Tuesday, 27 October 2015

Biodata Rasulullah saw

BIODATA RASULULLAH SAW

· Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
· Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571
Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah
Abrahah yang menyerang kota Kaabah).
· Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
· Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
· Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
· Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba
perempuan bapa Rasulullah SAW).
· Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
· Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali
Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).

USIA 5 TAHUN

· Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat
untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.

USIA 6 TAHUN

· Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa '
(sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah).
· Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN

· Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
· Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).

· Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan
perniagaan.
· Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira
(Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang
pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa
itu.

USIA 20 TAHUN

· Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' ,
jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah
14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan
berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
· Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi
pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.

USIA 25 TAHUN

· Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah
binti Khuwailid Al-Asadiyah.
· Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
· Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya
yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk
meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
· Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN

· Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.
· Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk
Makkah.
· Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke
tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan
batu tersebut.


USIA 40 TAHUN

· Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul
akhir zaman.

USIA 53 TAHUN

· Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar
Al-Siddiq.
· Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN

· Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12
Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW

§ Khadijah Binti Khuwailid.
§ Saudah Binti Zam'ah.
§ Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
§ Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).
§ Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
§ Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
§ Zainab Binti Jahsy.
§ Maimunah Binti Harith.
§ Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
§ Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW

1. Qasim
2. Abdullah
3.. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra '

ANAK TIRI RASULULLAH SAW

Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina
Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah,
Khadijah adalah seorang janda).

SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW

IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN
1. Thuwaibah 1. Hamzah
2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad

SAUDARA SUSUAN
1. Halimah Al-Saidiyyah 1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza
3. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza
4. ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza

BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW
(ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)

1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al-Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
8. Abdul Ka ' bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***

*** Sempat masuk Islam.
## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.

Sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai
aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam
syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Nabi Muhammad SAW - Manusia agong

KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH. Begitu indahnya sifat fizikal
Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua
muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran
apa yang disampaikan oleh Baginda.


Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:

- Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw..
- Aku melihat cahaya dari lidahnya.
- Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari
terbit.
- Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
- Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
- Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
- Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
- Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
- Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
- Wajahnya seperti bulan purnama.
- Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.
- Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa
marah.
- Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.
- Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli
di bahagian sudut.
- Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali
pertama kali melihatnya.
- Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
- Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
- Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
- Janggutnya penuh dan tebal menawan.
- Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.
- Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.
- Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
- Rambutnya sedikit ikal.
- Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah
bahu tapi disisir rapi.
- Rambutnya terbelah di tengah.
- Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur
dari dada ke pusat.
- Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya
lebih drpd biasa.
- Seimbang antara kedua bahunya.
- Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar
dan tersusun dgn cantik.
- Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
- Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.
- Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
- Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
- Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan
putih.
- Warna putihnya lebih banyak.
- Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
- Warna kulitnya putih tapi sihat.
- Kulitnya putih lagi bercahaya.
- Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.
- Badannya tidak gemuk.
- Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran
sederhana lagi kacak.
- Perutnya tidak buncit.
- Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramai
baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.


KESIMPULANNYA :
Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh
sepanjang zaman.
Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia.



Nota Kaki :
Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untuk
mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan RasulNya mencinta

⭐️AKU SEORANG GURU⭐️



[ Jawapan Kepada 'Tahap Pendidikan Guru' ]

Saya tidak tahu hujung pangkal, tetapi tiba-tiba kisah tahap pendidikan seorang guru menjadi viral.
Oh, saya teringat pernah mengadaptasi sebuah kisah yang ditulis dalam bahasa Inggeris ke bahasa Melayu. Mungkin kisah ini relevan untuk dibaca semula.
>>>

Dalam satu majlis graduasi pelajar-pelajar sekolah, seorang pengetua berucap dengan berkobar-kobar sambil jari telunjuk dijulang ke udara.

“Seorang doktor, mahu anaknya juga menjadi seorang doktor. Seorang jurutera, mahu anaknya juga menjadi seorang jurutera. Seorang ahli perniagaan, mahu anaknya bekerja di syarikatnya menjadi seorang CEO.TETAPI, seorang cikgu?Seorang cikgu juga mahu anaknya menjadi seperti mereka semua. Tiada seorang pun yang mahu MEMILIH untuk menjadi CIKGU, sangat menyedihkan,  tetapi itulah hakikatnya."

Di satu sudut dewan, di meja makan, para tetamu mula kecoh bercerita tentang kejayaan dalam kehidupan.
Seorang CEO membuka mulut berbincang tentang masalah yang berlaku dalam bidang pendidikan.

Dia membuka bicara,

 “Apa yang seorang kanak-kanak boleh belajar daripada seorang insan yang pencapaian TERBAIK dalam hidupnya hanya mampu menjadi seorang CIKGU?”

Dia berpaling kepada seorang cikgu yang duduk semeja, “Haa, awak seorang cikgu kan Rina? Terus terang, apa yang awak buat di sekolah sebenarnya?”

Cikgu Rina yang terkenal dengan jujur dan lemah lembut tersenyum, “Tuan betul-betul ingin tahu apa yang saya buat?”

(Dia menarik nafas sedalamnya lalu menyambung…)

“Begini, saya membuat kanak-kanak bekerja lebih rajin daripada apa yang mereka percaya.

Saya membuat pelajar yang mendapat gred C+ seperti mendapat No.1 seluruh  sekolah atas peningkatan prestasi mereka.

Saya membuat pelajar yang mendapat A- terasa langsung tidak bermakna kerana membazirkan masa saya dengan membuat sambil lewa daripada yang terbaik mampu mereka lakukan.

Saya membuat kanak-kanak memberikan sepenuh perhatian selama 40 minit di dalam kelas semasa saya mengajar. Sedangkan ibu bapa mereka sendiri tak mampu untuk buat mereka duduk walau 5 minit. Saya lakukan tanpa Ipod, Iphone, Ipad, Game, atau menonton TV. 
Saya membuat ibu bapa terkejut dan terharu apabila saya menghantar pesanan ringkas whatsapp untuk memberitahu apa yang anak mereka telah lakukan di sekolah. Saya ceritakan bagaimana anak mereka telah berkongsi makanan dengan rakan yang tidak ada wang belanja ke sekolah. Itu adalah tindakan mulia paling sukar untuk saya lihat sekarang.

Saya membuat ibu bapa 'sedar' siapa sebenarnya anak mereka dan apa yang anak mereka mampu lakukan.
Tuan nak tahu apa lagi saya buat?"

(Dia berhenti seketika dan memandang mata setiap orang yang berada di meja tersebut)

“Saya buat anak-anak merasa hebat."
“Saya buat mereka selalu bertanya soalan."
“Saya buat mereka yakin menjawab pertanyaan."
“Saya buat mereka meminta maaf atas kesilapan yang dilakukan dan benar-benar memaksudkannya."
“Saya buat mereka menghormati orang lain dan bertanggungjawab atas setiap tindakan mereka."
“Saya buat mereka membaca, membaca, dan membaca."
“Saya ajar mereka bagaimana nak menulis dan buat mereka menulis dan menulis sehingga mereka tidak akan salah mengeja lagi."
“Saya buat mereka tunjukkan semua kerja rumah matematik mereka. Saya buat mereka gunakan akal yang Allah berikan, bukan kalkulator yang dicipta oleh manusia."
“Saya buat bilik darjah saya sebagai tempat yang paling selamat untuk semua pelajar saya."
“Akhirnya, saya buat mereka benar-benar faham sekiranya mereka menggunakan akal dan bakat yang dikurniakan Allah kepada mereka, bekerja keras, dan mengikut kata hati mereka yang benar, mereka akan berjaya dalam hidup."

(Cikgu Rina berhenti meneguk air dan menyambung)

“Saya yakin dan percaya bahawa duit bukanlah segala-galanya, walaupun semua orang di sekeliling cuba mempertikaikan apa yang saya lakukan.

Saya masih boleh mengangkat muka tegak memandang ke hadapan dan jalan terus tanpa menghiraukan semuanya kerana mereka tidak mengetahui apa yang saya telah buat untuk 'anak-anak' SAYA."

"Tuan nak tahu kenapa saya yakin dengan apa yang saya buat?"


(memandang tepat wajah tuan CEO tanpa berkelip)

“Saya menyentuh dan memberi kelainan dalam kehidupan mereka. Saya mengubah mereka untuk percaya diri  dan menjadi yang terbaik mampu mereka lakukan. Mendidik dan menyediakan mereka untuk menjadi seorang Doktor, Jurutera, dan CEO."

“Sekarang, apa pula yang Tuan CEO buat pada mereka?”

Tuan CEO memandang kosong wajah cikgu Rina.
___________
~Diterjemah secara bebas dari puisi Taylor Mali dan diubahsuai dengan sepenuh penghayatan~
#drMAK
- See more at: http://www.sistemguruonline.my/2015/10/aku-seorang-guru-sentiasa-dipersoal.html?m=1#sthash.MciLKSuv.dpuf

Tuesday, 6 October 2015

- ch0c0late moist cake -

Copy paste dr blog  kasihaleeya.blogspot.com

Chocolate Moist Cake

Tajuk mesti gempak.. Pasni orang google termasuk blog ni.. 
padan muka korang hahahah.. Seriously Kak Pilla dah masuk 
ke stage mak-mak orang.. dulu walaupon dah berumur tapi 
tetap nak mengaku muda.. sekarang apa pon tak bleh.

Kalau semalam entry berkebun bunga.. hari ni nak share 
pasal aktiviti buat cake bersama The Kasihs.. Omg.. 
dah berubah banyak Kak Pilla sekarang *clap clap clap* 
untuk diri sendiri.. Yang terror buat cake tolong jangan 
gelakkan ai.. ai budak baru belajar.. dah tau baru belajar,
 takde nak refer internet ke.. refer orang terror ke.. 
always belagak terror dan confident.. hahah.. 

Dah lama Kasih ajak buat cake.. Aku je malas nak layan.. 
"Mama, jom buat cake, cupcake ke".. "Ha? mama tak pandai 
buat cake".. tu je jawapan aku.. amboi selfish sangat nie.. 
sian anak aku.. huhuhuuuu.. "Kasih nak pukul telur, nak 
kacau-kacau tu".. "Oh gi tengok kat ipad ada game buat cake, 
kacau kat situ".. eh mak dia ni.. tumbuk kang.. kerek tul ngan 
anak sendiri.. 

Ok lah.. akhirnya aku mengalah.. tanya Pak Radie "Pa, nak 
 buat cake ngan budak-budak ni".."Awak nak buat cake?".. 
Eh bapak dia nie.. soalan tu tak membina langsung.. 
Yelaaaahhhhh.. kenapa tak percaya? sekarang cepat tunjuk 
jalan nak ke kedai kelengkapan buat cake.  Aku apa pun tak 
tau... Pak Radie pulak yang tau kat mana kedai tu.. siapa 
biasa area Bintang Bistro Sri Kembangan, boleh pegi kat 
shoplot belakang tu.. nama dia lupa.. tapi pepandai lah 
carik kedai jual barang buat kek.

So adik-adik, hari ni Kak Pilla nak ajar u olls buat Chocolate 
Moist Cake.. amboih, ada hati nak ajar.. padahal panik kek 
bantat mengadu kat FB hahahah.. Actually entry ni bukan 
resepi.. sebab aku pon beli tepung yang dah siap bancuh ;) 

Satu pack tepung dah siap campur tu rm8 kot kalau tak salah.. ini je
 ramuan yang perlu kita guna.. hahahha.. tu pun panik gila ok..
 berdebar-debar nak buat.. omg Kak Pilla ohh Kak Pilla.. suka over.

butter tu guna seketul ni.. tapi bahagian yang kecik tu tak guna.. 
dah puluh tahun hidup baru aku tau.. kat butter tu ada line untuk 
tau berapa gram.. korang bayangkan betapa berkrim berlemaknya
 makan kek nie.. oh no.. 


untuk sebiji choc moist cake ni kita perlu kan 4 biji telur.. 
aku tak pasti kene pecahkan telur kat tepung terus, atau
 kene pukul dulu telur ni dah pukul kembang baru masuk
 dalam tepung coklat tu? tapi macam biasa.. Kak Pilla
 tak kuasa nak google.. penat je aku beli pemukul telur tu
 kat Ikea.. so kene guna.. Kasih are u ready? ajar lah 
dia pecahkan telur dalam mangkuk.. ketuk bahagian
 tengah telur kat tepi mangkuk, pastu kopek (bahagi dua).. 
dia tekan ke ramas ke aku pun tak paham.. tepenyek ngan
kulit-kulit masuk mangkuk tu T_________T.. it's ok,
 cuba lagi hingga berjaya ;)


Ok syabas.. terror dah ;)


pukul telur tu.. 

sementara tu mari cairkan butter.. ko ingat aku reti? memang tak lah.. 
ni pun budak kedai kek tu ajar aku.. "Akak cairkan butter tu.. letak 
butter dalam mangkuk pastu akak panaskan kuali letak air.. baru
 letak mangkuk butter tu.. biar dia cair".. aku macam pelik gak
 "Eh masak je butter tu kan senang? terus cair".. "Tak boleh kak,
 nanti pecah minyak tu".. Ooohhhhhhhhhhhhhhhhh kenapa lah 
vangang sangat ni pilla. 

Suka yeh? then campurkan telur, butter dan chocolate powder tu.. 

kukus.

Sementara tu kita cairkan coklat masakan ni.. 

Auww geram kan?

Bijak Kak Pilla cairkan coklat direct atas api.. kacau-kacau pastu makin
 likat pulak dia.. huwaaaaa...apa yang dah terjadi ni?.. tutup api terus google.

Cara cairkan coklat masakan.

Oh baru aku tau apa tu double boiler.. muahahahha... banyak yang kita 
kena belajar rupanya ;)

Aku kejap-kejap bukak cucuk ngan pisau.. bahagian tengah tak masak..
 aku siap keluarkan masuk microwave.. click panggang.. baru 30saat aku
 tengok eh mcm makin hitam kang hangus kang.. off kan bawak keluar balik.. 
kesian kek aku.. dapat tuan macam ni.. kesana kesini dia pegi.. aku dah 
hampa ingatkan tak jadik.. aku suruh je bibik kukus balik.. kali ni lama lagi.. 

dan akhirnya masak jugak dia.. wow teruja ai..

Ni projek The Kasihs.

gituuuuuuuuu... baru lah dia berkrim.. 

now sukati korang lah nak tabur cemana pun.. 

tadaaaaa.. cantik tak kek kitorang? tapi takyahlah korang tabur ngan benda
 love2 tu.. keras, nasib tak patah gigi hahaha

kelas kau jah... lembut and very moist ok.. 

nak lagi sedap, scoop je ice cream letak on top. mahvelessssss yummm.. 

Tips Anak Pintar Cerdas


Tips Anak Pintar Cerdas
Bagi anak-anak minum air yang telah didoakan. Masyarakat Melayu kita kata air jampi. Tapi saya selesa sebut air yang didoakan. Anda tak perlu hantar air kepada ustaz-ustaz, tapi ibu atau bapa boleh buat sendiri. Ini caranya
Sediakan 1 botol air untuk setiap orang anak. Kalau 2 anak, 2 botol dan seterusnya.
Baca ayat 19 daripada surah Al Kahfi. Berhenti pada perkataan “walyatalattof…” dan niatkan “Ya Allah, terangkan hati anakku xxxx sebagaimana matahari menerangi alam.” Dan terus sambung sampai habis. Dah habis tu, tarik nafas sikit dan hembus dalam air yang disediakan.
Pastikan masa anda baca tu botol dibuka tutupnya.
Juga buat bacaan sebanyak 3x.
Bila masa yang sesuai buat ni? Untuk 1 botol yang lengkap, anda perlu buat pada selepas solat maghrib malam Jumaat, solat isyak malam Jumaat dan solat subuh pagi Jumaat.
Dah siap tu boleh bagi anak-anak minum.
Anda boleh buat tiap minggu, atau bila-bila perlu kalau-kalau air tu habis. InsyaAllah ni ikhtiar kita.
Untuk belian online mumnkidstuff, blh ke page saya ni ->>https://www.facebook.com/MumNkidStuff
Jangan lupa LIKE ye..tq

RAHSIA KHASIAT DURIAN BELANDA

AMERIKA MERAHASIAKAN UBAT CANCER.
LEBIH HEBAT DR RAWATAN MANUAL
UBAT TERSEBUT ADA DISEKITAR KITA.
Selama ini kita tahu bahwa cancer hanya blh
diubati dengan terapi tertentu. Namun tampaknya persepsi ini harus dihapus dan dibuang sejauh-jauhnya.
Kenapa? Karena sebenarnya ada ubat yg dapt
untuk membunuh sel canver yang kekuatannya SEPULUH RIBU KALI LIPAT lebih hebat dibanding perubatn moden.
Tapi, Mengapa Kita Tidak Tahu?
Karena salah satu perusahaan dunia
merahasiakan penemuan mengenai hal ini
serapat-rapatnya, mereka ingin dana yang di
dapat sangat besar, selama bertahun-tahun,
dapat kembali lebih dulu keuntungan
berlimpah dengan cara membuat pohon Graviola Sintetis sebagai bahan baku ubat dan ubatnya di jual ke pasaran dunia.
“Guanabana” bahasa inggrisnya
“soursop” . Di Indonesia, ya buah sirsak. Di malaysia dipanngil durian belanda/selak
berduri lunak, dlmnya buah berwarna putih,
rasanya manis-kecut/asam, dimakan degn cara buat jus..
Khasiat dari buah ini memberikan effect
anti tumor atau cancer yang sangat kuat, dan
terbukti secara medis menyembuhkan segala jenis cancer. Selain menyembuhkan cancer, buah ini
juga berfungsi sebagai anti bakteri, efektif melawan berbagai jenis parasit
atau cacing, menurunkan tekanan darah tinggi,
depresi, stress, dan menormalkan kembali system
syaraf yang kurang baik.
Salah satu contoh betapa pentingnya keberadaan
Health Science Institute bagi masyarakat Amerika ia Membuktikan “Pohon Ajaib” dan Buahnya Ini Mampu:
Menyerang sel cancer dengan aman dan efektif
secara alami, tanpa rasa mual, berat badan
turun, juga ia melindungi sistim kekebalan tubuh.
Sumber berita sangat mengejutkan ini berasal
dari salah satu farmasi obat terbesar di Amerika.
Buah ini di-test di lebih dari 20
Laboratorium, sejak tahun 1970-an sampai
beberapa tahun berikutnya. Hasil test dari ekstrak
(sari) buah ini adalah
Secara efektif memilih target dan membunuh
sel jahat dari 12 tipe cancer yang berbeza,
diantaranya: Usus Besar, Payu Dara,
Prostat, Paru2, dan Pankreas.
Daya kerjanya 10.000 kali lebih kuat dalam
memperlambat pertumbuhan sel kanker
dibandingkan dengan Adriamicin dan Terapi
moden yang biasa di gunakan.
Salah satu kilang Ubat terbesar di Amerika telah melakukan kjian
luar biasa pada pohon ini yang tumbuh
dihutan Amazon. Ternyata beberapa bagian
dari pohon ini, yakni kulit, akar, daun, daging
buah dan bijinya selama berabad-abad menjadi
ubat bagi suku Indian di Amerika selatan untuk
menyembuhkan sakit jantung, asma dll.. begitulh hebat ciptaan Allah yg di zahirnya pd pohon yang
luar biasa ini. Buahnya 100% tanpa kesan
samping apapun .Sebar luaskan khabar baik 
#copypaste

** BIAR **

Alahai...............
Sekali melangkah
Biar tahu caranya
Biar tahu jalannya
Biar tahu risikonya
Biar tahu resepinya
Biar tahu gerak tarinya
Biar tahu gayanya
Biar tahu puncanya
Biar tahu kehendaknya
Biar tahu strateginya..
Biar tahu...
Segala- galanya..
Tiada masa utk berpaling
Tiada masa utk bersembang bicara
Tiada masa utk menyalak saja
Tiada masa asyik berkokok
Tiada masa ...
Hanya tahu
Langkah terus ke depan
Kerna masa nyata mahal hargainya
Tiap yang ada
Rasa
Gaya
Resepi
Hidangan
Strategi
Hanya kerna Dia
Dia maha mengetahui
Dia maha mengasihani
Segala- galanya.
Tq sahabat ...muka buku.. .
Ku Suriati Ku Ishak
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...