18 sebab jin merasuk manusia
WANITA suka bersolek dan gemar berpakaian mendedahkan aurat sasaran utama golongan jin untuk dipikat.
Salah seorang imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor, Ustaz Ahmad Dasuki Abd Rani berkata, dalam setiap tubuh manusia ada jin dan makhluk halus itu sentiasa berusaha mempengaruhi kita mengikut telunjuk mereka.
Pendakwah bebas lulusan Universiti Al-Azhar itu berkata, ramai manusia tidak menyedari tindak-tanduk mereka sentiasa menjadi perhatian jin.
Jin sebenarnya suka memikat manusia, terutama wanita yang suka bersolek dan gemar berpakaian mendedah aurat,” katanya ketika membentangkan kertas kerja berkaitan peranan jin di Masjid Kota Damansara, Petaling Jaya, baru-baru ini.
Menurut Ustaz Dasuki lagi, jin tidak akan datang mengacau seseorang itu melainkan ia sudah terpikat.
“Bila sudah berkenan, jin akan berusaha memasuki tubuh orang yang dia suka dan terus bersarang di dalamnya,?tambahnya.
Lazimnya, kata beliau, jin memilih manusia yang lemah semangat dan tidak mempunyai pendinding diri untuk dipikat.
“Manusia yang sudah lupa Allah dan menjauhi Al Quran tidak lagi mempunyai pendinding diri dan sebab itu mudah dipengaruhi jin,” tambahnya.
Manurut Ustaz Dasuki lagi, jin menyusup masuk ke dalam tubuh manusia dengan berbagai cara, antaranya diminta manusia sendiri sama ada sedar atau tidak. Lebih malang lagi, katanya, manusia sendiri menggunakan khidmat jin sebagai khadamnya untuk melakukan pengkhianatan kepada orang lain.
Ustaz Dasuki menyatakan 18 sebab jin merasuk manusia, iaitu:
1. Apabila manusia meringankan solat dan tidak mentaati perintah Allah.
2. Terdapat alat muzik atau alat melalaikan didalam rumah
3. Meninggikan suara dalam bilik air
4. Menangis dan merintih sebelum tidur
5. Membuang air panas ke dalam bilik air
6. Melompat tinggi tanpa membaca Bismillah
7. Memasuki tempat gelap yang ditinggalkan
8. Perasaan terlalu takut dan terlampau gembira, seperti ketawa berlebihan
9. Selalu bertengkar suami isteri
10. Terlampau marah
11. Mengikut hawa nafsu
12. Terdapat gambar lukisan manusia dan anjing di dalam rumah
13. Terdapat lambang salib pada lantai, sejadah atau langsir
14. Menghadiri majlis yang melekakan tanpa menyebut kalimah Allah
15. Perempuan suka bersolek
16. Berlaku sihir perjanjian di antara jin dan tukang sihir
17. Jin jatuh cinta pada manusia
18. Suka membaca buku cerita hantu dan buku berunsur sihir.
Beliau juga memberikan beberapa tanda manusia dirasuk jin, antaranya sukar tidur malam, hati berdebar-debar terutama pada waktu senja atau perasaan resah tidak menentu.
Mimpi berulang mengenai perkara yang menakutkan seperti melihat anjing hitam, kucing, ular, manusia pelik, dibawa ke kubur atau diusung ke tempat mengerikan juga dikaitkan dengan gangguan jin.
Selesema berpanjangan juga dikaitkan dengan gangguan makhluk halus selain malas berzikir dan solat,?katanya.
Selain itu, manusia dirasuk jin merasa sakit pada sesetengah anggotanya tapi sukar dikesan oleh doktor.
Lain lain tanda ialah pening berpanjangan terutama pada waktu senja, otak lemah, tidak sedar diri serta telinga berdesing atau mendengar kata-kata suruhan tertentu.
p/s: "Like" atau "share" jika anda rasa info ini berguna
sumber : BACALAH QURAN DAN HAYATINYA FB Page
Salam dan selamat berkenalan dariku yang serba baru di alam Blogger ini...sebenarnya hasrat untuk mencipta blog sendiri telah lama diimpikan tetapi oleh kerana bbrp halangan tertentu, maka hasrat itu tergendala sehinggalah kini saya telah temui masa dan keadaan yang sesuai...alhamdulillah. Semoga apa yang dibaca dan perolehi dari blog saya ini dapat dimanfaatkan bersama dan menjadi panduan dan tauladan untuk kehidupan kita seterusnya. Sekian dan salam kenalan dari saya....LaiLy WaHab!
Saturday, 31 March 2012
Thursday, 29 March 2012
MY NEW LITTLE SUNSHINE! part 1
10 jam setelah dilahirkan |
Berbalik kepada sejarah permulaan kesakitanku sebelum dan menjelang bersalin adalah sebagai berikut. Saya ingin berkongsi pengalaman ini dengan teman pembaca semua kerana ia agak unik dan mengkagumkan bagi pihak diri saya berbanding dengan pengalaman2 saya bersalin sebelum ini (dah 6 kali). Sama ada dari segi jenis kesakitan, lokasi/situasi/reaksi mengandung/melahirkan serta prosedur rawatan dan pemeriksaan setempat. Segala-galanya berbeza berbanding keadaan dan situasi di negara sendiri. Ketegasan Doktor dan ketatnya peraturan mereka memang di tahap maksimum. Namun segalanya ada hikmah disebaliknya.
Segala-galanya bermula pada senja hari Isnin 12.03.2012 selepas waktu Maghrib. Aku merasa sakit dada (lebih tepat kalau dikatakan jantungku berdenyut kencang sehingga menimbulkan rasa sakit pada dada kiriku). Semakin lama semakin sakit diikuti dengan sakit kepala yang juga semakin lama semakin sakit. Aku cuba buat urutan, periksa tekanan (BP) darah namun kesakitan tersebut tidak juga hilang. Malah aku semakin runsing kerana BP aku normal tetapi bacaan 'pulse' aku terlalu tinggi iaitu antara 96-98. Ini membuatkan aku semakin risau dan mula berfikir dan berkata dalam hati "Aku ni sakit nak mati ke atau sakit nak beranak". Namun begitu, aku cuba tenteramkan sendiri keadaan ini dengan bawa mengaji dan membaca ayat-ayat dan doa untuk mudah bersalin. Aku juga melakukan teknik tarik nafas dalam-dalam dan lepaskan secara perlahan-lahan berulangkali. Namun sakit dada dan sakit kepalaku tidak juga hilang malah semakin sakit ku rasakan. Akhirnya aku cuba menelefon Enal dan Mete (antara student medic Thn akhir M1 yg rapat denganku) untuk menanyakan tentang hal ini. namun mereka gagal dihubungi.
Seterusnya aku cuba telefon Winda (student medic thn akhir M2). Alhamdulillah Winda ada ditalian. Beliau juga agak cemas bila mendengarcerita dan penjelasanku tentang keadaan yang kualami ini. Beliau juga tidak berapa pasti lalu berjanji akan menefonku semula setelah beliau menanyakan hal berkenaan dengan kakak beliau yang juga seorang doktor di Dublin. Sementara itu, aku berwudhu' kembali untuk menunaikan solat Isyak. Setelah beberapa minit Winda berada ditalian semula dan menasihatkanku agar berjumpa doktor andai selepas beberapa ketika keadaan itu masih berterusan. Akhirnya aku mengajak suamiku untuk segera ke hospital kerana aku merasa sungguh tidak selesa dengan keadaanku ini. Aku berdoa semoga Allah selamatkan aku dan bayiku dalam perutku ini dan permudahkan segala urusanku seterusnya.
* Bersambung...............di part 2
MINGGU YANG MEMENATKAN! Bhgn 2
Setelah selesai pemeriksaan pada hari Sabtu 25.02.2012...maka temujanji seterusnya dibuat pada hari Isnin 27.02.2012 jam 9.30pagi. As usual.....wake up early morning to prepare breakfast n pack lunch for hubby n kids. Pastu bersiap2 untuk pergerakan seterusnya. Tepat jam 7.50 pagi keluar dari rumah dan terus hantar anak-anak ke sekolah rendah dahulu.... BISM School 9. Seterusnya ke sekolah menengah BISM School 3. Akhir sekali kami terus menuju ke Research Centre Oparina 4.
Setelah bertanya di kaunter...maka seterusnya pembayaran di buat dikaunter pembayaran. Kali ini adalah pemeriksaan pelbagai jenis darah dan 'flora smear'. Lebih kurang ada 9 jenis ujian/tests untuk darah telah diarahkan iaitu:
1. group,Rh factor,blood phenotype*
2. RW,HIV,hepatitis*
3. complete blood tests*
4. hemostasiogram*
5. biochemical analysis of blood*
6. harvesting autoplasma - blood tranfusion department#
7. ultrasound
8. CTG
9. Smear on the flora
Setelah itu, kami terus menuju ke bilik 2042 untuk pemeriksaan pap smear. Proses menunggu yang agak lama membuatkan aku rasa nak ke tandas. Lebih kurang 50 minit kemudian tibalah giliranku untuk di periksa. Hanya lebih kurang 5 minit, pemeriksaan pun selesai dijalankan. Seterusnya kami menuju ke makmal di tingkat 1. Memang ramai orang yang beratur untuk ke makmal darah tersebut. Aku bernasib baik kerana baru masuk barisan untuk beratur, telah ditanya dan dipanggil oleh jurumakmal. Lebih kurang 6 tabung kecil darahku diambil untuk pemeriksaan no. 1 - 5 * di atas. Lega rasanya urusan untuk hari tersebut telah selesai. Seterusnya temujanji diatur untuk mengambil keputusan pemeriksaan pada esok hari dan melakukan pemeriksaan no.6# (harvesting autoplasma).
Pada 28.02.2012 sekali lagi rutin semalam berulang. Tapi temujanji pada hari ini adalah jam 11.00 pagi (waktu yang doktor beri). Kami tiba di hospital agak awal dari masa temujanji iaitu jam 10.00 pagi. Sementara menunggu doktor,kami pun makan di ruang menunggu. Tepat jam 11.10 pagi aku dipanggil untuk masuk ke satu bilik. Sebelum itu doktor menyuruhku ke tandas untuk buang apa yang patut. Tepat jam 11.20 pagi aku mula dimasukkan drip air dalam 500ml. Setelah itu ditempat drip air masuk, tiub untuk darah mula disambung ke mesin dan berlakulah proses 'harvesting autoplasma'. Lebih 40 minit juga lamanya proses ini dijalankan. setelah selesai aku dimasukkan semula 1 botol air drip seperti mula-mula tadi. Hasil dari mesin itu aku lihat terkumpullah cecair berwarna kekuningan (yang dipanggil autoplasma darah) sebanyak 300ml. Tepat jam 1.30 tgh hari, maka selesailah proses tadi. Lebih 10 minit kemudian, aku dibenarkan keluar dan balik. Seterusnya doktor mengarahkanku untuk membuat pembayaran di kanter bayaran tingkat 2. Akhirnya untuk hari itu,kami dipanggil oleh doktor berkenaan untuk sesi penerangan dan penjelasan tentang keputusan ujian darah dan pap smear yang telah dibuat kelmarin.
Pada keesokan harinya, masih ada satu lagi temujanji dengan Dr Baev Oleg pada jam 3.00 ptg. Rutin hari Isnin dan Selasa sekali lagi berulang pada hari ini Rabu 29.02.2012, cuma masanya yang berbeza. Kali ini setelah menghantar anak-anak ke sekolah, kami terus menuju ke pejabat suamiku. Tepat jam 1.30 tgh hari, kami pun bergerak menuju ke Hospital dengan membawa bersama kerani KAT pejabat suamiku iaitu Vlada. Kali ini temujanji dan 'sign contract' untuk bersalin akan diuruskan. Kami menuju ke bilik 2039 iaitu pejabat untuk 'sign contract'. Setelah itu, kami bertemu dgn Dr Baev. Pemeriksaan dilakukan dan beberapa perkara berkenaan keadaan kandungan, masa jangkaan bersalin dsbnya dimaklumkan. Kami juga maklumkan kpd Dr berkenaan yang kami akan ambil beliau sbg Dr. personal untuk proses kelahiran nanti. Beliau meramal@ menjangkakan bahawa kemungkinan babyku ini besar dan maybe akan keluar pada 23.03 nanti. Tentang keputusan pemeriksaan 'darah' alhamdulillah baik cuma hasil pemeriksaan 'pap smear' menunjukkan bahawa ada sedikit jangkitan. Jadi beliau mengesyorkan agar aku mengambil ubat sub( TERZINAN) untuk 10 hari. Akhir sekali kami membuat pembayaran di kaunter bayaran untuk bayaran 'sign contract' bersalin sepenuhnya iaitu sebanyak Rb166,160.00 (lebih kurang RM17K) Setelah itu, maka Dr Baev mengarahkan andai pada 14.03 aku masih belum bersalin lagi, satu lagi siri pertemuan diatur pada jam 3.00 petang untuk pemeriksaan seterusnya sehingga bersalin. Dalam hati aku berdoa agar aku bakal bersalin pada atau sebelum tarikh itu. InsyaAllah.
Maka tamatlah sudah siri minggu yang memenatkan bagi diriku, suami dan anak-anak kami kerana setiap hari selama 3 hari berturut-turut aku harus keluar dan bertamu di hospital. Walaupun mereka menggunakan Bahasa Rusia sepenuhnya, namun kami bersyukur kerana berjaya juga menguruskan semua urusan dan pemeriksaan dengan baik setakat ini. Semoga Allah akan permudahkan juga segala urusan kami seterusnya nanti. Syukur alhamdulillah!
* Entry ini lambat dipost kerana terlalu banyak urusan dan lagi belum siap sepenuhnya....
Setelah bertanya di kaunter...maka seterusnya pembayaran di buat dikaunter pembayaran. Kali ini adalah pemeriksaan pelbagai jenis darah dan 'flora smear'. Lebih kurang ada 9 jenis ujian/tests untuk darah telah diarahkan iaitu:
1. group,Rh factor,blood phenotype*
2. RW,HIV,hepatitis*
3. complete blood tests*
4. hemostasiogram*
5. biochemical analysis of blood*
6. harvesting autoplasma - blood tranfusion department#
7. ultrasound
8. CTG
9. Smear on the flora
Setelah itu, kami terus menuju ke bilik 2042 untuk pemeriksaan pap smear. Proses menunggu yang agak lama membuatkan aku rasa nak ke tandas. Lebih kurang 50 minit kemudian tibalah giliranku untuk di periksa. Hanya lebih kurang 5 minit, pemeriksaan pun selesai dijalankan. Seterusnya kami menuju ke makmal di tingkat 1. Memang ramai orang yang beratur untuk ke makmal darah tersebut. Aku bernasib baik kerana baru masuk barisan untuk beratur, telah ditanya dan dipanggil oleh jurumakmal. Lebih kurang 6 tabung kecil darahku diambil untuk pemeriksaan no. 1 - 5 * di atas. Lega rasanya urusan untuk hari tersebut telah selesai. Seterusnya temujanji diatur untuk mengambil keputusan pemeriksaan pada esok hari dan melakukan pemeriksaan no.6# (harvesting autoplasma).
Pada 28.02.2012 sekali lagi rutin semalam berulang. Tapi temujanji pada hari ini adalah jam 11.00 pagi (waktu yang doktor beri). Kami tiba di hospital agak awal dari masa temujanji iaitu jam 10.00 pagi. Sementara menunggu doktor,kami pun makan di ruang menunggu. Tepat jam 11.10 pagi aku dipanggil untuk masuk ke satu bilik. Sebelum itu doktor menyuruhku ke tandas untuk buang apa yang patut. Tepat jam 11.20 pagi aku mula dimasukkan drip air dalam 500ml. Setelah itu ditempat drip air masuk, tiub untuk darah mula disambung ke mesin dan berlakulah proses 'harvesting autoplasma'. Lebih 40 minit juga lamanya proses ini dijalankan. setelah selesai aku dimasukkan semula 1 botol air drip seperti mula-mula tadi. Hasil dari mesin itu aku lihat terkumpullah cecair berwarna kekuningan (yang dipanggil autoplasma darah) sebanyak 300ml. Tepat jam 1.30 tgh hari, maka selesailah proses tadi. Lebih 10 minit kemudian, aku dibenarkan keluar dan balik. Seterusnya doktor mengarahkanku untuk membuat pembayaran di kanter bayaran tingkat 2. Akhirnya untuk hari itu,kami dipanggil oleh doktor berkenaan untuk sesi penerangan dan penjelasan tentang keputusan ujian darah dan pap smear yang telah dibuat kelmarin.
Pada keesokan harinya, masih ada satu lagi temujanji dengan Dr Baev Oleg pada jam 3.00 ptg. Rutin hari Isnin dan Selasa sekali lagi berulang pada hari ini Rabu 29.02.2012, cuma masanya yang berbeza. Kali ini setelah menghantar anak-anak ke sekolah, kami terus menuju ke pejabat suamiku. Tepat jam 1.30 tgh hari, kami pun bergerak menuju ke Hospital dengan membawa bersama kerani KAT pejabat suamiku iaitu Vlada. Kali ini temujanji dan 'sign contract' untuk bersalin akan diuruskan. Kami menuju ke bilik 2039 iaitu pejabat untuk 'sign contract'. Setelah itu, kami bertemu dgn Dr Baev. Pemeriksaan dilakukan dan beberapa perkara berkenaan keadaan kandungan, masa jangkaan bersalin dsbnya dimaklumkan. Kami juga maklumkan kpd Dr berkenaan yang kami akan ambil beliau sbg Dr. personal untuk proses kelahiran nanti. Beliau meramal@ menjangkakan bahawa kemungkinan babyku ini besar dan maybe akan keluar pada 23.03 nanti. Tentang keputusan pemeriksaan 'darah' alhamdulillah baik cuma hasil pemeriksaan 'pap smear' menunjukkan bahawa ada sedikit jangkitan. Jadi beliau mengesyorkan agar aku mengambil ubat sub( TERZINAN) untuk 10 hari. Akhir sekali kami membuat pembayaran di kaunter bayaran untuk bayaran 'sign contract' bersalin sepenuhnya iaitu sebanyak Rb166,160.00 (lebih kurang RM17K) Setelah itu, maka Dr Baev mengarahkan andai pada 14.03 aku masih belum bersalin lagi, satu lagi siri pertemuan diatur pada jam 3.00 petang untuk pemeriksaan seterusnya sehingga bersalin. Dalam hati aku berdoa agar aku bakal bersalin pada atau sebelum tarikh itu. InsyaAllah.
Gambar Hiasan |
* Entry ini lambat dipost kerana terlalu banyak urusan dan lagi belum siap sepenuhnya....
Thursday, 8 March 2012
SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA!
"SELAMAT HARI WANITA' BUAT SEMUA RAKAN WANITAKU"
" Ketika diciptakan seorang 'WANITA',ia diharuskan menjadi seorang yang ISTIMEWA .AKU membuat bahunya...cukup KUAT untuk menompang dunia,namun harus cukup LEMBUT untuk memberikan KENYAMANAN'....
*** Berbanggalah kita kerana KITA diciptakan oleh-NYA sebagai seorang WANITA kerana dengan limpahan kasih sayang serta dengan pengharapan yang ikhlas, Allah tidak akan persia-siakan ciptaan-NYA. Ini adalah janji-janji Allah swt buat KITA anugerah-NYA :
1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”.
2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w..t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan
3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.
4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.
7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.
12. Aisyah berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s.a..w., “Suaminya”. “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah s.a.w, “Ibunya”.
13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.
15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.
17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.
18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.
19. Daripada Aisyah r.a. “Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.”
Tuesday, 6 March 2012
MERINDUI KEBAHAGIAAN HAKIKI
Merindui Kebahagiaan Hakiki
Kita patut bertanya kepada diri kita sendiri , adakah kita ini di antara orang yang bahagia? Mungkin ada di antara kita pada ketika ini memiliki harta yang melimpah ruah, tetapi tidak merasa bahagia. Ada pula yang memiliki kemasyhuran dan kedudukan yang tinggi, namun tidak pernah merasa bahagia. Ada juga di antara kita yang amat terhormat di mata masyarakat dan menjadi tokoh terkemuka, tetapi itu pun tidak membuatnya bahagia. Ada juga yang cuba melancung ke luar negeri mengunjungi tempat-tempat yang indah tetapi nyata kebahagiaan itu tidak juga menggamitnya
Kalau begitu , ternyata ukuran bahagia itu tidak terletak pada banyaknya harta, bukannya pada jawatan dan kedudukan, bukan juga pada ketokohan seseorang dan juga bukan dengan peluang melancung ke merata tempat. Lalu, di manakah kebahagiaan itu, dan bagaimana pula kita dapat mengecapinya ?
Sebenarnya, kebahagiaan adalah bila seseorang mampu melakukan sesuatu yang bermakna dan murni. Ia merupakan kekuatan batin yang memancarkan ketenangan dan kedamaian, merupakan kurniaan Allah s.w.t yang membuat jiwa lapang dan bergembira.
Bahagia adalah kejernihan hati, kebersihan amal perbuatan dan keelokan ruhani. Hal itu merupakan kurniaan Allah s.w.t. yang diberikan kepada siapa saja yang melakukan perbuatan terpuji.
Bahagia adalah rasa redha yang mendalam dan sikap qana'ah. Ia bukan barang dagangan yang mampu dibeli di pasar walau sekaya mana pun kita, tetapi merupakan kurniaan Allah s.w.t yang dianugerahkan kepada jiwa-jiwa yang terpilih.
Kebahagiaan itu adalah kelapangan jiwa; bahagia itu tatkala anda mampu membuat orang lain senang hati, menguntumkan senyum di wajah, dan anda merasa gembira bila dapat berbuat baik kepada sesama manusia dan merasa nikmat ketika anda mampu bersikap baik kepada mereka.
Kebahagiaan adalah membuang jauh segala fikiran dan pandangan negatif dan mengisinya dengan fikiran dan pandangan yang positif. Ia merupakan sebuah kekuatan yang mampu menghadapi berbagai tekanan dan mampu memecah kebuntuan tanpa diperkuda emosi.
Kebahagian itu ada pada ilmu yang bermanfaat dan amal yang soleh, ada dalam meninggalkan kebencian, kedengkian dan sikap tamak terhadap apa yang dimiliki orang lain.
Bahagia itu terdapat dalam zikir dan ingat kepada Allah s.w.t., syukur kepada-Nya dan memperelokkan ibadah kepada-Nya. Dan kebahagiaan hakiki adalah mendapat syurga dan terselamat dari api neraka.
Catatan-catatan ringkas tentang kebahagiaan
Orang yang berbahagia adalah orang yang mengambil pelajaran dari orang lain dan orang yang celaka adalah orang yang dijadikan pelajaran oleh orang lain.
Bahagia adalah jika anda senang untuk berbuat kebaikan, bukan dengan berbuat apa saja yang anda senang.
Orang bahagia adalah orang yang mengambil pelajaran dari masa lalu dan berhati-hati terhadap dirinya. Orang celaka adalah orang yang mengumpulkan harta untuk orang lain dan bakhil untuk memberikan kebaikan walaupun kepada dirinya sendiri.
Orang bahagia ialah yang mendapat pengajaran dari pengalaman lalu, bersemangat pada hari ini dan optimis tentang masa depan.
Kebahagiaan itu diperolehi dengan menjaga lisan.
Seseorang tidak akan mencapai kebahagiaan kecuali jika dia hidup merdeka, terbebas dari kongkongan syahwatnya serta mampu menahan hawa nafsunya.
Kesungguhan anda dalam mencintai ketaatan, hati yang selalu anda hadapkan ke hadirat Allah s.w.t , dan hadirnya hati ketika sedang beribadah adalah tanda kebahagiaan.
Kebahagiaan itu tidak boleh dibeli dengan harta walaupun ia sering dijual.
Petunjuk Kebahagiaan
Kebahagiaan memiliki tanda-tanda, sebagaimana disebutkan oleh Imam Ibnul Qayyim rahimahullah. Beliau menyebutkan tiga perkara iaitu:
1. Jika mendapat nikmat, dia bersyukur.
2. Jika mendapat ujian, dia bersabar.
3. Jika berbuat dosa, dia beristighfar.
Untuk Mendapat Bahagia
Untuk mencapai kebahagiaan dan kejayaan adalah sebagai berikut, perhatikan perkara berikut:
1. Beriman Kepada Allah s.w.t.
Tidak ada kebahagiaan tanpa iman kepada Allah s.w.t. Kebahagiaan itu akan bertambah seiring dengan bertambahnya iman seseorang kepada Allah s.w.t., dan akan berkurang bersama dengan lemahnya iman kepada-Nya. Apabila iman semakin teguh maka makin memuncak pula kebahagiaannya. Sebaliknya jika iman menjadi lemah, maka jiwanya menjadi goncang dan fikirannya menjadi semakin negatif. Dia akan berasa kehidupan ini amat pahit dan dia akhirnya ditimpa kebinasaan dalam hidupnya.
2. Beriman kepada Kekuasaan Allah s.w.t.
Orang yang beriman bahwa Allah s.w.t. adalah yang Maha Kuasa, tanpa had, maka dia tidak akan dirundung duka. Dia tidak akan disapa kesedihan kerana dia mempunyai tempat bersandar yang kuat ketika ditimpa ujian dan kesulitan.
3. Beriman dengan Ketetapan Allah s.w.t
Iman dengan qadha' dan qadar akan menumbuhkan sikap redha dalam hati, kelapangan jiwa dan ketenangan. Oleh kerana itu Nabi s.a.w bersabda,
"Sungguh menakjubkan urusan seorang mukmin, sesungguhnya seluruh urusannya adalah baik. Jika diberi nikmat maka dia bersyukur dan itu adalah baik baginya. Dan jika ditimpa kesempitan, maka dia bersabar dan itu pun baik baginya.” (HR Muslim)
4. Mencontohi Orang yang Berjaya
Yang dimaksudkan di sini adalah orang yang telah menaburkan jasa yang besar dan luar biasa kepada umat manusia dan dia adalah orang yang beriman kepada Allah s.w.t . Yang pertama dan utama adalah ikutan kita Rasulullah Muhammad s.a.w Dengan mengikuti jalannya, maka seseorang akan bahagia dan dengan meninggalkan petunjuk dan sunnahnya, maka seseorang akan celaka.
5. Mengenali Hakikat Kehidupan

Hidup pasti akan berhadapan dengan masalah dan kesusahan dan pasti ada rintangan dan ujian. Semua ini merupakan ketetapan dari Allah s.w.t. terhadap manusia, supaya diketahui siapakah yang lebih baik amalnya. Maka wajib bagi kita untuk mengenal hakikat hidup ini dan menerima sebagaimana sepatutnya dan tidak melarikan diri untuk menghadapi ketentuan Allah dengan ketentuan lainnya, menghadapi yang tidak kita senangi dengan sesuatu yang dapat menghilangkannya. Mengetahui permasalahan ini bukan bererti menyerah kalah dan putus asa, malah bersikap sebaliknya.
6. Mengubah Kebiasaan Negatif Kepada Positif
Doktor Ahmad Al-Bara' Al-Amiri mengatakan bahawa memulai kebiasaan baru yang bersifat aqliyah (mampu digarap dan dipikirkan) itu tidaklah sukar , diperlukan hanya sekitar 21 hari. Dalam hari-hari tersebut kita berfikir, bermuzakarah, lalu berusaha untuk mewujudkan kebiasaan baru itu, dan yang paling akhir kita bayangkan dengan jelas dan sempurna bahwa diri kita telah menjadi seperti apa yang kita inginkan.
Jika kita berfikir bahwa kita telah menjadi orang baru sebagaimana yang kita kehendaki, maka gambaran ini secara perlahan-lahan dan berperingkat akan menjadi suatu realiti. Hal ini seperti diungkapkan bahwa "al hilm bittahallum wal ilm bitta'allum" sikap lembut dicapai dengan selalu berusaha lembut dan ilmu itu diraih dengan belajar. (Durus nafsiyah linnajah wattafawwuq)
7. Tujuan Yang Mulia
Ramai orang yang gagal kerana dia tidak mempunyai objektif dan tujuan tertentu untuk dicapai. Ataupun mungkin dia mempunyai satu tujuan tetapi tujuannya bukan sesuatu yang mulia dan tinggi menyebabkan ia tidak merasa bahagia tatkala berusaha mendapatkannya. Sedangkan tujuan yang mulia akan menjadikan seseorang merasa bahagia ketika sedang berusaha untuk mencapainya.
8. Ringankan Derita
Orang hidup pasti mengalami musibah dan derita, namun tidak sepatutnya musibah itu dianggap sebagai titik noktah kepada segalanya, dan jangan beranggapan bahwa hanya dirinya seorang yang mendapat ujian hidup. Bahkan sepatutntya dia merasa ringan dengan musibah dan tidak terlalu membesar-besarkannya.
9. Jangan Membuatkan Kita Resah Disebabkan Perkara-Perkara Kecil.
Ada sebahagian manusia merasa resah dan kalut dengan kejadian-kejadian biasa dan lumrah dalam kehidupan seharian. Di antara mereka ada yang begitu sedih dengan pecahnya piring atau gelas, saluran air atau kabel yang terputus, baju yang koyak dan lain-lain yang sebenarnya perkara biasa sahaja.

10. Kebahagiaan Ada Pada Diri Anda
Jika bahagia itu ada pada diri kita, maka mengapa mesti mencarinya di tempat yang jauh. Setiap manusia mempunyai kekuatan dan potensi untuk bahagia, tetapi kebanyakan mereka tidak mahu melihatnya. Sebabnya adalah kerana dia tidak pernah memperhatikan diri sendiri, tetapi sibuk melihat orang lain.
Kebahagiaan itu kadang-kadang ada di depan mata, tetapi kita tidak mengetahuinya, sehingga terpaksa mencarinya dari tempat yang jauh dan semakin jauh. (Khalif Muttaqin)
Diadaptasi dari terjemahan dari buku: ‘Daliluka Ila As-Sa’adah An-Nafsiyah’,

Dept. Ilmiyah Darul Wathan .
SENARAI SEMAK PENTING!
Jom semak solat kita..
Assalamualaikum wbt.
Mari kita semak solat fardu kita. Yang mana satu (atau lebih) agaknya kategori kita berada.
1. Solat tapi bila rasa nak solat sahaja, kalau tidak tinggal.
2. Solat cukuplima waktu, tetapi solat subuh selalunya subuh gajah (solat ketika matahari dah terbit).
3. Solatlima waktu tetapi subuh selalunya diqadha masa solat zohor.
4. Solat cukuplima waktu tetapi selalu lewat, contohnya solat zohor bila dah hampir waktu asar, solat maghrib dah dekat waktu Isyak.
5. Solat subuh dalam waktunya bila hari kerja sahaja, hari minggu atau cuti umum, solat subuh tu diqadha (tak bangun le tu).
6. Solat cukuplima waktu tetapi amat jarang atau pun tidak pernah solat sunat sebelum dan sesudah lima waktu.
7. Solat tak cukuplima waktu, tetapi solat sunat tarawih di bulan puasa cukup pulak dikerjakan.
Mari kita semak solat fardu kita. Yang mana satu (atau lebih) agaknya kategori kita berada.
1. Solat tapi bila rasa nak solat sahaja, kalau tidak tinggal.
2. Solat cukup
3. Solat
4. Solat cukup
5. Solat subuh dalam waktunya bila hari kerja sahaja, hari minggu atau cuti umum, solat subuh tu diqadha (tak bangun le tu).
6. Solat cukup
7. Solat tak cukup
8. Solat cukup lima waktu tetapi selalunya di rumah, amat jarang ataupun tidak pernah solat di masjid/surau (bagi lelaki).
9. Solat cukuplima waktu tetapi kurang berusaha menjaga kusyhuknya sedar-sedar dah bagi salam.
10. Sentiasa berusaha solat di masjid/surau secara berjemaah termasuklah solat subuh.
11. Sentiasa berusaha menunaikan solat sunat sesudah dan sebelum solat fardu.
12. Solatlima waktu tetapi bila demam atau sakit sakit sahaja, solat ditinggalkan, qadha bila dah sihat.
13. Solatlima waktu tetapi bila musafir sahaja (contoh bila balik kampung), solat ditinggalkan, qadha kemudian bila sampai rumah.
14. Solat sekali seminggu, solat Jumaat sahaja.
15. Solat bila ada masalah.
16. Solat bila orang disekeliling solat, kalau tidak buat tak tahu aje.
17. Solat sebulan sekali.
18. Solat setahun sekali, iaitu solat sunat hari raya aidil fitri.
19. Solat seumur hidup sekali, itupun disolat oleh orang bila dah meninggal.
20. Tak pernah solat langsung. Sedar-sedar dah meninggal!!!!
9. Solat cukup
10. Sentiasa berusaha solat di masjid/surau secara berjemaah termasuklah solat subuh.
11. Sentiasa berusaha menunaikan solat sunat sesudah dan sebelum solat fardu.
12. Solat
13. Solat
14. Solat sekali seminggu, solat Jumaat sahaja.
15. Solat bila ada masalah.
16. Solat bila orang disekeliling solat, kalau tidak buat tak tahu aje.
17. Solat sebulan sekali.
18. Solat setahun sekali, iaitu solat sunat hari raya aidil fitri.
19. Solat seumur hidup sekali, itupun disolat oleh orang bila dah meninggal.
20. Tak pernah solat langsung. Sedar-sedar dah meninggal!!!!
Solat fardu lima waktu sehari-semalam adalah kewajipan yang paling asasi dalam Islam. Di akhirat kelak perkara yang pertama sekali ditanya Allah adalah solat. Jika sempurna solatnya maka sempurnalah amalan-amalannya yang lain. Jika tidak maka gagallah amalan-amalan yang lain.
Tiada gunanya amalan-amalan puasa,sedekah, haji, zakat dan lain-lain jika kita tidak menjaga solat kita. Apakah kita sanggup menerima risiko kegagalan tersebut di akhirat dan seksaan kubur yang dikenakan terhadap orang yang meninggalkan solat. Solat fardu wajib ditunaikan selagi seseorang masih Islam dan masih waras. Ianya tidak boleh ditinggalkan sama sekali dalam apa keadaan sekali pun kerana ianya termasuk dalam dosa-dosa besar.
Hatta dalam keadaan kita sakit teruk sekali pun jika hanya mata yang boleh bergerak maka solat wajib dilaksanakan dalam waktunya iaitu dengan menggunakan isyarat mata. Oleh itu marilah kita menjaga solat kita dengan sungguh-sungguh.
Solat yang terbaik ialah solat di masjid/surau (bagi lelaki) secara berjemaah dengan menjaga kekusyhukannya, bacaannya serta rukunnya serta mengambil wudhu' secara sempurna. Semoga Allah memberi kita kekuatan untuk kita memperbaiki solat kita. Wallahu'alam.....
DIMANA ANDA???

JIWA YANG TENTERAM
Jiwa yang Tenteram
1. Matlamatnya Akhirat
Jiwa yang sihat bergerak dari dunia menuju ke akhirat dan seakan-akan telah sampai di sana. Sehingga dia merasa seperti telah menjadi penghuni akhirat dan putera-puteri akhirat. Dia datang dan berada di dunia ini seakan-akan sebagai orang asing, yang mengambil sekadar keperluannya, untuk segera kembali ke negeri asalnya. Nabi s.a.w bersabda,
"Jadilah engkau di dunia ini seperti orang asing atau (musafir) yang melalui suatu jalan." (HR. al-Bukhari)
Bila jiwa seseorang itu sihat, dia akan mengembara menuju akhirat dan menghampirinya, sehingga seakan-akan dia telah menjadi penghuninya. Sedangkan bila jiwa tersebut sakit, maka dia akan terlena dengan dunia dan menganggapnya sebagai negerinya yang kekal, sehingga jadilah dia hamba kepadanya.
2. Keinginan Menuju Allah s.w.t.
Di antara tanda tenteramnya jiwa ialah selalu mendorong seseorang untuk kembali kepada Allah s.w.t. dan tunduk kepada-Nya. Dia bergantung hanya kepada Allah, mencintai-Nya sebagaimana seseorang mencintai kekasihnya. Tidak ada kehidupan, kebahagiaan, kenikmatan, kesenangan kecuali hanya dengan ridha Allah, merasa dekat dan rasa jinak terhadap-Nya. Merasa tenang dan tenteram dengan Allah, berlindung kepada-Nya, bahagia bersama-Nya, bertawakkal hanya kepada-Nya, yakin, berharap dan takut hanya kepada Allah .
Maka jiwa tersebut akan selalu mengajak dan mendorong pemiliknya untuk mecari ketenangan dan ketenteraman bersama Ilah sembahannya. Tatkala itulah ruh benar-benar merasa kehidupan dan kenikmatan dan menjadikan hidupnya lain daripada yang lain, bukan kehidupan yang penuh dengan kelalaian dan berpaling dari tujuan penciptaan manusia. Untuk tujuan menghamba kepada Allah s.w.t inilah syurga dan neraka diciptakan, para rasul diutus dan kitab-kitab diturunkan.
Abul Husain al-Warraq berkata, "Hidupnya jiwa adalah dengan mengingat Zat Yang Maha Hidup dan Tidak Pernah Mati, dan kehidupan yang nikmat adalah kehidupan bersama Allah, bukan selain-Nya."
Oleh karena itu terputusnya hubungan seseorang dengan Allah s.w.t. adalah lebih dahsyat kepada orang-orang arif yang mengenal Allah daripada kematian, karena terputus dari Allah adalah terputus dari al-Haq, sedang kematian adalah terputus dari sesama manusia.
3. Tidak Bosan Berzikir
Di antara tanda sihatnya jiwa adalah tidak pernah bosan untuk berzikir mengingat Allah s.w.t Tidak pernah merasa jemu untuk mengabdi kepada-Nya, tidak terlena dan asyik dengan selain dari Nya, kecuali kepada orang yang menunjukkan jalan kepada Nya, orang yang mengingatkan dia kepada Allah s.w.t. atau saling mengingatkan dalam kerangka berzikir kepada-Nya.
4. Menyesal jika Tertinggal dari Berzikir
Jiwa yang sihat akan rasa menyesal, merasa sedih dan sakit melebihi sedihnya seorang bakhil yang kehilangan hartanya jika tertinggal atau terlupa berzikir.
5. Rindu Untuk Beribadah
Jiwa yang sihat selalu rindu untuk menghamba dan mengabdi kepada Allah s.w.t. , sebagaimana rindunya seorang yang lapar terhadap makanan dan minuman.
6.Khusyu' Dalam Shalat
Jiwa yang sihat akan meninggalkan segala keinginan dan sesuatu yang bersifat keduniaan ketika sedang menunaikan solat. Sangat berhati-hati dalam masalah solat dan bersegera melakukannya, serta memperolehi ketenangan dan kenikmatan di dalam solat tersebut. Baginya solat merupakan kebahagiaan dan penyejuk hati dan jiwa.
7.Keinginannya Hanya kepada Allah
Jiwa yang sihat, keinginannya hanya satu, iaitu kepada segala sesuatu yang diridhai Allah s.w.t..
8. Menjaga Waktu
Di antara tanda sihatnya jiwa adalah merasa sayang jika waktunya hilang dengan sia-sia, melebihi sayang seorang yang kikir terhadap hartanya.
9. Muhasabah dan Memperbaiki Diri
Jiwa yang sihat senantiasa memberi perhatian untuk terus memperbaiki amal, melebihi perhatian terhadap amal itu sendiri. Dia terus bersemangat untuk meningkatkan keikhlasan dalam beramal, mengharap nasihat, mutaba'ah dan ihsan (seakan-akan melihat Allah s.w.t. dalam beribadah, atau selalu merasa dilihat Allah). Di samping itu dia selalu memperhatikan pemberian dan nikmat dari Allah s.w.t. serta kekurangan dirinya di dalam memenuhi hak-hak-Nya.
Demikian di antara beberapa fenomena dan karakteristik yang menunjukkan sihatnya jiwa seseorang.
Dapat disimpulkan bahwa jiwa yang sihat dan tenteram adalah qalbu yang himmah (keinginannya ) kepada sesuatu yang menuju Allah s.w.t. , mencintai-Nya dengan sepenuhnya, menjadikan-Nya sebagai matlamat. Jiwa raganya untuk Allah, amalan, tidur, bangun dan bicaranya hanyalah untuk-Nya. Dan ucapan tentang segala yang diridhai Allah lebih dia sukai daripada segala pembicaraan yang lain, fikirannya selalu tertuju kepada apa sahaja yang diridhai dan dicintai-Nya.
Berkhalwah (menyendiri) untuk mengingat Allah s.w.t lebih dia sukai daripada bergaul dengan orang, kecuali dalam pergaulan yang dicintai dan diridhai-Nya. Kebahagiaan dan ketenangannya adalah bersama Allah, dan ketika dia mendapati dirinya berpaling kepada selain Allah, maka dia segera mengingat firman-Nya,
”Hai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Rabbmu dengan hati yang puas lagi diridhai-Nya.،Ё (QS. 89:27-28)
Dia selalu mengulang-ulang ayat tersebut, dengan harapan dia akan mendengarnya nanti pada hari Kiamat dari Rabbnya. Maka akhirnya jiwa tersebut di hadapan Ilah dan Sesembahannya yang Haq akan terwarna dengan sibghah (celupan) sifat kehambaan. Sehingga jadilah dia abdi sejati sebagai di segi sifat dan karakternya, ibadah adalah nikmat bukannya beban yang memberatkan. Dia melakukan ibadah dengan rasa gembira, cinta dan rasa dekat kepada Rabbnya.
Ketika diajukan kepadanya perintah atau larangan dari Rabbnya, maka hatinya berkata , "Aku sambut panggilan-Mu, aku penuhi dengan suka cita, sesungguhnya aku mendengar, taat dan akan melaksanakannya. Engkau berhak dan layak mendapat semua itu, dan segala puji kembali hanya kepada-Mu.،Ё
Apabila ada takdir menimpanya maka dia mengatakan, " Ya Allah, aku adalah hamba-Mu, miskin dan memerlukan-Mu, aku hamba-Mu yang fakir, lemah tidak berdaya. Engkau adalah Rabbku yang Maha Mulia dan Maha Penyayang. Aku tidak mampu untuk bersabar jika Engkau tidak menolongku untuk bersabar, tidak ada kekuatan bagiku jika Engkau tidak membantuku dan memberiku kekuatan. Tidak ada tempat bersandar bagiku kecuali hanya kepada-Mu, tidak ada yang dapat memberikan pertolongan kepadaku kecuali hanya Engkau. Tidak ada tempat berpaling bagiku dari pintu-Mu, dan tidak ada tempat untuk lari dari-Mu.،Ё
Dia mempersembahkan segalanya hanya untuk Allah s.w.t, dan dia hanya bersandar kepada-Nya. Apabila ditimpa sesuatu yang tidak disukai maka dia berkata, "Rahmat telah dihadiahkan untukku, ubat yang sangat bermanfaat dari Zat Pemberi Kesembuhan yang mengasihiku." Jika dia kehilangan sesuatu yang dia sukai, maka dia berkata, "Telah disingkirkan keburukan dari sisiku."
Semoga Allah s.w.t memperbaiki jiwa kita semua, dan menjaganya dari penyakit-penyakit yang merosak dan membinasakan, Amin.
Sumber Asal : Mawaridul Aman al Muntaqa min Ighatsatil Lahfan fi Mashayid asy-Syaithan, penyusun Syaikh Ali bin Hasan bin Ali al-Halabi.
Adaptasi dari artikel yang disiarkan oleh www.alsofwah.or.id
GANGGUAN SYAITAN KETIKA SOLAT
10 Gangguan Syaitan Ketika Solat
Antara gangguan ketika melakukan solat adalah:
1) Berasa was-was ketika melakukan takbiratulihram
Saat membaca takbiratul ihram, ‘Allahu Akbar’, seseorang akan berasa ragu-ragu apakah takbir yang dilakukannya itu sah atau belum sah.
Sehingga dia mengulanginya sekali lagi dengan membaca takbir. Perasaan itu akan berterusan kadang-kadang sampai imam hampir rukuk.
Ibnu Qayyim berkata, “Termasuk tipu daya syaitan yang banyak mengganggu mereka adalah was-was dalam bersuci (berwuduk) dan niat atau saat takbiratul ihram dalam solat”. Was-was itu membuat mereka terseksa.

2) Tidak memberi tumpuan ketika membaca bacaan dalam solat
Sahabat Rasulullah, Uthman bin Abil ‘Ash datang kepada Rasulullah dan mengadu, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya syaitan hadir dalam solatku dan membuat bacaanku salah.” Rasulullah menjawab, “Itulah syaitan yang disebut dengan khinzib.
“Apabila kamu berasakan kehadirannya, ludahlah kekiri tiga kali dan berlindunglah kepada Allah. Aku pun melakukan hal itu dan Allah SWT gangguan itu dariku” (Hadis Riwayat Muslim).

3) Lupa jumlah rakaat yang dikerjakan
Abu Hurairah r.a berkata, “Sesungguhnya Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Jika seorang daripada kalian solat,syaitan akan datang kepadanya untuk menggoda sampai mereka tidak tahu berapa rakaat yang dikerjakan. Apabila seorang daripada kalian mengalami hal itu, hendaklah ia sujud dua kali (sujud sahwi) saat ia masih duduk dan sebelum salam, setelah itu baru mengucapkan salam.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

4) Hadirnya fikiran yang memalingkan tumpuan
Abu Hurairah berkata, “Rasulullah bersabda yangbermaksud: “Apabila dikumandangkan azan solat, syaitan akan berlari seraya terkentut-kentut sampai ia tidak mendengar suara azan.
Apabila muazin selesai azan, ia kembali lagi danjika iqamat dikumandangkan dia berlari. Apabila selesai iqamat, dia kembali lagi.
Ia akan selalu bersama orang yang solat seraya berkata kepadanya,’Ingatlah apa yang tadinya tidak kamu ingat!’ Sehingga orangitu tidak tahu berapa rakaat ia solat.” (Hadis Riwayat Bukhari).

5) Tergesa-gesa menyelesaikan solat
Ibnu Qayyim berkata: “Sesungguhnya tergesa-gesa itu datang daripada syaitan, kerana tergesa-gesa adalah sifat gelabah yang menghalangi seseorang untuk berhati-hati, tenang dan santun serta meletakkan sesuatu pada tempatnya.
Tidak ada ketenangan atau thuma’ninah. Pada zaman Rasulullah ada orang solat dengan tergesa-gesa. Akhirnya Rasulullah memerintahkannya untuk mengulanginya kerana solat yang ia kerjakan belum sah.
Rasulullah bersabda kepadanya, “Apabila kamu solat, bertakbirlah (takbiratul ihram). Lalu bacalah daripada al-Quran yang mudah bagimu, lalu rukuklah sampai kamu benar-benar rukuk (thuma’ninah), lalu bangkitlah daripada rukuk sampai kamu tegak berdiri.
Kemudian sujudlah sampai kamu benar-benar sujud(thuma’ninah) dan lakukanlah hal itu dalam setiap rakaat solatmu.” (HadisRiwayat Bukhari dan Muslim).

6) Melakukan gerakan yang tidak perlu
Dahulu ada seorang sahabat yang bermain kerikil ketika sedang tasyahud. Ia membolak-balikkannya. Melihat hal itu, Ibnu Umar segera menegurnya selepas solat.
“Jangan bermain kerikil ketika solat kerana perbuatan itu berasal daripada syaitan. Tapi kerjakan seperti apa yang dikerjakan Rasulullah”. Orang itu bertanya, “Apa yang dilakukannya? “Kemudian Ibnu Umar meletakkan tangan kanannya di atas paha kanannya dengan jari telunjuk menunjuk ke arah kiblat atau tempat sujud. “Demikianlah saya melihat apa yang dilakukan Rasulullah s.a.w,” kata Ibnu Umar (Hadis Riwayat Tirmidzi).

7) Melihat ke kiri atau ke kanan ketika solat
Sedar atau tidak, jika seseorang itu melihat kekiri atau ke kanan, itu akibat godaan syaitan yang menggoda. Kerana itu,selepas takbiratul ihram, pusatkan pandangan pada satu titik iaitu tempat sujud. Sehingga perhatian kita menjadi fokus dan dicuri syaitan. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Aisyah beliau berkata, “Saya bertanya kepada Rasulullah hukum melihat ketika solat”. Rasulullah menjawab, “Itu adalah curian syaitan atas solat seorang hamba.” (Hadis Riwayat Bukhari).

Menguap dan mengantuk
Rasulullah bersabda bermaksud: “Menguap ketika solat itu daripada syaitan. Kerana itu, apabila kamu ingin menguap, tahanlah.”(Hadis Riwayat Thabrani).
Dalam riwayat lain Rasulullah bersabda, “Ada pun menguap itu datangnya daripada syaitan, hendaklah seseorang mencegahnya(menahannya) selagi boleh. Apabila ia berkata ‘ha…’ bererti syaitan tertawa dalam mulutnya” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).
Rasulullah bersabda bermaksud: “Menguap ketika solat itu daripada syaitan. Kerana itu, apabila kamu ingin menguap, tahanlah.”(Hadis Riwayat Thabrani).
Dalam riwayat lain Rasulullah bersabda, “
9) Bersin berulang kali ketika solat
Syaitan ingin mengganggu kekhusyukan solat dengan bersin sebagaimana yang dikatakan Abdullah bin Mas’ud, “Menguap dan bersin dalam solat itu daripada syaitan.” (Riwayat Thabrani).
Ibnu Mas’ud berkata, “Bersin yang tidak disenangi Allah adalah yang terjadi dalam solat sedangkan bersin di luar solat itu tetap disenangi Allah. Hal itu tidak lain kerana syaitan memang ingin mengganggu solat seseorang dengan pelbagai cara.”

10) Terasa ingin buang angin atau buang air
Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Apabila seorang daripada kalian bimbang apa yang dirasakan di perutnya apakah keluar sesuatu daripadanya atau tidak, janganlah sekali-kali ia keluar dari masjid sampai ia yakin mendengar suara (keluarnya angin) atau mencium baunya” (HadisRiwayat Muslim).
Berbahagialah orang Muslim yang selama ini terbebas daripada pelbagai macam gangguan syaitan dalam solat mereka. Semoga kita semua dibebaskan Allah daripada gangguan berkenaan.

~Bagi yang berasakan gangguan itu, sebahagian atau keseluruhannya, janganlah putus asa untuk berjihad melawan syaitan terkutuk.
Thursday, 1 March 2012
MINGGU YANG MEMENATKAN! Bhgn 1
Salam sahabat semua. Setelah seminggu tidak bersiaran,hari ini saya muncul kembali dengan cerita dan berita terbaru tentang diri dan keluarga. Alhamdulillah, segala urusan dalam seminggu yang berlalu telah dapat diselesaikan seperti yang dirancang....Syukur Alhamdulillah kerana dengan izin dan rahmatNya....kini hati, perasaan dan diriku dan keluarga merasa teramat lega.
Alkisahnya begini, setelah kandunganku melewati minggu ke-36 pada dua minggu lalu, doktor Ginekologi di Poliklinik UPDK Medincentre,Moscow, Dr Julia, telah mengarahkanku untuk menandatangani kontrak untuk bersalin di Oparina4 @ Research Centre of Institute of Obstetric, Ginakology and Perinatalogy, Oparina Akademichesky Street. Kami pun mengatur temujanji dengan Ketua Jabatan Wad Bersalin Dr Baev O.P. Temujanji pertama adalah pada hari Rabu 22.02.2012 jam 11.30 pagi. Tak sabar rasanya menunggu kedatangan hari tersebut kerana bimbang dengan kandunganku yang bakal menghampiri minggu ke-37.
Pada hari yang dijanjikan, kami iaitu aku bersama suami, Zulaikha dan Vlada (local staf pejabat suamiku) telah hadir dilokasi yang tersebut di atas. Betapa terkejutnya aku kerana mendapati terlalu ramai wanita/ibu-ibu mengandung di situ. Itulah kali pertama dalam sejarah hidupku selama mengandung di Moscow ini melihat seramai itu (lebih daripada 70 orang) wanita Rusia mengandung. Mungkin kerana ini adalah Pusat Penyelidikan khas untuk wanita.ibu dan bayi agaknya. Lagi pula ia adalah dibawah kawalan Kementerian Kesihatan Rusia. Jadi ramailah orang-orang tempatan yang berkunjung dan mendapatkan rawatan di situ.
Berbalik kepada kisahku tadi, setelah berjalan agak jauh dari tempat meletak kereta ke pintu masuk haospital tersebut, dengan mengharungi salji yang menebal di atas jalan serta snowflakes yang sentiasa turun membasahi bumi Moscow ini, maka kami pun mendaftar dengan mengemukakan pasport masing-masing. Kami telah diberi pas masuk berbentuk kad sesentuh dan terus menuju ke tingkat 2,iaitu Poliklinik untuk urusan temujanji itu. Kami harus membuat bayaran terlebih dahulu di kaunter bayaran @ KACCA dalam bahasa Rusia. Setelah itu kami menunggu di hadapan bilik Doktor 2021. Setelah tiba masa giliran, hampir jam 1.00 petang barulah kami dipanggil untuk sesi temuduga dan pemeriksaan. Pelbagai soalan ditanya daripada bermulanya pusingan haid dalam hidup hinggalah kepada keadaan semasa waktu sekarang. Segala maklumat yang kuberikan direkodkan oleh doktor Baev dalam komputer riba beliau. Walaupun bahasa yang digunakan hampir sepenuhnya bahasa Rusia, namun dengan bantuan Vlada,aku dapat memahami dan menjawab setiap pertanyaan dengan baik dan memuaskan hati doktor berkenaan.
Setelah selesai sesi tersebut tadi, maka doktor mengarahkanku untuk berbaring bagi menjalankan pemeriksaan perut. Beliau mengatakan bahawa kandunganku ok dan baby juga telah agak turun tetapi masih agak tinggi dari pintu. Jadi kemungkinan masih ada 2@ 3 minggu lagi untuk waktu bersalin tiba. Kemudian beliau mengarahkanku agar dibuat beberapa jenis pemeriksaan di hospital itu (walaupun aku telah membuat semua pemeriksaan itu di Poliklinik UPDK Medincentre sebelum ini) sebelum kontrak ditandatangani. Pemeriksaan tersebutlah termasuklah ultrasound, CTG, beberapa jenis pemeriksaan darah, smear flora dan autoplasma. Ini akan memakan masa beberapa hari juga untuk menyelsaikan kesemuanya.
Temujanji diatur untuk pemeriksaan ultrasound dan CTG pada Sabtu 25.02.2012 jam 10.00. Pada hari itu kami membawa 2 orang pelajar perubatan tahun 6 yang berkelapangan iaitu Athiyah Samsudin dan Farah Nasuha Mohd Daut sebagai peneman dan penterjemah. Lebih kurang jam 9.45 pagi kami tiba di hospital berkenaan dan terus menuju ke kaunter yang sepatutnya. MasyaAllah begitu ramainya yang buat temunjanji pada hari itu. Lama juga kami menunggu dan akhirnya jam 11.15 pagi aku dipanggil untuk pemeriksaan CTG. Aku kagum dengan kecekapan doktor/petugas yang mengendalikan pemeriksaan CTG ini. Beliau mengendalikan 6 orang ibu mengandung dalam satu masa. Alhamdulillah keputusan pemeriksaan CTG anakku diperolehi dalam masa lebih kurang 25 minit sahaja dan hasil bacaan, pergerakan dan grafnya cantik sekali...Malah petugas itu telah memujiku dalam bahasa Rusia.....maladiaot @ well done!
Setelah itu aku berlalu menuju ke bilik doktor untuk ultrasound (UZY) pula. Alhamdulillah cuma menunggu 20 minit, aku pun dipanggil untuk UZY (dlm bahasa singkatan Rusia). Walaupun bilik kecil tetapi cangggih sekali dimana terdapat 3 monitor termasuk 1 yang besar +- 32 inci) yang diletak didinding atas untuk tontonan pesakit @ ibu yang diperiksa. Kagum aku dengan kemudahan yang disediakan. Syukur alhamdulillah....tak sia-sia aku memilih Pusat perubatan berkenaan walaupun terpaksa menunggu berjam-jam lamanya untuk setiap sesi pemeriksaan - sabar adalah sifat utama yang perlu dalam keadaan dan lokasi seperti ini. Hasil pemeriksaan doktor mendapati bahawa bayiku besar, 3.516kg, bersaiz 53cm yang mana ikut sepatutnya adalah 2.986 kg dan 48cm....dengan ini doktor mengandaikan mungkin kandungan adalah 38 minggu 2 hari sedangkan mengikut kiraan adalah 37 minggu. Walau apa dan berapa pun berat, tempoh dan saiz bayiku ini, aku sentiasa berdoa kepadaNya dan berharap agar bayiku tetap sihat, sempurna dan selamat di dalam rahimku dan juga selamat dilahirkan nanti...Suatu ANUGERAH yang tidak DIDUGA dan diberi olehNYA TANPA diminta ...Jazakallahukhairankathiraaa..Ya Allah! Semoga dengan kehadiran dan kelahiran beliau kelak....akan menambahbaik lagi rezeki dan rumahtangga kami bersama........InsyaAllah!
http://www.blogger.chttp://www.blogger.com/video
Bersambung.......
KISAH BENAR...BUAT RENUNGAN BERSAMA!
Kisah Benar,Akibat Bagi Suami Makan Darah Haid Dan Air Mani
Lama benar saya tidak berjumpa dengan Ariffin. Rasanya sudah lebih Tujuh tahun sejak kawan lama saya itu di arahkan mengajar di Johor. Kerana itulah, apabila dia datang ke pejabat saya pagi itu, saya Merasa terlalu seronok.
“Eh, makin kurus nampak. Diet ke?” kata saya setelah mempersilakannya Duduk.
“Tak adalah. biasa la cikgu, kan sekarang ni macam-macam kerja. Kurikulumlah, kokurikulumlah, sukanlah. badan gemuk pun boleh jadi Tinggal tulang,” balas Arifin.
“Tengok ni ustaz, baju pun dah menggelebeh. Seluar pun longgar,” Tambah Arifin sambil menarik lengan baju untuk menunjukkan betapa Kurusnya dia dan besarnya baju yang di pakai.
Selepas bertanya itu ini dan mengusiknya serba sedikit, saya bertanya Arifin tentang hajatnya datang menemui saya. Yalah, tiba-tiba saja Muncul, pasti ada hajat yang hendak di sampaikan.
“Orang rumah saya sakitlah, ustaz”, kata Arifin.
“Patutlah aku tengok engkau lain macam aja tadi. Ketawa pun hendak Tak hendak. Sakit apa?” saya bertanya. Agak lambat Arifin menjawab. Dia menarik nafas, kemudian meraup muka dan seterusnya bersandar di Kerusi. Setelah itu disorotnya mata saya dalam-dalam.
“Entahlah.” katanya perlahan,
” Lima tahun lalu tiba-tiba saja badan dia melepuh-lepuh. Di kaki, Paha, perut, dibelakang. penuh dengan lepuh macam orang terkena air Panas,”kata Arifin.
Tambah kawan lama saya itu, dia telah membawa isterinya, Niza, ke Serata hospital dan klinik, namun ubat yang di beri oleh doktor tidak Dapat melegakan penyakitnya.
“Sakit apa, doktor pun tak tau,”tambahnya.
“Dah pergi berubat kampung?”saya bertanya.
“Dah,tapi macam biasalah. bomoh, cakap kena buat orang, terceroboh Kawasan orang bunian., sampuk. macam-macam lagi. Duit banyak habis, Masa terbuang, tapi sakitnya tak juga sembuh,”jelas Arifin.
Malah, kata kawan saya itu, lepuh-lepuh menjadi bertambah banyak pula Hingga tubuh isterinya yang langsing menjadi sembab. Wajahnya yang Cantik juga berubah murung, kusut
“Itu masih tak mengapa ustaz. Yang menambahkan kebimbangan saya, Setelah beberapa lama, lepuh-lepuh itu bertukar pula jadi gerutu dan Berbintil-bintil macam katak puru,” tambah Arifin.
Akibatnya, sekali lagi Niza menderita kerana selepas tubuhnya hodoh Akibat sembab, seluruh kulitnya yang dulu licin menjadi jelik. Dari tangan, bintil-bintil kecil dan besar seperti bisul tumbuh merata, kaki hingga ke muka.
Disebabkan penyakit itu, kawan-kawan yang datang melawat terkejut kerana hampir tidak mengenalinya lagi. Akibatnya, Niza terpaksa berhenti kerja. Dia malu untuk berhadapan dengan kawan sepejabat.
Memang ada yang bersimpati tapi ada juga yang mengejek. Ramai yang menyindir di belakang, tapi ada juga yang tanpa rasa bersalah mengaibkannya secara berhadapan.
Dua tiga tahun berlalu, penyakit Niza bertambah parah. Sehelai demi sehelai rambutnya gugur hingga hampir botak. Rambut yang lembut mengurai menjadi jarang hingga menampakkan kulit kepala yang memutih. Keadaannya itu sangat menyedihkan kerana usia awal 30an, rambutnya seperti wanita berumur 90an. Seperti daun getah luruh di musim panas, semakin hari semakin banyak rambut Niza gugur. Dalam waktu yang sama, kuku tangan dan kakinya juga menjadi lebam. Daripada biru, ia bertukar kehitaman seperti di penuhi darah beku.
“Tiap hari, dia termenung. Dia mengeluh, kenapalah dia sakit macam ni. Kenapa dia, bukan orang lain? Apa salah dia? Kasian betul saya tengok,” kata Arifin. Wajahnya sayu
“Hidup kami pun jadi tak terurus macam dulu”.
Di sebabkan doktor tempatan gagal menyembuhkan penyakit Niza, Arifin membawa isterinya ke Singapura. Hampir sebulan mereka di sana dan banyak wang di habiskan namun pulang dengan hati kecewa. Doktor di negara itu juga tidak dapat mencari penawar keadaan penyakit berkenaan.
“Sekarang ni, keadaan isteri saya dah bertambah teruk. Bila malam saja dia meraung, meracau dan menangis-nangis. Jadi, saya harap ustaz dapatlah tolong serba sedikit sebab dah habis ikhtiar saya mengubatnya cara moden,”tambah Arifin.
“InsyaAllah.” Balas saya.
Tapi saya mula terasa pelik. Perasaan ingin tahu mula bercambah kerana berdasarkan pengalaman, kata-kata yang diluahkan semasa seseorang yang meracau dapat membantu kita merawatnya. Ini kerana semasa meracau itulah dia meluahkan segala yang terbuku di hati.
“Apa yang dia cakap masa meracau tu?”
“Macam-macam ustaz. tapi ada waktunya dia minta ampun maaf daripada saya. Saya tanya kenapa? . Dia tak cakap, Cuma minta maaf saja. Yalah. orang dah sakit memang macam tu,”kata Arifin.
Saya cuma mendiamkan diri. Mengiakan tidak, menggeleng pun tidak. Setelah berbincang lama, dia meminta diri . Sebelum pulang, saya berjanji untuk ke rumah Arifin pada malam esoknya.
“Datang ya, ustaz . Saya tunggu,”katanya sambil mengangkat punggung.
Dia kemudiannya melangkah lemah meninggalkan pejabat saya. Seperti yang dijanjikan, saya sampai ke rumahnya selepas isyak.
“Jemput masuk ustaz,”Arifin memperlawa sambil membawa saya ke sebuah bilik.
“Dia baring dalam bilik ni. Ustaz jangan terkejut pula tengok muka dia. Orang rumah saya ni sensitif sikit,” bisiknya sebelum kami masuk ke bilik berkenaan.
Sebaik pintu di buka, kelihatan seorang wanita berselimut paras dada terbaring mengiring mengadap ke dinding.
“Za. Ni Ustaz Nahrawi datang,”kata Arifin perlahan sambil memegang bahu isterinya. Dengan lemah, Niza menoleh. MasyaAllah memang keadaan Niza sangat menyedihkan . Wajahya penuh dengan bintil-bintil yang menggerutu. Matanya terperosok ke dalam manakala tulang pipi membojol seperti bongkah batu yang membayang dipermukaan tanah. Badannya pula kurus cengkung dan kepala separuh botak menandakan dia sudah lama menderita. Niza cuma tersenyum tawar memandang saya. Saya dekati dia dan selepas lima minit meneliti keadaannya, saya panggil Arifin ke sudut bilik.
Dengan suara separuh berbisik, saya bertanya;”Pin, saya nak tanya sikit, tapi sebelum tu minta maaflah kalau nanti awak tersinggung”.
“Tak adalah,ustaz. Tanyalah, saya tak kisah,” jawab Arifin.
“Err,. dari mana datangnya bau yang.” soal saya, tapi tak sanggup nak menghabiskannya. Bau yang saya maksudkan itu agak busuk.
“Ooo. mmm, dari alat sulit dia,”kata Arifin perlahan.
“Keluar lendir bercampur nanah.”
Saya tidak memanjangkan lagi topik itu kerana tidak mahu memalukanArifin dan isterinya. Lagi pun tidak manis untuk bertanya tentang hal- hal yang seperti itu.
Sebelum kami duduk semula di sisi Niza, saya memberitahu Arifin, kadangkala di timpa penyakit sebegini sengaja di turunkan balasan oleh Allah kerana ada melakukan dosa atau derhaka kepada ibu atau bapa. Lantas saya bertanya, adakah Niza sudah meminta ampun daripada ibu bapanya.
“Sudah ustaz. Dengan emak dan ayah nya saya pun sudah.”
“Kalau macam tu, baguslah,”kata saya.
Setelah merawat Niza dengan doa dan ayat yang dipetik dari al-Quran, saya meminta diri. Sebelum itu saya nasihatkan Arifin dan Niza serta keluarga mereka supaya bersabar dengan ujian Allah.
“Sama-samalah kita berdoa supaya dia sembuh,” kata saya sebelum meninggalkan rumah Arifin.
Sudah ketentuan Allah, rupa-rupanya keadaan Niza menjadi bertambah parah. Perkara ini saya ketahui apabila Arifin menghubungi saya beberapa minggu kemudian. Menurut kawan saya itu, isterinya kini kian teruk racaunya.
Memang benar. Bila saya menziarahnya petang itu, Niza kelihatan semakin tenat. Sekejap-sekejap dia meracau yang bukan-bukan. Malah saya pun tidak dikenalinya lagi.
Sebelum pulang saya menasihatkan Arifin supaya melakukan solat hajat memohon ke hadrat Ilahi supaya menyembuhkan isterinya. Nasihat saya itu dipatuhi namun beberapa hari kemudian Arifin menalifon lagi. Kali ini suaranya lebih sedih, seperti hendak menangis.
“Ustaz,”katanya,
“Sekarang barulah saya tau kenapa dia jadi macam tu”
“Kenapa?”pantas saya bertanya…
“Sejak dua tiga malam lepas, dia minta ampun daripada saya dan ceritakan segala-galanya”. Arifin menyambung ceritanya;
Malam itu saya terkejut sebab semasa meracau isteri saya minta ampun kerana telah mengenakan ilmu kotor kepada saya. Kata Niza, dia telah memasukkan darah haid dan air maninya ke dalam makanan saya.
Saya tanya “Kenapa?”
Dia jawab, supaya ikut kata-katanya dan tak cari perempuan lain.
“Tambah saya kesal, selepas itu dia meminta ampun pula kerana telah berlaku curang kepada saya. Kata Niza, dia lakukan perbuatan tu selepas saya ditundukkan dengan ilmu hitam.”
Saya tanya, masa bila awak buat? Dia jawab semasa ketiadaan saya, tidak kira lah semasa saya bertugas di luar daerah. Semasa keluar seorang diri, dia telah membuat hubungan sulit dengan beberapa lelaki.
“Niza sebutkan nama lelaki-lelaki itu, tapi saya tak kenal. Kata Niza, hubungan mereka bukan setakat kawan saja, malah sudah ke tahap zina. Kerana itu dia minta berbanyak-banyak ampun daripada saya.
Dia minta saya maafkan.”Saya tak sangka betul, ustaz. Madu yang saya beri, racun yang dibalasnya. Patutlah selama ini bila berdepan dengan dia saya jadi hilang pertimbangan. Saya jadi lemah, rasa diri saya kerdil, takut nak membantah. Sudahlah begitu, dia jadi perempuan.” Kata Arifin tanpa sanggup menghabiskan kata-katanya. Termenung saya mendengar ceritanya itu.
Tidak saya sangka Niza sanggup berkelakuan demikian kerana Arifin bukan orang sebarangan. Arifin berpelajaran agama dan setia kepada isterinya. Budi bahasa pun elok.
“Kalau sudah begitu bunyinya, saya rasa awak maafkanlah dia,”kata saya.
Selain itu saya mencadangkan kepada Arifin supaya merelakan isterinya pergi.
Kata saya, mungkin nyawa isterinya itu terlalu sukar meninggalkan jasad kerana dia mahukan keampunan daripada suaminya terlebih dahulu.”
Lagipun, dia sudah terlalu menderita, sampai badan tinggal tulang, kepala pun dah nak botak. Doktor pula sudah sahkan penyakit dia tidak dapat disembuhkan lagi. Jadi, pada pandangan saya, daripada dia terus azab menanggung seksaan sakaratulmaut, adalah lebih baik kalau awak relakan saja dia pergi.
Saya tau ia susah nak di buat, tapi keadaan memaksa.”
“Ampunkan dia?” Arifin bertanya balik.
“Dia dah derhaka dengan saya, buat tak senonoh dengan lelaki lain, kenakan ilmu sihir kepada saya, ustaz mau saya maafkan dia?”tingkah Arifin dengan suara yang agak keras.
Mungkin dia terkejut.
“Ya. dia pergi dengan aman dan awak pula dapat pahala,” jelas saya. Saya terus memujuknya supaya beralah demi kebaikan isterinya. Saya katakan, yang lepas itu lepaslah. Lagi pun Niza sudah mengaku dosanya, jadi adalah lebih baik Arifin memaafkannya. Mungkin dengan cara itu Niza akan insaf dan meninggal dengan mudah.
“Takkan awak nak biarkan dia menderita? Awak nak pukul dia? Maki dia? Tak ada gunanya. Maafkan saja dia dengan hati yang benar-benar ikhlas,” jelas saya.
Setelah puas memujuk, akhirnya Arifin mengalah juga. Lalu saya nasihatkan supaya dia bacakan surah Yasin tiga kali dan ulangkan ibu Yasin (salaamun qaulam mirrabir rahim) sebanyak tujuh kali.
“Buat malam ni juga. Lepas itu tunaikan solat,” kata saya. Seminggu kemudian Arifin menelefon saya. Dengan sedih beliau memaklumkan isterinya sudah meninggal dunia. Tambah kawan saya itu, Niza pergi tanpa sesiapa sedari kerana ketika itu dia sedang menunaikan solat Isyak. Bila kembali, dia lihat isterinya tidak bernyawa lagi.
“Tapi Alhamd ulil lah, sebelum pergi dia sempat minta ampun daripada saya sekali lagi kerana menderhaka. Marah, memang marah, tapi bila dia pegang tangan saya sambil menangis dan kemudian minta ampun, tidak sanggup juga rasanya untuk membiarkan dia pergi dalam keadaan tanpa kemaafan daripada saya. Ustaz, saya dah ampunkan dia.
“Namun demikian, kata Arifin, lendir dan nanah busuk masih lagi mengalir daripada alat kelamin Allahyarham isterinya itu sehinggalah mayatnya dikebumikan.
Kepada wanita, kutiplah pengajaran dari cerita ini. Kepada lelaki, hati-hatilah dalam memilih isteri, jangan pandang hanya pada rupa.

Subscribe to:
Posts (Atom)