Detik-detik tahun baru 2011 bakal menghampiri kita...Lebih kurang 9 jam dari sekarang (waktu Moscow ketika ini ialah jam 3 petang) kita akan melangkah ke tahu baru yang mungkin akan lebih mencabar...
Oleh itu marilah kita menanamkan azam utk merealisasikan segala impian dan harapan yang belum tertunai di tahun ini dan berazam untuk menjayakan segala program dan perancangan 2011 dengan bersungguh demi mencapai matlamat hidup kita semua. Dalam pada itu marilah kita sama-sama muhasabah diri untuk kebaikan duniawi dan ukhrawi kita,insyaAllah.
Sesungguhnya hanya dengan mengikut dan menunaikan segala suruhan dan meninggalkan segala laranganNya kita akan beroleh rahmat dan hidayahNya kelak...insyaAllah
Salam dari Moscow!
Sebelum 2010 melabuhkan tirainya,saya sekeluarga ingin memohon ampun dan maaf kepada semua rakan dan taulan atas segala kesilapan dan keterlanjuran sama secara zahiriah mahupun batiniah dan mohon dihalalkan segalam makan minum. Sesungguhnya segala yang baik itu datangnya dari Allah jua dan segala kekurangan dan kekhilafan tu datang dari kita sendiri...
Walllahua'alam
Salam dan selamat berkenalan dariku yang serba baru di alam Blogger ini...sebenarnya hasrat untuk mencipta blog sendiri telah lama diimpikan tetapi oleh kerana bbrp halangan tertentu, maka hasrat itu tergendala sehinggalah kini saya telah temui masa dan keadaan yang sesuai...alhamdulillah. Semoga apa yang dibaca dan perolehi dari blog saya ini dapat dimanfaatkan bersama dan menjadi panduan dan tauladan untuk kehidupan kita seterusnya. Sekian dan salam kenalan dari saya....LaiLy WaHab!
selamat tahun baru aunty.. =)
ReplyDeleteselamat tahun baru kak, terima kasih yer singgah my blog...saya nk follow akk blk tapi x nampak lak blog followers tu.
ReplyDeleteok sorry kak dh boleh memula tu tgk tulisan tu x faham...niza try click2 jer tadi..:)
ReplyDelete