Saturday, 7 November 2015

Rumahtangga ‘cacat’ tanpa kemuliaan agama

Rumahtangga ‘cacat’ tanpa kemuliaan agama


Rujukan : http://padredeumares.blogspot.com/2011/06/rumahtangga-cacat-tanpa-kemuliaan-agama.html

Oleh: Mohd Nasir Awang

Rasanya tiada wanita yang berhasrat mendirikan rumahtangga, terutama yang waras dan merdeka, yang tidak menginginkan sebuah mahligai hidup yang rukun dan bahagia. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang berusaha mencapai kemuliaan dalam hidup dunia dan akhirat, soal pembentukan keluarga sejahtera dan diredhai Allah Ta’ala tidak syak lagi menjadi keutamaan dalam hidup.

Hasrat itu bagaimana pun tidak mungkin dapat disempurnakan tanpa titik berat sewajarnya sama ada oleh bakal suami atau isteri. Seberat mana Islam menekankan peri pentingnya seseorang lelaki meneliti calon isterinya, begitu lah juga mustahaknya seorang wanita menghalusi ciri-ciri lelaki terbaik untuk dijadikan pasangan hidupnya.

“Bakal suami hendaklah orang yang ada asas agama, itu yang utama”, tegas Ustaz Haji Adam Mat Said, memulakan bicaranya.

Beliau yang juga Mudir Pusat Tarbiyah Nurul Iman (PTNI), di Kampung Kubang Ikan, Besut, Terengganu, mengatakan demikian sebagai reaksi pertanyaan penulis mengenai ciri-ciri seorang lelaki yang sepatutnya menjadi idaman muslimah.

Menghurai lebih lanjut, Haji Adam berkata yang dimaksudkan asas agama itu bukan setakat memiliki ilmu, tetapi mestilah disertakan kefahaman agama.

“Sebab kadang-kadang ada orang, ilmu tu ada, tetapi faham agama tu tak ada,” ulasnya.

Tidak syak lagi kefahaman yang betul mengenai ajaran agama merupakan faktor terpenting memastikan wujudnya kerukunan rumahtangga. Ciri itu malah paling dituntut dimiliki oleh suami atau bapa. Selaku ketua keluarga, di tangannya halatuju rumahtangga, sama ada menuju keredhaan Allah Ta’ala atau sebaliknya.

“Sebab itu, si suami atau bapa juga hendaklah orang yang sentiasa berusaha nak “comelkan” keluarga. Dalam satu kitab (disebutkan) antara ciri-ciri lelaki yang soleh atau bapa yang bertanggungjawab ialah (yang) sentiasa nak tengok diri dia atau keluarga dia meningkat sokmo (sentiasa),” hurai Haji Adam.

Menurutnya lagi, seorang bapa juga mestilah berkemampuan untuk memperkenalkan kepada anaknya, siapa Allah Ta’ala.

“Itu satu kewajiban yang asas, wajib bagi bapa memperkenalkan Allah Ta’ala kepada anak-anak dia. Dialah lelaki yang boleh memahamkan anak-anak dia apa itu hak Allah, hak Rasul, hak diri, hak ibubapa, semua sekali,” katanya.

Seorang bapa yang baik juga, sambungnya, ialah yang boleh menolong anak-anaknya melepaskan tuntutan fardhu ain. Dia juga lelaki yang berkemampuan untuk menuntuni anaknya, yakni bertindak sebagai murabbi, memimpin anaknya menuju Allah Ta’ala.

“Bahkan, bukan setakat pimpin, dia juga lelaki yang mampu untuk menjinakkan hati anak-anak. Kalau kita pimpin sahaja, tak boleh jinakkan hati, tak jadi juga. Itu sifat-sifat yang ada pada murabbi,” ulas Haji Adam lagi.

Beliau turut mengakui usaha seberat itu tidak akan menghasilkan natijah diharapkan sekiranya sang suami atau bapa gagal mempamerkan sifat kasih sayang dalam dakwah atau seruannya kepada anak-anak atau isteri

Sebagai contoh, seorang bapa memarahi anak-anak lalu menghukum mereka dengan nafsu, tanpa disulami dengan kasih sayang, maka hukuman yang dikenakan itu tidak akan menyedarkan anak-anak. Sebaliknya, katanya, Allah Ta’ala akan jauhkan hati anak-anak daripada sang bapa.

“Sebab itu antara ciri lelaki yang baik ialah yang sentiasa doakan kepada orang yang dia seru, sama ada anak atau isteri, doa kebaikan dan sentiasa menolong anak-anak atau isteri untuk mencapai maksud yang baik dalam hidup,” sambungnya.

Beliau menghuraikan agak panjang mengenai kaedah menghukum anak-anak menurut Islam. Tegasnya, merotan bukan jalan terbaik untuk mendidik anak-anak. Bahkan, katanya, Nabi s.a.w. sendiri mengesyorkan hukum merotan itu hanya dalam masalah meninggal sembahyang.

“Hak kena rotan tu, kalau tinggal sembahyang, bagi anak yang umur 10 tahun. Itu je yang Nabi s.a.w. ajar, lain daripada tu Nabi tak ajar kita untuk merotan anak. Bagaimana pun, kadang-kadang tu kita boleh nak rotan (anak) dengan syarat, pertama tidak dalam keadaan kita marah tadi,” hurai Haji Adam.

Syarat kedua, katanya, merotan dengan harapan kepada Allah ia memberi peringatan kepada si anak.

Yang ketiga, merotan dengan tidak menghasilkan kesan fizikal kepada anak. Manakala syarat yang keempat, katanya, jangan merotan di bahagian atas daripada pinggang, tetapi tidak salah jika dirotan pada tangan.

“Yang kelima, rotan yang tidak mengaibkan dia (anak). Jangan rotan depan orang lain. Sebab kalau dia aib, akibatnya dia sendiri akan lawan kita,” beliau mengingatkan.

Ada pun dalam konteks hubungan dengan isteri, Haji Adam menegaskan, hukuman fizikal seumpama merotan amat tidak disyorkan. Bahkan, dalam keadaan yang amat memerlukan sang suami menghukum isteri pun, ia perlu dilakukan secara sangat bertertib, jauh sekali dalam bentuk menyakitkan.

Sebagai kesimpulannya, beliau menekankan bahawa seorang lelaki idaman itu sewajarnya dinilai berdasarkan kemampuannya menyempurnakan nafkah yang zahir mahu pun batin. Di samping itu, soal kufu turut menjadi perkiraan dalam membentuk rumahtangga bahagia.

“Lelaki itu hendaklah yang kufu dengan yang perempuan, setaraf. Sebab tu kalau si ayah menikahkan anak dia dengan cara paksa, tiba-tiba isteri jumpa suami, dia tengok tak setaraf, dia boleh batalkan nikah dia, dengan sebab tidak sekufu, selagi mana tidak (belum) setubuh,” ulasnya.

Menurutnya, nilaian sekufu itu mungkin dari segi mental, di mana si isteri cerdik, tetapi lelaki tersangat bodoh atau memiliki akal yang lemah. Ia juga mungkin atas perkiraan kedudukan atau taraf yang terlalu jauh bezanya. Contohnya, nisbah keturunan, di mana lelaki berketurunan jahat, sedangkan si isteri dari keturunan orang mulia.

“Mereka boleh nikah, tapi kalau yang perempuan tu tak redha, ayah dia paksa juga kahwin, maka dia (isteri) berhak untuk putuskan perkahwinan dia. Dan sekufu ni boleh memisahkan perkahwinan bila isteri tak redha,” katanya.

Tidak syak lagi penghayatan terhadap kesemua perbahasan di atas, terutama ciri atau keperibadian lelaki yang layak digelar murabbi kepada isteri dan anak-anak seperti disenaraikan tadi tidak akan dapat disempurnakan tanpa ilmu dan kefahaman yang betul mengenai agama.

Sebab itu, sepertimana Islam menekankan peri pentingnya bagi seorang lelaki mengutamakan wanita beragama sebagai calon isteri, mengatasi kemuliaan-kemuliaan lain, seperti rupa paras, kedudukan keturunan dan harta, tuntutan serupa turut terpakai terhadap wanita dalam memilih bakal suami.

“Lelaki (bakal suami) pun begitu juga. Yang pertama, kita pilih yang ada kemuliaan agama. (Sebab) kalau orang ni tak ada kemuliaan agama, walau pun yang lain (harta, rupa atau kedudukan) ada, dia akan mencacatkan rumahtangga kita. Nak agama juga dan nak bakal suami kita seorang yang mampu bertanggungjawab. Kita boleh tengok dulu (sebelum kahwin) lagi,” ujar Haji Adam.

(Artikel ini disiarkan majalah bulanan al-Muslimah Bil: 232, Jun 2011 di ruangan 'TOPIK' dengan tajuk sama)

6 tahun telah berlalu...

Assalamualaikum wrt rakan pembaca sekalian...di ketika ini, aku tiba-tiba teringat kenangan peristiwa semasa diperantauan ...6 tahun telah berlalu namun kenangan2 itu masih segar di ingatan ini.. Marilah kita bersama-sama mengimbau kembali kenangan itu...coretan2 ini telah di salin dari blog Perwakilan Moscow...


Friday, December 25, 2009


Kuih Lapis

Demo masakan oleh Pn. Azah Salwa Suhod


Bahan-bahan:

110 gm tepung beras
110 gm tepung gandum
130 gm gula pasir
20 gm tepung ubi
750 ml santan (kalau guna serbuk guna 2 peket)
1 butir telur
secubit garam
pewarna merah


Cara membuat:

1. Semua bahan (kecuali pewarna merah) digaul atau blend hingga
hancur.

2. Tapis adunan supaya tidak bergentel dan adunan halus.

3. Bahagikan adunan kepada dua bahagian, satu bahagian dimasukkan
pewarna merah dan satu bahagian lagi dibiarkan tanpa warna.

4. Panaskan kukusan. Lapik loyang dengan plastik (sekiranya mengunakan
 loyang 'non-stick' tidak perlu dilapik)

5. Kukuskan lapisan pertama warna putih selama 5 minit selepas itu barulah
 lapisan merah pula.
6. Ulang bahagian 5 sehingga adunan habis. Setiap lapisan dikukus selama
 5 minit. Lapisan terakhir dikukus selama 25 minit supaya adunan betul-betul masak.
Share

Mesyuarat Kali ke 10, Bacaan Yaasin, Demo 

Masakan & Jamuan Perpisahan



Penyerahan cenderahati kepada Pn. Azahsalwa


Mesyuarat ke-10 yang merupakan mesyuarat terakhir bagi tahun 2009 telah 
diadakan pada 24 Disember 2009. Mesyuarat kali ini bertemakan warna Merah - 
"1 Malaysia". Sepertimana rutin, mesyuarat dimulakan dengan bacaan surah 
Yaasin beramai-ramai.

Perhimpunan kali ini juga turut meraikan perpisahan bagi Pn. Azah Salwa S
uhod yang akan kembali mengikut suaminya meneruskan tugas di Malaysia. 
Seterusnya Pn. Azah juga telah menunjukkan demo masakan kuih lapis
 kepada semua ahli perwakilan pada hari tersebut.


Pihak perwakilan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pn. Azah 
Salwa atas segala sumbangan dan jasa yang telah dicurahkan kepada 
perwakilan selama beliau berada di bumi Moscow ini.
Share

Tuesday, December 22, 2009


Year End Gathering 2009



Pada 18 Disember 2009 telah berlangsung Majlis "Year End Gathering" di KBM
Moscow. Majlis yang diadakan bagi meraikan seluruh warga kerja kedutaan ini
telah berlangsung dengan meriahnya dengan sokongan seluruh warga kerjanya termasuk local staff.


Majlis telah dimeriahkan oleh pelbagai persembahan yang disertai oleh para pekerja,
anak-anak dan tidak ketinggalan juga dari ahli-ahli perwakilan.
Share

Tuesday, December 1, 2009


IWC Winter Bazaar

Sebahagian ahli perwakilan bersama Y.Bhg. Datin Saripah



Setiap tahun menjelangnya perayaan Krismas, pihak Moscow International Women's Club (IWC) 
akan menganjurkan satu aktiviti yang dikenali sebagai IWC Winter Bazaar. Aktiviti ini
 merupakan sebahagian usaha pihak yang berkenaan dalam mengumpul dana bagi menampung 
pelbagai projek amal. Pada tahun ini, aktiviti tersebut telah berlangsung seperti berikut:

Tarikh: 28 November 2009 (Sabtu)
Lokasi: Radisson Slavyanskaya Hotel

Pihak Perwakilan Moscow turut menyertai aktiviti yang dianjurkan ini sebagai tanda 

sokongan atas usaha murni ini. Pelbagai barangan kraf dan juga juadah dari Malaysia 
telah dipamer dan dijual pada hari tersebut dan sebahagian hasil jualan turut
 diserahkan sebagai sumbangan amal daripada pihak perwakilan.
Share

Friday, November 13, 2009


Homemade Fried Chicken

Demo masakan oleh Pn.Suriyanti Safian

Bahan-bahan:

Tepung gandum - 1/2 kilo
Serbuk kari ayam - 1/2 cawan
Serbuk cili - 3 sudu teh 
Serbuk lada sulah - 3 sudu teh
Serbuk penaik - 2 sudu teh
Garam secukup rasa
Gula - sedikit


Cara-cara:

Gaul sebati kesemua bahan-bahan di atas.

1. Mula-mula masukkan beberapa ketul ayam (4-6 ketul) ke dalam tepung.

2. Selepas itu, gaulkan ayam sebanyak 10 kali secara melintang dan menegak.

3. Ambil 2 ketul ayam dan pegang kiri kanan dan ketuk sedikit supaya tepung 
rata dan yang berlebihan jatuh.

4. Masukkan ayam tadi ke dalam bekas penapis dan ulang langkah 3 sehingga
 semua ayam dalam tepung tadi habis.

5. Setelah itu pegang penapis dan masukkan ke dalam air sejuk perlahan-lahan
 dan rendam selama 10 saat.

6. Kemudian tos dan angkat penapis perlahan-lahan supaya tepung tidak lekang.

7. Masukkan semula ke dalam tepung tadi.

8. Gaul dan ramas ayam-ayam tadi 10 kali secara melintang dan menegak 
(ini merupakan proses penentuan bagi ayam nampak crispy)

9. Kemudian bolehlah diulang langkah 3 dan masukkan ke dalam minyak yang panas 
(180'C)


Tips penyediaan ayam supaya menjadi crispy:

- sediakan bekas tepung besar untuk menggaul ayam supaya senang menggaul
- sediakan air sejuk bersama penapis untuk rendaman ayam
- goreng menggunakan deep fryer (sekiranya tiada boleh guna periuk dengan minyak 
yang banyak)
Share

Monday, November 9, 2009


Sambutan Aidilfitri di Moscow

Takbir Raya dimulakan sebelum solat sunat Hari Raya Aidilfitri

Acara memotong kek oleh Y.Bhg. Dato' Khalis dan isteri

Ahli keluarga Kedutaan Besar Malaysia di Moscow.

Meriah! Begitulah gambaran suasana sambutan Hari Raya Aidilfitri di Kedutaan 
Besar Malaysia di Persekutuan Russia, Moscow. Walaupun jauh dari sanak saudara 
di tanah air, rata-rata warganegara Malaysia di bumi Moscow ini turut dapat meraikan 
hari mulia dengan penuh kegembiraan dan harmoni di samping rakan taulan dan 
juga ahli keluarga kedutaan. Sambutan pada tahun ini di mulakan dengan solat 
sunat hari raya pada paginya di dewan serbaguna kedutaan diikuti jamuan ringan 
selesai solat sunat, seterusnya di sebelah petang diadakan acara Rumah Terbuka
 Kedutaan anjuran Y.Bhg. Dato' Mohamad Khalis dan Y.Bhg. Datin Saripah Khalis.



Di anggarkan lebih daripada 600 tetamu yang hadir pada hari tersebut. Tetamu turut 
disajikan dengan pelbagai juadah tradisional Melayu, antaranya nasi minyak, rendang, 
nasi impit, kuah kacang dan pelbagai kuih muih yang menyelerakan.
Share

Jawatankuasa PERWAKILAN Moscow Sesi 2008/2009



Pengerusi
Y.Bhg. Datin Saripah Mohd Jaafar


Naib Pengerusi
Puan Nor Asimah Petah

Setiausaha Kehormat
Puan Harjit Kaur

Pen. Setiausaha Kehormat 1
Puan Suriyanti Safian

Pen. Setiausaha Kehormat 2
Puan Siti Arfah Abd Ghani

Bendahari Kehormat
Puan Azah Salwah Suhud

AJK Sosial & Kebajikan
Puan Fatimah Julia Romeli

AJK Hartabenda
Puan Nabesa Yusoff

Editor Buletin
Puan Siti Arfah Abd Ghani

Ahli-ahli
Puan Jamaliah Sarkom
Puan Nurul Istilah Ibrahim
Puan Siti Azanah Hj. Mohd Diah
Puan Maznah Ahmad
Puan Laili Rahmi Abdul Wahab Zen
Puan Aminah Md. Yasin
Cik Azizah Miskam
Puan Nor Azlin Mohd Shahar
Cik Azizah Aziz
Cik Sarifa Shamsuddin
Puan Nor Terti Sulaiman
Puan Syarifah Ilham Syed Ahmad
Share

Monday, October 12, 2009


Selamat Datang

Selamat berkunjung ke PERWAKILAN Moscow.

Embassy of Malaysia, Moscow
Mosfilmovskaya Ulitsa 50
117192 Moscow
Russian Federation
Nearest Metro Station: Kievskaya
Share

**Master Chef...):

Friday, December 14, 2012

Demonstrasi Membuat Roti



Kami sungguh berterima kasih kepada Puan Arfah kerana telah sudi mengadakan kelas / demo membuat roti.  Dua jenis roti telah dipilih iaitu roti kentang (potato bread) dan juga roti sosej.

Langkah-langkah yang ditunjukkan oleh "cikgu" sungguh bermakna sekali kepada kami ahli PERWAKILAN.

roti yg telah siap diadun menggunakan "breadmaker"
glaze..
piping custard cream..
sebelum dibakar..
180'c....20 hingga 30 minit..
selepas dibakar...
oh, ini adalah potato bread yang tak menjadi akibat tersalah setting breadmaker..

Sekali lagi PERWAKILAN Moscow mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga buat Puan Arfah yang sudi berkongsi ilmu membuat roti dengan kami.  



Share

Teringat2 Terkenang2...

Thursday, September 13, 2012

Farewell Pn Nurul & Pn Laili serta meraikan ahli baru


Jamuan perpisahan untuk dua orang ahli PERWAKILAN dah lama diadakan iaitu pada 10hb Julai 2012 tapi disebabkan kekangan masa tak sempat nak update dan buat entry tentang farewell ni.

10 jari disusun memohon ampun (masih dalam mood Raya)...

Setiap yang datang pasti akan pergi, 
setiap yang bermula pasti akan berakhir,
dan setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan.....

Kini tiba pula masanya dua ahli PERWAKILAN Moscow iaitu Puan Nurul Istilah binti Ibrahimdan Puan Laili Rahmi binti Abdul Wahab Zen meninggalkan kami.

Untuk makluman, Puan Nurul telah berpindah kerana mengikuti suaminya ke Cairo.


Manakala Puan Laili pula mengikuti suaminya yang pulang ke Malaysia.


Jamuan ini juga diadakan bagi menyambut ahli PERWAKILAN baru iaitu Puan Ilham Nursyiqim binti Rosli.


Untuk kedua-dua ahli yang telah dan akan meninggalkan kami, kami mendoakan agar kedua-dua mereka dilimpahkan kesejahteraan dan yang pasti jangan lupakan kami disini.  Untuk ahli baru pula, selamat datang kami ucapkan!




Share

Sebuah catatan

Artikel oleh seorang jemaah haji tahun ini:

Ok. Sekarang saya dah pulang,  paling kurang sudah 48 jam tadi (baru selamat sampai Malaysia),  dan melihat kepada komen-komen isu di Mana oleh orang awam secara umum. Maaf cakap, tapi salah sangka orang kita berkenaan isu rempuhan di Mana benar-benar jauh menyimpang dan ia semuanya mencipta 2 impressi 1) mematahkan semangat orang untuk pergi menunaikan haji (dengan memburukkan Saudi), 2) menyebarkan kebencian di kalangan sesama Muslim. 

Biar saya ceritakan kronologi peristiwa yang berlaku.

1. Bermula dengan insiden kren yang menjadi tajuk utama media asing seperti BBC, Economist dan Times of India, semuanya mengkritik pembesaran Masjidil Haram yang memakan kos US 60 billion. Point dari saya ialah negara mana yang boleh mengagak dan bersedia untuk insiden seperti tsunami, hujan kilat, banjir besar, dan ribut taufan? Saya adalah antara saksi utama semasa kren itu tumbang, dan percaya atau tak ia adalah kategori Takdir Tuhan. Semuanya berlaku dalam sekelip mata dan menyapu habis semua yang ada didepan nya. Kren yang tumbang itu adalah yang kedua terbesar di dunia dan di pasang di luar kawasan Masjidil Haram namun ia tidak dapat menahan kekuatan angin yang kuat dan juga tenaga elektrik yang kuat dari kilat yang menyambar,dan anda pasti terkejut melihat kren kedua terbesar itu tumbang ibarat sekeping kertas melayang di udara. Memandangkan saya katakan ia adalah Takdir Tuhan, jemaah yang bersolat tidak berhenti dari solat mereka, begitu juga jemaah yang sedang melakukan tawaf, dan saya salah seorang dari mereka. Kerajaan Saudi pula tidak mahu situasi panik berlaku dan pintu terus ditutup dalam masa setengah jam dan cepat cepat membersihkan mayat mayat dan mangsa mangsa yang tercede. Pihak berkuasa tidak mengaktifkan sistem kecemasan agar jemaah tetap meneruskan ibadah mereka.

2. Insiden di Minat. Pengurusan di Minat kali ini adalah lebih baik. Lebih dari 100 ribu askar dan volunteers ditempatkan di banyak kawasan. Beribu tangki air minuman sejuk dan tandas disediakan dengan jarak beberapa meter diantaranya. Untuk mengatasi suhu panas, pihak berkuasa telah meletakkan alat pancuran air di setiap tiang lampu di sepanjang jalan, beribu kemudahan bergerak air, jus jus, dan air sejuk dalam lori disediakan untuk kegunaan para jemaah. Operasi keretapi dan bas bas telah disediakan untuk mengangkut orang. Yang paling penting pihak berkuasa telah meletakkan pemeriksaan ketat untuk memantau kemasukan haram bagi mengelakkan kesesakan. Walau bagaimanapun,  Takdir Tuhan tetap akan berlaku jika itu telah ditulis. Cuaca mula semakin panas dari suhu 37 kepada 48. Pada malam pertama di Mina,  ada kejadian angin ribut disertakan dengan kilat. Tapi kali ini angin yang datang membawa haba panas dan air sangat sejuk. Subhanallah. Pada keesokan harinya para jemaah menyaksikan hari paling panas di Arafah.  Semua alat penghawa dingin menjadi liabiliti kerana ia menyedut masuk udara panas, dan akhirnya para jemaah merasa sangat letih dan kehausan. Perjalanan dari Arafah ke Mina sedang menanti. Saya sendiri menyaksikan kesan dari cuaca panas itu dengan melihat ribuan orang yang pengsan. Dan bas 5 bintang kami, mengalami kerosakan gear pada waktu malam dan terpaksa berhenti. Kami terpaksa berjalan.pada hari rusuhan sebanyak 3 juta jemaah berjalan dalam laluan segala namun tidak seperti tahun lepas, udara panas pada kali ini tidak mengira masa. Dengan pengalaman dua hari dalam suasana panas dan keletihan, adalah sukar untuk menuju ke tempat Jamarat. Saya percaya rusuhan berlaku adalah disebabkan oleh suasana panas melampau, rasa lemas dan para jemaah mula hilang kesabaran disebabkan kepanasan. Semuanya berlaku. Pihak pihak yang membuat konspirasi seperti jemaah Iran yang menjadi punca rusuhan, atau kononnya ada konvoi putera raja, atau kerana kesalahan askar; hanya ingin memberi salah faham kepada seluruh umat Islam dan membantu Non Muslim untuk menyerang kita kembali. Saya percaya cara pihak berkuasa Saudi menyediakan kemudahan untuk para jemaah tidak dapat ditandingi oleh mana mana negara lain walaupun US. Cuba bayangkan kenapa kerajaan Saudi ingin melakukan projek pembesaran Masjidil Haram sehingga mencecah angka US 60 billion? Loji kuasa yang disediakan untuk menjana elektrik di Masjidil Haram adalah 18000 mw, tenaga elektrik yang jauh lebih besar yang dijana untuk seluruh Pakistan. 

Saya menyeru seluruh umat Islam untuk melihat isu ini sebagai Takdir Tuhan. Keimanan saya menyatakan Allah sedang menguji seluruh umat Islam samaada mereka akan takut untuk mengerjakan haji di masa akan datang, atau mereka akan tetap melaksanakan rukun Islam yang kelima itu. Dalam masa yang sama media asing yang cemburu dengan kita akan berterusan cuba untuk.membentuk pemahaman kita melalui fakta fakta yang salah dan tiada asas, agar terbentuk perbezaan di antara kita sesama Muslim. Maka keputusan adalah di tangan kita (samaada mahu percaya berita dari mereka, atau mahu mengambil fakta dari media kita sendiri).

Kongsi jika anda rasakan ia sangat berharga.
Mungkin kak hajah Laily boleh komen nanti ye 👆
Share dr group sebelah ...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...