Tuesday 29 May 2018

Tazkirah HATI

#Assalamualaikum..


اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Setiap hari yang datang adalah hari yang berharga.

Semoga kita senantiasa berada dalam rahmat, taufik dan hidayah Nya

Perbaikilah HATI. Hati yang baik adalah harapan untuk ke syurga

KUNCI UNTUK DAPAT HATI SENANG DAN JIWA TENANG

1. TIDAK MEMBENCI
Jangan benci seseorang walaupun dia buat salah pada kita. Jangan ada benci sampai bila - bila.

2. TIDAK MERUNGUT
Jangan berkeluh kesah sebaliknya banyakkan doa. Berkeluh kisah tak akan mengubah apa - apa

3. BERSEDERHANA
Hidup sederhana walaupun kamu ada kedudukan tinggi dan berharta.

4. BERSANGKA BAIK
Sentiasa fikir positif walaupun sentiasa di timpa ujian yang bertimpa - timpa.

5. SELALU  SENYUM
Senyumlah walaupun hati terluka. Senyum itu ada penawarnya.

6. SELALU  MEMBERI
Banyakkan beri sedekah walaupun kita terhalang melakukannya.

7. DOA TANPA PENGETAHUAN MEREKA
Jangan putus-putus mendoakan kebaikan untuk saudaramu tanpa pengetahuannya.

8. TIDAK BERDENGKI DAN IRI HATI
Jangan berdengki dengan kejayaan teman- teman anda, berdoalah semoga anda jua berjaya sepertinya...jika anda dengki dengan mengaibkan dia..ingtlah  segala amal baik anda pasti hangus semua kerana Allah tak terima Amal Kebajikan orang yang Berhasad dengki kepada saudaranya.

 رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا

Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Amin.

#AllahummaSolliAlaSayyidinaMuhammad
#MuhasabahDiri

• سبحان الله • الحمد لله• لا اله إلا الله • الله اكبر •

No comments:

Post a Comment

Any comment? Please....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...