undang yang telah di tetapkan oleh Allah s.w.t. Undang-undang Allah s.w.t sudah cukup sempurna kerana Allah s.w.t bersifat Maha Sempurna.


Bagi mereka-mereka yang angkuh dan merasa puas dengan kehidupan duniawi dan menafikan hak Allah s.w.t di muka bumi ini, maka tempat tinggal mereka adalah neraka Jahim.


Rasulullah pernah bersabda kepada Ibnu Umar yang bermaksud :
“Jagalah hak Allah nescaya Allah menjaga kamu, ketahuilah sekiranya sesuatu kaum itu ingin memusnahkan kamu, yakinilah bahawa mereka tidak dapat melakukannya kerana apa yang di tentukan oleh Allah.”


Bilamana seseorang itu mengaku Allah s.w.t sebagai Ilah maka beliau juga mesti menerima dan mengaku Allah s.w.t sebagai Rabb, iaitu mengaku bahawa Allah s.w.t sebagai Pemilik dan Penguasa alam ini termasuk manusia itu sendiri.


Tauhid terbagi kepada dua :
1.Tauhid Uluhiyah (meng Esakan Allah s.w.t, menerima undang-undang dan mengabdikan diri sepenuhnya kepada Allah s.w.t)
2.Tauhid Rububiyah (meyakini segala sifat-sifat kesempurnaan Allah s.w.t dan meyakini bahawa Allah s.w.t adalah Pemilik, Pencipta dan Penguasa alam semesta)


Apabila Tauhid ini (Tauhid Uluhiyah dan Tauhid Rububiyah) tidak ada dalam hati kita ini bermakna kita telah mensyirikkan dan menyekutukan Allah s.w.t. Tidak ada DOSA yang lebih besar melainkan dosa mensyirikan Allah s.w.t. Di hari akhirat nanti Allah s.w.t ,tidak akan mengampunkan dosa mereka-mereka yang mensyirikanNya ketika di dunia ini.


Syahadah yang kita ucapkan perlu kepada tuntutan, ingatlah bila mana kita mengucap sahaja Kalimah Syahadah, ini bermakna kita telah mencabut segala kekuasaan yang di kuasai oleh sesiapa sahaja dalam kehidupan kita dan di kembalikan kepada Kekuasaan Allah s.w.t. Manusia akan bebas dari belengu yang mengikat dirinya iaitu belengu adat istiadat yang di warisi dari datuk nenek moyang mereka yang bercangah dengan Syariah, belengu yang berupa undang-undang ciptaan manusia yang mengusai pemerentahan dan penguatkuasaan di dalam kehidupan harian yang mana ianya terang-terang bertentangan dengan Al- Quran dan Sunnah NabiNya dan belengu yang berupa hawa nafsu yang menguasai hati dan perasaannya.


Orang-orang arab jahiliyah percaya bahawa langit dan bumi di ciptakan oleh Allah s.w.t, tetapi apabila di ajak beriman kepada Allah s.w.t dengan pengakuan bahawa “Tiada Ilah yang di sembah melainkan Allah” maka mereka menolaknya di sebabkan mereka cukup sayang pada ilah-ilah yang lain iaitu sistem hidup dan adat istiadat “latta dan uzah” yang di warisi dari datuk nenek moyang mereka. Mereka tidak mahu meninggalkan amalan mengikut hawa nafsu yang menjadi sebagai ilah-ilah mereka. Hidup mereka telah sebati dengan perbuatan zina, bermain judi, minum arak, mengambil riba’,menindas orang fakir miskin, membunuh anak perempuan dan meninggalkan hidup anak lelaki, tenung nasib dan lain-lain lagi. Mereka cukup faham apabila mereka mengucapkan sahaja kalimah ini mereka pasti dan terpaksa meninggalkan segala amalan-amalan jahiliyah yang telah sebati dalam kehidupan mereka seharian. Itulah sebabnya mereka bermati-matian memerangi dan menzalimi Rasulullah s.a.w dan sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w.


Apabila kita kaitkan suasana di zaman jahiliyah dahulu berbanding dengan suasana kita sekarang ini ada beberapa persamaan dari segi prinsip, walaupun suasana ketika itu tidak ada kemajuan sain dan teknologi. Hari ini manusia rata-rata menolak hukum-hukum Allah s.w.t, mereka menganggap hukum-hukum Allah s.w.t tidak sesuai di laksanakan dalam kehidupan sekarang ini kerana kepesatan kemajuan sain dan teknologi dan hidup di dunia tanpa sempadan. Alasan yang lain hidup dalam masyarakat majmuk perlu toleransi dan mengiktiraf kebebasan dan hak asasi manusia!


Ingatlah ! sebagai seorang muslim-mukmin yang beriman kepada Allah s.w.t dan rukun-rukun Iman yang lain dan beriman kepada Tauhid Uluhiyah dan Tauhid Rububiyah, maka kita perlu meyakini sepenoh hati bahawa keimanan tidak boleh di pisahkan dalam kehidupan. Apabila kita beriman kepada Allah s.w.t ini bermakna kita kena terima sistem hidup Isam yang sempurna. Islam merangkumi segala kehidupan manusia, dalam bidang ekonomi, politik, pemerentahan, pentadbiran, sosial, kewangan, kekeluargaan, kehakiman dan lain-lain lagi. Yakinilah bahawa undang-undang Islam dan hukum Hudud sesuai di sepanjang zaman. Hanya perlaksanaannya sahaja perlu kepada peringkat demi peringkat berdasarkan keadaan semasa.
~;xDragoN7

DOSA-DOSA BESAR


Dosa-dosa Besar


Apabila kita lihat keadaan umat Islam hari ini kita merasakan amat sedih dan dukacita kerana maksiat berlaku merata tempat .Umat Islam sudah berani melakukan dosa dan maksiat secara terang-terangan, mereka tidak takut lagi kemurkaan Allah s.w.t Kemungkinan bala bencana yang berlaku ketika ini ada kaitannya dengan kerosakkan yang di lakukan oleh tangan-tangan manusia hari ini, seperti penyakit HIV, selsema babi, demam denggi ,cuaca panas , kemarau , ribut taufan dan lain-lain lagi. Setiap hari kita baca berita di dada akhbar arus perdana menceritakan kesah-kesah gejala sosial dan jenayah yang di lakukan oleh manusia. Kes rogol , sumbang mahram , pembunuhan kejam, ragut ,penderaan fizikal , jenayah along , menjual dan menghisap dadah , rompakan , penculikan, membuang bayi ,pelacuran , penjualan manusia dan lain-lain lagi. Ini tidak termasuk lagi kes-kes seperti rasuah , penyalagunaan kuasa , khalwat , bersekedudukan , sumpah palsu , minum arak , main judi , penceraian dengan tuduh menuduh, berzina dan fitnah memfitnah.


Faktor penting yang menyebabkan kesemua keadaan ini berlaku kerana umat Islam telah meninggalkan ajaran Islam yang di bawa oleh Rasulullah s.a.w. Mereka terlupa bahawa kehidupan mereka di dunia ini hanya lah persingahan sementara untuk menuju kehidupan akhirat yang kekal abadi.


Ketka di dunia inilah kita di tuntut untuk beribadah dan beramal soleh, semuga di akhirat nanti kita dapt mengambil buku catitan kita di tangan kanan, dan mendapat balasan Syurga yang kekal abadi dan seluas langit dan bumi.


Di dalam Al- Quran dan hadis Nabi s.a.w terdapat 8 (lapan) perkara perbuatan-perbuatan manusia yang termasuk di dalam DOSA-DOSA BESAR. Perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut. :


Pertama : MENINGGALKAN SOLAT LIMA WAKTU
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
“Solat itu adalah tiang agama. Maka sesiapa yang mendirikannya , sesungguhnya ia menegakkan Agamanya dan sesiapa yang meninggalkannya ia telah merobohkan Agamanya.”


Di dalam hadis yang lain Nabi s.a.w ada bersabda yang bermaksud :
“ Bermula orang yang meninggalkan solat pada hal ia dalam keadaan sihat, maka Allah tidak memandang kepadanya dengan pandangan rahmat, dan baginya kelak azab yang amat hebat melainkan kalau ia bertaubat dari perbuatannya itu”


Kedua : MENDERHAKA KEPADA KEDUA IBU BAPA :
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
“ Barangsiapa membuat ibu bapanya gembira (memberi keredhan), maka sesungguhnya ia membuat redha Allah. Barangsiapa menyakitkan hati ibu bapanya, maka sesungguhnya ia membuat kebencian Allah”
(Hadis riyawat Imam Bukhari )


Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud :
“ Dosa yang paling besar ialah mensyrikkan Allah , derhaka pada ibu bapa dan membunuh orang”
(Hadis riwayat Anas bin Malik)


Ketiga : MEMINUM ARAK
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
“ Empat ( macam manusia) tidak Allah masukkan mereka itu ke Syurga dan tidak akan merasai kenikmatannya, peminum arak , pemakan riba’ , menzalami (memakan) harta anak yatim dengan tidak hak dan derhaka pada ibu atau bapa.”
(Hadis riwayat Al-Hakim)


Keempat : MELAKUKAN ZINA :
Firman Allah s.w.t yang bermaksud :
“ Dan janganlah kamu mendekati zina , sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk.”
(Surah Al- Israa’ ayat 32”


Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
“ Jauhilah oleh kamu akan zina, kerana kecelakaannya empat macam iaitu hilang seri (cahaya) pada wajahnya , di sempitkan rezekinya , dan kemurkaan Allah atasnya dan menyebabkan kekal di dalam neraka.”
(Hadis riwayat Thabrany dan Ibnu Abbas)


Kelima : MEMAKAN RIBA’
Firman Allah s.w.t yang bermaksud :
“Hai orang-orang yang beriman , bertakwalah kepada Allah dan tinggalkanlah riba’ (yang belum di pungut) jika kamu orang-orang yang beriman. Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba’) maka ketahuilah , bahawa Allah dan RasulNya akan memerangimu . Dan jika kamu bertaubat (dari mengambil riba’), maka bagimu pokok hartamu, kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya.”
(Surah Al- Baqarah ayat 278-279)


Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
“ Selagi akan terjadi dan nyata pada akhir zaman empat macam di kerjakan manusia :
Pertama : orang-orang (mudah sahaja mengerjakan riba’ dan) memakan harta riba’.
Kedua : orang-orang (dengan tak merasa takut-takut) mengerjakan zina.
Ketiga : orang-orang (sering) bersumpah (walau pun palsu , tak ambil peduli)
Keempat : orang-orang (suka) mengurangkan sukatan atau timbangan (pada jual beli)
Maka apabila berlaku dan telah nyata (di lakukan orang-orang seperti di lakukan itu) akan bertebaranlah penyakit dan bala yang akan di turunkan Allah dengan perang setengah akan setengahnya.”


Keenam : MENGERJAKAN LIWAATH (HOMOSEKSUAL)
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
“ Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk melepaskan nafsumu (kepada mereka) , bukan kepada wanita, maka kamu ini adalah kaum yang melampau batas.”
(Surah Al- A’raaf ayat 81)


Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :“ Barangsiapa mengerjakan akan perkerjaan kaum Luth (liwaath / homoseksual) maka hendaklah di bunuh yang memperbuat dan yang di perbuat.”


Dalam hadis yang lain Nabi s.a.w ada bersabda yang maksudnya :
“Tujuh macam orang di laknat oleh Allah kelak di hari kiamat. Sedang mereka sedikit pun tidak di pandang Allah dengan belas kasihan, bagi mereka itu seksa yang bersangatan sekali iaitu :
Pertama : orang yang liwaath
Kedua : mensetubuhi perempuan pada lubang duburnya (bukan farajnya)
Ketiga : orang menjima’ binatang.
Keempat : orang-orang yang mengeluarkan mani dengan tangannya (onani)
Kelima : orang yang mensetubuhi anak sendiri
Keenam : orang yang berzina dengan orang sekampungnya
Ketujuh : orang yang menyakiti orang sekampungnya. “


Ketujuh : TIDAK MAHU MENGELUARKAN ZAKAT :
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
“ Sekali-kali janganlah orang-orang yang bakhil dengan harta yang Allah berikan kepada mereka dari karuniaNya , menyangka bahawa kebakhilan itu baik bagi mereka. Sebenarnya kebakhilan itu adalah buruk bagi mereka. Harta yang mereka bakhilkan itu akan di kalungkan kelak di lehernya di hari kiamat. Dan kepunyaan Allahlah segala warisan (yang ada) di langit dan di bumi. Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.”
(Surah Al-Imran ayat 180)


Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
“Barangsiapa mempunyai emas atau perak senisab, sedang tidak di keluarkan zakatnya, kelak di hari kemudian ia akan di kejar-kejar oleh ular yang besar dan sangat berbisa dari neraka yang mengigit tangannya sehingga terpotong, kemudian tangannya kembali sebagai sediakala, di gigit lagi ular itu, demikianlah setiap masa, sehingga akhirnya orang yang bakhil itu akan di seret ke neraka Jahannam”


Kelapan : MEMBUNUH ORANG LAIN TANPA HAK
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
“Dan barangsiapa yang membunuh searang mukmin dengan sengaja, maka balasannya ialah Jahannam , kekal ia di dalamnya dan Allah murka kepadanya, dan mengutukinya serta menyediakan azab yang besar baginya.”
(Surah An- Nisaa’ ayat 93)


Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
“ Orang yang mati terbunuh , akan datang di hari kiamat dengan mengantungkan kepalanya di salah satu tangannya , sambil memegang pembunuhnya dengan tangan yang lain , sedang darah terus mengalir. Apabila mereka berdua sudah ada di hadapan Allah, maka orang yang terbunuh itu berkata : Ya Allah, inilah orang yang telah membunuh aku. Maka Allah berkata kepada sipembunuh : Celakalah engkau, lalu di bawalah orang itu ke neraka.”
~;xDragoN7
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...