Friday, 31 December 2010

Detik-detik menjelang Tahun Baru 2011

Detik-detik tahun baru 2011 bakal menghampiri kita...Lebih kurang 9 jam dari sekarang (waktu Moscow ketika ini ialah jam 3 petang) kita akan melangkah ke tahu baru yang mungkin akan lebih mencabar...
Oleh itu marilah kita menanamkan azam utk merealisasikan segala impian dan harapan yang belum tertunai di tahun ini dan berazam untuk menjayakan segala program dan perancangan 2011 dengan bersungguh demi mencapai matlamat hidup kita semua.  Dalam pada itu marilah kita sama-sama muhasabah diri untuk kebaikan duniawi dan ukhrawi kita,insyaAllah.
Sesungguhnya hanya dengan mengikut dan menunaikan segala suruhan dan meninggalkan segala laranganNya kita akan beroleh rahmat dan hidayahNya kelak...insyaAllah

Salam dari Moscow!
Sebelum 2010 melabuhkan tirainya,saya sekeluarga ingin memohon ampun dan maaf kepada semua rakan dan taulan atas segala kesilapan dan keterlanjuran sama secara zahiriah mahupun batiniah dan mohon dihalalkan segalam makan minum. Sesungguhnya segala yang baik itu datangnya dari Allah jua dan segala kekurangan dan kekhilafan tu datang dari kita sendiri...
Walllahua'alam

Thursday, 30 December 2010

Tukarkan penggunaan istilah SEMBAHYANG kepada SOLAT

Tukarkan penggunaan Istilah SEMBAHYANG kepada SOLAT!.
by Laily Wahab on Friday, 11 June 2010 at 09:22

Tukarkan penggunaan Istilah SEMBAHYANG kepada SOLAT!.

Hampir kebanyakan umat Islam hari ini tidak terlepas daripada menggunakan istilah "Sembahyang" yang merujuk kepada "Solat." Tetapi pada hakikatnya, istilah "Sembahyang" mempunyai maksud atau pengertian yang terdapat unsur "Syirik."

Professor Hasbi As Siddiqi di dalam salah satu bukunya, membahas perkataan "Sembahyang." Katanya; "Sembahyang di ambil daripada perkataan "Sembah" dan "Hyang" yang merujuk kepada nama dewa - dewa yang disembah oleh penganut Agama Hindu dahulu kala. "Sembahyang" juga diertikan sebagai "menyembah berhala yang bernama Hyang."

Dua pakar Bahasa Indonesia, yang salah seorangnya pernah datang ke Malaysia, mengajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), iaitu Dr Daniel juga telah mengesahkan bahawa istilah "Sembahyang" merujuk kepada "menyembah dewa yang bernama Hyang."

Orang Buddha pergi ke Tokong, Orang Hindu pergi ke Kuil dan Orang Kristian pergi ke Gereja menggunakan istilah "Sembahyang," terserahlah kepada mereka, kerana memang terdapat unsur "Syirik" dalam ibadah mereka. Tetapi Umat Islam, Tidak sesuai sekiranya, "Solat" juga diistilahkan sebagai "Sembahyang", yang mana pada asalnya kata sembahyang itu merujuk kepada "menyembah dewa bernama Hyang."

Kalau boleh ubahlah ayat seperti seorang ibu mengarahkan anaknya bangun untuk menunaikan Solat Subuh. "nak, bangun!. pergi "Sembahyang Subuh," kepada "nak, bangun!. Pergi "Solat Subuh." Solat lebih tepat istilahnya

Mungkin sebahagian daripada kita, akan menganggap bahawa hal ini hanyalah hal yang remeh dan tidak begitu penting. Tetapi bagi mereka yang mempunyai kesedaran Agama dan memetingkan kualiti ibadah, akan sentiasa berhati-hati dan mengambil perhatian akan hal seperti ini.

SEBARKAN . . . Semoga Allah merahmati usaha kita. Amin!

ULAMAK VS ARTIS: Renung-renungkanlah..........

 
Salam bertemu kembali sahabat sekalian....Note ini saya dapat dari kenalan dalam FB yg mana saya rasa artikel ini sgt bagus dan bermakna buat renungan dan pengetahuan kita semua...Semoga ia bakal memberi manfaat untuk kita semua...insyaAllah!
 
Dato' Ishak Baharom sudah kembali ke rahmatullah, beliau adalah seorang ulamak, rakyat dan pejuang Islam.  Setelah di pecat daripada jawatannya tiada lagi nama beliau disebut-sebut.  Malah, jika di tanya muda-mudi sekarang, berapa ramai sangat yang masih mengingati nama beliau?  Sehinggalah pada hari beliau pergi mengadap Ilahi, siapa yang peduli tentang beliau?

Satu keratan di sudut kecil akhbar melaporkan kehilangan tokoh ini seolah-olah hanya satu laporan biasa mengenai kematian seorang ketua kampung yang pernah berjasa hanya dengan memegang jawatan JKKK.  Pada tarikh yang sama, seorang penulis lirik terkenal juga kembali mengadap Ilahi sehari selepas beliau memenangi satu anugerah yang paling berprestij di Malaysia, iaitu AJL.  Di semua dada akhbar dan stesen radio membuat pengumuman rasmi di sertai tangisan setiap warga seni serta peminat berkenaan kehilangan permata dalam bidang seni yang kononnya sukar di cari ganti.

Sedangkan, siapa peduli walaupun seorang bekas mufti meninggal dunia?  Siapakah mufti atau ulamak di mata masyarakat kita?  Ulamak di matikan, ilmu berkurangan.  Dalam nas hadis, banyak di temukan petanda yang menyebut bahawa salah satu tanda-tanda hampirnya kiamat ialah ilmu akan hilang dan kejahilan meluas.  Bagaimanakah ilmu boleh hilang?  Antara cara ilmu itu hilang atau di angkat oleh Allah ialah dengan cara mematikan ulamak dan bijak pandai.

Ilmu matematik, ilmu alam dan segala ilmu lain yang tercipta atas kepandaian manusia tidak akan hilang.  Yang akan hilang adalah ilmu agama.  Ilmu yang melibatkan hukum-hakam, cara hidup ciptaan Allah, fardhu 'ain dan ilmu al-Quran yang hanya sebilangan kecil saja manusia yang menguasainya.  Hanya golongan ulamak sahaja yang menguasai ilmu ini.  Apabila matinya seorang ulamak, maka pergilah ilmu itu dan kepandaian yang di pelajarinya bersama jasadnya.

Golongan yang tinggal ini, jika tidak menguasai ilmunya kini hilang tempat rujukan, maka jalan ke arah kejahilan mula tampak.  Apabila tiada tempat rujukan maka kejahilan mula berleluasa.  Hukum-hakam di tafsir secara membuta tuli dan sebagainya.  Itulah antara cara bagaimana Allah mengangkat ilmu, iaitu dengan cara mematikan para ulamak.  Tidakkah ini satu tanda jelas pengakhiran dunia?  Siapa sedar akan hakikat ini?

Atas dasar itulah tiada yang menangisi pemergian ulamak sedangkan berapa ramai yang kelam-kabut dengan pemergian seorang insan seni?  Tanyalah anak-anak kita hari ini dan kita akan dapati hampir semuanya arif tentang artis, bila tarikh lahirnya, siapa pasangannya, apa saja biodata artis pastinya mereka tahu.

Tapi, berapa ramai anak-anak kita tahu tentang ulamak?  Kitab apa dan ilmu apa yang di dalami ulamak tersebut?  Ketahuilah saudaraku, bahawa antara tanda kiamat itu adalah apabila masyarakat mula memuja-muja artis.

Renung-renungkan...

Soalan Quiz, bila Dato' Ishak Baharom meninggal? siapa nama artis tersebut?

Salam Ukhuwah..

Wednesday, 29 December 2010

Winter ke 4 di Moscow...

Thn ini adalah kali ke-4 kami berhadapan dgn Musim Winter di Moscow...byk sekali  perbezaan yg dilalui diantara setiap musim winter bagi setiap tahun.  Begitu juga dgn pengalaman dan aktiviti snowboarding dan slide setiap kali musim winter dtg.







Bermula dgn balcony rumah, playground hinggalah ke Yaseneva Hill....kami teramat happy dan enjoy dgn aktiviti ini setiap thn. Anak2 adalah orang yg paling enjoy setiap kali aktiviti ini diadakan.  Keseronokan mereka adalah keseronokan kami juga, syukur alhamdulillah dipanjatkan kepadaNya diatas kurniaanNya ....sesungguhnya semua ini tidak akan dirasai jika tanpa rezeki, izin dan rahmat dariNya....Jazakalllahhu Khairankathiraaa....Allahu Akbar3x

Monday, 27 December 2010

Salam dan selamat tahun baru 2011.....

Saya create blog ini hanya utk suka2 jer.  Disamping bercerita ttg pengalaman hidup suka duka dirantau orang yang telah hampir menjangkau usia 4 thn pd Jul 2011 nnt....saya juga ingin berkongsi serba sedikit pengalaman hidup sbg ibu,isteri dan anak kpd ayahbonda tercinta....Tidak ketinggalan juga ingin dikongsi bersama resepi dan menu masakan yg diperolehi dr berbagai sumber...Seterusnya perkongsian pengalaman hidup sbg guru bersama rakan2 sealiran kerjaya dan juga sahabat handai dan saudara mara yang dikasihi dan disayangi.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...