Friday 27 January 2012

HAJAR ASWAD - MISTERI DAN RAHSIA BESAR KETIKA MENCIUMNYA!

Misteri Hajar Aswad Dan Rahsia Besar Ketika Menciumnya


Hajar Aswad yang terletak di dalam bingkai perak.

Hajar Aswad adalah batu hitam yang terletak di sudut sebelah Tenggara Ka’bah, 
iaitu sudut dari mana Tawaf dimulai. Hajar Aswad merupakan jenis batu ‘Ruby’ 
yang diturunkan Allah dari syurga melalui malaikat Jibril. Hajar Aswad terdiri 
dari lapan keping yang terkumpul dan diikat dengan lingkaran perak.

Batu hitam itu sudah licin kerana terus menerus di kecup, dicium dan diusap-
usap oleh jutaan malah trilion manusia sejak zaman Nabi Ibrahim a.s, iaitu
 jamaah yang datang ke Baitullah, baik untuk haji mahu pun untuk tujuan Umrah.

Hadist Sahih riwayat Imam Bathaqie dan Ibnu ‘Abas RA, bahawa Rasulallah 
SAW bersabda:

“Allah akan membangkitkan Al-Hajar (Hajar Aswad) pada hari kiamat.
 Ia dapat melihat dan dapat berkata. Ia akan menjadi saksi terhadap 
orang yang pernah memegangnya dengan ikhlas dan benar”.

Hadis tersebut mengatakan bahawa disunatkan membaca doa ketika hendak
 istilam (mengusap) atau melambainya pada permulaan thawaf atau pada 
setiap putaran, sebagai mana, diriwayatkan oleh Ibnu Umar RA. Artinya:

“Bahawa Nabi Muhammad SAW datang ke Ka’bah lalu diusapnya
 Hajar Aswad sambil membaca Bismillah Wallahu Akbar”.


Asal Usul Hajar Aswad

Ketika Nabi Ibrahim a.s bersama anaknya membina Ka'bah banyak kekurangan
 yang dialaminya. Pada mulanya Ka'bah itu tidak ada bumbung dan pintu masuk.

Nabi Ibrahim a.s bersama Nabi Ismail mahu membinanya dengan meninggikan
 bangunannya dan mengangkut batu dari berbagai gunung. setelah bangunan
 Ka'bah itu hampir selesai, ternyata Nabi Ibrahim masih merasa kekurangan
 seketul batu lagi untuk diletakkan di Kaabah.

Nabi Ibrahim berkata pada Nabi Ismail, "Pergilah engkau mencari seketul
 batu yang akan aku letakkan sebagai penanda bagi manusia."

Kemudian Nabi Ismail a.s pun pergi dari satu bukit ke satu bukit untuk mencari
 batu yang baik dan sesuai. Ketika Nabi Ismail a.s sedang mencari batu di 
sebuah bukit, tiba-tiba datang malaikat Jibril a.s memberikan sebuah batu 
yang cantik.

Nabi Ismail dengan segera membawa batu itu kepada Nabi Ibrahim a.s. 
Nabi Ibrahim a.s. merasa gembira melihat batu yang sungguh cantik itu, 
beliau menciumnya beberapa kali. Kemudian Nabi Ibrahim a.s bertanya,
 "Dari mana kamu dapat batu ini?"

Nabi Ismail as berkata, "Batu ini kuterima dari yang tidak memberatkan 
cucuku dan cucumu (Jibril)."

Nabi Ibrahim as mencium lagi batu itu dan diikuti oleh Nabi Ismail a.s. 
Sehingga sekarang Hajar Aswad itu dicium oleh orang-orang yang pergi 
ke Baitullah. Siapa saja yang bertawaf di Ka'bah disunnahkan mencium
 Hajar Aswad.


Rahsia Besar Yang Tidak Pernah Kita Bayangkan Sebelumnya

1. Satu riwayat Sahih dinyatakan: “HajarAswad dan Makam Ibrahim
 berasal dari batu-batu ruby syurga yang kalaulah tidak kerana 
sentuhan dosa-dosa manusia akan dapat menyinari antara timur 
dan barat. Setiap orang sakit yang memegangnya akan sembuh
 dari sakitnya”


Hajar Aswad dicium oleh berjuta-juta jemaah haji.

Duhulunya batu Hajar Aswad itu putih bersih, tetapi akibat dicium oleh 
setiap orang yang datang menziarahi Ka'bah, ia menjadi hitam seperti 
terdapat sekarang. Wallahu a'alam.

2. "'Barangsiapa menunaikan ibadah haji, dan ia tak berbuat rafats dan 
fasik, maka ia kembali (suci dan bersih) seperti anak manusia yang baru
 lahir dari perut ibunya.'' (Muttafaqun alaihi).

3. Mencium hajar aswad pada masa menunaikan Haji Di Baitullah tidak 
dapat diwakilkan, Ia menjadi penyedut dosa tanpa kita sedari, alangkah 
beruntungnya orang yang boleh menyentuh, mengusap dan memegangnya.

Hadith Siti Aisyah RA mengatakan bahawa Rasul SAW bersabda:

“Nikmatilah (peganglah) Hajar Aswad ini sebelum diangkat (dari bumi).
 Ia berasal dari syurga dan setiap sesuatu yang keluar dari syurga 
akan kembali ke syurga sebelum kiamat”.

Akhir kata, Kita semua tahu jika Hajar Aswad hanyalah batu yang tidak 
memberikan mudarat atau manfaat, begitu juga dengan Ka’bah, ia hanyalah
 bangunan yang terbuat dari batu.


Ibadah haji yang dihadiri berjuta-juta umat Islam

Akan tetapi apa yang kita lakukan dalam proses ibadah haji tersebut lebih
 baik kita niatkan sekadar mengikuti ajaran dan sunnah Nabi SAW.

Umar bin Khatab pun juga pernah mengatakan “Aku tahu bahawa kau
 hanyalah batu, kalaulah bukan kerana aku melihat kekasihku Nabi SAW
 menciummu dan menyentuhmu, maka aku tidak akan menyentuhmu
 atau menciummu”

Jadi apa yang dikerjakan berjuta juta umat islam bukanlah menyembah
 Batu seperti yang banyak dituduhkan kaum yang kerdil sekali akalnya.

Kerana ada rahsia besar dibalik setiap perilaku Nabi Muhammad saw dan
 sebab tentu saja apa yang dilakukan oleh Baginda saw pastilah berasal
 dari Allah, sebagaimana yang terdapat dalam firmanNya :

“Dan tiadalah yang diucapkannya itu menurut kemahuan hawa 
nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan"
(QS. An-Najm : 53)

Allaaahu Akbar, tiada tuhan lagi yang berhak disembah selain Allah dan
 Muhammad Saw adalah utusan Allah. Muhammad hanyalah seorang Rasul,
 sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang Rasul.

Mulai saat ini mari kita cuba berperilaku sebagaimana Nabi Muhammad saw,
 mencontohinya dalam segala tindak tanduk, makan, minum, berpakaian, 
hingga tidurnya. Sesungguhnya ada rahsia disebaliknya.
kredit: selatanonline

SUMBER: http://blogtokwan.blogspot.com/2012/01/misteri-hajar-aswad-dan-rahsia-
besar.html
DOA YANG SANGAT WAJAR DIAMALKAN DI ZAMAN INI (AYAT PENGERAK)
DOA YANG SANGAT WAJAR DIAMALKAN DI ZAMAN INI (AYAT PENGERAK)

Oleh: Ismail bin Abu Bakar

Ada satu doa yang pendek tetapi sangat besar manfaatnya sekiranya diamalkan dalam kehidupan seharian kita. Doa yang dimaksudkan seperti sabda Rasulullah s.a.w. seperti berikut;


Rasulullah s.a.w. mengajarkan kepada umatnya satu doa yang jika dibaca tiga kali di waktu pagi dan tiga kali di waktu petang maka akan terhindarlah kepada yang membacanya daripada segala kemudaratan disepanjang hari tersebut. Doa daripada hadis di atas adalah seperti berikut;



Mengikut kamus Dewan Bahasa Edisi Ketiga, ”Mudarat” membawa maksud seperti berikut;

1. Tidak Beruntung, Menanggung Rugi
2. Tidak Berhasil, Tidak Berjaya, Gagal
3. Berbahaya
4. Melarat, Bertambah Payah

Dengan itu jika kita amalkan doa yang tersebut di atas, insya’Allah kita akan terhindar daripada ”mudarat” yang disebutkan. Maka dengan itu faedahnya yang diperolehi ialah kita akan;


1. Beruntung, Tidak Menanggung Rugi.
2. Berhasil, Berjaya dan Tidak Gagal.
3. Selamat dari bahaya.
4. Tidak melarat, Menjadi Senang.


Keberuntungan beramal dengan doa ini


Terhindar Daripada Bahaya

Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din menamakan doa ini sebagai ”Ayat Pengerak” kerana dengan membaca doa ini boleh mengerakkan hati kita untuk meneruskan atau tidak bila hendak melakukan sesuatu kerja-kerja yang berbahaya. Tuan Guru memberikan petua bagaimana untuk beramal dengan doa ini seperti berikut;

• Bila hendak memulakan perjalanan samaada perjalanan yang dekat ataupun jauh, mengembara ke tempat yang telah biasa ataupun yang belum pernah dikunjungi dan sebagainya atau untuk memulakan sesuatu pekerjaan yang mungkin biasa atau berisiko seperti masuk hutan untuk berburu, memancing, menyembelih binatang, bekerja di tempat pembinaan, dan seumpamanya, maka sebelum itu bacalah doa ini sebanyak tujuh kali. Insya’Allah, Allah s.w.t akan melindungi kita daripada segala bentuk kemudaratan, kejahatan dan bahaya yang mungkin ada di sekeliling kita.

• Jika bacaan tersekat-sekat atau terlupa atau ketika sedang membaca ada gangguan seperti gangguan telepon berdering, gangguan daripada anak-anak, gangguan daripada rakan-rakan yang menyapa dan sebagainya yang menyebabkan kosentrasi bacaan terganggu, maka berehatlah dahulu. Jangan diteruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Setelah berehat beberapa ketika, baca sekali lagi sehingga tujuh kali bacaan. Jika sekiranya bacaan tujuh kali itu lancar baru teruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Jika diteruskan juga perjalanan atau pekerjaan sedangkan bacaannya tidak lancar, mengikut pengalaman Tuan Guru, kita boleh terkena dengan kemudaratan yang mungkin ada dihadapan kita.

Perlu diingatkan disini bahawa, insya’Allah kita boleh terlepas daripada kemudaratan yang dinamakan Qada’ Muaalaq iaitu ketentuan Allah yang boleh berubah dengan kita berusaha melalui berdoa kepada-Nya. Bagaimanapun jika ianya Qada’ Mubram iaitu ketentuan Allah yang tidak boleh berubah seperti mati maka kalau ajal telah tiba kita membaca doa ini seribu kali sekali pun pasti kita akan mati.


Terhindar Daripada Kemudaratan Makanan

Makanan dan minuman yang masuk ketubuh badan kita sebahagiannya mengandungi bahan kimia yang beracun. Racun tersebut tidak memberi kesan untuk jangkamasa pendek tetapi terbukti sebahagiannya memudaratkan tubuh badan untuk jangkamasa panjang. Penyakit yang begitu sinonim dewasa ini dalam masyarakat kita seperti kanser, diabetes, dan sebagainya adalah berpunca daripada makanan dan juga minuman. Untuk mengelakkan makanan yang kita makan membawa mudarat kepada tubuh badan adalah disarankan agar mengamalkan doa ini sekurang-kurangnya tiga kali sebelum menjamah apa sahaja makanan dan minuman. Insya’Allah dengan keberkatan membaca doa ini semua makanan dan minuman yang halal, yang dimakan dan diminum tidak memudaratkan tubuh badan kita.


Terhindar Daripada Sihir

Perbuatan belajar dan mengamalkan ilmu sihir hukumnya adalah syirik dan mereka yang syirik akan mendapat balasan laknat Allah s.w.t. dan mereka akan ditempatkan di dalam neraka selama-lamanya melainkan jika sempat bertaubat sebelum mati.  

Kesan perbuatan sihir boleh terkena kepada sesiapa sahaja dengan izin Allah s.w.t. Ada sihir untuk tujuan kecantikan seperti memakai susuk dan kebanyakan amalan sihir adalah untuk tujuan khianat yang boleh memudaratkan seseorang dan sesetengahnya boleh membawa maut. Ada perbuatan sihir yang sememangnya ditujukan kepada seseorang kerana dorongan hasad dengki, dan ada juga yang terkena sihir dengan tidak disengajakan seperti secara tidak sengaja termakan makanan dan minuman yang mengandungi santau.

Pengalaman penulis berhenti makan dengan seorang sahabat di sebuah gerai makan. Gerai tersebut terletak di tepi jalanraya. Ketika hendak menjamah makanan, tiba-tiba pinggan kaca yang berisi nasi terbelah dua. Dalam peristiwa yang lain, sahabat penulis itu menceritakan dia pernah minum di sebuah restoran dimana gelas ditangannya pecah sebelum sempat sampai ke mulutnya. Kedua-dua kejadian ini berlaku kerana makanan dan minuman tersebut ada mengandungi sihir santau. Dia terhindar daripada mudarat sihir dengan berkat beramal dengan doa ini setiap kali sebelum menjamah makanan dan minuman.

Dalam hal yang lain pula, ada juga sihir digunakan untuk tujuan melariskan jualan makanan. Unsur-unsur bahan sihir tertentu dimasukkan ke dalam makanan yang menyebabkan sesiapa yang menjamah makanan tersebut akan merasakan masakan tersebut sungguh sedap. Dengan mengamalkan doa ini insyaAllah kita hanya akan merasa yg asal tanpa dipengaruhi faktor lain.


Terhindar Daripada Gangguan Makhluk Halus

Apabila kita pergi ke sesuatu tempat yang pada kebiasaannya tempat tersebut makhluk halus berkeliaran atau tinggal seperti di tepi tasek, di dalam hutan, di bangunan yang telah lama di tinggalkan dan sebagainya, maka kita terdedah kepada gangguan makhluk ini. Namun begitu jika kita beramal dengan doa ini insya’Allah mereka tidak berjaya untuk mengusik, manakut-nakutkan dan memudaratkan kita.

Satu perkara yang penting juga, apabila kita pulang ke rumah dari tempat yang disebutkan di atas, kadang kala makhluk itu akan mengekori kita dan masuk ke dalam rumah kita tanpa kita sedari. Jika kita mempunyai anak-anak kecil mereka mudah diganggu oleh makhluk ini, akibatnya anak kecil kita menangis tidak henti-henti. Untuk mengelakkan mereka masuk ke rumah kita, bacalah doa ini tiga kali kemudian ludah ke sebelah kiri sebelum kita masuk ke dalam rumah.

Di dalam hadis yang tersebut di atas, Rasulullah s.a.w. mengajarkan supaya membaca doa ini tiga kali, dengan itu mungkin kurang berkesan jika kita membacanya kurang daripada tiga.

Semoga artikel pendek ini memberi manfaat kepada yang membaca dan mengamalkannya, insya'Allah.


Thursday 19 January 2012

KISAH IBU DAN KASIH ANAK






KISAH IBU DAN ANAK

Sebagai seorang insan, mak terpanggil untuk menyebarkan satu kisah agar ia menjadi tauladan kepada kita semasa hidup ini.

Sebagai seorang anak yang berbakti kepada orang tuanya, Hasan (bukan nama sebenar), mengajak ibunya untuk menunaikan rukun Islam yang kelima. Sarah (juga bukan nama sebenar), si Ibu, sudah tentu berasa senang dengan ajakan anaknya itu.
Sebagai muslim yang mampu secara material, mereka memang berkewajipan menunaikan ibadah haji. Segala kelengkapan sudah disediakan. Ringkasnya ibu dan anak ini akhirnya berangkat ke tanah suci. Keadaan keduanya sihat walafiat, tak kurang satu apapun. Tiba harinya mereka melakukan tawaf dengan hati dan niat ikhlas menyeru panggilan Allah, Tuhan Semesta Alam. "Labaik allahuma labaik, aku datang memenuhi seruanMu ya Allah".
Hasan memegang ibunya dan berbisik, "Ummi undzur ila Kaabah (Bu, lihatlah Ka'bah) ". Hasan menunjuk kepada bangunan empat persegi berwarna hitam itu. Ibunya yang berjalan di sisi anaknya tak menunjukkan respons, ia terdiam. Perempuan itu tidak melihat ke arah apa yang ditunjukkan oleh anaknya. Hasan kembali membisiki ibunya. Dia bingung melihat raut wajah ibunya yang juga kelihatan kebingungan. Ibunya sendiri tidak faham mengapa dia tidak boleh melihat apa-apa selain kegelapan. Beberapa kali dia mengusap-usap matanya, tetapi apa yang dilihatnya hanyalah kegelapan. Padahal, tak ada masalah dengan kesihatan matanya sebelum ini. Beberapa minit yang lalu dia dapat melihat segalanya dengan jelas, tapi apabila memasuki Masjidil Haram segalanya menjadi gelap gelita.

Hasan bersolat di hadapan Kaabah memohon keampunan-Nya. Hatinya begitu sedih. Sesiapa yang datang ke Baitullah, mengharapkan rahmatNya. Hasan tidak berkecil hati, mungkin dengan ibadah dan taubatnya yang bersungguh-sungguh, ibundanya akan dapat merasakan anugerah-Nya, dengan menatap Kaabah, kelak. Anak yang soleh itu berniat akan kembali membawa ibunya mengerjakan haji pada tahun hadapan.

Bila sampai tahun berikutnya, ternyata nasib baik belum berpihak kepadanya. Tahun berikutnya kejadian serupa berulang lagi. Ibunya kembali dibutakan di dekat Kaabah, sehingga tak dapat menyaksikan bangunan yang merupakan simbol persatuan umat Islam itu. Wanita itu tidak boleh melihat Kaabah. Hasan tidak patah arang, dia kembali membawa ibunya ke tanah suci tahun berikutnya.
Anehnya, ibunya tetap tidak boleh melihat Kaabah sebaik saja berada di Masjidil Haram, yang nampak di matanya hanyalah gelap dan gelap.
Begitulah keganjilan yang berlaku pada diri Sarah, kejadian itu berulang sampai tujuh kali menunaikan ibadah haji.
Hasan tertanya-tanya apa yang menyebabkan ibunya menjadi buta di depan Kaabah, sedangkan di tempat lain, penglihatannya normal. Dia terfikir mungkin ibunya pernah membuat salah sehingga mendapat azab dari Allah SWT?. Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh ibunya, sehingga mendapat musibah seperti itu? Segala persoalan berkecamuk dalam dirinya.
Akhirnya dia memutuskan untuk mencari seorang alim ulama, yang boleh membantu permasalahannya. Kemudian dia mendengar ada seorang ulama yang terkenal kerana kesolehannya dan kebaikannya di Abu Dhabi.
Tanpa berlengah, Hasan bertemu dengan ulama yang dimaksudkan. Dia pun mengutarakan masalah kepada ulama yang soleh ini. Ulama itu mendengar dengan teliti dan kemudian meminta ibu Hassan menelefonnya sendiri. Anak yang berbakti ini pun pulang dan meminta ibunya untuk menghubungi ulama di Abu Dhabi tersebut. Si ibu iaitu Sarah pun menelefon ulama itu, dan menceritakan kembali peristiwa yang dialaminya di tanah suci.
Ulama itu kemudian meminta Sarah mengingat kembali, mungkin ada perbuatan atau peristiwa yang berlaku padanya di masa lalu, sehingga dia tidak mendapat rahmat Allah. Sarah diminta untuk bersikap terbuka, mengatakan dengan jujur, apa yang telah dilakukannya.

"Anda harus berterus terang kepada saya, kerana masalah anda bukan masalah kecil," kata ulama itu kepada Sarah. Sarah terdiam sejenak. Kemudian dia meminta masa untuk memikirkannya. Tujuh hari berlalu, namun ulama itu masih tidak mendapat khabar berita daripada Sarah. Pada minggu kedua setelah percakapan pertama mereka, akhirnya Sarah menelefon, "Ustaz, sewaktu masih muda, saya bekerja sebagai jururawat di rumah sakit," cerita Sarah akhirnya. "Oh, bagus ..... Pekerjaan jururawat adalah pekerjaan mulia," potong ulama itu. "Tapi saya mencari wang sebanyak-banyaknya dengan berbagai cara, tidak peduli, apakah cara saya itu halal atau haram," katanya berterus-terang.
Ulama itu terkejut. Dia tidak menyangka wanita itu akan berkata demikian. "Waktu itu ...." sambung Sarah, "Saya banyak kali telah menukar bayi, kerana tidak semua ibu suka dengan bayi yang telah dilahirkan. Ada yang mahukan anak laki-laki, padahal bayi yang dilahirkannya perempuan, dengan ganjaran wang, saya tukar bayi-bayi itu sesuai dengan keinginan mereka . "
Ulama tersebut amat terkejut mendengar penjelasan Sarah. "Astagfirullah ......" sampai hati wanita itu menyakiti hati para ibu yang diberi amanah Allah untuk melahirkan anak. Bayangkan, betapa banyak keluarga yang telah dirosaknya, sehingga tidak jelas nasabnya. Apakah Sarah tidak tahu, bahawa dalam Islam menjaga nasab atau keturunan sangat penting.

Jika seorang bayi ditukar, tentu nasabnya menjadi tidak jelas. Padahal, nasab ini sangat menentukan dalam perkahwinan, terutama dalam masalah mahram atau muhrim, iaitu orang-orang yang tidak boleh dinikahi. "Cuma itu yang saya lakukan," kata Sarah.
"Cuma itu?" tanya ulama terkejut. "Tahukah anda bahawa perbuatan anda itu dosa yang luar biasa, betapa banyak keluarga yang sudah anda hancurkan!". ucap ulama dengan nada tinggi.
"Lalu apa lagi yang anda lakukan?" tanya ulama itu lagi sedikit kesal. "Di rumah sakit, saya juga melakukan tugas memandikan orang mati." "Oh bagus, itu juga pekerjaan mulia," kata ulama "Ya, tapi saya memandikan orang mati kerana ada kerjasama dengan tukang sihir." "Maksudnya?". tanya ulama tidak mengerti. "Setiap saya bermaksud menyengsarakan orang, baik membuatnya mati atau sakit, segala perkakas sihir itu sesuai dengan syaratnya, harus dipendam di dalam tanah. Akan tetapi saya tidak menguburnya di dalam tanah, melainkan saya masukkan benda-benda itu ke dalam mulut orang yang mati. "

"Ada sekali itu, seorang alim meninggal dunia. Seperti biasa, saya memasukkan berbagai barang-barang tenung seperti jarum, benang dan lain-lain ke dalam mulutnya. Entah mengapa benda-benda itu tidak hendak masuk, walaupun saya sudah menekannya dalam -dalam. Ianya keluar semula. Saya cuba lagi berulang-ulang. Akhirnya, kemarahan saya memuncak, saya masukkan benda itu dan saya jahit mulutnya. Cuma itu dosa yang saya lakukan. "
Mendengar kata-kata Sarah yang datar dan tanpa rasa dosa, ulama itu berteriak marah. "Cuma itu yang anda lakukan?". "Masya Allah ....!!! Saya tidak boleh bantu anda. Saya angkat tangan". Ulama itu amat terkejut mengetahui perbuatan Sarah. Tidak pernah terbayang dalam hidupnya ada seorang manusia, apatah lagi dia adalah wanita, yang mempunyai nurani begitu tega, begitu keji. Tidak pernah berlaku dalam hidupnya, ada wanita yang melakukan perbuatan sekeji itu. Akhirnya ulama itu berkata, "Anda harus memohon ampun kepada Allah, kerana hanya Dialah yang dapat mengampuni dosa Anda."

Selepas tujuh hari ulama itu tidak mendengar khabar daripada Sarah, akhirnya dia menghubungi Sarah melalui telefon. Dia berharap Sarah telah bertaubat atas segala perbuatannya. Dia berharap Allah akan mengampuni dosa Sarah, sehingga Rahmat Allah datang kepadanya. Panggilan telefon itu dijawab oleh Hasan. Ulama menanyakan khabar Sarah.
"Ummi sudah meninggal dunia dua hari selepas menelefon ustaz," ujar Hasan Ulama itu terkejut mendengar khabar tersebut. "Bagaimana ibumu meninggal, Hasan?". tanya ulama itu. Hasanpun akhirnya bercerita: Selepas menelefon ulama, dua hari kemudian ibunya jatuh sakit dan meninggal dunia. Yang mengejutkan adalah peristiwa pengebumian Sarah. Ketika tanah sudah digali, untuk memasukkan jenazah atas izin Allah, tanah itu rapat kembali, tertutup dan mengeras. Para penggali mencari lokasi lain untuk digali. Peristiwa itu berulang kembali. Tanah yang sudah digali kembali menyempit dan tertutup rapat. Peristiwa itu berlangsung begitu cepat, sehingga tidak seorang pun para pengusung jenazah yang menyedari bahawa tanah itu kembali rapat. Peristiwa itu terjadi berulang-ulang.

Para hadirin yang menyaksikan peristiwa itu merasa ngeri dan merasakan sesuatu yang aneh berlaku. Mereka yakin, kejadian tersebut pastilah berkaitan dengan perbuatan si mayat. Waktu terus berlalu, para penggali kubur putus asa dan keletihan kerana pekerjaan mereka tak juga selesai. Siangpun berlalu, petang menjelang, bahkan sampai hampir maghrib, tidak ada satu pun lubang yang berjaya digali. Mereka akhirnya pasrah, dan beranjak pulang. Jenazah itu dibiarkan saja terdampar di tanah kering kontang. Sebagai anak yang begitu sayang dan hormat kepada ibunya, Hasan tidak mahu meninggalkan jenazah orang tuanya ditempat itu tanpa dikubur. Kalaupun dibawa pulang, rasanya tidak mungkin. Hasan termenung di tanah perkuburan seorang diri. Dengan izin Allah, tiba-tiba berdiri seorang lelaki yang berpakaian hitam panjang, seperti pakaian khusus orang Mesir. Lelaki itu tidak kelihatan wajahnya, kerana terhalang tutup kepalanya yang labuh ke depan. Lelaki itu mendekati Hasan kemudian berkata kepadanya, "Biar aku tangani jenazah ibumu, pulanglah!". kata orang itu.
Hasan lega mendengar bantuan orang tersebut, dia berharap lelaki itu akan menunggu jenazah ibunya. dan berharap mahu menggali kubur untuk kemudian mengebumikan ibunya. "Aku minta supaya kau jangan menoleh ke belakang, sehingga tiba di rumah," pesan lelaki itu. Hasan mengangguk, kemudian dia meninggalkan tanah perkuburan. Belum sempat dia keluar dari kawasan perkuburan, terdetik keinginannya untuk mengetahui apa yang terjadi dengan jenazah ibunya.

Sedetik kemudian ia menengok ke belakang. Betapa pucat wajah Hasan, melihat jenazah ibunya sudah dijilat api, kemudian api itu menyelimuti seluruh tubuh ibunya. Belum habis rasa herannya, sedetik kemudian dari arah yang berlawanan, api menerpa ke wajah Hasan. Hasan ketakutan. Dengan langkah seribu, dia pun bergegas meninggalkan tempat itu.
Demikian yang diceritakan Hasan kepada ulama itu. Hasan juga mengaku, bahawa separuh wajahnya yang tertampar api itu kini berbekas kehitaman kerana terbakar. Ulama itu mendengarkan dengan teliti dan sabar semua yang diceritakan oleh Hasan. Dia menyarankan, agar Hasan akan beribadah dengan khusyuk dan meminta ampun atas segala perbuatan atau dosa-dosa yang pernah dilakukan oleh ibunya. Akan tetapi, ulama itu tidak menceritakan kepada Hasan, apa yang telah diceritakan oleh ibunya kepada ulama itu.
Ulama itu meyakinkan Hasan, bahwa apabila anak yang soleh itu memohon ampun dengan bersungguh-sungguh, maka bekas luka di pipinya dengan izin Allah akan hilang.

Tiak berapa lama kemudian Hasan kembali mengkhabarkan ulama itu, bahawa lukanya yang dulu amat terasa sakit dan panas luar biasa, semakin hari bekas kehitaman hilang. Tanpa tahu apa yang telah dilakukan ibunya sewaktu hidup, Hasan tetap mendoakan ibunya. Dia berharap, apa-apa perbuatan dosa yang telah dilakukan oleh ibunya, akan diampuni oleh Allah SWT.
Semoga kisah benar masa kini dari Mesir ini boleh menjadi pengajaran kepada kita semua.

Kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan facebook anda.Sharing is Caring
~7L~

WANITA DAN PAHALANYA



Pahala seorang wanita


1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.

3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelakiyang jahat.

4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susubadan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yangdiberikannya.

6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

11. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.

13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

15.. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

16 Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

23. Wanita yang meniggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala80 tahun ibadat.

Pandangan:

Amatlah mudah bagi seorang wanita untuk menjejak Syurga.
Namun begitu mengapa terlalu ramai yang masih hidup dalam kejahilan?

Sang suami pula perlu ingat, tidak kamu jejaki syurga sebelum keluarga kamu menjejak syurga. Jangan ingat hendak kahwin empat jika yang satu belum terbela.Yang belum kahwin tu ingat, kamu terdedah kepada kemungkaran. Iman akan dicabar sehebat-hebatnya ketika ini. Pilih lah Syurga dan bukannya Neraka.

Siapa tahu, hari ini kita tak sampai ke rumah sebab dipertengahan jalan kita bertemu Izrail.

Siapa tahu, hari ini hari terakhir kita berjumpa pasangan kita sebab dipertengahan jalan, dia berjumpa Izrail. Bagaimana rasanya ketika berjumpa Izrail?
Untuk yang beriman, macam 700 pedang yang tajam mencucuk kamu dalam semua arah. Yang tak beriman, bayangkan pisau potong daging kat pasar tu yang tumpul.

Pisau tu menetak kepala kita macam mana orang memecahkan tempurung kelapa. Kepala kita di kopak dua, dipisahkan dengan kasarnya, ketika kita masih hidup.
Lepas tu di kapak-kapak kan kepala kita macam tembikai. Itu baru bab kepala. Belum masuk tangan,kaki, badan,etc... .

Dipetik daripada Bayan Masturat Oleh Syed Ahmad Khan;
Januari 1992.

Hadis nabi mengenai wanita.

Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki.
Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

Nilai Seorang wanita solehah

Dibawah ini adalah beberapa petikan hadis yang menyatakan mengenai kelebihan wanita solehah, mudah - mudahan dengan membaca dan menghayati hadis ini akan memberi kekuatan kepada kita untuk mengamalkan Islam dalam erti kata yang sebenarnya. Insya - ALLAH.

"Empat jenis, siapa yang diberi akan keempat - empat jenis ini beerti dia telah memperolehi sebaik - baik dunia dan akhirat. Iaitu hati yang selalu bersyukur,
lidah yang sentiasa berzikir, jiwa yang selalu sabar dengan cubaan dan isteri yang tidak melakukan dosa dan menzalimi suaminya". Ath-Thabrani.

"Tidak perlu lagi seorang mukmin setelah ianya bertakwa kepada ALLAH akan sebaik - baik keperluan baginya selain dari isteri yang solehah. Jika ia menyuruh isteri mentaatinya. Dan jika dia melihat kepada isterinya, isterinya menyukakan hatinya. Dan jika dia menyumpah memarahi isterinya, isterinya tetap juga berbuat baik kepada suaminya. Dan jika suaminya tiada dirumah dia menyimpan rahsia dan harta suaminya". Ibnu-majah.

"Janganlah kamu mengahwini wanita kerana paras rupa yang cantik, mungkin paras rupa itu membawa kehancuran, jangan kamu kahwini wanita kerana hartanya kerana berkemungkinan harta itu membawa kepada kezaliman. Tetapi kahwinlah wanita kerana agamanya, seorang wanita hamba yang hitam yang menghayati agama sesungguhnya lebih baik" Ibnu - Majah.

Kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan facebook anda.Sharing is Caring 
~7L~

Tuesday 17 January 2012

SEBUAH MEMORI INDAH

Laily Wahab
Laily Wahab5 June 20:49
 Salam my dear beloved Husband..dulu, kini dan selamanya... insyaAllah!
               Secebis ingatan dan sedikit ucapan dariku yang kau panggil 'isteri'...
                         sempena "Our 18th Anniversary.....06.06.1993  --  06.06.2011 !!!!!!!!




Abang....
Detik yang berlalu
mengingatkan diri ini kepada
kenangan silam
diwaktu pertemuan pertama
kita pada tanggal 16 Jun 1991..

Abang...
Kenangan masa lalu kerap
mengimbau ingatan ini
untuk mengenang segala
kenangan manis di awal
waktu kita bersama
sebelum masa sah
kita disatukan dalam
sebuah ikatan yang suci
dan abadi..PERKAHWINAN

Abang...
4 Jun 93 tarikh keramat
yang tak mungkin kulupakan
tarikh yang mengesahkan
bahawa diri dan hati ini telah menjadi
milikmu sepenuhnya...

Abang...
5 tahun pertama usia
perkahwinan kita telahpun
kita lalui dengan sejuta dugaan
ujian dan rintangan yang terlalu
banyak onak dan duri...
namun berkat kesabaran
ketabahan dan semangat
serta sokongan orang tua dan
ahli keluarga kita...
akhirnya ia telah membuahkan
hasil yang diluar jangkaan kita...
syukur ALHAMDULILLAH
dipanjatkan kepadaNya
atas segala limpah dan kurniaNya
kepada kita selama ini

Abang.....
kehadiran 6 orang
permata hati kita telah
melengkapi dan menyempurnakan
hidup kita dalam melayari
bahtera kehidupan kita seterusnya
Jazakallahhu khairan kathiraa...

Abang...
Marilah sama-sama kita
bangunkan istana kita ini
dengan segala-gala yang
terbaik buat diri kita dan
putera-puteri kesayangan kita
kita kukuhkan dinding dan tembok
rohani dan jasmani kita semua
dengan cahaya dan redha Ilahi
semoga kelak kita bakal
menempati 'JANNAH'NYA...

Abang....
sebelum tirai keyboard ini berlabuh
izinkan diri ini mohon jutaan
kemaafan dan keampunan
atas segala kekhilafan kelemahan
kekurangan serta kedhaifanku
selama hidup bersamamu
Sesungguhnya aku amat bangga
dan bertuah dengan kebahagiaan
dan nikmat atas usia perkahwinan
kita yang menjangkau 18 tahun pada hari ini
semoga kita akan terus kekal
bahagia dan bersama selamanya
hingga ke syurgaNya...insyaAllah!

Last buat not least....
Tonight is ours
But if tomorrow never comes
So let it be
Cos the world can only turn around
If you're with me!
Still remember this love quotes
that I'd sent to you 18 years ago?

Kasih Sayangku untukmu selamanya...
♥ 4 ever...DZULAILY N KIDS...


p/s: nota utk foto 
1. keluarga besar Kedutaan Besar Malaysia Moscow (Dec 2011).     2. 4 ever luv U!  
3.  Kau dan aku selamanya!   4.  ayahbondaku tercinta       5.  Our beloved family with 6 kids!

*** Sebuah imbasan kembali catatan memori ulangtahun perkahwinan kami yang ke-18 pada 06 Jun 2011 yang lalu.... yang telah saya tulis dan tujukan buat suami tersayang dalam 'message FB'.  Sengaja di letak dalam blog ini bagi  mengenang kembali kenangan manis itu dan juga bersempena dengan kehadiran bakal cahayamata kami yang ke-7 pada pertengahan Mac 2012 nanti....Semoga semakin meriah dan ceria lagi mahligai rumahtangga kami nanti...insyaAllah!***

Monday 16 January 2012

KISAH DAN AZAB SEORANG PELACUR

Penayangan video dari You Tube ini adalah sebagai panduan dan pedoman kita untuk lebih berhati-hati dan berwaspada dalam hidup seharian.  Mohon dijauhi oleh Allah dan dilindungi kita semua dari terjebak ke lembah yang hina ini. Na'uzubillahiminzaliq!  Semoga Allah membuka pintu taubat kepada insan-insan yang telah dijebak atau terjebak ke lembah kehinaan ini......

NAMA-NAMA YANG SERING DIGANGGU JIN

Salam sahabat sekalian....setelah sekian lama menyepikan diri, kali ini saya akan membawakan sedutan sebuah ceramah video dari You Tube oleh Ustaz Sharhan Shafie.  Saya merasakan bahawa kita semua perlu tahu dan ambil berat tentang perkara dibincangkan ini agar ianya dapat dimanafaatkan dlm kehidupan kita sehari-hari kelak.
Sebagaimana yang diperkatakan oleh Ustaz Sharhan bahawa, nama memainkan peranan penting dalam kehidupan seseorang/kita. Jadi sebaik-baiknya kita namakanlah anak-anak kita dengan nama-nama yang baik dari makna atau maksudnya.  Nama-nama seperti Balqis, Kistina/Qistina Najwa, Batrisya, Erisya, Zaquan dan banyak lagi nama-nama lain (terdapat lebih kurang 77 nama dari kalangan JIN - ketua atau anak jin) yang perlu kita elakkan.  Tetapi sekiranya nama-nama tersebut telah kita berikan kepada anak-anak kita, tak perlu diubah nama tersebut, tetapi cukuplah sekadar diubah nama panggilan sahaja. Wallahu'alam!

Sunday 1 January 2012

Selamat Tahun Baru, Happy New Year n С Новым Годом 2012

Salam sahabat semua...salam tahun baru 2012.  Semoga detik 2012 yang baru dilewati ini bakal menjanjikan seribu kebahagiaan, kesejahteraan dan kematangan yang berganda dari tahun sebelumnya. Marilah kita Hargai setiap petunjuk Dia, walaupun ia hanyalah satu kilas cahaya, mahupun dentuman suara, 2012 telah hadir dalam lembaran hidup kita....Marilah kita baiki kehidupan yang tersisa ini agar kita tidak menyesal di kemudian hari kelak.....insyaAllah....Marilah kita mulai lembaran 2012 ini dengan beberapa panduan dalam kehidupan kita sehari-hari.

Akhir kata salam kemaafan dari saya dan keluarga atas segala salah silap dan keterlanjuran dalam penulisan mahupun tuturbicara.  Doa dan harapan saya juga agar segala kenangan manis di tahun-tahun lalu tetap mewarnai kehidupan kita dan segala kenangan pahit bakal menjadi panduan dan pedoman hidup di masa depan. Wallahu'alam....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...