Sunday, 19 May 2024

*PESAN UTK ORANG PENCEN*

 Salam kasih  sayang buat shbt semua.

*PESAN UTK ORANG PENCEN*

Kerap berlaku orang pencen hidup derita sebab tidak merancang! 

Kalau derita sekadar didunia ini tidaklah mengapa tetapi yang semua kita takuti adalah derita dunia dan akhirat. 

Justeru, dengan pengalaman kawan2 senior dan juga nasihat dari para Tuk-tuk Guru, dipanjangkan ini untuk kita semua,...

1. Diusia pencen ini _tak usah lah sibuk nak bela kucing, atau cari Pokemon dan ralit main  facebook_ atau apa saja yang tak faedah. 

2. Badan dah tak berapa larat tu _elok lah buat plan ibadah_ agar mati dalam iman/ibadah yang betul.

Kalau di KL dan Selangor ni banyak majlis ilmu. Oleh itu _mengajilah_. Refresh balik ilmu yang telah kita tinggalkan sejak sekolah dulu.

Beberapa cadangan yg bermanafaat;

1. *Mantapkan ilmu aqidah/ Tauhid*. Ini untuk memastikan aqidah kita benar dan betul sebab kalau aqidah kita salah/syirik/kufur tanpa sedar pun kita akan masuk neraka. Akidah lah kunci syurga. 

Selain itu mantapkan *ilmu feqah dan tasauf*. 

Jangan asyik nak belajar tajwid dan taranum saja sedangkan kita dah fasih baca quran. Lain lah *kalau tak pandai baca quran, wajiblah kita belajar*. 

Bagi yang dah mahir baca, ingatlah tak der siapa nak dengar suara tua kita yang merdu tu. Yang penting *banyak tadabbur quran* dan bukan hanya baca saja tanpa faham isi alquran.

2. *Banyakkan taubat*. Taubat tak kira tempat. Dimana pun boleh taubat. Bukan diMekah saja. Kita ni banyak dosa. Oleh jangan abaikan taubat walau sehari.

3. *Qodho segala solat* yang pernah kita tertinggal dan abaikan dulu. *Perbaiki ilmu solat* agar betul. Jangan pulak masa terluang yang banyak tu kita asyik nak tengok drama bersiri dan drama cinta, Sayangku kapten mukhris atau hindustan dan yang lain lain pulak. Ingat, awak tu dah kerepot. Tak ada siapa nak main cinta dah! 

4. Dapat duit pencen tu, jangan sibuk nak shopping bergaya macam orang kaya kaya. Itulah penyambung nyawa kita 10 ke 15 tahun lagi. Dan jangan pulak asyik belikan cucu cucu baju pulak. Sesekali tak apalah! Yang penting, guna duit tu untuk settle  fidyah puasa dan qodha puasa kita. Itu semua *hutang kita pada Allah*. Dan jangan lupa pulak *hutang pada manusia* yang belum kita bayar. Jangan nak kira burn pulak.

5. Kalau belum keMekah dan ada duit gratuiti tu, *pergilah keMekah* dan jangan sibuk nak renovate rumah. Duduk lah rumah yang ada tu seadanya. Kalau nak repair pun repair bumbung saja sebab takut kita kena hujan.

6. *Banyakkan sedekah jariah dan juga wakaf*. Bukan sedekah pada orang buta yang ada sindikit tu tapi jariah tu maksudnya sedekah pada orang nak buat masjid ke, pondok ngaji ke dan sebagainya. Sedekah jariah itu nanti akan mengalir pahalanya bila kita dah dikambus tanah nanti.

7. Pagi dan petang jangan lupa buat *senaman* dan juga jangan lupa *check up hospital* selalu. Supaya kita tak sakit dan menyusahkan anak anak nak jaga kita waktu tua. Mereka pun bergelut dengan kehidupan mereka sendiri. Kesian dekat anak anak. Dan kalau sihat mudah lah nak buat ibadat.

8. *Jangan banyak tidur* sebab kita pun tak lama lagi nak tidur lama. 

9. *Jangan jadi kuli anak* waktu tua. Waktu inilah anak anak yg tak fikir keperluan ibubapa, suka landingkan anak2 mereka pada kita untuk kesenangan mereka melaram pergi kenduri kahwin dan shopping. Lainlah kalau sesak sesekali kerana kerja dan sebagainya. Tapi bukan selalu. Ingat tu!

10. *Jangan sesekali terlibat dengan bisnes dah!* Cukup lah pencen dan simpanan yang ada tu untuk makan kita yang dah tak berapa selera ni, sebab hidup kita pun tak lama. Andai kalau bangkrap, jawabnya jadi cleaner atau pak guard lah kita sampai mati.

11. *Berhati hati bagi anak pinjam duit* kita untuk perkara yang tidak penting bagi mereka. Kalau penting sangat tu boleh lah beri tapi pastikan mereka bayar balik. Itu duit hari tua kita. Jangan sampai kita mengemis sebab kerakusan anak anak. Sayang anak biar bertempat. Jangan sekali kita diperbodohkan. 

Mereka sepatutnya perlu bijak uruskan keewangan seperti mana kita dulu yang sanggup ikat perut nak besorkan mereka. Terkadang anak dan menantu kita ni mereka hidup ikut nafsu. Pantang ada duit sikit, shoppinglah mereka tanpa pikir masa depan anak anak mereka. Baju penuh almari. Mekap yang mahal mahal. Kalau boleh sambil perahatikan mereka berilah nasihat.

12. *Berziarahlah kawan kawan dan sedara mara* kita, sebab usia kita pun tak panjang. Apa lagi mungkin kita pun banyak dosa dengan mereka waktu muda dulu. Mengumpat, gosip, pinjam duit tak bayor. Waktu ini lah masanya kita *tebus segala dosa* kita agar kita clear semua *dengan manusia* bila dah takda nanti.

13. Akhirnya, *bersabarlah* hidup dihari tua. Ujian macam kelkatu. *Banyak ingat Allah dan baca quran*. Agar kita selalu tenang hingga lah bertemu Allah.

Tulisan aku ini bukan tiru pakar motivasi tapi inilah yang aku plan untuk hari akhirat aku dan hari pencen aku.

Kalau dirasakan bermanfaat, ikutlah,  Tapi kalau rasa nak enjoy lagi. terpulanglah. Siapa pun tak boleh larang tapi sesuatu perlu diingat, dah tua ni jangan sesekali menyusahkan orang lain atau anak anak asbab kelemahan kita tak plan hidup dan berlagak sampai ke tua.

#copypaste

Saturday, 20 January 2024

TIBA SAATNYA KELAK

 Nabi saw berkata, 

apabila kita dimasukkan ke dalam kubur,

badan kita bersandar dengan batu, tanah dan kain kapan..


Akhirnya dihadapkan ke arah kiblat..

Dibuka muka kita,

pipi kita akan kena tanah..

Duduk dalam kubur menghadap kiblat.


Suami, isteri, anak² menangis..

Selepas itu,

diambil papan lalu ditutup..


Tanah pun diturunkan secara perlahan²..

Bila sudah sampai separuh kubur,

tukang kubur pun naik melompat ke atas..

Bila melompat naik ke atas, tutup..!

Dipijak²nya kubur.


Nabi saw berkata,

bila orang yang hantar kita ke kubur mula berpaling muka ke belakang,

kita mendengar bunyi derapan tapak kaki mereka pulang..

Derapan kaki² mereka kita boleh dengar..

Maka pada saat itulah,

roh kita akan duduk..

Duduknya roh dan kaki melunjur..

Badan tegak.


Maka pada masa itulah,

kita akan memanggil orang² yang menghantar kita ke kubur..

Kalau adik yang hantar,

kita akan memanggil adik kita.


"Adik, jangan tinggalkan abang, abang takut…"


Suami memanggil si isteri,

“Sayang, jangan balik..tunggu abang Pah”


Isteri tak mendengar..

Isteri membawa cerek dan daun pandan balik sambil lap air mata..


Sayang macam mana pun isteri kita,

dia akan balik..

Dia tidak akan tengok..

Dia tetap balik.


Selepas itu,

kita akan melihat anak² kita balik..

Kita panggil anak²,

tapi tak dengar..


Selepas mereka semua pergi,

datanglah dua malaikat..

yang hitam kedua²nya..

yang biru kedua²nya..

Dan kita dengar langkah kaki malaikat lebih kuat daripada langkah kaki² orang yang balik tadi..

Siap dengar bunyi rantai yang dibawa lagi..

Lagi menakutkan.


Yang tak pernah senyum dan ketawa,

malaikat masuk terus menghadap dan memanggil kita,


"Hai manusia!"


Malaikat tak kata,

"Hai ustaz, hai ustazah".

Malaikat tak panggil begitu.

Malaikat pun tak kenal kita.

Malaikat tak memanggil hajjah atau haji, Datuk Datin tapi memanggil "Hai manusia!”


"Hai manusia, apa pendapat kamu tentang Muhammad bin Abdullah..?"

Itulah pertanyaan dia..


Maka kita akan menjawab,

"Dia itu adalah hamba Allah, dia adalah pesuruh Allah..

Aku bersaksi tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah”.


Kalau itulah jawapan kita, 

selamatlah kita..

Dia tak bertanya lagi, 

"Ma Robbuka..? Ma Nabiyyuka..?".


Kalau lulus pertanyaan ini, 

maka lepaslah pertanyaan² lain..

Maka, malaikat tadi mendengar apa yang kita jawab..

Malaikat berkata,

"Kami sudah tahu kamu akan jawab seperti itu. Kami tanya untuk pastikan bahawa kamu orang yang baik".


Maka, kata malaikat kepada kita,

"Tidurlah kamu di dalam kubur ini seperti tidurnya pengantin".


Nabi Muhammad S.A.W kata,

kalau kamu orang yang baik,

akan diluaskan kuburnya seluas 70 hasta,

dilebarkan 70 hasta dan dicerahkan kubur kamu.


Walaupun mayat tak boleh beritahu kita, 

Nabi sudah khabarkan pada kita.

Itulah untungnya kita menjadi umat Nabi Muhammad S.A.W.


Sesungguhnya bekal yang paling baik adalah taqwa.


Jagalah solat kita.


Allahuakbar!


Rasulullah S.A.W bersabda:


"Barang siapa yang menyampaikan 1 ilmu sahaja dan ada orang yang mengamalkannya, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala."

(HR. Al-Bukhari)


Yang ucap aamiin semoga akhir hidup kita semua berada di dalam Husnul Khotimah.


Aamiin Ya Robbal'aalamiin.


Semoga bermanfa'at.


“Hari ini kita sedekahkan Al-Fatihah untuk orang lain, esok lusa mungkin orang pula sedekahkan Al-Fatihah untuk kita”.


Semoga rahmat dan redha Allah swt kepada penulis asal..




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...