Tuesday, 10 June 2025

TAKDIR ALLAH TAK PERNAH TERSILAP : SEMPURNA PADA WAKTUNYA.

 TAKDIR ALLAH TAK PERNAH TERSILAP : SEMPURNA PADA WAKTUNYA.

Bas tu, 

Sepatutnya abah dia yang bawa.

Tapi malam tu, abah tak boleh nak drive.

Kena pi hantaq anak-anak ke KL.

Jadi digantikan dengan sorang driver lori.

Driver tu baru ja masuk kerja, ambik job sebagai gantian.

Dan malam tu

Bas tu terbalik.

Di tempat lain pulak, ada sorang student.



Terlambat 10 minit.

Bas pun tinggai dia.

Mungkin malam tu dia dok menangis.

Sedih. Terkilan.

Rasa macam tak adil. Rasa Allah tak tolong dia.

Tapi sapa sangka

10 minit tu la yang selamatkan nyawa dia.

Bila kita renung balik, kita nampak semua ni bukan kebetulan.

Allah yang atoq. Satu persatu.

Siapa yang naik. Siapa yang tak sempat.

Siapa yang drive. Siapa yang


 


diganti.

Siapa duduk seat kiri, kanan, depan, belakang 

semua tu ada hikmah dan impak yang tersendiri.


Tapi ni bukan bermakna orang yang pergi tu tak bertuah.

Langsung tak.


Hakikatnya, Allah dah pilih depa.

Hari tu memang dah tertulis dalam Lauh Mahfuz sebagai hari kepulangan depa.

Hari yang lebih tenang. Hari yang dah lama tertulis.


Dan mungkin

Depa pi dalam keadaan yang paling tenang.

Ada yang tengah tidur.

Ada yang tak sempat rasa sakit pun.

Depa selamat dari fitnah dunia.

Pulang dalam keadaan bersih.

Mungkin tu la penutup paling indah buat depa.

Suci. Redha. Terpelihara.

Pemandu gantian malam tu pulak

Pasti trauma dia tak terucap.

Tapi mungkin tu jugak satu teguran 

bukan untuk dia sorang,

tapi untuk kita semua yang kadang lalai bila pegang stereng.

Dan abah yang sepatutnya bawa bas tu

Allah tangguh dulu.

Belum masa dia.

Allah bagi peluang lagi nak tambah amal, nak tebus silap,

nak terus sayang dan jaga keluarga.

Inilah Qada’ dan Qadar.

Rukun iman yang ke-6.

Wajib percaya. Wajib yakin.

Sapa yang pergi, sapa yang tinggal, sapa yang tertinggal 

semua dalam takdir terbaik yang Allah pilih.

Ya Allah

Ampunkan dosa mereka yang dah pergi.

Tempatkan mereka dalam kalangan orang yang Engkau rahmati.

Kuatkan hati semua ahli keluarga yang tengah rawat luka.

Dunia ni cuma tempat singgah.

Bukan tempat tinggal.

Tempat kutip pahala, bukan kutip kelalaian.

#AlFatihah buat semua mangsa tragedi bas ini.

#UPSIMalaysia






Hati-Hati Memilih Teman, Apatah Lagi Teman Sehidup Semati

 NASIHAT SEBELUM TIDUR

Selasa, 10 Jun 2025 

Hati-Hati Memilih Teman, Apatah Lagi Teman Sehidup Semati

Oleh Dr Zubaidi Hj Ahmad – Doktor | Motivator Islamik | Coach Wellness A’aFIYAT

---

Ada hari-hari dalam hidup saya sebagai doktor, bukan hanya badan yang penat—tetapi hati juga terasa berat. Berat kerana mendengar kisah-kisah luka yang tidak sepatutnya berlaku. Berat kerana memandang mata-mata yang penuh penyesalan, air mata yang tak lagi dapat menebus masa silam.

Beberapa tahun lalu, saya pernah didatangi dua orang wanita muda. Masih segar wajah mereka, masih muda usia mereka. Tapi di balik senyum nipis itu, ada cerita yang membuat hati saya tertunduk.

Wanita pertama berkahwin atas cadangan rakan sekuliahnya—seorang lelaki yang dikatakan berakhlak baik, rajin solat, tampak beragama. Tambahan pula, abang kepada kawannya sendiri. Keluarga si lelaki pula memujuk rayu, mengatakan anak mereka sudah insaf, cuma memerlukan seseorang yang baik sebagai isteri untuk bimbing dia kembali ke jalan Tuhan.

Kata mereka, “Anak kami ini baik sebenarnya, cuma tersilap langkah. Kalau dapat isteri yang solehah macam awak, mesti dia berubah.”

Tapi hakikatnya, hidup bukan filem keinsafan. Realitinya tidak seindah harapan. Lelaki itu masih menagih dadah. Masih membawa pulang kehancuran ke dalam rumah tangga. Dan wanita ini, yang berniat menyelamatkan, akhirnya hampir lemas dalam kesedihan.

Wanita kedua pula, berkahwin tanpa banyak soal. Hanya kenal sekejap, taaruf pun ringkas. Suami nampak baik, tenang dan warak. Tapi selepas seminggu berkahwin, dia (wanita itu) dituduh curang. Katanya ada lelaki lain. Katanya dia perempuan tak tahu malu.

Setelah diperiksa dan dinilai oleh pakar psikiatri, rupanya si suami mengalami gangguan mental yang serius. Dia hidup dalam delusi dan bayangan yang tidak wujud. Perkahwinan mereka hanya bertahan sebulan, dan wanita ini akhirnya pulang ke rumah ibu bapanya dengan luka yang tidak kelihatan pada tubuh, tapi dalam jiwa—berdarah.

Kita perlu lebih berhati-hati..

Dalam soal memilih teman biasa pun kita disuruh berhati-hati. Apatah lagi memilih teman sehidup semati. 

Ini bukan sekadar tentang cinta dan akad nikah. Ini soal masa depan. Soal jiwa. Soal kepercayaan. Soal anak-anak yang akan lahir dari rahim perkahwinan itu.

Dalam masyarakat kita, masih ramai yang terlalu mudah percaya kepada konsep “ubah pasangan dengan kebaikan.” Seolah-olah seorang wanita baik itu mampu menyembuhkan semua luka seorang lelaki. Atau seorang lelaki baik mampu membimbing seorang wanita yang tidak bersedia. 

Realitinya, banyak luka dalam rumah tangga bermula apabila kita tidak tahu siapa sebenarnya orang yang kita kahwini.

 Nasihat saya? Jangan takut untuk menyelidik.

Islam tidak pernah mengharamkan kita untuk bertanya, mengkaji, menilai bakal pasangan. Bahkan, dalam taaruf, kita disuruh melihat akhlak, sikap dalam marah, cara urus tekanan, hubungan dengan keluarga, latar belakang kesihatan mental dan fizikal. Ini bukan prasangka. Ini keperluan.

Dan kalau ada red flag—sikap yang mencurigakan, emosi yang tak stabil, sejarah kelam yang tidak diselesaikan—jangan teruskan perkahwinan hanya kerana malu untuk undur diri. Malu sehari lebih baik daripada menderita bertahun.

---

 Buat yang sedang menunggu jodoh, percayalah…..

Tidak semua jodoh yang lambat itu satu musibah. Kadangkala, ia adalah rahmat dalam bentuk sabar. Supaya kita tak terburu-buru. Supaya kita tak tersilap langkah. Supaya kita sempat mengenali diri dan mengenali Tuhan sebelum mengenali pasangan. 

Dan buat ibu bapa yang mahu anak cepat berkahwin—fahami bahawa cinta tidak boleh dipaksa. Jangan ‘jual’ anak sendiri kepada mana-mana lelaki semata-mata kerana dia nampak baik atau keluarga dia berkedudukan. Kebaikan tidak boleh diwarisi. Ia perlu dibuktikan.

---

 Jangan jadikan perkahwinan sebagai misi menyelamat.

Seorang isteri bukan doktor pemulih akhlak. Seorang suami bukan malaikat pelindung semua luka. Kita semua manusia—dan manusia perlu masuk ke dalam perkahwinan bukan kerana mahu diselamatkan atau menyelamatkan, tetapi kerana mahu berkongsi jalan menuju Allah, dengan redha dan tanggungjawab..

Doa saya, semoga semua yang membaca ini mendapat pasangan yang bukan hanya baik pada pandangan manusia, tetapi juga tenang di hadapan Tuhan.

Dan ingatlah: lebih baik bersendirian dan tenang, daripada bersama seseorang yang membuatkan kita hilang siapa diri kita sebenarnya.

Gambar hiasan 

---

✨ Dr Zubaidi Hj Ahmad

Doktor | Motivator Islamik | Coach Wellness A’aFIYAT

Thursday, 1 May 2025

Guru Penyebar Kebaikan 

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ دَعَا إِلَى هُدًى كَانَ لَهُ مِنْ الْأَجْرِ مِثْلُ أُجُورِ مَنْ تَبِعَهُ لَا يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْئًا وَمَنْ دَعَا إِلَى ضَلَالَةٍ كَانَ عَلَيْهِ مِنْ الْإِثْمِ مِثْلُ آثَامِ مَنْ تَبِعَهُ لَا يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ آثَامِهِمْ شَيْئًا

Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda: "Barang siapa mengajak kepada kebaikan, maka ia akan mendapat pahala sebanyak pahala yang diperoleh orang-orang yang mengikutinya tanpa mengurangi pahala mereka sedikitpun. Sebaliknya, barang siapa mengajak kepada kesesatan, maka ia akan mendapat dosa sebanyak yang diperoleh orang-orang yang mengikutinya tanpa mengurangi dosa mereka sedikitpun." (HR Muslim No: 4831) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Sesiapa sahaja yang berperanan mengajak, menasihat serta membimbing kepada kebaikan, mereka adalah seorang guru.

2.  Guru yang ingin mendapat ganjaran pahala berterusan akan   sentiasa melengkapkan dirinya dengan ilmu yang benar sejajar dengan prinsip pembelajaran sepanjang hayat.

3.  Seorang guru akan sentiasa berusaha gigih dan bersungguh-sungguh menyampaikan ilmu kepada orang lain tanpa mengira penat lelah bagi melahirkan generasi baharu yang berilmu dan memberi impak kepada kehidupan masyarakat dan negara. 

4.  Guru yang menyampaikan, mendidik dan mengajar sesuatu ilmu yang benar, dia akan mendapat ganjaran pahala sama seperti pahala orang yang beramal dengan apa yang telah diajarkannya itu.

5.  Semakin ramai bilangan pelajar yang dibimbing dan diajar melakukan perkara yang baik dan bermanfaat, semakin banyak pahala yang diperolehi secara berterusan.

6.  Orang yang mengajar, membimbing dan menunjukkan yang buruk dan jahat, dia akan memperolehi ganjaran dosa sebanyak orang yang mengikuti dan beramal dengannya.

Marilah kita merebut peluang menjadi guru yang bersifat jauhari dan menguasai perkembangan digital sebagai alat menyebarkan ilmu. Semoga ilmu yang disebar menjadi simpanan deposit amal yang berterusan untuk akhirat kita. Sampaikan ilmu melalui pelbagai medium termasuk menggunakan media sosial seperti Tiktok, FB, WhatsApp, Twitter dan sebagainya. Jadilah kita guru yang mengajar kebaikan dan perkara bermanfaat pada orang lain, bukan sebaliknya.




SELAMAT HARI PENDIDIK

Guru Jauhari Digital Aspirasi Negara Madani
p



16hb Mei 2024
07hb Zulkaedah 1445H.

Sunday, 19 May 2024

*PESAN UTK ORANG PENCEN*

 Salam kasih  sayang buat shbt semua.

*PESAN UTK ORANG PENCEN*

Kerap berlaku orang pencen hidup derita sebab tidak merancang! 

Kalau derita sekadar didunia ini tidaklah mengapa tetapi yang semua kita takuti adalah derita dunia dan akhirat. 

Justeru, dengan pengalaman kawan2 senior dan juga nasihat dari para Tuk-tuk Guru, dipanjangkan ini untuk kita semua,...

1. Diusia pencen ini _tak usah lah sibuk nak bela kucing, atau cari Pokemon dan ralit main  facebook_ atau apa saja yang tak faedah. 

2. Badan dah tak berapa larat tu _elok lah buat plan ibadah_ agar mati dalam iman/ibadah yang betul.

Kalau di KL dan Selangor ni banyak majlis ilmu. Oleh itu _mengajilah_. Refresh balik ilmu yang telah kita tinggalkan sejak sekolah dulu.

Beberapa cadangan yg bermanafaat;

1. *Mantapkan ilmu aqidah/ Tauhid*. Ini untuk memastikan aqidah kita benar dan betul sebab kalau aqidah kita salah/syirik/kufur tanpa sedar pun kita akan masuk neraka. Akidah lah kunci syurga. 

Selain itu mantapkan *ilmu feqah dan tasauf*. 

Jangan asyik nak belajar tajwid dan taranum saja sedangkan kita dah fasih baca quran. Lain lah *kalau tak pandai baca quran, wajiblah kita belajar*. 

Bagi yang dah mahir baca, ingatlah tak der siapa nak dengar suara tua kita yang merdu tu. Yang penting *banyak tadabbur quran* dan bukan hanya baca saja tanpa faham isi alquran.

2. *Banyakkan taubat*. Taubat tak kira tempat. Dimana pun boleh taubat. Bukan diMekah saja. Kita ni banyak dosa. Oleh jangan abaikan taubat walau sehari.

3. *Qodho segala solat* yang pernah kita tertinggal dan abaikan dulu. *Perbaiki ilmu solat* agar betul. Jangan pulak masa terluang yang banyak tu kita asyik nak tengok drama bersiri dan drama cinta, Sayangku kapten mukhris atau hindustan dan yang lain lain pulak. Ingat, awak tu dah kerepot. Tak ada siapa nak main cinta dah! 

4. Dapat duit pencen tu, jangan sibuk nak shopping bergaya macam orang kaya kaya. Itulah penyambung nyawa kita 10 ke 15 tahun lagi. Dan jangan pulak asyik belikan cucu cucu baju pulak. Sesekali tak apalah! Yang penting, guna duit tu untuk settle  fidyah puasa dan qodha puasa kita. Itu semua *hutang kita pada Allah*. Dan jangan lupa pulak *hutang pada manusia* yang belum kita bayar. Jangan nak kira burn pulak.

5. Kalau belum keMekah dan ada duit gratuiti tu, *pergilah keMekah* dan jangan sibuk nak renovate rumah. Duduk lah rumah yang ada tu seadanya. Kalau nak repair pun repair bumbung saja sebab takut kita kena hujan.

6. *Banyakkan sedekah jariah dan juga wakaf*. Bukan sedekah pada orang buta yang ada sindikit tu tapi jariah tu maksudnya sedekah pada orang nak buat masjid ke, pondok ngaji ke dan sebagainya. Sedekah jariah itu nanti akan mengalir pahalanya bila kita dah dikambus tanah nanti.

7. Pagi dan petang jangan lupa buat *senaman* dan juga jangan lupa *check up hospital* selalu. Supaya kita tak sakit dan menyusahkan anak anak nak jaga kita waktu tua. Mereka pun bergelut dengan kehidupan mereka sendiri. Kesian dekat anak anak. Dan kalau sihat mudah lah nak buat ibadat.

8. *Jangan banyak tidur* sebab kita pun tak lama lagi nak tidur lama. 

9. *Jangan jadi kuli anak* waktu tua. Waktu inilah anak anak yg tak fikir keperluan ibubapa, suka landingkan anak2 mereka pada kita untuk kesenangan mereka melaram pergi kenduri kahwin dan shopping. Lainlah kalau sesak sesekali kerana kerja dan sebagainya. Tapi bukan selalu. Ingat tu!

10. *Jangan sesekali terlibat dengan bisnes dah!* Cukup lah pencen dan simpanan yang ada tu untuk makan kita yang dah tak berapa selera ni, sebab hidup kita pun tak lama. Andai kalau bangkrap, jawabnya jadi cleaner atau pak guard lah kita sampai mati.

11. *Berhati hati bagi anak pinjam duit* kita untuk perkara yang tidak penting bagi mereka. Kalau penting sangat tu boleh lah beri tapi pastikan mereka bayar balik. Itu duit hari tua kita. Jangan sampai kita mengemis sebab kerakusan anak anak. Sayang anak biar bertempat. Jangan sekali kita diperbodohkan. 

Mereka sepatutnya perlu bijak uruskan keewangan seperti mana kita dulu yang sanggup ikat perut nak besorkan mereka. Terkadang anak dan menantu kita ni mereka hidup ikut nafsu. Pantang ada duit sikit, shoppinglah mereka tanpa pikir masa depan anak anak mereka. Baju penuh almari. Mekap yang mahal mahal. Kalau boleh sambil perahatikan mereka berilah nasihat.

12. *Berziarahlah kawan kawan dan sedara mara* kita, sebab usia kita pun tak panjang. Apa lagi mungkin kita pun banyak dosa dengan mereka waktu muda dulu. Mengumpat, gosip, pinjam duit tak bayor. Waktu ini lah masanya kita *tebus segala dosa* kita agar kita clear semua *dengan manusia* bila dah takda nanti.

13. Akhirnya, *bersabarlah* hidup dihari tua. Ujian macam kelkatu. *Banyak ingat Allah dan baca quran*. Agar kita selalu tenang hingga lah bertemu Allah.

Tulisan aku ini bukan tiru pakar motivasi tapi inilah yang aku plan untuk hari akhirat aku dan hari pencen aku.

Kalau dirasakan bermanfaat, ikutlah,  Tapi kalau rasa nak enjoy lagi. terpulanglah. Siapa pun tak boleh larang tapi sesuatu perlu diingat, dah tua ni jangan sesekali menyusahkan orang lain atau anak anak asbab kelemahan kita tak plan hidup dan berlagak sampai ke tua.

#copypaste

Saturday, 20 January 2024

TIBA SAATNYA KELAK

 Nabi saw berkata, 

apabila kita dimasukkan ke dalam kubur,

badan kita bersandar dengan batu, tanah dan kain kapan..


Akhirnya dihadapkan ke arah kiblat..

Dibuka muka kita,

pipi kita akan kena tanah..

Duduk dalam kubur menghadap kiblat.


Suami, isteri, anak² menangis..

Selepas itu,

diambil papan lalu ditutup..


Tanah pun diturunkan secara perlahan²..

Bila sudah sampai separuh kubur,

tukang kubur pun naik melompat ke atas..

Bila melompat naik ke atas, tutup..!

Dipijak²nya kubur.


Nabi saw berkata,

bila orang yang hantar kita ke kubur mula berpaling muka ke belakang,

kita mendengar bunyi derapan tapak kaki mereka pulang..

Derapan kaki² mereka kita boleh dengar..

Maka pada saat itulah,

roh kita akan duduk..

Duduknya roh dan kaki melunjur..

Badan tegak.


Maka pada masa itulah,

kita akan memanggil orang² yang menghantar kita ke kubur..

Kalau adik yang hantar,

kita akan memanggil adik kita.


"Adik, jangan tinggalkan abang, abang takut…"


Suami memanggil si isteri,

“Sayang, jangan balik..tunggu abang Pah”


Isteri tak mendengar..

Isteri membawa cerek dan daun pandan balik sambil lap air mata..


Sayang macam mana pun isteri kita,

dia akan balik..

Dia tidak akan tengok..

Dia tetap balik.


Selepas itu,

kita akan melihat anak² kita balik..

Kita panggil anak²,

tapi tak dengar..


Selepas mereka semua pergi,

datanglah dua malaikat..

yang hitam kedua²nya..

yang biru kedua²nya..

Dan kita dengar langkah kaki malaikat lebih kuat daripada langkah kaki² orang yang balik tadi..

Siap dengar bunyi rantai yang dibawa lagi..

Lagi menakutkan.


Yang tak pernah senyum dan ketawa,

malaikat masuk terus menghadap dan memanggil kita,


"Hai manusia!"


Malaikat tak kata,

"Hai ustaz, hai ustazah".

Malaikat tak panggil begitu.

Malaikat pun tak kenal kita.

Malaikat tak memanggil hajjah atau haji, Datuk Datin tapi memanggil "Hai manusia!”


"Hai manusia, apa pendapat kamu tentang Muhammad bin Abdullah..?"

Itulah pertanyaan dia..


Maka kita akan menjawab,

"Dia itu adalah hamba Allah, dia adalah pesuruh Allah..

Aku bersaksi tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah”.


Kalau itulah jawapan kita, 

selamatlah kita..

Dia tak bertanya lagi, 

"Ma Robbuka..? Ma Nabiyyuka..?".


Kalau lulus pertanyaan ini, 

maka lepaslah pertanyaan² lain..

Maka, malaikat tadi mendengar apa yang kita jawab..

Malaikat berkata,

"Kami sudah tahu kamu akan jawab seperti itu. Kami tanya untuk pastikan bahawa kamu orang yang baik".


Maka, kata malaikat kepada kita,

"Tidurlah kamu di dalam kubur ini seperti tidurnya pengantin".


Nabi Muhammad S.A.W kata,

kalau kamu orang yang baik,

akan diluaskan kuburnya seluas 70 hasta,

dilebarkan 70 hasta dan dicerahkan kubur kamu.


Walaupun mayat tak boleh beritahu kita, 

Nabi sudah khabarkan pada kita.

Itulah untungnya kita menjadi umat Nabi Muhammad S.A.W.


Sesungguhnya bekal yang paling baik adalah taqwa.


Jagalah solat kita.


Allahuakbar!


Rasulullah S.A.W bersabda:


"Barang siapa yang menyampaikan 1 ilmu sahaja dan ada orang yang mengamalkannya, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala."

(HR. Al-Bukhari)


Yang ucap aamiin semoga akhir hidup kita semua berada di dalam Husnul Khotimah.


Aamiin Ya Robbal'aalamiin.


Semoga bermanfa'at.


“Hari ini kita sedekahkan Al-Fatihah untuk orang lain, esok lusa mungkin orang pula sedekahkan Al-Fatihah untuk kita”.


Semoga rahmat dan redha Allah swt kepada penulis asal..




Sunday, 26 November 2023

 Bismillah.

Korang tahu x sapa yang teman Nabi Musa cari Nabi Khidir?

Nama dia Yusha' dia juga adalah anak murid Nabi Musa.

Korang tahu x matahari pernah berhenti?

Matahari pernah terhenti di tangan Nabi Yusha' as

Ketika menjelang mghrib.

Korang tahu x sape Qorun?

Qorun ni seorang yg kaya bijak lagi tampan

Dia jugak sepupu Nabi Musa

Korang tahu x apa yg mmbuat Qorun berpaling?

Zakat adalah punca utama Qorun berpaling dari Nabi Musa.

Korang tahu x Qorun?

Dia mati bersama askar dan harta2 nya kerana menfitnah nabi musa berzina.

Dia ditelan bumi sikit demi sedikit.

Korang tahu x sape Firaun?

Firaun ni bapak angkat Nabi Musa

Suami wanita teragung dunia Asiah.

Korang tahu x asal nama Nabi Musa?

Nama Nabi Musa di ambil sempena nama pokok (mu) dan air (sa) 

Ketika di hanyutkan bekas itu tersangkut di situ(Sungai Nil). Di dalam istana firaun.

Korang tahu x Nabi Musa duk langit ke berapa?

Nabi Musa as diduk di langit yg ke 6

Korang tahu x Firaun?

Firaun pernah membina menara setinggi 15km

Semata2 utk tengok tuhan Nabi Musa.

Di sini lah dia mengaku dia Tuhan.

Surah An-nazi'at ayat 24.

Korang tahu x Firaun ni?

Di xpernah sakit xpernah bersin x pernah menguap.

Senang cite yang melemahkan ni semua dia xpernah rase.

Korang tahu x firaun pernah bertaubat?

Ketika di hampir tenggelam di laut merah, dan roh telah sampai ke halkum, ketika itu taubat tak lagi diterima. 

Kerana taubat itu penyesalan, firaun taubat kerana takut.

Korang tahu x piramid di mesir?

Piramid tu kubur org2 kanan firaun.

Tu kubur. Agak2 rumah besar mane?

Allah tinggalkan sikit2 untik kita amik pngajaran.

Korang tahu kan firaun pernah mengaku dia tuhan.

Pada hari firaun mengaku dia tuhan, pengsan dan lari lah iblis dari berdamping dengan firaun kerana takut kemurkaan Allah. Iblis lari dalam kehairanan.

Korang tahu x knapa iblis xpernah mengaku dia tuhan?

Surah al-a'rf ayat 12

Iblis tau Allah swt yang ciptakan dia (daripada api) mana mungkin dia nak mengaku dia tuhan.

Korang tahu x kenapa iblis x mintak hidup selama² nya?

Al hijr ayat 36

Iblis tahu perbendaharaan Allah. Iblis ni dulu alim, ahli ibadah. Dia ada ilmu.

Iblis yakin dunia akan kiamat. Sebab tu dia mintak tempoh smpai situ je. (hari kiamat)

Korang tahu x lepas iblis mintak tmpoh tu apa Allah buat?

Allah swt terus memperkenankan doa IBLIS ketika itu jugak.

Iblis ni musuh Allah dan manusia.

Dah kalau doa iblis di hari dia menderhakai Allah pon Allah perkenan.

Kita ni? manusia di tambahkan lagi umat kekasih Dia.

Antara umat yg paling Dia sayang mengatasi umat2 terdahulu..

Bakpe la yang malas sangat nak doa tu.

cukup dah ke apa yg Allah bagi harini smpai sombong sgt xnak mimtak dah.. 

Doa lah InsyaAllahh akan Allah perkenankan.

Doa ye kawan2..

Korang tahu x nabi Nuh?

Beliau adalah cicit nabi Idris

Korang tahu x nabi Nuh?

Beliau hidup 950 tahun

Surah al ankabut ayat 14

Korag tahu x nabi Nuh?

Beliau ada 4 org anak

Semua lelaki.

Korg tahu x nabi Nuh?

Beliau di tentang hebat oleh kaum dan juga ahli keluarga nya. Terutama dari isteri dan anak sulung.

Korang tahu x nabi Nuh? 

Allah sebut nama beliau 43x dalam al quran

Korg tahu x nabi Nuh?

Beliau antara nabi ulul azmi sebelum

Nabi Ibrahim as

Nabi Musa as

Nabi Isa as

Nabi Muhammad saw

Korg tahu x nabi Nuh?

Beliau pernah berasa malu kepada Allah.

Beliau hanya ada 83 org pengikut setelah berdakwah beratus ratus tahun.

Korg tahu x nabi Nuh?

Di sangat2 malu dan kesal kerana mendoakan kecelakaan untuk umat dia, umat yang ingkar arahan dia.

Surah Nuh ayat 26.

Korang tahu x nabi Nuh?

Syirik bermula sejak zaman beliau.

Surah Nuh ayat 23 dan 24

Mohon download apps 'Al Quran Melayu'

Dalam google apps. Sangat friendly user.

Senang nk semak surah2 di atas.

Jangan hanya ada game dan media social apps je.

Banyak sangat dah ni Allah bg nikmat.

Xperlu amik wuduk nk baca alquran di apps.

Surah ar rahman ayat 13

X takot ke Allah tanya?

Koran tahu x nabi Nuh?

Kaum dia yg ingkar Allah bala kan dgn banjir dan taufan. Dan akan di masukan ke dalam neraka.

Surah Nuh ayat 25.

Korang tahu mana nabi Nuh buat bahtera?

Surah Hud ayat 37

Allah mewahyukan kpda nabi Nuh akan perihal kapal tersebut.

Korang tahu x nabi Nuh?

Panjang kapal itu 1200 hasta

Lebar kapal itu 600 hasta

Mempunyai 3 dek atau 3 tingkat.

Korang tahu x nabi Nuh?

Tingkat pertama kapal di penuhi haiwan liar

Tingkat kedua utk nabi Nuh dan kaum nya

Tingkat ketiga utk burung² dan ungas²

Koran tahu x nabi Nuh?

Untuk beliau mengutuskan burung gagak untuk memeriksa keadaan bumi mase itu. Tapi gagak terlupa, kemudian nabi nuh mendoakan burung gagak itu akan terus di benci manusia.

Korg tahu x nabi Nuh utus burung apa lepas tu?

Beliau mengutuskan burung merpati. Merpati tadi bawak balik di paruh nye pohon zaiton di kaki nya pohon tinn.

Kemudian nabi nuh mendoakan merpati tadi agak di senangi oleh manusia.

Korang tau x nabi Nuh?

Percaya lah bumi yang korang pijak sekarang ni penah di banjiri air

Surah Nuh ayat 27 dan 28.

Amik la kisah² Al quran atau nabi utk di jd kan hero kepada anak2.

Ckup² cerita frozen mauna marvel utk di jadi kan bed time story.

Antara sikap imam al syafie ialah..      

Semakin aku tahu akan sesuatu ilmu.

Maka semakin itu aku berasa aku tidak tahu apa2..




Kredit : Muhammad Fikri (Media Kedah Kini)

Friday, 17 February 2023

EARTHQUAKE IN TURKIYE-SYRIA

Gempa bumi di Turki jam 4.19am waktu tempatan tadi , turut meranapkan bangunan-bangunan di Sarmada, utara Syria. Hingga saat ini, 85 orang rakyat Syria telah meninggal dunia dibawah runtuhan bangunan.


Sumber: Agensi

t.me/hadispalestin






Angka kematian keseluruhan akibat gempa bumi kuat yang melanda tenggara Turki dan utara Syria pada Isnin meningkat kepada 360 apabila pegawai kesihatan di Damsyik, Syria melaporkan bahawa 237 orang maut di kawasan yang dikuasai kerajaan di negara itu.


Sumber: CNBC

t.me/hadispalestin



BANTUAN GEMPA BUMI TURKI-SYRIA


Bencana gempa bumi sehingga 7.8 magnitud telah melanda tenggara Turki dan utara Syria pada 6 Februari 2023 jam 11 pagi waktu Malaysia. Ratusan bangunan telah runtuh dan musnah di kedua-dua buah negara.


Sehingga kini jumlah kematian telah mencecah ratusan nyawa dan ribuan mangsa cedera dengan peningkatan jumlah dari semasa ke semasa.


Sejurus mendapat berita daripada wakil dan rakan strategik di Syria, Aman Palestin telah menyalurkan bantuan kecemasan awal sebanyak USD 30,000. Dana tambahan dan misi bantuan akan menyusul insyaAllah. Sumbangan anda amat diperlukan.


Antara keperluan penting setakat ini:

- Makanan Siap Masak  

- Khemah

- Pemanas dan Kerosin 

- Pek Makanan Asas


BANTUAN GEMPA BUMI TURKI-SYRIA

bit.ly/bantuangempasyria


GEMPA BUMI KEDUA MELANDA TURKI


Gempa bumi kuat telah berlaku di Turki pada jam 6:24 petang, 6 Februari 2023.


Koordinat : 38.1° Utara dan 37.2° Timur

Magnitud : 7.2

Jarak : 99km Barat dari Malatya, Turki

Kedalaman : 33 km


BANTUAN GEMPA BUMI TURKI-SYRIA

bit.ly/bantuangempasyria


GEMPA BUMI TURKI: Solat Jenazah Ghaib Di Semua Masjid dan Surau Seluruh Negara.


KDYMM SPB YDPA 

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid025RxVuKY4AYU9Q73rbSsjXUQk3FTxHxibcCrFis1c7Cpie2q7inWcjeWtqMoqCpUVl&id=100046962313127&mibextid=Nif5oz


Turkiye berkata hampir 3,000 bangunan runtuh di tujuh wilayah berbeza, termasuk hospital awam.


Kemusnahan paling teruk berlaku berhampiran pusat gempa antara Kahramanmaras dan Gaziantep, yang mana seluruh blok bandar runtuh.


Sumber: AFP

t.me/hadispalestin


Konsulat Besar Malaysia di Istanbul memaklumkan bahawa pasukan SMART kita telah berjaya menyelamatkan 11 orang mangsa gempa bumi di Gaziantep setelah 129 jam mangsa terperangkap. Ia dilakukan dengan menggali terowong sedalam 8.5m untuk menyelamatkan mereka.


SMART masih beroperasi di sana sehingga kini.


Tahniah #HeroMalaysia!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...