Tuesday, 24 September 2013

Sejarah Pembinaan Kaabah

Sejarah Pembinaan Kaabah



Kaabah ialah Baitullah al-Haram dan ia merupakan kiblat bagi umat Islam. Allah s.w.t. telah menjadikan baginya beberapa kelebihan seperti hubungannya dengan dua Rukun Islam, iaitu solat dan haji. Tidak sah seseorang Muslim sekiranya dia tidak menghadapkan muka ke arahnya dan tidak sah haji seseorang sekiranya dia tidak melakukan tawaf mengelilinginya.

Firman Allah s.w.t. yang *bermaksud” Sesungguhnya rumah yang mula-mula dibangunkan untuk manusia (sebagai tempat beribadat) ialah Baitullah yang berada di Bakkah (Makkah) yang diberkati dan menjadi ptunjuk bagi manusia.

Tidak ada khilaf (perselisihan pendapat) dalam kalangan ulama bahawa rumah ibadat yang pertama didirikan untuk manusia ialah Kaabah. Ini berdasarkan hadis Abi Zar al-Ghifari r.a., ketika beliau bertanya Rasulullah s.a.w.: “Wahai Rasulullah, apakah masjid yang paling awal dibina?” Jawab Rasulullah” “Masjidilharam.” Kemudian beliau bertanya lagi: “Selepas itu?” Jawab Rasulullah: “Masjidil Aqsa.” Beliau bertanya: “Berapakah jarak masa antara kedua-duanya?” Jawab Rasulullah s.a.w.: “Empat puluh tahun.”

Maksud “jarak masa 40 tahun” ialah jarak di antara pembinaan tapak asas kedua-duanya. Ini menunjukkan bahawa orang yang mula-mula meletakkan asas pembinaan Kaabah bukan Nabi Ibrahim a.s. dan orang yang mula-mula meletakkan asas pembinaan Baitul Maqdis bukan Nabi Sulaiman a.s.

Hal itu kerana jarak masa antara kedua-duanya adalah lebih daripada seribu tahun. Mereka berdua ialah orang yang memperbaharui binaan kedua-duanya, wallahu a’lam.

Tidak ramai yang mengetahui tentang sejarah pembinaan kaabah dan Masjidilharam. Kisah pembinaan Kaabah sebenarnya bermula sebelum Allah s.w.t. menjadikan bumi dan segala isinya. Perkara ini berdasarkan kepada maklumat yang disebut dalam kitab-kitab sejarah.

Terdapat hadis sahih yang menyebutkan bahawa nabi s.a.w. telah bersabda dalam khutbah pembukaan kota Makkah yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah s.w.t. yang mengharamkan Makkah pada hari penciptaan langit dan bumi.”


Makkah tidak dipilih sebagai Tanah Haram jika tidak kerana kewuh=judan Kaabah padanya.

Perkara yang menjadi khilaf dalam kalangan ulama ialah penentuan siapakah orang yang pertama membinanya, khasnya binaan sebelum Nabi Ibrahim a.s. Walaupun ia disebut oleh ahli-ahli sejarah tetapi riwayat tersebut memerlukan penelitian dan kajian yang terperinci untuk menentukan kesahihannya.

Menurut riwayat Abu al-Walid al-Azraqi r.h. dalam kitabnya Akhbar Makkah, Ka’ab al-Ahbar telah berkata bahawa Kaabah ialah buih yang terapung di atas air selama empat puluh tahun sebelum Allah s.w.t. menjadikan langit dan bumi dan daripadanya dihamparkan kejadian bumi.

Mujahid r.hm.: “Sesungguhnya Allah s.w.t. telah menjadikan tapak rumah ini (Kaabah) 2000 tahun sebelum dijadikan bumi dan asas (tapak) binaannya berada di lapisan bumi yang ketujuh.

Pembinaan Kaabah telah melalui beberapa peringkat. Riwayat tentang pembinaan ini sebahagiannya telah sabit dengan dalil yang terang dan jelas dan sebahagiannya pula hanya berdasarkan catatan ahli sejarah. Berikut akan disebut secara ringkas menegnai sejarah pembinaan Kaabah.

Pertama: Binaan Malaikat

Al-Azraqi meriwayatkan kepada Muhammad al-Baqir bin Ali Zainal Abidin bin al-Husain r.hm., beliau berkata bahawa Allah s.w.t. berfirman kepada malaikat: “Aku akan menjadikan khalifah di muka bumi.” Kemudian para malaikat bertanya: “Adakah Tuhan kami hendak menjadikan di bumi orang yang akan melakukan kerosakan?”

Setelah itu mereka berasa bersalah dan takut dimurkai oleh Allah s.w.t., lalu mereka bertawaf di sekililing Arasy untuk memohon ampun kepada Allah s.w.t. Kemudian Allah s.w.t. menjadikan di bawah Arasy sebuah rumah iaitu Bait al-Ma’mur dan Allah s.w.t. berfirman kepada malaikat agar bertawaf di rumah itu dan bukan lagi di Arasy. Kemudian Allah s.w.t. telah mengutus para malaikat supaya membina baitullah di bumi supaya makhluk di bumi dapat melakukan tawaf sebgaimana makhluk di langit bertawaf di Bait al-Ma’mur.

Kedua: Binaan Nabi Adam a.s.

Al-Azraqi meriwayatkan daripada Ibn Abbas r.a. bahawa beliau berkata: “Semasa Adam a.s. diturunkan dari syurga dan sampai ke bumi, baginda telah berkata: “Wahai Tuhan, mengapa aku tidak mendengar lagi suara malaikat?” Allah s.wt. berfirman: ‘Semuanya kerana kesalahan engkau wahai Adam.’ Kemudian Allah s.w.t. memerintahkan supaya baginda membina Kaabah dan bertawaf mengelilinginya sebagaimana malaikat mengelilingi Arasy. Adam berjalan menuju ke tapak pembinaan Kaabah.

Bumi telah dikecilkan oleh Allah dan tempoh perjalanannya menjadi pendek. Setiap tempat dipijak oleh Adam akan dijadikan oleh Allah s.w.t. sebagai kawasan yang subur dan berpenghuni. Apabila sampai di Makkah, malaikat Jibrail a.s. memukul dengan sayapnya di tapak pembinaan Kaabah dan malaikat membawa batu kepadanya untuk dibina Kaabah. Bahan binaannya terdiri daripada batu yang diambil daripada lima gunung iaitu gunung Lubnan, Tur Zaita, Tur Sina, Juudi dan Hira’. Semetara konkritnya pula dibuat daripada batu pejal hitam.

Kata Ibn Abbas: “Adam ialah manusia pertama yang mengasaskan al-Bait (Kaabah). Baginda menunaikan solat serta bertawaf di situ.”

Imam al-Syafi’i r.hm. meriwayatkan daripada Muhammad bin Ka’ab al-Qurazi katanya: “Sewaktu Adam a.s. meninaikan fadu haji, baginda telah berjumpa dengan malaikat. Mereka berkata kepadanya “Sempurnakan haji engkau wahai Adam. Kami telah melakukan haji sebelum daripada engkau semenjak 2000 tahun yang lalu.”

Ketiga: Binaan Shith bin Adam

Binaan ketiga oleh Shith ialah selepas hilangnya kesan binaan Adam a.s. Al-Azraqi telah meriwayatkan daripada Wahab bin Munabbih bahawa beliau berkata apabila diangkatkan khemah yang diturunkan oleh Allah s.w.t. kepada Adam a.s. daripada perhiasan syurga untuk diletakkan di tapak Baitullah di Makkah selepas wafatnya Adam a.s., anak-anaknya pun membina di tempat itu sebuah ruamh daripada tanah dan batu. Mereka dan generasi-generasi seterusnya sentiasa memakmurkan rumah itu sehinggalah ia musnah dalam banjir yang berlaku pada zaman Nabi Nuh a.s. Apabila tiba zaman Nabi Ibrahim a.s., Allah s.w.t. telah memerintahkan baginda supaya membina semula rumah itu.

Perhatian:
 Tidak terdapat dalil yang sahih tentang tiga peringkat binaan ini. Kata Syeikh Husain Ba Salamah r.hm., telah dating beberapa riwayat daripada sahabat dan tabiin tentang binaan Kaabah oleh malaikat, Adam dan Shith. Semuanya menyebut tentang peristiwa yang berlaku tanpa menyatakn sumber riwayat tersebut sama ada ia daripada Nabi s.a.w. atau Bani Israil (ahli kitab).

Oleh itu, ramai ulama tafsir berpegang dengannya serta mencatatkan dalam kitab tafsir mereka kecuali al-Hafiz Imaduddin ibn kathir r.hm.. Beliau telah mengkritiknya dan menyatakan bahawa riwayat tersebut sumbernya daripada bani Israil (al-Israiliyyat).

Keempat: Binaan Nabi Ibrahim a.s. dan Ismail a.s.


Binaan Nabi Ibrahim a.s. bersama anaknya Ismail a.s. telah di ceritakan oleh Allah s.w.t. dalam al-Quran dan terdapat banyak riwayat yang sahih dalam kitab-kitab hadis mengenainya. Antaranya ialah:

Firman Allah s.w.t. yang *bermaksud: Dan ingatlah, ketika Nabi Ibrahim meninggikan (membina) asas-asas Baitullah bersama Ismail (seraya berdoa): “Wahai Tuhan kami, terimalah daripada kami (amalan kami), sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Firman Allah s.w.t. yang *bermaksud: Dan ingatlah, ketika Kami (Allah) menyediakan kepada Ibrahim tempat Baitullah (dengan mengatakan) janganlah engkau mempersekutukan Aku dengan sesuatu pun dan sucikanlah RumahKu ini untuk orang yang tawaf dan orang yang beribadat dan orang yang rukuk dan sujud.

Pembinaan Kaabah yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim a.s. dan Ismail a.s. ialah berdasarkan perintah daripada Allah s.w.t., iaitu selepas beberapa kali Nabi Ibrahim a.s. datang menziarahi isteri dan anaknya Ismail a.s. di Makkah. Pada kedatangan kali yang ketiga, baginda telah diperintahkan agar membina Kaabah. Ketika itu Ismail a.s. telah berumur dua puluh tahun dan ibunya telah meninggal dunia.

Sewaktu Nabi Ibrahim a.s. tiba, anaknya ismail a.s. sedang duduk di bawah pokok berdekatan dengan telaga zamzam sambil mengasah anak panah. Nabi Ibrahim a.s. member salam dan duduk bersamanya. Baginda berkata kepada Ismail: “Wahai ismail! Sesungguhnya Allah s.w.t. telah memerintahkanku supaya membina Kaabah.” Ismail mewnjawab: “Taatlah perintah Allah itu.” Lalu bapanya berkata lagi: “Allah juga memerintahkan agar engkau membantuku dalam pembinaan ini.” Ismail berkata: “Di manakah tempatnya?” Nabi Ibrahim a.s. menunjukkan tempat yang telah ditunjukkan kepadanya oleh malaikat yang mengiringinya. Selepas itu, mereka mula menggali tapak asas binaan serta berdoa: “Wahai Tuhan kami, terimalah daripada kami (amalan kami), sesungguhnya Engkaulah yang Maha mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Surah al-Baqarah: 127)

Maqam Ibrahim

Nabi Ibrahim a.s. membina Kaabah dengan dibantu oleh anaknya nabi Ismail a.s. yang membawa batu di atas tengkuknya dan menghulurkannya kepada bapanya. Setelah binaan tersebut semakin tinggi, Nabi Ibrahim a.s. tidak sampai untuk membinanya, lalu Nabi Ismail a.s. mendekatkan batu kepadanya lantas Nabi Ibrahim a.s. berdiri dia atas batu tersebut dan meneruskan pembinaannya. Batu itulah yang dikenali dengan nama Maqam Ibrahim yang ada sekarang.

Hajarulaswad

Apabila sampai di tapak Hajarulaswad, Nabi Ibrahim a.s. meminta agar ismail a.s. mengambil seketul batu yang boleh dijadikan sebagai tanda tempat permulaan tawaf. Tiba-tiba dating malaikat Jibrail membawa Hajarulaswad dari syurga atau dari Bukit Abi Qubais. Setelah Ismail datang, baginda terkejut lalu bertanya: “Dari mana bapa mendapat batu ini?” Jawab Nabi Ibrahim a.s.: “Jibrail yang membawanya kepadaku.”

Hijr ismail


Hijr ismail ialah sebuah lingkungan yang terletak di utara Kaabah. Bentuknya ialah separa bulatan. Hijr Ismail dijadikan oleh nabi Ibrahim a.s. sebagai sebuah bangsal tempat berteduh di tepi Kaabah dan ia menjadi kandang kambing kempunyaan Nabi Ismail a.s.

Riwayat ini menunjukkan bahawa hijr Ismail tersebut tidak termasuk dalam binaan Kaabah, sebaliknya is merupakan kandang yang terletak di luar daripadanya. Namun begitu, semasa kaum Quraisy membina Kaabah, mereka telah mengecilkannya di bahagian utara kerana kekurangan belanja. Mereka mengurangkan sebanyak enam hasta (3 meter) menurut riwayat yang sahih dan memasukkannya ke dalam Hjir Ismail.

Abdullah bin al-Zubair pada zaman pemerintahannya telah memasukkan kesemuanya ke dalam binaan Kaabah.

Walau bagaimanapun, apabila Hajjaj memerintah beliau telah membinanya semual menurut binaan Quraisy dan demikianlah keadaannya hingga sekarang.

Oleh yang demikian, tidak sah tawaf di dalam Hijr kerana is termasuk dalam Kaabah dan sesiapa yang inigin bersolat di dalam Kaabah, dia boleh melakukan solat di dalam Hijr kerana sebhagaian daripadanya ialah Kaabah.

Kata Sayidatina Aishah r.ha: “Suatu hari, saya ingin memasuk kaabah untuk bersolat di dalamnya. Rasulullah s.a.w. pun memegang tangan saya lalu membawa saya masuk ke dalam Hijr dan bersabda (maksudnya):

“Solatlah dalam Hijr ini kalau kamu mahu masuk ke dalam Kaabah kerana ialah sebahagian daripada Kaabah, tetapi kaummu (Quraisy) kekurangan belanja ketika membinanya maka mereka pun mengeluarkannya daripada binaan Kaabah.”


Berkata Abdullah bin Abbas r.a.: “Bersolatlah ditempat solat orang yang terpilih dan minumlah minuman orang yang baik.” Orang ramai bertanya Ibn Abas: “Dimanakah tempat solat itu?” Jawabnya: “Di bawah Mizab (saluran emas).” “Dan apakah minuman itu?” Jawabnya: “Air zamzam.”

Ukuran binaan Nabi Ibrahim a.s. dan anaknya Nabi Ismail a.s. adalah seperti berikut: Tingginya ialah Sembilan hasta, panjang bahagian pintunya tiga puluh hasta, panjang bahagian belakangnya (Rukun Iraqi) ialah tiga puluh satu hasta, panjang bahagian saluran emas ialah dua puluh dua hasta dan panjang Rukun Yamani ialah dua puluh hasta. Tapaknya terletak di atas bumi dan ia tidak berpintu.

Setelah selesai membina Kaabah, malaikat Jibrail a.s. memperlihatkan Nabi Ibrahim a.s. tempat manasik (ibadat haji). Kemudian, Allah s.w.t. memerintahkan agar nabi Ibrahim a.s. menyeru manusia supaya datang mengerjakan haji. Nabi Ibrahim a.s. menjawab: “Suaraku tidak sampai kepada mereka.” Allah s.w.t. berfirman: “Tugas engkau ialah menyeru dan Kami akan menyampaikannya.” Maka Nabi Ibrahim a.s. pun naik ke atas Maqam dan menyeru: “Wahai manusia, Allah s.w.t. telah memfardukan ke atas kamu ibadat haji.” Maka semua yang berada di dalam sulbi lelaki dan rahim perempuan mendengarnya dan semua yang beriman serta mereka yang telah ditentukan oleh Allah s.w.t. untuk mengerjakan haji menjawab: “Labbaikallahumma Labbaik.”
Kelima: Al-Amaliq

Amaliq ialah satu suku kaum yang berasal dari Yaman. Setelah mereka mengetahui bahawa terdapat sumber air di makkah dan kabilah Jurhum telah berpindah ke Makkah, mereka turut berpindah ke Makkah dan tinggal di jiyad iaitu kawasan bahagian bawah Makkah (al-Masfalah). Setiap pedagang yang dating dari Yaman yang memasuki kawasan ini akan dikenakan cukai 10 peratus. Ketua kabilah ini bernama al-Sumaida’ bin Hud bin Hadr bin Mazin. Kabilah ini sentiasa berperang dengan kabilah Jurhum. Setelah mereka mendapat kemenangan, hak menjaga Kaabah telah jatuh ke tangan mereka.

Sewaktu di bawah penjagaan mereka, telah berlaku kerosakan pada Kaabah yang dibina oleh Nabi Ibrahim a.s., lalu mereka membaikinya mengikut binaan Nabi Ibrahim a.s. tanpa sebarang tambahan.

Keenam: Jurhum


Jurhum ialah kabilah yang pertama datang menumoang air zamzam Siti hajar. Mereka berkampung di Bukit Qu’aiqi’an, iaitu bukit yang bertentangan dengan Bukti Abi Qubais atau istana al-Safa. Mereka menguasai kawasan atas Makkah (al-Ma’la). Setiap pedagang yang memasuki kawasan mereka akan dikenakan cukai 10 peratus.

Kabilah ini diketuai oleh al-Harith bin Mudhad. Beliau ialah orang pertama dari suku ini yang menjaga kaabah setelah menewaskan kabilah Amaliq. Pemerintahan mereka berterusan selama 300 tahun.

Semasa pemerintahan mereka, telah berlaku kejadian banjir di Makkah. Air memasuki kawasan Kaabah dari sebelah atas sehingga meruntuhkan setengah binaan Kaabah. Kemudian, Jurhum membinanya semula berdasarkan asas binaan Nabi Ibrahim a.s. tetapi mereka meninggikan sedikit binaannya dan menjadikan pintunya berdaun dua serta dikunci.

Lama kelamaan, kabilah Jurhum tidak lagi mengambil berat tentang kesucian Kaabah, sehingga berlaku beberapa kejadian maksiat yang tidak pernah terjadi sebelumnya.

Antaranya ialah perbuatan zina antara Asaf dan Nailah di dalam Kaabah. Allah s.w.t. telah menukarkan kedua-duanya kepada batu sebagai pengajaran dan peringatan kepada manusia. Kemudian kedua-duanya dikeluarkan dari Kaabah dan Asaf diletakkan di atas bukit Safa manakala Nailah di atas Marwah. Kemudain, kabilah Jurhum telah bertawaf di antara kedua-duanya.

Antara kejadian yang tidak baik ialah percubaan untuk mencuri harta yang dihadiahkan kepada Kaabah dan pelbagai kejahatan lain lagi.

Ketujuh: Qusai Datuk Nabi


Selepas Jurhum, Makkah dikuasai pula oleh kabilah Khuza’ah. Kemudain makkah diperintah oleh datuk Nabi s.a.w. iaitu Qusai bin Kilab. Pada masa pemerintahannya, beliau telah mengumpul harta yang halal dan meruntuhkan Kaabah untuk dibina semula dengan satu binaan baru yang tidak pernah dibuat oleh orang sebelumnya.

Tinggi binaannya berukuran berukuran 25 hasta dan ia mempunyai atap daripada batang kayu ‘Dum’ (seperti batang nibung dan besar seperti batang kelapa) yang kukuh dan pelapah tamar. Asasnya masih seperti binaan Nabi Ibrahim a.s.

Semasa pembinaan ini, Hajarulaswad telah hilang dan tidak ada sesiapa yang mengetahui tempat ia berada. Setelah disiasat, Qusai diberitahu tempat bahawa kabilah Iyad semasa dihalau keluar dari Makkah oleh anak-anak Mudhar bin izar telah mengambilnya dan menanamnya di salah sebuah bukit di Makkah.

Peristiwa ini disaksikan oleh seorang perempuan. Qusai lalu pergi berjumpa dengan perempuan tersebut dan merayu agar beliau menunjukkan tempat tersebut.

Akhirnya Hajarulaswad ditemui kembali lalu disimpan oleh Qusai selama turun-temurun sehinggalah ke zaman Quraisy.

Kata Imam al-Mawardi rahimahullah: “Qusai bin Kilab ialah orang pertama dalam kalangan Quraisy yang membina Kaabah selepas Nabi Ibrahim a.s. dan beliau juga merupakan orang yang pertama membina atap Kaabah.”

Perhatian: Berkata sesetengah ulama: Selepas daripada binaan Qusai inilah, Abdul Muttalib membina pula Kaabah iaitu sebelum pembinaan oleh Quraisy. Sekiranya maklumat ini benar, Abdul Muttalib bolehlah dianggap sekadar membaiki kerosakan yang berlaku pada binaan Qusai, wallahu a’lam.

Kelapan: Binaan Quraisy pada tahun 591M


Kaabah yang dibina, sekali lagi menghadapi kerosakan. Sebagaimana yang diceritakan, seorang perempuan telah menyalakan api untuk membakar kemenyan bagi mewangikan Kaabah. Tiba-tiba bara api yang dibakarnya telah tercampak atau terpercik mengenai kelambu Kaabah dan menyebabkan berlakunya kebakaran ke atas Kaabah yang menyebabkan binaannya menjadi tidak kuat lagi. Selepas itu, berlaku pula banjir yang melanda Kaabah yang menyebabkan berlaku keruntuhan pada sebahagian Kaabah.

Selepas berlakunya peristiwa itu, para pemimpin Quraisy telah bermesyuarat untuk membina semula Kaabah yang telah runtuh sebahagiannya. Kebetulan pada masa yang sama, sebuah kapal dagang kepunyaan saudagar Rom telah pecah di lautan Jeddah. Bersama mereka ada seorang tukang kayu yang mahir bernama Yaqum. Quraisy telah membeli kayu dari kapal tersebut untuk dijadikan binaan atap dan tiang Kaabah.

Pihak Quraisy telah berazam untuk meruntuhkan semua binaan yang tinggal dan membinanya semula dengan asas yang baru kerana asas yang dibina oleh Nabi Ibrahim a.s. telah terlalu lama.

Menurut al-Sinjari jarak antara binaan Nabi Ibrahim a.s. dengan binaan Quraisy ialah 2645 tahun.

Di dalam Kaabah, terdapat sebuah telaga yang di dalamnya tersimpan harta-harta yang dihadiahkan kepada Kaabah. Dalam telaga itu, ada seekor ular berbisa yang berwarna hitam di atas belakangnya, putih di bawah perutnya dan berkepala seperti kepala seekor kambing.

Ular ini telah berada di situ selama lima ratus tahun iaitu sejak zaman Jurhum lagi. Ular tersebut bertindak sebagai pengawal harta Kaabah kerana banyak berlaku kecurian ke atas harta Kaabah pada waktu itu.

Ketika kaum Quraisy berada dalam ketakutan untuk meruntuhkan Kaabah, ular itu sentiasa keluar menzahirkan dirinya. Oleh itu, mereka pun berkumpul di Maqam Ibrahim dan salah seorang pemimpin Quraisy bernama al-Walid bin al-Mughirah telah menyampaikan khutbah kepada kaumnya.

“Bukankah kamu semua mahukan kebaikan untuk membina Kaabah>” Mereka menjawab: “ya!”

Kata al-Walid: “Allah tidak akan membinasakan orang yang ingin melakukan kebaikan. Tetapi ingatlah, jangan sekali-kali kamu memasukkan perbelanjaan untuk membina rumah Tuhan kamu ini kecuali harta yang baik hasil usaha kamu. Jangan kamu masukkan harta riba, judi, pelacuran dan semua yang tidak baik dari harta kamu kerana sesungguhnya Allah s.w.t. tidak menerima kecuali harta yang baik.”

Kemudian mereka pun berdoa: “Wahai Tuhan, sekiranya apa yang kami lakukan ini mendapat keredaan Engkau maka jauhkanlah ular ini daripada kami.”

Selepas itu dating seekor burung dari langit menuju kea rah ular yang sedang berada di atas dinding Kaabah dan menyambar kepalanya serta mencampaknya kea rah kawasan Jiyad.

Namun, perasaan takut akan dimurka dan ditimpa azab oleh Allah s.w.t. masih menebal dalam diri mereka sehingga al-Walid sekali lagi berkata: “Aku akan mula meruntuhnkannya. Aku telah tua. Sekiranya aku mati maka ia di sebabkan ajal yang sudah tiba.”

Beliau pun mengambil pemukul dan mula meruntuhkannya. Tetapi dengan tiba-tiba batu di bawah kakinya bergerak. Lantas beliau pun berdoa: “Wahai Tuhan, janganlah engkau menakuti kami, sesungguhnya kami ingin membaikinya dan kami tidak melakukannya kecuali untuk kebaikan.”

Kemudian beliau terus meruntuhkan Kaabah di bahagian dua rukun pada hari itu. Manakal orang lain hanya memerhatikan sahaja dan tidak menyertainya, bahkan mereka terus menunggu apakah akibat yang akan menimpa ke atas al-Walid pada hari itu.

Setelah tidak ada apa-apa yang berlaku, pada keesokan harinya ramailah yang bersama-sama meruntuhkan binaan Kaabah yang masih tinggal, sehingga sampai kepada asas yang dibina oleh Nabi Ibrahim a.s. yang berupa sebuah batu besar yang berwarna hijau yang berbentuk bonggol-bonggol unta. Untuk mengangkat seketul batu tersebut, memerlukan 30 orang lelaki.

Al-Walid pun memasukkan cangkulnya di celah dua batu lalu menggoncangkannya hingga tercabut seketul batu dan dengan pantas Abu Wahab al-Makhzumi cuba mengambilnya tetapi batu itu terlepas dari tangannya dan terus kembali ke tempat asalnya.

Tiba-tiba suatu cahaya seperti kilat terpancar dari bawah batu tersebut dan bumi Makkah terus bergoncang. Mereka serta-merta berhenti memecahkan batu tersebut daqn menjenguk ke bawahnya mereka dapati asas Kaabah terletak di situ.

Setelah itu, mereka pun mengumpulkan bahan binaan asal lalu mengeluarkan harta yang mereka kumpul untuk membina Kaabah tetapi ia tidak mencukupi untuk membiayai pembinaannya mengikut binaan asal.

Oleh itu mereka pun berbincang dan membuat keputusan akan membina mengikut kadar perbelanjaan yang mereka mampu dengan mengecilkan binaan asal Kaabah sepanjang enam hasta sejengkal (3 meter) di bahagian Hijr ismail. Ia ditanda dengan lingkungan separa bulatan supaya orang ramai melakukan tawaf di bahagian belakangnya sahaja. Tempat ini dikenali dengan nama “Hijr Ismail” atau “Hatim”.

Mereka menambah ketinggiannya sebanyak Sembilan hasta mkenjadi 18 hasta, dan membina siap dengan enam batang tiang. Pintunya pula dijadikan satu sahaja dan diangkat untuk menahan daripada dimasuki air ketika banjir dan untuk mengawalnya daripada dimasuki oleh orang yang mereka tidak sukai.

Semasa pembinaan ini, Rasulullah s.a.w. menyertainya dengan mengangkat batu bata untuk binaan Kaabah. Pada waktu itu, Rasulullah s.a.w. berumur 35 tahun. Setiap kabilah diberikan satu bahagian daripada penjuru Kaabah.

Apabila tiba masa untuk meletakkan Hajarulaswad, mereka mula berbantah. Setiap kabilah mendakwa mereka lebih berhak meletakkannya sehingga sebahagiannya bersumpah untuk berperang sekiranya mereka tidak dapat meletakkannya.

Bani ‘Abd al-Dar telah membawa satu bekas darah dan mereka bersumpah bersama Bani ‘Adi akan mepertahankannya shingga mati. Darah itu dinamakan “La’aqah al-Dam”. Puak Quraisy menangguhkan pembinaan selama empat atau lima hari. Kemudian mereka berkumpul di masjid dan bermesyuarat.

Orang yang paling tua dalam kalangan Quraisy iaitu Abu Umayyah Huzaifah bin al-Mughirah al-Makhzumi berkata: “Orang yang akan memustuskan perkara ini ialah orang yang pertama memasuki masjid dari pintu Bani Syaibah.” (Ia salah satu pintu Masjidilharam di kawasan rumah orang Quraisy, terletak di belakang Maqam Ibrahim. Untuk memperingatinya, pintu no.26 di sebelah tempat sa’i dinamakan dengan Bab Bani Syaibah).

Mereka pun bersetuju di atas perkara tersebut. Orang yang pertama memasuki pintu tersebut ialah Rasulullah s.a.w. Setelah melihatnya mereka pun bersetuju untuk menjadikan Baginda hakim dan mereka memberitahu masalah tersebut kepada Nabi s.a.w. yang pada ketika itu berumur 35 tahun, dan terkenal dengan gelaran “al-Amin”.

Rasulullah s.a.w. mengambil sehelai kain dan meletakkan Hajarulaswad di atasnya. Kemudian Baginda mengarahkan setiap kabilah melantik seorang wakil untuk mengangkatnya hingga ke tempatnya. Lalu Rasulullah s.a.w. mengambilnya dengan tangannya yang mulia dan meletakkan Hajarulaswad di tempatnya.

Dalam al-Rahiq al-Makhtum disebutkan: “Kaabah yang dibina oleh Quraisy adalah berbentuk empat persegi, tingginya 15 meter, lebar di bahagian Hajarulaswad dan yang bertentangan dengannya 10 meter. Hajarulaswad tingginya dari lantyai 1.50 meter, bahagian pintu dan yang bertentangan dengannya 12 meter. Tinggi pintunya dari lantai 2 meter, dilingkungi tapak bawahnya dengan binaannya dengan batu setinggi 0.25 meter dan lebarnya 0.30 meter dan dinamakan dengan Shazarwan, ia dari tapak asal (binaaan Nabi Ibrahim a.s.) tetapi Quraisy mengeluarkannya kerana kekurangan nafkah.”

Kesembilan: Binaan Abdullah bin al-Zubair r.a.

Pada tahun 64 Hijrah bersamaan dengan tahun 683 Masihi daripada Aishah r.ha. katanya: “Nabi s.a.w. telah bersabda kepadanya yang *bermaksud: “Wahai Aisyah! Kalaulah kerana kaummu (Quraisy) yang masih baru meninggalkan suasana jahiliah (kufur) nescaya aku akan mengarahkan supaya diruntuhkan Kaabah dan dibina semula dengan memasukkan bahagian yang telah dikeluarkan oleh Quraisy dan merendahkan binaan (pintunya) di atas tanah, mengadakan baginya dua pintu, satu di bahagian timur dan satu lagi di bahagian barat, binaannya menurut asas yang dibina oleh Nabi Ibrahim a.s.”

Kata al-Bukhari: “Bersandarkan kepada hadis ini Ibn al-Zubair r.a. meruntuhkan Kaabah dan membinanya semula menurut apa yang dicita-citakan oleh Rasulullah s.a.w.

Setelah berlaku kepungan terhadap Abdullah bin al-Zubair serta pengikutnya di makkah, mereka telah berselindung di alam Masjidilharam. Tentera yang datang dari Syam di bawah pimpinan al-husain bin Numair telah menyerang mereka. Akibat daripada beberapa serangan tersebut, kebakaran telah berlaku lalu terkena Kaabah.

Terdapat pula riwayat yang mengatakan bahawa kebakaran itu berpunca daripada api yang dinyalakan oleh salah seorang dalam kalangan mereka yang sedang berlindung di dalam Masjidilharam.

Setelah Ibn al-Zubair r.a. bermesyuarat dengan beberapa orang sahabat tentang aabah, Abdullah bin Abbas r.a. mencadangkan agar dibaiki bahagian-bahagian yang rosak sahaja dan setelah beberapa hari selepas kejadian itu Ibn al-Zubair memustuskan untuk membina semula Kaabah berdasarkan haids Aishah. Lalu kaabah diruntuhkan dan beliau membinanya semula mengikut binaan Nabi Ibrahim a.s.

Kesepuluh: Binaan al-Hajjaj, tahun 74H / 693M


Apabila Hajjaj bin Yusuf al-Thaqafi serta tenteranya mengakhiri kepungan terhadap Abdullah bin al-Zubair r.a. dan membunuhnya beliau mengutus surat kepada khalifah Abdul Malik bin Marwan memberitahunya bahawa Ibn al-Zubair telah menambah binaan Kaabah dengan memasukkan Hijr Ismail ke dalam binaan Kaabah dan mengadakan pintu kedua.

Seterusnya Hajjaj meminta izin daripada khalifah untuk mengembalikan Kaabah kepada binaan asal yang dibuat oleh Quraisy. Setelah mendengarnya, khalifah memberi persetujuan dengan cadangan tersebut, kerana pada sangkaannya Ibn al-Zubair telah menambahnya mengikut kemahuannya. Maka ditutupnya pintu kedua sebelah barat, diangkat pintu sebelah timur dan dikembalikan kedudukan Hijr Ismail.

Selepas itu, Abdul Malik bin Marwan bertemu dengan al-Harith bin Abdullah, lantas beliau memberitahu khalifah bahawa apa yang dibuat oleh Ibn al-Zubair ialah berdasarkan hadis yang didengarnya daripada ibu saudaranya Siti Aushah r.ha. Setelah mendengarnya, khalifah terdiam sejenak lalu berkata: “Kalaulah saya tahu hadis ini sebelum membina semula Kaabah sudah tentu saya tidak akan mengubahnya.”

Perhatian:
 Sewaktu pemerintahan Khalifah Harun al-Rashid, baginda telah bertanya kepada Imam Malik r.hm. tentang hasratnya untuk mengembalikan binaan Kaabah mengikut binaan Ibn al-Zubair r.a. kerana binaan tersebut bertepatan dengan hasrat Rasulullah s.a.w.

Jawab Imam Malik: “Saya berseru kepada Tuan Amirul Mukminin kerana Allah, jangan Tuan jadikan Baitullah ini sebagai permainan pemerintah. Setiap orang akan meruntuh dan membina mengikut kehendaknya, dengan itu akan hilang kehebatannya daripada hati-hati orang Mukmin, wabillahit taufiq.”

Kesebelas: Sultan Murad Khan 4, tahun 1040H / 1630M

Selepas binaan Hajjaj, Kaabah kekal dengan binaannya hinggalah zaman pemerintahan Sultan Murad 4, iaitu pada 19 Sya’ban tahun 1039H, apabila berlaku banjir besar yang melanda Makkah dan menyebabkan runtuhnya dinding Kaabah.

Oleh itu, Sultan Murad telah memerintahkan agar dibina kembali Kaabah mengikut binaan asal yang dibuat pada zaman Hajjaj. Kerja-kerja pembinaannya siap pada bulan Ramadan tahun 1040H.

Kedua belas: Arab Saudi 


Kaabah dan Masjidilharam kekal berada dalam keadaan tersebut lebih kurang 400 tahun lamanya sehinggalah zaman pemerintahan Almarhum Sultan Abdul Aziz. Beliau telah melancarkan projek pembesaran dan pembinaan semula Masjidilharam dan Kaabah yang bermula pada tahun 1375H dan disambung pula dengan projek perluasan tempat tawaf dan system pengaliran air Masjidilharam pada 1398H. Kemudian diikuti oleh projek-projek pembaikan berikut:

Pertama:
 Pada 18 Rejab 1377H bersamaan 1957M, pada zaman pemerintahan Raja Sa’ud bin Abdul Aziz, telah berlaku keretakan pada dinding Kaabah dan beberapa kerosakan di bahagian atap Kaabah. Raja Sa’ud telah memerintahkan agar memperbaikinya.

Kedua:
 Pada tahun 1417H bersamaan 1996M, iaitu pada zaman pemerintahan Khadimul Haramain Raja Fahd bin Abdul Aziz. Kaabah sekali lagi mengalami kerosakan kesan daripada keadaan binaan yang terlalu lama yang dibuat oleh Sultan Murad. Oleh itu, Khadimul Haramain telah mengarahkan agar memperbaharui binaan Kaabah sepenuhnya.

sumber : http://go-umrah.blogspot.com.au/2009/12/sejarah-pembinaan-kaabah.html

TAHUKAH ANDA?

♥- Rehat Sejenak -♥
:: Kini Aku Tahu ::
Mengapa telur memiliki kuning telur ?

Pada manusia, janin tumbuh di dalam rahim ibunya. Janin memperoleh makanan dari tubuh ibunya melalui tali pusar. Setelah tumbuh sempurna, bayipun dilahirkan. 

Hewan yang bertelur, janin tumbuh di luar tubuh induknya, yaitu di dalam cangkang telur. Karena janin ada di dalam cangkang maka induknya tidak dapat memberinya makan. Janin memperoleh makanan dari kuning telur. Kuning telur mengandung vitamin, kalsium dan semua nutrisi penting untuk tumbuh. Apabila janin tumbuh semakin besar, kuning telur akan semakin menyusut. Setelah tumbuh sempurna, telur akan menetas.

Nah, Kini Aku Tahu... Alhamdulillah...

Sumber: Buku ”Kini Aku Tahu: 210++ Pertanyaan konyol yang mendidik/Icha Risa".

-Mari terus berbagi KEBAIKAN-
Bagikan/Share, Semoga menjadi KEBAIKAN Anda.

Rekomendasi untuk sahabat : Dapatkan Koleksi buku-buku bagus dan bermanfaat, di Toko buku Islami online di Facebook. Klik FP Belanja Murah dan Halal.

like juga FP Belajar Al-Quran Dan Hadist.
Kumpulan nasehat bermanfaat, update setiap hari insyaAllah.

*Semoga Bermanfaat*

Info Berguna Untuk Semua!

Tanda Ada Jin Dalam Rumah & Cara Mengusir
Artikel tanda-tanda ada jin di dalam rumah dan cara mengusir jin keluar dari rumah ini saya dapat melalui perkongsian di Facebook. Mungkin berguna untuk perkongsian bersama.

Apakah tanda ada jin di dalam rumah?
Masakan selalu/cepat basi ( rosak )
Selalu kedengaran seperti bunyi goli jatuh di lantai
Kedengaran seperti ada orang mengemas atau menarik perabot di tengah malam
Sering nampak kelibat atau lembaga hitam di dalam rumah
Penghuni rumah sering merasa seram dan takut apabila berada di dalam rumah.

CARA MENGUSIR JIN – ( Tahap Pertama )
Cara Mengusir Jin yang tinggal di dalam rumah 
Jika kita benar-benar yakin bahawa di dalam rumah kita ada jin, maka ada dua ( 2 ) perkara yang harus kita lakukan untuk cara usir jin tersebut keluar dari rumah:-
1) Hendaklah ada dua orang yang menyertai kita untuk pergi ke rumah tersebut, setelah sampai di rumah itu bacalah ayat tersebut :
“Aku ingatkan kepada kamu dengan sumpah yang pernah diucapkan oleh Nabi Sulaiman; keluarlah dan pergilah kamu dari rumah kami. Aku sumpah kamu dengan nama Allah, keluarlah kamu dan janganlah kamu menyakiti seseorangpun.”
***Bacaan di atas hendaklah diulang sebanyak tiga kali.
Setelah itu jika kita masih merasakan bahawa masih ada sesuatu di rumah, maka ambillah bejana (tempat) yang berisi air, setelah itu letakkanlah jari kita didalamnya dan dekatkanlah mulut kita dengan air tersebut sambil membaca ayat-ayat berikut :
AL-Fatehah
Ayat Kursi
At-Takathur
Az-Zalzalah
Al-Ikhlas
Al-Falaq
An-Naas
Kemudian renjiskan/semburkan air tersebut ke seluruh rumah ( ikut putaran Kaabah ) dan di larang merenjis/sembur di dalam kamar mandi dan tandas. Lakukan cara ini dengan niat ikhlas ketika membaca ayat di atas dan mohonlah pertolongan dan bantuan dari Allah, Tuhan semesta alam.
2.) Atau membacakan ayat ini ke dalam air.
Dengan nama Allah, kami berada di petang hari ini dengan nama Allah Yang tidak ada satupun yang dapat menghalangi-Nya, dan dengan keagungan Allah Yang Maha Pencegah, kami berlindung, dan dengan semua nama-nama-Nya yang baik kami berlindung dari kejahatan syaitan-syaitan, baik dari golongan manusia mahupun dari golongan jin. Kami berlindung kepada Allah dari kejahatan segala sesuatu yang menampakkan diri dan yang menyembunyikan diri; dari kejahatan segala sesuatu yang keluar pada waktu malam hari dan yang bersembunyi pada waktu siang hari, dari kejahatan segala sesuatu yang menampakkan dirinya pada waktu siang hari dan menyembunyikan dirinya pada waktu malam hari, dan dari kejahatan segala sesuatu yang diciptakan-Nya, yang kotor dan yang bersih. Kami berlindung dari kejahatan iblis dan pengikut-pengikutnya, dan dari kejahatan segala makhluk yang berada dalam kekuasaan-Mu. Sesungguhnya Tuhanku berada di atas jalan yang lurus. Aku berlindung kepada Allah dengan perlindungan yang pernah dimohon oleh Ibrahim, Musa dan Isa, dari kejahatan segala sesuatu yang diciptakan-Nya, yang kotor dan yang bersih, dan dari kejahatan iblis dan pengikut-pengikutnya, dan dari kejahatan segala sesuatu yang derhaka.
Aku berlindung kepada Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui dari syaitan yang direjam. Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. “Demi (kumpulan) yang bersaf-saf dengan sebenarnya, dan demi (kumpulan) yang melarang dengan sebenarnya, dan demi (kumpulan) yang membacakan peringatan. Sesungguhnya Tuhanku benar-benar Esa. Tuhan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya, dan Tuhan tempat terbit matahari. Sesungguhnya Kami telah menghias langit yang dekat dengan hiasan, iaitu bintang-bintang, dan telah memeliharanya sebenar-benarnya dari setiap syaitan yang sangat derhaka. Syaitan-syaitan itu tidak dapat mendengar-dengarkan (pembicaraan) para malaikat dan mereka dilempari dari segala penjuru. Untuk menghalau mereka dan bagi mereka seksa yang kekal. Akan tetapi barangsiapa (diantara mereka) yang mencuri-curi (pembicaraan); maka ia dikejar oleh suluh api yang cemerlang.
Selepas itu bawalah air tersebut ke seluruh penjuru rumah, dan letakkanlah sebahagian air itu di setiap penjuru rumah, maka dengan izin Allah, jin tersebut akan segera keluar. Kerjakanlah cara ini dengan niat yang ikhlas ketika membaca doa di atas dan mohonlah kepada Tuhan yang telah menciptakan langit dan bumi.
Janganlah kita meninggalkan petunjuk ini, kemudian lalu mencari kesesatan para tukang sihir dan tukang ramal yang akan membawa kepada kesengsaraan dan bencana. Bermohonlah kepada Allah semoga Allah memasukkan kita kepada golongan orang-orang yang sentiasa memohon pertolongan kepada-Nya, dan sentiasa bertawakal dan mohon perlindungan dengan kekuasaan-Nya.
Semoga bermanfaat!

My Busiest Month & Birthday 2013











Assalamualaikum wrt...sudah lama saya tidak mencoret sesuatu di blog kesayangan saya ini. Betapa rindunya untuk berceloteh tetapi apakan daya, keadaan tidak mengizinkan. Namun di kesempatan ini, saya curi juga sedikit masa yang ada untuk bercerita tentang kepadatan, kesibukan dan keseronokan aktiviti bulan ini.
     Pada minggu kedua bulan September yang baru berlalu, saya telah terlibat sebagai Pengawas Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2013.  Telah diarahkan untuk mengawasi peperiksaan di SJKC Khee Chee bersama 6 orang lagi pengawas yang lain.  Kami datang dari 5 buah sekolah yabg berbeza iaitu Pn Yap dan Ms Teng dari SJKC Mentakab 1, Mr Lee dari SK Pulau Pasir Mandi, En Albert dan En Teh dari SK Abu Bakar, Pn Yusfarina dari SK Batu Kapur dan saya sendiri dari SK Paya Pulai. Terdapat 116 orang calon yang terlibat dalam peperiksaan ini. Alhamdulillah, sepanjang 3 hari peperiksaan ( 10/9 hingga 12/9) tiada perkara buruk atau yang tidak diingini berlaku.  Segalanya berjalan lancar sehinnga ke minit terakhir jam 4.39 petang hari Khamis 12/9.
     Seterusnya pada minggu ketiga bermula pada hari Rabu 18/9 sehingga hari Sabtu 21/9 saya telah terlibat pula dengan Kursus KSSR Bahasa Inggeris Tahun 4/2014 DKSP di SMK Abu Bakar Temerloh. Sepanjang 4 hari berkursus banyak maklumat, pengalaman dan kawan-kawan baru yang diperolehi.  Bertuah rasa badan kerana dalam tempoh 10 bulan perkhidmatan semula dalam bidang pendidikan ini (setelah bercuti tanpa gaji kerana mengikut suami bertugas di luar negara) telah menerbitkan rasa indah, seronok walaupun penat dan kepuasan sebenar dalam meneruskan kerjaya keguruan yang semakin mencabar ini.
     Seterusnya pada 20 September yang lalu, aku telah menyambut ulangtahun kelahiranku yang ke 4? Tahun.   Sejuta kesyukuran kupanjatkan padaNya kerana telah menambah usiaku setahun lagi.  Semoga Allah tetap memberi kesihatan yang baik, akal yang tetap waras dan cerdas, kerjayaku yang semakin mantap, keluargaku yang akrab dan tetap menyayangiku sehingga ke akhir hayatku, suamiku yang tetap setia hingga hujung nyawa  serta nikmat Islam dan Iman yang berkekalan hingga ke helaan nafas terakhirku.  Tiada lagi yang kuinginkan melainkan Allah mengekalkan segala nikmat dan rahmatNya selagi hayatku dikandung badan.  Dan akhir sekali, doa dan harapanku sempena sambutan ulangtahun kelahiranku pada tahun ini, semoga Allah menetapkanku dalam iman dan islam dan mematikanku dalam 'Husnul Khotimah' in sha Allah!
     Dan akhir sekali,  kesibukan diri diteruskan lagi dengan aktiviti penandaan kertas Ujian UPSR 2013 pada keesokan hari iaitu Mesyuarat Penyelarasan Tempatan Tiga selama 3 hari yang diadakan di PKG Lanchang, SK Rantau Panjang.  Semoga segala urusanku berjalan lancar dan dipermudahkanNya hendaknya.  Walaupun di sekolah, rakan-rakan seperjuangan dan murid-murid sedang sibuk dengan latihan sukan, namun saya terpaksa merelakan diri untuk terlibat dengan aktiviti penandaan kertas UPSR ini demi untuk membantu pihak LPM melaksanakan tanggungjawab mereka dalam menyelesaikan tugasan untuk mengeluarkan keputusan UPSR kelak.  Kepada semua pemeriksa kertas-kertas ujian UPSR 2013, selamat menjalankan tugasan ini dengan penuh rasa tanggungjawab, amanah dan dedikasi.  KITA BOLEH!

Friday, 30 August 2013

30 ORANG YANG PERTAMA DALAM ISLAM

30 ORANG YANG PERTAMA DALAM ISLAM -----------------------------------------------
1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS. 
2. Orang yang pertama minum air zamzam : Nabi Ismail AS. 
3. Orang yang pertama berkhatan : Nabi Ibrahim AS.
4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat : Nabi Ibrahim AS.
5. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat : Nabi Adam AS.
6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah : Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS).
7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat : Nabi Muhammad SAW.
8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam : Abu Bakar As Siddiq RA.
9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah : Umar bin Al-Khattab RA.
10. Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam : Al-Hasan bin Ali RA.
11. Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW : Thuwaibah RA.
12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki : Al-Harith bin Abi Halah RA.
13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita : Sumayyah binti Khabbat RA.
14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran : Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA.
15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah : Saad bin Abi Waqqas RA.
16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan adzan: Bilal bin Rabah RA.
17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW : Ali bin Abi Tholib RA.
18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW : Tamim Ad-dary RA.
19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-Awwam RA.
20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW : Ibban bin Othman bin Affan RA.
21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW : Khadijah binti Khuwailid RA.
22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh : Imam Syafei RH.
23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam: Ali bin Abi Tholib RA.
24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam : Muawiyah bin Abi Sufyan RA.
25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam : Harun Ar-Rasyid RH.
26. Orang yang pertama mengadakan baitul mal : Umar Al-Khattab RA.
27. Orang yang pertama menghafal Al-Qur'an selepas Rasulullah SAW : Ali bn Abi Tholib RA.
28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah : Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur RH.
29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry : Mus'ab bin Umair RA.
30. Orang yang pertama masuk ke dalam syurga : Nabi Muhammad SAW.
✔ Rugilah x SHARE sbab ianya 1 peluang dkwah yg MUDAH. . .jOm share !!! sebarkan. . .ni pOn ilmu jgk. . .

like page dakwah Alhayaah Cinta Illahi

HIKMAH AYAT 1000 DINAR

Sekadar berkongsi ilmu dgn rakan2 fb dan peringatan utk diri sendiri.... tiada niat lain.... ♡♥♡

Hikmah Ayat 1000 Dinar.
Sesiapa mengamalkan ayat ini Insya’Allah akan:
1. Memperoleh kemurahan rezeki yang tidak disangka-sangka.
2. Mendapat jalan keluar dari segala masalah dan kesulitan.
3. Mendapat perlindungan dari segala musibah dan bala bencana seperti peperangan, kezaliman dan bencana alam.
4. Jika berperang Insya’Allah tidak akan cedera atau binasa kecuali telah sampai ajal.
5. Allah akan menunaikan segala hajat dan memberi kemudahan dalam setiap urusan

RUPA MANUSIA YANG DI HALAU DI PADANG MAHSYAR...

- Ditukar rupa
menjadi
wajah kera.
Mereka itu adalah manusia yang suka mengumpat.


-
Ditukar rupa menjadi wajah babi.
Mereka adalah kalangan
mereka
yang suka memakan harta anak-anak yatim.

- Dihalau dalam
keadaan
terbalik, kakinya di atas dan kepala di bawah.
Mereka itu
adalah
manusia yang suka memakan riba.

- Dihalau dalam keadaan
buta
dan dituntun (diiring).
Mereka adalah daripada kalangan
manusia
yang curang dalam
menerapkan hukum.

- Ditukar
menjadi
bisu dan tuli serta tidak berakal.
Mereka itu adalah
kalangan
yang bangga dengan amalannya sendiri.

- Dihalau dalam
keadaan
mengoyak lidah sendiri, sedangkan lidah itu terjulur hingga ke

paras dada dan mulutnya pula keluar nanah yang menjijikkan...

Mereka
adalah ahli pidato yang mana ucapannya berlainan
dengan
perbuatannya.

-
Dihalau dalam keadaan terpotong kedua-dua kaki
dan tangan.

Mereka itu terdiri daripada yang suka mengganggu
tetangga.

-
Diiring ke Padang Mahsyar dalam keadaan tersalib pada
pokok kurma
neraka.
Mereka itu adalah kalangan mereka yang suka
berusaha
mengajak
orang ramai supaya membela pemerintah yang tidak
jujur
kepemimpinannya.

- Dikumpulkan dalam keadaan menggunakan
pakaian
yang panas.
Mereka itu adalah manusia yang takbur, sombong
dan
bongkak.

Daripada perbezaan kumpulan itu, jelaslah bahawa
walaupun
ketika berada didalam dunia dalam keadaan normal, tiada cacat
cela,
tetap akan ditukar oleh Allah mengikut amalan yang dilakukan di
dunia.
Sebelum sampai hari pengadilan di Padang Mahsyar yang maha luas
itu.

Allah
telah berfirman dalam Surah Taha ayat 124-126
bermaksud: "Dan
barang siapa berpaling daripada peringatan-Ku, maka
sesungguhnya
baginya
penghidupan yang sempit dan kami akan
menghimpunkannya pada hari
kiamat dalam keadaan buta.Berkatalah ia: Ya
Tuhanku, mengapakah
Engkau menghimpunkan aku dalam keadaan buta, pada
hal aku dahulunya
adalah seorang yang melihat? Allah berfirman:
"Demikianlah telah
datang kepadamu ayat-ayat Kami maka kau melupakannya
dan begitu pula
pada hari ini kamu pun dilupakan."

Begitu juga
dengan
pengiringan dan penghalauan manusia ke
Padang Mahsyar, jangan
sekali-kali
menganggap ringan kerana memikirkan perkara itu belum pernah

berlaku. Bagaimanapun Allah telah berfirman dalam al-Quran ia pasti
berlaku.
Firman itu bermaksud: "Dan (ingatlah) akan hari (yang ketika
itu)
Kami perjalankan gunung-gunung dan kamu akan melihat bumi
itu
datar
dan akan Kami kumpulkan seluruh manusia dan tidak Kami tinggalkan
seorang
pun daripada mereka."

Umat Islam sekarang harus ingat
bahawa
kematian adalah wajib
dan mesti tiba apabila sampai waktunya.
Setelah
manusia dibangkitkan dari kubur masing-masing, maka semua
manusia
itu dihalau menuju ke
Padang Mahsyar.Keadaan mereka ketika
itu
berbeza-beza. Ada yang berjalan kaki, berkenderaan dan ada juga yang

berjalan menggunakan mukanya. Pendek kata semua mengikut amal perbuatan

ketika hidup dulu.

Seperkara lagi yang harus ditempuh oleh
manusia
di Padang
Mahsyar ialah tidak akan mendapat perlindungan.
Matahari
terlalu hampir dengan ubun kepala. Maka tidak hairan ada yang
berpeluh
kerana terlalu kepanasan sehingga terasa seperti terbakar itu
hingga
sampai ke kaki,lutut, dada,leher mahupun sekadar bahagian muka
saja.


Sewaktu dalam penantian persidangan itu, kelihatanlah
wajah
mereka
yang tunduk cemas, kelihatan muram dan hitam kelam.
Keadaan itu
samalah seperti kita melihat pesalah yang akan dibawa ke
muka
pengadilan.Takut serta bimbang sentiasa bermain-main pada fikiran.

Bgaimana

ketika di Padang Mahsyar tidak siapa yang dapat
melepaskan
diri.Bukan
itu saja, malah untuk mencari pohon tempat berteduh juga
tidak
ada.Siapa saja akan tetap diadili dan bergantunglah betapa taatnya

dia dengan perintah Allah swt.

Allah berfirman yang bermaksud:
"Dan
(ingatlah) hari
(ketika) Kami kumpulkan daripada setiap umat
segolongan
orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, iaitu mereka
dibahagi-bahagi
(dalam kelompok-kelompok)." –(surah An-Naml:83).



*BERSAMA-SAMALAH
KITA BERDOA MOGA KITA
TIDAK TERGOLONG DALAM
KALANGAN
TERSEBUT........

KASIH SAYANG DAN KEMANUSIAAN

assalam rakan pembaca sekalian. salam lebaran 1434H dan maaf zahir batin.  masih belum terlambat lagi kan untuk menghulurkan salam lebaran dan salam kemaafan di bulan yang mulia ini.  di sini ingin saya berkongsi sedikit ilmu tentang hal kasih sayang dan kemanusiaan...marilah sama-sama kita hayati isikandungan page ini.  semoga kita semua mendapat manfaat dan seribu satu kesedaran darinya, in shaa Allah....

Like This Page · 20 August · 

HADIAH HARIJADI ANAKKU

Anak pertama saya bernama Orked. Lahir pada 20 Ogos 2008. Permata hidup saya dan isteri. Masih teringat panggilan telefon dari isteri mengatakan Orked jatuh dari walker dan dikejarkan ke hospital dan menerima 5 jahitan di dahi cukup buat jantung terasa nak gugur. Anak ini mahu kami jadikan istimewa sekali.

Sudah 5 tahun berlalu, saat kelahiran Orked. Dalam hati saya telah saya fikirkan biarlah anak ini membesar menjadi pembela dan serikandi agama, nusa & bangsa. Semenjak umur 2 bulan, Orked diletakkan di bawah penjagaan ibu-ibu, bapa-bapa dan adik beradik asnaf dan yatim di RUmah Pengasih Warga Prihatin setiap hari dan hanya pulang ke rumah pada malam hari sahaja. Saya menerima tentangan dari beberapa orang rapat saya mempersoalkan mengapa saya korbankan kehidupan anak itu di tempat anak yatim dan asnaf yang serba kekurangan itu?

Saya tetap berpegang, untuk anak ini belajar menjadi yang istimewa. Jika pembentukannya sama seperti orang lain, masakan ia mampu jadi pembela luarbiasa kelak. Tiada Barbie Doll, Hello Kitty, Dora, Barney dan apa-apa lagi ikon kanak-kanak yang menjadi aksesori permainan Orked. Hanya mainan terpakai sahaja yang ada.

Zaman kanak-kanak Orked dan rakannya seperti telah berakhir dengan cepat. Orked kata dia nak jadi "Kakak Besar". Dalam roll call dan juga ikrar harian, Orked sering memberitahu yang ia mahu cepat-cepat besar dan menjadi seorang yang hebat pada masa akan datang. Orked kadangkala nak jadi seorang Doktor, kadangkala nak jadi seorang Pensyarah seperti ibunya dan adakala nak jadi seorang usahawan seperti bapanya. Tetapi apapun cita-citanya, apabila ditanya apa yang mahu dibuat dengan kerja-kerja itu, Orked menjawab Orked mahu TOLONG ORANG SUSAH.

JIWA SUKARELAWAN

Terus terang, ia bukan perkara mudah untuk saya sendiri mendapatkan sedikit jiwa sukarelawan yang sanggup bersusah payah untuk orang lain ini. Ia terbentuk dari ibu dan juga ayah saya. Saya akui juga tidak mudah untuk saya didik isteri saya untuk mendapatkan jiwa sukarelawan seperti sekarang. Ia berlaku peringkat demi peringkat. Rupanya, anak saya mendapatkannya dengan mudah semenjak dari kecil lagi melalui lingkungannya di Prihatin.

Hadiah Harijadi ke-5 ini, Orked hanya minta diizinkannya untuk menyerahkan kesemua duit raya dan tabungannya itu kepada Mak Sofiah Wali (salah seorang ibu asnaf di Prihatin) bagi menampung kos pembedahan lutut beliau.

Sebagai bapa, saya tersentuh dengan izin yang diminta itu. Apa lagi yang saya mahukan dari seorang anak? saya ada harta yang cukup, saya mampu berikan anak saya kemewahan tetapi jiwa murni atas niat membantu orang lain sehingga berhabis-habisan itu satu perkara yang paling indah dalam hidup saya.

Saya mampu bawa Orked ke Disneyland setiap tahun, saya mampu bawa Orked melancong ke luar negara, saya mampu bawa Orked membeli belah pakaian berjenama, saya mampu belikan koleksi Mattel Barbie Doll, saya mampu bawa Orked ke Kidzania setiap minggu, saya mampu bawa Orked makan makanan terbaik di Kuala Lumpur tetapi jiwa luhur begitu tak mungkin saya dapati pada diri anak kecil itu jika saya berikan kesemua yang saya sebutkan itu.

Orked hanya mengikuti rombongan berziarah Warga Emas di Melaka, Perak dan Selangor sementara rakan yang semampu bapanya sedang bercuti di Disneyland. Orked pakai pakaian dari kotak-kotak yang disumbangkan oleh orang ke Prihatin sebagai pakaian yang disukai (jika dibelikan yang elok dan baru, dia jadi malu kerana tak sama dengan rakan lain), Orked makan nasi kawah beras hancur bersama anak-anak yatim dan asnaf yang daif ketika rakan semampunya sedang menikmati makanan di McDonald's dan A&W. Memang sebagai bapa saya kena tahan hati dengan semua itu.

Orked berkawan dengan orang-orang kurang bernasib baik dan saya bersyukur, itulah sumber keprihatinan Orked. Lingkungan Orked bukan kemewahan harta, permainan, baju berjenama tetapi kasih sayang dan ilmu.

Sebesar 5 tahun juga, Orked sudah kenal nilai wang ringgit. Tetapi saya bersyukur kerana Orked lebih menilai kemanusiaan berbanding nilai ringgit itu untuk dirinya. Orked saya didik menabung dari umur 3 tahun dan saya berikan Orked inspirasi untuk dia kumpulkan wang bagi membeli sesuatu yang dia mahukan. Orked mahukan sekeping puzzle besar 1000 potongan yang berharga lebih RM100. Saya mampu belikannya tetapi saya mahukan Orked merasakan sendiri itu adalah hasil simpanannya sendiri.

Benar, saya mampu mendidik anak saya menabung dan berjimat, tetapi saya lebih bersyukur kerana pelajaran yang terbesar bukan hanya sikap menabung itu. Saya terlupa ajarkan Orked sesuatu yang lebih berharga sehingga ia terjadi sendiri di hadapan mata saya. Selepas izin diberi, Orked dan sekumpulan kawan sebayanya di Prihatin membawa wang tabungan masing-masing dan membuat penyerahan kepada Mak Sofiah yang akan menjalani pembedahan keduanya minggu hadapan.

Ketika itu saya sedar, dan saya senyum dan tidak salahlah saya meletakkan anak saya membesar di Rumah itu. Sebuah rumah yang kelihatan kekurangan sarananya tetapi kaya dengan kasih sayang. Antara impian peribadi dan kasih sayang, mereka pilih kasih sayang. Saya mahu Orked begini. Jikalah Orked memilih untuk kemahuan peribadi berbanding kasih sayang, saya rasa hampir pasti saya dan isteri akan mengakhiri hayat di rumah jagaan orang-orang tua. Tetapi jika Orked meletakkan kasih sayang melebihi kepentingan peribadi, saya dan isteri mampu tarik nafas lega.

Air mata mengalir melihat proses kedewasaan anakku yang baru berusia 5 tahun pada hari ini. Hanya satu hadiah harijadi yang diminta sebelum harijadinya. Bukannya permainan mahal, bukannya kek bertingkat, bukan juga trip ke Disneyland tetapi HANYA keizinan untuk memberikan keseluruhan tabungannya kepada orang yang lebih memerlukan. Walaupun tindakan itu terpaksa mengorbankan impiannya sendiri.

Saya hanya mampu ajar Orked menabung, tetapi di Prihatin, Orked belajar tentang nilai kasih sayang dan kemanusiaan.

Kita kadangkala lupa, dunia jadi huru hara apabila "Kasih sayang" menjadi lebih murah berbanding "agenda peribadi".


SAIFUL NANG
Daddy Orked.



CREDIT TO: Saudara Saiful Nang atas tulisan anda yang bakal memberi seribu satu inspirasi dan makna yang mendalam dalam kehidupan kita sebagai insan yang sentiasa memerlukan belas kasih dan kasih sayang serta kemanusiaan dari insan di persekitaran kita.... 

Fadhilat Yasin 7 Mubin

Yaasin 7 Mubin

Al-Quran merupakan petunjuk dan ubat bagi mereka yang benar-benar yakin dan beriman dengannya. Tidak semua ilmu al-Quran ini dikuasai oleh seseorang. Tetapi mendalami ilmu-ilmu al-Quran akan dapat meningkatkan lagi kekuatan iman seseorang. Al-Quran adalah mukjizat. Ia juga mengandungi pelbagai hikmah yang hanya diketahui secara keseluruhannya oleh Yang Maha Pencipta. Sesiapa yang Allah kurniakan sebahagian hikmah ini kepadanya maka dia telah dibekalkan dengan bekalan yang terbaik.

“Bacaan al-Quran adalah suatu ibadah. Setiap huruf akan diganjarkan dengan 10 kebajikan. Bukannya Alif Lam Mim (الم) itu satu huruf kata Nabi s.a.w., tetapi Alif itu satu huruf, Lam itu satu huruf dan Mim itu satu huruf. Surah Yaasin pula diganjarkan sebagaimana yang diniatkan oleh pembacanya.” (al-Hadith).

Bacaan Surah Yasin tidak tertakluk pada malam Jumaat sahaja. Bila-bila masa pun boleh dibaca sekiranya inginkan pada pahala dan berkahnya, apatah lagi jika ada sesuatu permasalahan, kesusahan dan musibah yang perlu di atasi segera.



Yaasin 7 Mubin

Kali ini kita fokaskan pada bacaan ‘Yaasin 7 Mubin’. Dalam Surah Yaasin terdapat tujuh tempat perkataan “mubin” iatu pada ayat;

1) Ayat 12 = Mubin Pertama


Sesungguhnya Kami menghidupkan orang-orang yang mati, dan Kami tuliskan segala yang mereka telah kerjakan serta segala kesan perkataan dan perbuatan yang mereka tinggalkan. Dan (ingatlah) tiap-tiap sesuatu kami catitkan satu persatu dalam Kitab (ibu Suratan) yang jelas nyata.

2) Ayat 17 = Mubin Kedua

“Dan tugas Kami hanyalah menyampaikan perintah-perintahNya dengan cara yang jelas nyata”.

3) Ayat 24 = Mubin Ketiga

“Sesungguhnya aku (kalau melakukan syirik) tentulah aku pada ketika itu berada dalam kesesatan yang nyata.

4) Ayat 47 = Mubin Keempat

Dan apabila dikatakan kepada mereka:” Dermakanlah sebahagian dari rezeki yang dikurniakan Allah kepada kamu”, berkatalah orang-orang yang kafir itu kepada orang-orang yang beriman (secara mengejek-ejek): ” Patutkah kami memberi makan kepada orang yang jika Allah kehendaki tentulah Ia akan memberinya makan? Kamu ini hanyalah berada dalam kesesatan yang nyata”.

5) Ayat 60 = Mubin Kelima

“Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah Syaitan? Sesungguhnya ia musuh yang nyata terhadap kamu!

6) Ayat 69 = Mubin Keenam

(Nabi Muhammad bukanlah penyair) dan Kami tidak mengajarkan syair kepadanya, dan kepandaian bersyair itu pula tidak sesuai baginya. Yang Kami wahyukan kepadanya itu tidak lain melainkan nasihat pengajaran dan Kitab Suci yang memberi penerangan;

7) Ayat 77 = Mubin Ketujuh

Tidakkah manusia itu melihat dan mengetahui, bahawa Kami telah menciptakan dia dari (setitis) air benih? Dalam pada itu (setelah Kami sempurnakan kejadiannya dan tenaga kekuatannya) maka dengan tidak semena-mena menjadilah ia seorang pembantah yang terang jelas bantahannya (mengenai kekuasaan Kami menghidupkan semula orang-orang yang mati),


Cara membaca Surah Yaasin

Yaasin ada beberapa kaedah dan cara pembacaannya, bergantung kepada tujuan khususnya. Ada Yaasin Tunggal (biasa), Yaasin Wirid (untuk rezeki) dan ada yang membaca Yaasin 7 Mubin untuk sesuatu hajat.

Yaasin 7 Mubin ini dibaca untuk mereka yang sedang nazak atau mendapatkan semula barangan berharga yang telah dicuri atau hilang. Barang dalam hal ini perlulah barang yang berharga seperti anak, kenderaan, barang kemas dan sebagainya. Tidak boleh dibaca bagi barang kurang berharga ataupun barang yang boleh luput seperti buah durian atau yang sejenis dengannya.



Kaedah Membaca Yasin 7 Mubin

Kaedah yang dinyatakan ini adalah satu ikhtiar yang boleh diamalkan bagi bermohon kepada Allah s.w.t. agar mereka yang sedang nazak jika belum sampai ajalnya disembuhkan dari penyakit tersebut dan jika sudah sampai ajal mohon doa disegerakan kematiannya agar tidak terus menanggung kesakitan atau untuk barang yang hilang atau dicuri dijumpai semula. Yasin 7 Mubin perlu dibaca dengan kadar yang segera iaitu dalam tempoh 24 jam dari kehilangannya atau sewaktu seseorang itu telah betul-betul nazak.


A. Langkahnya adalah seperti berikut:- 

Lakukan Solat Hajat sekurang-kurangnya 2 rakaat dengan bermohon supaya Allah s.w.t. mengembalikan barang yang hilang atau dicuri.

Boleh juga dibaca Doa Nabi Yunus sebanyak 40 kali secara bersungguh-sungguh di dalam hati memohon keampunan dari Allah Ta’ala, ketika dalam sujud yang terakhir.“Tidak ada Tuhan selain Dikau. Maha Suci Dikau Ya Allah, sesungguhnya daku adalah termasuk orang-orang yang aniaya.”

Selesai Solat Hajat, mulakan bacaan Surah Yasin mengikut kaedah seperti berikut;
Membaca Surah Yasin, apabila sampai pada setiap perkataan ‘Mubin’ (مبين), hendaklah wakaf (berhenti) dan berdoalah supaya Allah s.w.t. mengembalikan barang yang hilang, atau sembuhkanlah penyakit sipulan itu kemudian ulangi semula bacaan Yasin daripada permulaan surah.

B. Cara-cara untuk membacanya ialah : (kehilangan barang)

Bacaan Yasin dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah dan Selawat 11 kali.
Baca Yasin sehingga di Mubin (مبين) pertama (ayat ke 12) dan berdoa.
Baca semula dari awal sehingga Mubin yang kedua (ayat ke 17) dan berdoa.
Baca semula dari awal sehingga Mubin yang ketiga (ayat ke 24) dan berdoa.
Baca semula dari awal sehingga Mubin yang keempat (ayat ke 47) dan berdoa.
Baca semula dari awal sehingga Mubin yang kelima (ayat ke 60) dan berdoa.
Baca semula dari awal sehingga Mubin yang keenam (ayat ke 69)dan berdoa.
Ulang semula dari awal sehingga Mubin yang ketujuh (ayat ke 77), berdoa .
Lengkapkan bacaan Yasin sehingga habis ke penghujung surah dan disudahi dengan bacaan penutup
 (صدق الله العظيم).

Setelah selesai bermakna anda telah berdoa sebanyak 28 kali.
Untuk mendapatkan kesan yang lebih mujarab, lakukan amalan ini selama tiga malam berturut-turut sebaik sahaja mengetahui kehilangan barang tersebut.



Fadhilat Lain Yasin 7 Mubin

Dari kajian, kaedah di atas juga boleh digunakan untuk:

1. Pendinding dari gangguan jin dan syaitan.
2. Memanggil anak-anak yang lari dari rumah.
3. Melindungi diri dari difitnah atau dizalimi manusia.
4. Dibaca bagi pesakit yang sedang tenat (baca pada air untuk diminum jika belum nazak).

Perlu ditegaskan, ini adalah satu kaedah zikir, janganlah meletakkan pergantungan kepada ayat, jaga iktikad anda dan berserahlah hanya kepada Allah s.w.t. semata.
Selamat mencuba… Semoga ini dapat memberikan manfaat untuk kita semua .. Insya-Allah'.

kredit: Ustaz Abdullah Mahmud


Salam Ukhuwah..~

Friday, 23 August 2013

Duniawi @ Ukhrawi


"BACA SAMPAI HABIS TAK RUGI"

. Kiamat menurut Agama Islam di tandai dgn: - Kemunculan Imam Mahdi

- Kemunculan Dajjal

- Turunnya Nabi Isa (AS)

- Kemunculan Yakjuj dan Makjuj

- Terbitnya matahari dari Barat ke Timur

- Pintu pengampunan akan ditutup

- Dab'bat al-Ard akan keluar dari tanah & akan menandai muslim yang sebenar2nya

- Kabut selama 40 Hari akan mematikan semua orang beriman sejati shg mereka tidak perlu mengalami tanda2 kiamat lainnya

- Sebuah kebakaran besar akan menyebabkan kerosakan

- Pemusnahan/runtuhnya Kabah

- Tulisan dalam Al-Quran akan lenyap

- Sangkakala akan ditiup pertama kalinya membuat semua makhluk hidup merasa bimbang dan ketakutan

- Tiupan sangkakala yang kedua kalinya akan membuat semua makhluk hidup mati dan yg ketiga yang membuat setiap makhluk hidup bangkit kembali

Nabi MUHAMMAD SAW telah bersabda: "Barang siapa yg mengingatkan ini kepada orang lain, akan Ku buatkan tempat di syurga baginya pada hari penghakiman kelak"

Kita boleh kirim ribuan bbm mesra, promote, bc yang terlalu penting tapi bila kirim yang berkaitan dengan ibadah mesti berpikir 2x.

Allah berfirman : "jika engkau lebih mengejar duniawi daripada mengejar dekat denganKu maka Aku berikan, tapi Aku akan menjauhkan kalian dari syurgaKu"

Itulah yg dimaksud dajjal yg bermata satu:ertinya hanya mmikirkan duniawi drpda akhirat. Kerugian meninggalkn solat: Subuh: Cahaya wajah akan pudar. Zuhur: Berkat pendapatan akan hilang. Asar: Kesihatan mulai terganggu. Maghrib: Pertolongan anak akan jauh di akhirat nanti. Isya': Kedamaian dlm tidur sukar didapatkan. Sebarkan dgn ikhlas. tiada paksaan dalam agama Niatkan ibadah(sebarkan ilmu walau 1 ayat)

Nasihat Kubur:

1). Aku adalah tempat yg paling gelap di antara yg gelap, maka terangilah .. aku dengan TAHAJUD

2). Aku adalah tempat yang paling sempit, maka luaskanlah aku dengan ber SILATURAHIM. ..

3). Aku adalah tempat yang paling sepi maka ramaikanlah aku dengan perbanyak baca AL-QUR'AN.

4). Aku adalah tempatnya binatang2 yang menjijikan maka racunilah ia dengan Amal SEDEKAH,

5). Aku yg menyepitmu hingga hancur bilamana tidak Solat, bebaskan sempitan itu dengan SOLAT

6). Aku adalah tempat utk merendammu dg cairan yg sangat amat sakit, bebaskan rendaman itu dgn PUASA..

7). Aku adalah tempat Munkar & Nakir bertanya, maka Persiapkanlah jawapanmu dengan Perbanyak mengucapkan Kalimah "LAILAHAILALLAH"

Sekecil apapun amal ibadah, Allah SWT menghargainya puluhan kali ganda ..

Ø Ada 3 Hal dlm hidup yg tidak boleh kembali : 1. Waktu 2. Kata-kata 3. Kesempatan

Ø Ada 3 Hal yg dapat menghancurkan hidup seseorg : 1. Kemarahan 2. Keangkuhan 3. Dendam

Ø Ada 3 Hal yg tidak boleh hilang : 1. Harapan 2. Keikhlasan 3. Kejujuran

Ø Ada 3 Hal yg paling berharga : 1. Kasih Sayang 2. Cinta 3. Kebaikan

Ø Ada 3 Hal dlm hidup yg tidak pernah pasti : 1. Kekayaan 2. Kejayaan 3. Mimpi

Ø Ada 3 Hal yg membentuk watak seseorg : 1. Komitmen 2. Ketulusan 3. Kerja keras

Ø Ada 3 Hal yg membuat kita sukses : 1. Tekad 2. Kemahuan 3. Fokus

Ø Ada 3 Hal yg tidak pernah kita tahu : 1. Rezeki 2. Umur 3. Jodoh

TAPI, ada 3 Hal dalam hidup yg PASTI : 1. Tua 2. Sakit 3. Kematian.

Ya اﻟﻠّﻪ , sahabatku yg membaca ini adalah sahabat yg soleh, kuat, sabar, pengasih & penyayang -maka sayangilah dia serta kasihilah dia, bantulah dia meningkatkan tarnaf kehidupannya, murahkan rezekinya, sihatkan tubuh badannya.
Wallahualam.niatkan ia suatu sedekah jariah dalam ilmu..

**Be Careful**


Just sharing: PADERI MELAYU YANG BARU TIBA DARI SINGAPURA BERADA DI SINI SEKARANG - R AZMAN ZAKRI Subject: PADERI MELAYU PLEASE FORWARD THIS MESSAGE TO OTHER MUSLIMS.. SEKARANG KRISTIAN SEDANG AKTIF DI SEREMBAN 1900 ORANG PADERI MELAYU YANG BARU TIBA DARI SINGAPURA BERADA DI SINI SEKARANG. MEREKA MENGGUNAKAN SIHIR. BERHATI- HATI DENGAN AIR MINERAL JENAMA:- 1. AL -BARAMKAH 2.AL-MANSORI 3. AL-BISTARIA P/S : SAMA ADA DIPEROLEHI SECARA PERCUMA. ATAU DIJUAL MURAH SEMUA AIR-AIR INI TELAH DICAMPUR DENGAN 'HOLY WATER' TOLONG SEBARKAN MESSAGE INI KEPADA SEMUA UMAT ISLAM/SAHABAT/SAHABIAH & DLL. SESUNGGUHNYA KITA TAK TERMAMPU MEMEGANG SENJATA UNTUK MENEGAKKAN AGAMA ISLAM, AKAN TAPI KITA BOLEH LAKUKAN DENGAN SEND MESSAGE NIE .. SEMOGA JASA BAIK INI DIRAHMATI OLEH ALLAH SWT
Apabila kita membawa Quran, Syaitan pening kepala. Apabila kita membuka Quran, Syaitan rebah. Apabila kita membaca Quran, Syaitan pengsan. Apabila kita mencintai Quran, Syaitan lari. Dan apabila anda hendak Share ini, Syaitan akan membisikkan, "tak payah lah"

# saya tak minta anda like status ni . tetapi , tolong share atau copy paste . terima kasih atas kerjasama anda.

Marilah kita berdoa....


Berikan masa anda 1minit untuk aminkan doa untuk mesir, syria, palestin, iraq, afganistan dan negara2 Islam..

 Ya Allah! Ya Qahhar ! Ya Jabbar ! Ya Muntaqim ! Ya Dzal Jalali wal ikram! Ya Allah! Ya Allah! Ya Allah! bantulah saudara-saudara kami Dr Morsi dan Ikhwanul Muslimin di Mesir dan di semua tempat.

 Ya Allah! bantulah mereka dan janganlah Engkau membantu musuh melawan mereka.

 Ya Allah! bantulah mereka dan janganlah Engkau menolong musuh melawan mereka.

 Ya Allah! berilah mereka kepakaran membuat senjata untuk menghadapi musuh-musuhMu.

 Ya Allah! tepatkanlah bidikan Senjata mereka dan kukuhkanlah kaki-kaki mereka serta berilah taufiq-Mu pada setiap langkah mereka.

 Ya Allah! satukanlah barisan mereka dan kumpulkanlah segala upaya mereka.

 Ya Allah! jadikanlah jihad mereka di jalan-Mu dan janganlah haramkan pahala jihad mereka atas kami.

 Ya Allah! tolonglah kaum muslimin yang terzhalimi di Mesir dan semua tempat.

 Ya Allah! tolonglah Ikwanul Muslimin dan perbaikilah hubungan mereka.

 Ya Allah! binasakanlah Para Munafiqin Yang Bersongkol dengan Zionis Israel+ Syiah dan Mustakbirin Amerika goncangkanlah dan hancurkan mereka.

 Ya Allah! cerai beraikan barisan mereka dan luluh lantakkan kalimat mereka.

 Ya Allah! janganlah Engkau memberikan kedudukan yang baik bagi mereka di muka bumi ini.

 Ya Allah! lemparkanlah rasa takut dalam hati-hati mereka.

 Ya Allah! hitunglah jumlah mereka, bunuhlah mereka dan jangan sisakan seorang pun dari mereka Ya Allah!

 Kasihanilah saudara-saudara kami Ya Allah! Perkenankanlah Permintaan Kami, Aamiin Aamiin Aamiin Allahumma Aamiin..

 >>>sila SHARE, agar lebih ramai turut sama mendoakan....

Friday, 19 July 2013

Mesti berhati-hati!!!


5 KESILAPAN MEMBINA RUMAH






Setiap orang pasti mempunyai impian untuk memiliki rumah sendiri. Namun begitu, untuk menjadikan impian itu menjadi kenyataan kita seharusya mempunyai perancangan yang teliti.

Mempunyai perancangan bermakna mengambil langkah-langkah yang sepatutnya untuk memiliki rumah sendiri. Seseorang itu boleh mula bekerja keras dan mengatur perjalanan kerjaya atau membuat keputusan perniagaan yang baik supaya dapat menyimpan wang untuk rumah impiannya. Apabila duit dah cukup, barulah anda boleh mendapatkan khidmat arkitek untuk membuat pelan rumah impian anda.

Anda perlu memiliki pelan rumah supaya anda dapat mengira kos pembinaan rumah anda. Selain itu, anda juga dapat membeli simen lebih awal ketika harganya lebih murah.

Pemilik rumah yang merancang untuk membina pelan rumah harus berhati-hati terhadap 5 kesilapan yang boleh berlaku sama ada secara sedar atau tidak sedar. Kesilapan ini amat merugikan anda. Berikut adalah 5 kesilapan biasa pelan rumah yang harus diberi perhatian oleh anda:

1. Membuat pelan rumah tanpa merujuk undang-undang kerajaan tempatan.

2. Memulakan melakar pelan rumah tanpa mangambil kira saiz dan lokasi lot dimana rumah tersebut dibina. Lokasi rumah sangat penting.

3. Membina plan rumah diluar kemampuan kewangan pemilik rumah.

4. Mengurangkan kos plan rumah dengan mendapatkan khidmat nasihat bukan professional.

5. Bergantung kepada pendapat dan keputusan designer rumah tanpa membuat kaji selidik tentang rumah anda.

Membuat pelan rumah bukanlah satu perkara yang mudah dan pemilik rumah akan melakukan kesilapan semasa proses membuat pelan rumah mereka. Walaupun begitu pemilik rumah masih boleh mengelakkan kesilapan sekiranya mereka tahu apa yang perlu dielakkan.

Rahsia Penyembuhan Buah Tin!




Buah Tin yang disebut di dalam al Quran mempunyai 1001 rahsia kesembuhan..


Assalamualaikum semua...

Semalam di rumah Abang Kasim, saya dan Adib sempat mengadakan sedikit perbincangan berkenaan tafsir surah at Tin menggunakan kitab Tafsir al Munir tulisan Dr Wahbah az Zuhaili; seorang tokoh ulamak di bumi Syam as Syarif.

Topik yang kami bincangkan sepintas lalu adalah mengenai rawatan penyakit dengan menggunakan buah tin.

Di dalam kitab tersebut, penulis ada menyatakan bahawa buah tin ini mempunyai 1001 rahsia penyembuhan... Antara penyakit yang boleh diikhtiarkan penyembuhannya melalui pengambilan buah tin secara konsisten dua kali sehari paling kurang selama 40 hari adalah:

  1. Membersihkan buah pinggang dan rawatan buah pinggang yang rosak
  2. Mengurangkan kepanasan badan ketika demam.
  3. Memecahkan batu karang di dalam badan.
  4. Menyegarkan badan yang lesu.
  5. Mengeluarkan toksin dan racun dalam badan.
  6. Rawatan buasir.
  7. Meredakan sakit kulit seperti ruam, panau dll.
  8. Rawatan penyakit GOUT
Selamat makan buah tin! Insya Allah sembuh!Rahsia Penyembuhan Buah Tin!

Buah Tin yang disebut di dalam al Quran mempunyai 1001 rahsia kesembuhan..


Mengeluarkan toksin dan racun dalam badan.
Rawatan buasir.
Meredakan sakit kulit seperti ruam, panau dll.
Rawatan penyakit GOUT
Selamat makan buah tin! Insya Allah sembuh!







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...