Tuesday 24 September 2013

My Busiest Month & Birthday 2013











Assalamualaikum wrt...sudah lama saya tidak mencoret sesuatu di blog kesayangan saya ini. Betapa rindunya untuk berceloteh tetapi apakan daya, keadaan tidak mengizinkan. Namun di kesempatan ini, saya curi juga sedikit masa yang ada untuk bercerita tentang kepadatan, kesibukan dan keseronokan aktiviti bulan ini.
     Pada minggu kedua bulan September yang baru berlalu, saya telah terlibat sebagai Pengawas Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2013.  Telah diarahkan untuk mengawasi peperiksaan di SJKC Khee Chee bersama 6 orang lagi pengawas yang lain.  Kami datang dari 5 buah sekolah yabg berbeza iaitu Pn Yap dan Ms Teng dari SJKC Mentakab 1, Mr Lee dari SK Pulau Pasir Mandi, En Albert dan En Teh dari SK Abu Bakar, Pn Yusfarina dari SK Batu Kapur dan saya sendiri dari SK Paya Pulai. Terdapat 116 orang calon yang terlibat dalam peperiksaan ini. Alhamdulillah, sepanjang 3 hari peperiksaan ( 10/9 hingga 12/9) tiada perkara buruk atau yang tidak diingini berlaku.  Segalanya berjalan lancar sehinnga ke minit terakhir jam 4.39 petang hari Khamis 12/9.
     Seterusnya pada minggu ketiga bermula pada hari Rabu 18/9 sehingga hari Sabtu 21/9 saya telah terlibat pula dengan Kursus KSSR Bahasa Inggeris Tahun 4/2014 DKSP di SMK Abu Bakar Temerloh. Sepanjang 4 hari berkursus banyak maklumat, pengalaman dan kawan-kawan baru yang diperolehi.  Bertuah rasa badan kerana dalam tempoh 10 bulan perkhidmatan semula dalam bidang pendidikan ini (setelah bercuti tanpa gaji kerana mengikut suami bertugas di luar negara) telah menerbitkan rasa indah, seronok walaupun penat dan kepuasan sebenar dalam meneruskan kerjaya keguruan yang semakin mencabar ini.
     Seterusnya pada 20 September yang lalu, aku telah menyambut ulangtahun kelahiranku yang ke 4? Tahun.   Sejuta kesyukuran kupanjatkan padaNya kerana telah menambah usiaku setahun lagi.  Semoga Allah tetap memberi kesihatan yang baik, akal yang tetap waras dan cerdas, kerjayaku yang semakin mantap, keluargaku yang akrab dan tetap menyayangiku sehingga ke akhir hayatku, suamiku yang tetap setia hingga hujung nyawa  serta nikmat Islam dan Iman yang berkekalan hingga ke helaan nafas terakhirku.  Tiada lagi yang kuinginkan melainkan Allah mengekalkan segala nikmat dan rahmatNya selagi hayatku dikandung badan.  Dan akhir sekali, doa dan harapanku sempena sambutan ulangtahun kelahiranku pada tahun ini, semoga Allah menetapkanku dalam iman dan islam dan mematikanku dalam 'Husnul Khotimah' in sha Allah!
     Dan akhir sekali,  kesibukan diri diteruskan lagi dengan aktiviti penandaan kertas Ujian UPSR 2013 pada keesokan hari iaitu Mesyuarat Penyelarasan Tempatan Tiga selama 3 hari yang diadakan di PKG Lanchang, SK Rantau Panjang.  Semoga segala urusanku berjalan lancar dan dipermudahkanNya hendaknya.  Walaupun di sekolah, rakan-rakan seperjuangan dan murid-murid sedang sibuk dengan latihan sukan, namun saya terpaksa merelakan diri untuk terlibat dengan aktiviti penandaan kertas UPSR ini demi untuk membantu pihak LPM melaksanakan tanggungjawab mereka dalam menyelesaikan tugasan untuk mengeluarkan keputusan UPSR kelak.  Kepada semua pemeriksa kertas-kertas ujian UPSR 2013, selamat menjalankan tugasan ini dengan penuh rasa tanggungjawab, amanah dan dedikasi.  KITA BOLEH!

No comments:

Post a Comment

Any comment? Please....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...