Thursday 30 December 2010

ULAMAK VS ARTIS: Renung-renungkanlah..........

 
Salam bertemu kembali sahabat sekalian....Note ini saya dapat dari kenalan dalam FB yg mana saya rasa artikel ini sgt bagus dan bermakna buat renungan dan pengetahuan kita semua...Semoga ia bakal memberi manfaat untuk kita semua...insyaAllah!
 
Dato' Ishak Baharom sudah kembali ke rahmatullah, beliau adalah seorang ulamak, rakyat dan pejuang Islam.  Setelah di pecat daripada jawatannya tiada lagi nama beliau disebut-sebut.  Malah, jika di tanya muda-mudi sekarang, berapa ramai sangat yang masih mengingati nama beliau?  Sehinggalah pada hari beliau pergi mengadap Ilahi, siapa yang peduli tentang beliau?

Satu keratan di sudut kecil akhbar melaporkan kehilangan tokoh ini seolah-olah hanya satu laporan biasa mengenai kematian seorang ketua kampung yang pernah berjasa hanya dengan memegang jawatan JKKK.  Pada tarikh yang sama, seorang penulis lirik terkenal juga kembali mengadap Ilahi sehari selepas beliau memenangi satu anugerah yang paling berprestij di Malaysia, iaitu AJL.  Di semua dada akhbar dan stesen radio membuat pengumuman rasmi di sertai tangisan setiap warga seni serta peminat berkenaan kehilangan permata dalam bidang seni yang kononnya sukar di cari ganti.

Sedangkan, siapa peduli walaupun seorang bekas mufti meninggal dunia?  Siapakah mufti atau ulamak di mata masyarakat kita?  Ulamak di matikan, ilmu berkurangan.  Dalam nas hadis, banyak di temukan petanda yang menyebut bahawa salah satu tanda-tanda hampirnya kiamat ialah ilmu akan hilang dan kejahilan meluas.  Bagaimanakah ilmu boleh hilang?  Antara cara ilmu itu hilang atau di angkat oleh Allah ialah dengan cara mematikan ulamak dan bijak pandai.

Ilmu matematik, ilmu alam dan segala ilmu lain yang tercipta atas kepandaian manusia tidak akan hilang.  Yang akan hilang adalah ilmu agama.  Ilmu yang melibatkan hukum-hakam, cara hidup ciptaan Allah, fardhu 'ain dan ilmu al-Quran yang hanya sebilangan kecil saja manusia yang menguasainya.  Hanya golongan ulamak sahaja yang menguasai ilmu ini.  Apabila matinya seorang ulamak, maka pergilah ilmu itu dan kepandaian yang di pelajarinya bersama jasadnya.

Golongan yang tinggal ini, jika tidak menguasai ilmunya kini hilang tempat rujukan, maka jalan ke arah kejahilan mula tampak.  Apabila tiada tempat rujukan maka kejahilan mula berleluasa.  Hukum-hakam di tafsir secara membuta tuli dan sebagainya.  Itulah antara cara bagaimana Allah mengangkat ilmu, iaitu dengan cara mematikan para ulamak.  Tidakkah ini satu tanda jelas pengakhiran dunia?  Siapa sedar akan hakikat ini?

Atas dasar itulah tiada yang menangisi pemergian ulamak sedangkan berapa ramai yang kelam-kabut dengan pemergian seorang insan seni?  Tanyalah anak-anak kita hari ini dan kita akan dapati hampir semuanya arif tentang artis, bila tarikh lahirnya, siapa pasangannya, apa saja biodata artis pastinya mereka tahu.

Tapi, berapa ramai anak-anak kita tahu tentang ulamak?  Kitab apa dan ilmu apa yang di dalami ulamak tersebut?  Ketahuilah saudaraku, bahawa antara tanda kiamat itu adalah apabila masyarakat mula memuja-muja artis.

Renung-renungkan...

Soalan Quiz, bila Dato' Ishak Baharom meninggal? siapa nama artis tersebut?

Salam Ukhuwah..

No comments:

Post a Comment

Any comment? Please....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...