четверг, 3 февраля 2011 г.

Kids' Medical Check Up

Salam semua....saya nak citer skit ttg perjalanan diari hidup saya sekeluarga hari ini.  Pagi tadi saya bersama suami dan anak-anak telah pergi ke European Medical Centre (EMC)di Oblevsky Pereulok untuk membuat 'medical check up' anak-anak yang bersekolah di BISM (arahan pentadbiran sekolah - wajib).  Perjalanan kami dari rumah mengambil masa hampir 2 jam kerana kesesakan lalu lintas yang agak maksima disepanjang perjalanan.  Alhamdulillah 15 minit sebelum temujanji bermula, kami telah sampai ke destinasi.  Setelah pentadaftaran dibuat, kelima-lima anak kami telah diperiksa oleh Dr Hajimie Esaki (MD) setelah temujanji dibuat 4 hari yang lepas.

Shauqi adalah anak yang mula-mula diperiksa diikuti oleh Siti, Shafiq, Jamil dan akhir sekali Shahir.  Pemeriksaan dimulakan dengan soal jawab tentang rutin harian tentang makanan, kesihatan, kecergasan, pembelajaran dsbnya.  Sebanyak 15 muka surat harus diisi oleh Doktor melalui borang F26 dan Y63 utk memastikan tahap kesihatan anak-anak memuaskan dari semua segi.  Setelah selesai soal jawab, timbang berat dan ketinggian diambil.  Seterusnya Dr Hajimie telah mengarahkan pembantu beliau untuk membawa anak-anak kami ke makmal untuk pemeriksaan darah, air kencing dan stool (najis).  Seterusnya Shafiq, Siti dan Shauqi menjalani ECG utk jantung.  Akhirnya pemeriksaan X-Ray badan dijalani pula oleh Shauqi dan Siti.

Akhirnya setelah hampir 3 jam berada di EMC ini, kami pun beredar dan bergerak menuju ke destinasi seterusnya iaitu Bank VTB.  Suamiku meneruskan tugasnya dengan mengambil bank statement untuk tugasan rutin bulanannya menyediakan akaun pejabat.  Seterusnya kami menuju ke Obmen Baluuti (Money Changer) utk urusan tukar duit.  Agak mengejutkan juga hari ini kadar tukaran cuma 1 USD = 29.35 Rb kerana kelmarin kadarnya ialah 29.60.  Tetapi keadan seperti ini biasa berlaku (dimana turun naik kadar matawang dunia adalah perkara biasa berlaku....Global Economic Crisis).  Akhirnya tepat jam 4.30 ptg kami tiba di rumah setelah semua urusan hari ini selesai.

Setelah menunaikan solat kami, saya telah menyediakan juadah utk makan malam dgn memasak ayam masak merah, ikan masak asam, sayur campur dan sup tulang.  Pada sebelah malamnya kami anak beranak telah main dart (suka2 jer....mostly every weekend  night...main/lawan dari yg paling kecil hingga yang paling tua....suamiku)Minggu ini anak-anak yang bersekolah rendah tidak bersekolah selama seminggu kerana mengikut arahan pentadbiran sekolah ekoran merebaknya Influenza di Moscow (cuti ini bukan untuk semua sekolah....BISM School 3 bersekolah seperti biasa) Penutupan sekolah ini adalah arahan daripada kerajaan Russia (mengikut surat khabar) sebagai langkah berjaga-jaga dan keselamatan/kesihatan kepada murid-murid sekolah.


Semoga kami dan kita semua terhindar dari segala mala petaka dan jangkitan penyakit yang ada disekeliling kita walau di mana sahaja kita berada.  'Ya Allah, Ya Tuhanku, lindungilah kami dari segala mara bahaya dan penyakit berjangkit yang boleh membahayakan diri dan kesihatan kami semua,  Amin Ya Rabbal 'Alamin"

1 комментарий:

  1. assalam kak Laily...ada lagi yer wabak H1N1 tu...takut juga tu..minta dijauhilah yer. akak dh berapa lama kat Moscow?husband akak 3rd sec juga ke?

    ОтветитьУдалить

Any comment? Please....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...