Saturday, 11 July 2015

Mencanai Minda (2)

MENCANAI MINDA
Sekali minda menerawang
dibuai meneroka
zaman bermula
akukah itu.........
berlari-lari
meniti batas
mengejar rerama berterbangan
hinggap dari bunga ke bunga
menghirup madu yang sebenarnya
tetiba deria lihat terpandang
kelibat belalang kunyit
melompat-lompat di rerumput hijau
tanganku pantas menekup
menangkap mangsa
rasa seronok bukan kepalang
alahai.....
angin petang yang berpuput lembut
seakan menampar-nampar pipiku
terasa segar
terasa nyaman
tiba di titi..
aku terpaku
melihat kejernihan air
mengalir lesu
dalam dasar yang penuh ahlinya
ku duduk di gigi talian
kaki sengaja ku rendam
mencari paksi
dalam hati dan posisi
terasa sejuk
terasa segarnya
Alahai....
tetiba pepatung lalu
aku cuba susuri lorongnya
bagai helikopter terbang
menyusuri sepanjang gigi air
sesekali ianya hinggap
pasti melepas lelah
dalam perjalanan yang panjang
dalam kejernihan air di talian
anak-anak ikan berkejaran
bermain dengan riang
tanpa takut
tanpa gentar
dihujung batas
mata terpaku
pada lelayang berterbangan
bebas meneroka angkasa
tanpa batasan
tanpa sempadan
senja yang indah
kakiku melangkah pulang
penuh kesegaran
penuh keindahan
penuh ketenangan
akukah itu..
masih di situ..
leka memerhati
zaman yang lalu..

lina.m.y
seksyen 19
14 Jun 2015

Music video by Rod Stewart performing What A Wonderful World. 
(C) 2005 J Records, a unit of BMG

Mencanai Minda

MENCANAI MINDA
Roda-roda melepasi pelantar
melalui cerun basah dan licin
ada tika terganggu jiwa
ada saat sabar terbang
ada kala tergaman tiada kata
ada waktu hilang punca
ada masa nafas tak sempat dihela
Tiap kali cuba melepasi
Tiap kali itu juga ada sempadannya
Tiap kali cuba mengatasi
Tiap kali itu juga tetap ada batasannya
Tiap kali tiap kali itu tetap setiap kalinya
Roda tetap terus berpusing
Ada kala di atas
Ada masa tibalah ia di dasarnya
Ada waktu ditengah
Ada saat menjadi pantas tiada hentinya
Bisakah roda kekal momentumnya
Bisakah roda jelas jejarinya
Bisakah roda nyata arahnya
Bisakah roda tahu had nya
Bisakah bisakah tetap berbisa
Roda .....
Akan terus berpusing
Pasti terus berpusing
Hingga sampai destinasinya....

Nukilan :
lina.my
shah alam

KEISTIMEWAAN BULAN RAMADHAN




KEISTIMEWAAN BULAN RAMADHAN



Bulan Ramadhan adalah bulan yang memiliki kesucian dan keistimewaan yang banyak. di antara keistimewaan- keistimewaan bulan Ramadhan ialah :

1- Bulan yang terpilih untuk melakukan ibadah puasa sebagai tanda kesyukuran kepada Allah atas nikmat-Nya. 
Firman Allah SWT:
Ertinya : “Wahai orang-orang yang beriman telah difardhukan puasa atas kamu sebagai mana telah difardhukan atas umat-umat sebelum kamu, mudah-mudahan kamu (dengan perantaraan puasa itu) memperoleh taqwa.” (Al-Baqarah : 183)

2- Bulan yang telah dipilih oleh Allah SWT diadakan suatu malan yang sangat tinggi nilainya, iaitu “Malam Lailatul Qadar” 
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : “Sesungguhnya telah datang kepadamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah elah menfardhukan atas kamu berpuasa didalamnya. Dibuka didalamnya segala pintu syurga, dikunci didalamnya segala pintu neraka, dan dibelenggu didalamnya segala syaitan. Didalamnya ada satu malan yang lebih baik dari seribu bulan (malam lailatul qadar). Barangsiapa tiada diberikan kebajikan malam itu, maka sesungguhnya tidak diberikan kebajikan kepadanya.” (Riwayat Ahmad, An Nasa’I dan Al Baihaqi dan Abu Hurairah)

3- Bulan yang dipilih untuk sembahyang terawih dimalamnya. Sembahyang terawih adalah sembahyang sunat yang hanya ada di bulan Ramadhan. Sepanjang malam bulan Ramadhan disunatkan mengerjakan sembahyang terawih secara berjemaah.

4- Bulan yang dipilih untuk kita memperbanyakkan amal ibadah, seperti membaca Al-Quran, membanyakkan sedekah, sembahyang sunat dan sebagainya.

5- Bulan yang berlakunya kemenangan dipihak Rasulullah SAW menawan Kota Makkah. Disaat itu berakhirlah penyembahan berhala disisi Kaabah dan Makkah menjadi suci sebagaimana yang Allah SWT kehendaki.

6- Berlakunya Nuzul Al-Quran pada 17 Ramadhan yang disambut setiap tahun sebagai memperingati kesempurnaan Al-Quran yang Diturunkan kepada Rasulullah SAW.

7- Dipelihara daripada dosa. 
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : “Sembahyang lima waktu,Jjumaat ke Jumaat, Ramadhan ke Ramadhan menutupi dosa-dosa yang dilakukan diantara, asal sahaja dijauhi segala dosa besar.” (Riwayat Muslim dan Abu Hurairah)

8- Dibuka pintu syurga, ditutup pintu neraka. Syaitan dibelenggu. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Pada suatu hari, aku berada disisi Uqbah bin Farqad sedang dia menceritakan tentang hal ramadhan, maka datanglah kepada kami seorang lelaki dari sahabat Rasul.

Setelah orang itu dilihat oleh Uqbah, dia pun merasa takut lalu berdiam diri. Maka orang itu menceritakan tentang hal ramadhan, katanya: “Saya mendengar Rasulullah SAW berkata : “Didalam bulan Ramadhan dikunci segala pintu neraka, dibuka segala pintu syurga dan dibelenggu segala syaitan.”

Berkata Nabi lagi, “Seorang Malaikat berseru, “Wahai segala orang yang menghendaki kebajikan bergembiralah kamu dan wahai orang yang menghentikan kejahatan ,tahanlah diri kamu. “Malaikat terus-menerus berseru, sehingga habis bulan Ramadhan.” Riwayat Ahmad dan Nasa’i

9- Mendapat perhatian, keutamaan dan ganjaran dari Allah SWT; 
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : “Rasulullah SAW bersabda, Telah diberikan kepada umatku 
di bulan Ramadhan lima perkara yang belum pernah diberikan kepada seseorang nabi sebelumku :

a) Dipermulaan bulan Ramadhan Allah melihat kepada umatku, Barangsiapa Allah lihat kepadanya, nescaya tidak diazabnya selamanya. 
b) Bau mulut mereka diwaktu petang hari lebih wangi disisi Allah dari bau kasturi.
c) Para Malaikat memohon ampunan untuk mereka disetiap hari dan malam.
d) Allah menyuruh kepada syurganya serta berkata kepadanya, “Bersiaplah kamu dan berhiaslah kamu untuk hamba-hamba- Ku. Mereka hampir beristirehat dari kepayahan dunia, menuju ke negeri-Ku dan kemuliaan-Ku.
e) Pada akhir malam bulan Ramadhan, Allah mengampuni semua dosa mereka. Seorang lelaki dari Sahabat bertanya : “Apa itu Lailatul Qadar ya Rasulullah?” Nabi menjawab : “Apakah engkau tidak melihat kepada pekerja-pekerja yang bekerja. Apabila mereka telah selesai dari pekerjaan mereka, nescaya disempurnakanlah upah-upah mereka.” (Riwayat Ahmad, Al Bazzar, Al Baihaqi dari Jabir)

10- Sejarah berlakunya perang Badar Al Qubra. Kemenangan pihak Islam menjadi penentu sejarah kegemilangan Islam.

11- Sejarah berlakunya penaklukan Kota Makkah oleh Rasulullah dan tamatnya agama berhala. Bulan yang berlakunya kemenangan dipihak Rasulullah SAW menawan Kota Makkah. Disaat itu berakhirlah penyembahan berhala disisi kaabah dan Makkah menjadi suci sebagaimana yang Allah SWT kehendaki.

12- Setiap solat terawih mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Bulan yang dipilih untuk solat terawih pada malamnya. Solat terawih adalah sembahyang sunat yang hanya ada dibulan Ramadhan. Sepanjang malam dibulan ramadhan disunatkan mengerjakan solat terawih secara berjemaah.

13- Hanya dibulan ini dituntut sebanyak-banyak ibadah berbanding di bulan-bulan yang lain. Bulan yang dipilih untuk kita membanyakkan amal ibadah seperti membaca Al Quran, membanyakkan solat sunat dan sebagainya. Bulan ini segala doa dan apa-apa yang diminta insyallah dimakbulkan Tuhan.

14- Para syaitan dirantai atau dibelenggu moga dengan itu maksiat berkurangan. 
Pada malam permulaan Ramadhan nabi bersabda : “Pada permulaan malam Ramadhan, para syaitan dan jin yang jahat dibelenggu serta pintu-pintu neraka dikunci, tidak ada satu pun yang terbuka. Pintu-pintu syurga dibuka dan tidak ada satu pun yang dikunci. Pada setiap malam ada yang memanggil : “Hai orang-orang yang mendambakan kebajikan menghadaplah, dan hai orang-orang yang mendambakan keburukan, menyingkirlah. Allah pada setiap malamnya akan membahaskan ramai orang dari neraka.”

Firman Allah SWT:
Ertinya : “(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang didalamnya diturunkan sembilan permulaan. Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan bermacam-macam keterangan yang merupakan petunjuk, antara yang benar dan yang batil.” (Al-Baqarah : 185)

Semoga segala urusan kita dipermudahkan,sama-sama mendapat keberkatan di bulan mulia iniإن شاء الله

Karya:
إ
Safiah Sulaiman

Salam Ramadhan 1436H

Happy Fasting

Assalamualaikum bloggers rasanya masih tidak terlambat untuk saya ucapkan
 "SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN"
kepada semua rakan-rakan yang beragama Islam. Semoga puasa full tau. Jangan
ponteng-ponteng tau! melainkan yang memang Allah bagi rehat hihi
Berbuka nanti pula jangan makan banyak. Makan ala kadar je. Sahur pula jangan
tinggal sebab Nabi galakkan kita bersahur. Dan selamat menunaikan solat terawih
juga :) 




menggapai impian..............


                   Dalam sebuah kehidupan insan mempunyai impian yang mahu direalisasikan dalam pentas kehidupan yang nyata. Pendakian menuju sasaran yang dikehendaki melalui pelbagai corak dataran yang mana kekadang terlalu mudah menyusuri permukaan yang landai tanah yang keras tiada lekuk rata mampu dilalui sambil menyanyi menari menggayakan gerakan sesuka hati. Malah tiap laluan berlaku terlalu indah pantas dan sungguh membahagiakan. Disinari sang mentari yang cerah menyuluh tiap jalan yang bersuluh..malah langit membiru bergitu indah damai serta hamparan rerumput yang menghijau sepanjang pendakian menenangkan . Pipi dielus dengan bayu yang dipuput lembut mengharukan...

                  Namun langit yang cerah siapa sangka hujan turun di tengah hari, lalu awan berarak dimulai dengan awan larat membentuk corak di langit yang luas..warna awan semakin lama semakin kelabu lantas terus menjadi hitam sehitam-hitamnya..lalu turunlah hujan membasahi bumi .Air hujan nikmat ALLAH pada tumbuhan menyegarkan namun air mengairi setiap inci mukabumi menjadikan basah....... ..landasan yang licin selicinnya..sukar mengharungi hujan yang menjadikan mata kabur menempuh tiap jalan yang licin .Air berhimpun pada lekuk membentuk lopak . Ada saatnya hingga  tersembam pada becak mengakibatkan muka terpalit lumpur pada paras yang semakin suram. Gelisahnya jiwa hingga rasa perit pedih lantas terasa tidak terdaya mengharungi laluan seterusnyanya .
                        Ternyata ketabahan kesabaran tergugat ditambah pula dengan bunyi petir  berdentum dentam menambahkan kekalutan sehingga menggigil seluruh anggota .Tika itu air mata bercucuran tanpa ada sekatan malah menangis sepuas-puasnya sehingga ada tika meraung kerna tiada siapa yang tahu tiada sesiapa yang akan mendengar..tiada sesiapa yang ambil tahu....Terasa gelap sekeliling  hilang punca  .Malah jadi gelap ketakutan bermaharajarela....

                         Sedarkah kita , kesuraman tidak akan bermukim selama-lamanya. ALLAH maha mengasihi dan menyayangi hambaNYA..sentiasa memberi ruang dan peluang pada hambanya yang bersabar bersyukur redha atas apa yang dianugerahkan. Hujan yang turun tetiba berhenti malah awan mendung berarak sedikit demi sedikit. Sejalur cahaya muncul di celah-celah awan yang yang cemburu..lantas terpana terkedu melihat keindahan alam semesta dihiasi pelangi melingkari hingga ke kaki langit . Warnanya bergitu indah dan memberi semangat mengharung langkah memulai semula perjalanan dengan kekuatan yang masih bersisa. Kekuatan itu memberi satu lonjakan yang besar memberi makna terus berjuang hingga ke akhirnya...
Fenomena ini seharusnya kita sebagai insan perlu yakin atas ketentuan ALLAH kerna DIA maha mengetahui apa yang direncanakan. Sebagai hamba insan perlu sabar ,yakin dan terus berjuang demi sebuah pengorbanan yang termampu atas melaksanakan tanggung jawab yang di amanahkanNYA jua....

Bicara Lina Blogsport.....

Kisah Teladan Khalifah Umar Al-Khattab

Asslam semua...mari kita hayati kisah dan teladan ini...



Jom Uji Minda

Anda hebat??? Anda teliti??

Cuba kira berapa bilangan wajah orang pada pokok di bawah..
Selamat mengira yeeer.. goodluck!!


Jawapan --> http://lynk.my/PCN
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...