Sunday 26 June 2011

BERSIHKAN DIRI SUCIKAN HATI TEGUHKAN IMAN

 Salam sahabat semua. Telah agak lama saya tidak bersiaran kerana agak 
sibuk dengan rutin harian.  InsyaAllah kali ini entry yang perolehi dari 
ISLAM ITU INDAH akan mengisi slot info agama.  Semoga kita mendapat 
berkat dari info ini, InsyaAllah.
HATI adalah tempat utama serta faktor penentu amalan seseorang itu 
diterima atau ditolak Allah.  Anggota lain hanyalah sebagai penterjemah
kepada apa diucapkan oleh hati hingga ada ungkapan menyebut, ‘hati 
adalah raja dan anggota lain sebagai tentera’.
Daripada Anas, Nabi SAW bersabda bermaksud: “Tidak akan teguh iman
seseorang sehingga hatinya berada dalam keadaan tetap dan teguh.” 
(Hadis riwayat Ahmad)
Maksud tetap dan teguh adalah akidah tauhid, kecintaan kepada Allah, 
mengagungkan serta ketaatan kepada-Nya.
Amalan yang baik dan berkualiti lahir daripada hati yang ikhlas dengan 
mengharap balasan pahala selain berasa takut serta gerun dengan balasan 
azab. Ketakutan itu antara cabang iman dan seseorang akan menjadi syirik
 jika sifat takut diletakkan kepada selain daripada Allah.
Ada beberapa sifat takut antaranya takut yang biasa ada pada semua 
orang beriman, rasa gementar di hati terhadap balasan dan kekuasaan 
Allah, takut dengan menjauhi dari melakukan perkara terlarang dan 
ketakutan yang diiringi kebesaran serta keagungan Allah,”
Sifat takut dianjurkan ialah takut kepada Allah bukan syaitan yang suka
menakutkan manusia atau manusia yang suka menakutkan manusia lain.
Allah berjanji kepada mereka yang mempunyai sifat takut kepada-Nya
dengan ganjaran yang besar dalam firman bermaksud: “Bagi sesiapa
yang takut pada Tuhannya akan mendapat dua syurga. Maka nikmat
Tuhanmu yang manakah kamu dustakan? Iaitu syurga yang mengalir
padanya dua mata air yang memancar.” (Surah Ar-Rahman, ayat 47-49)
Mereka juga dijanjikan dengan keselamatan dari segala keburukan di dunia
dan mendapat banyak kebaikan serta kesudahan yang baik.
Pada masa sama katanya, umat Islam perlu sentiasa merawat hati mereka 
kerana Allah tidak melihat kepada paras rupa seseorang, tetapi hati serta
amalannya.
Ibnu Rejab berpendapat, sifat takut yang tertinggi ialah apabila sifat itu 
diiringi dengan amalan salih serta meninggalkan perkara terlarang dan 
ia akan bertambah dari semasa ke semasa seterusnya menjadikan seseorang
lebih merendah diri dengan kebesaran Allah.
Seorang ilmuwan tersohor, Abu Sulaiman menyebut: “Tidak akan terpisah
antara sifat takut daripada manusia melainkan mereka akan binasa.”
Sementara itu, harapan adalah antara jalan terbaik menuju Allah dan lebih
sempurna bergandingan dengan sifat takut.
Apabila kedua-dua sifat ini berada dalam diri manusia, mereka akan menjadi
peka dan khusyuk terhadap kebesaran serta azab Allah.
Sabda Rasululullah SAW bermaksud: “Jika seorang mukmin mengetahui 
akan kehebatan azab Allah nescaya mereka tidak akan mengendahkan
syurganya dan jika seorang yang kafir mengetahui betapa besarnya nikmat
Allah, mereka tidak akan berputus asa untuk mendapatkannya.” (Hadis 
riwayat Muslim) “Perjalanan hati dalam menuju kepada Allah adalah 
seumpama seekor burung yang sedang terbang di mana sifat kasih 
(mahabbah) adalah kepalanya. Takut dan berharap adalah kepaknya.
Maka tatkala mana terdapat kombinasi yang baik antara kepala dan sayap,
kedudukan burung itu adalah stabil dan mantap.Jika terputus kepalanya
maka matilah ia dan jika hilang sayapnya, maka burung akan terdedah
kepada bahaya pemburu.”
Kesimpulannya, takut daripada azab dan berharap ganjaran pahala
daripada-Nya adalah perkara yang perlu ada pada diri setiap individu 
Muslim. Ia harus kekal dalam jiwa mereka demi kestabilan jiwa dan 
pembersihan hati ketika disapa kesenangan dunia yang melalaikan.

Tuesday 21 June 2011

JAUHILAH AMS INI!

Islam Itu Indah 




Posted: 11 Jun 2011 01:13 AM PDT
Pihak Islam Itu Indah telah menerima email dari seorang
 pengadu yang sangat perihatin tentang kewujudan kumpulan
 Apostates in Malaysia and Singapore (Murtad di 
Malaysia dan Singapura). Kumpulan ini mempunyai Group 
di Facebook dengan menggunakan nama Apostates in
Malaysia and Singapore.
Objektif utama kumpulan ini adalah untuk membincangkan
 mengenai perkara-perkara yang berkenaan dengan persoalan 
murtad di Malaysia, persoalan agama Islam, persoalan Melayu 
Islam, dan lain-lain. Tetapi apa yang dapat dilihat pada group
 mereka di Facebook, kebanyakkan mereka menghina Islam
 termasuklah gambar-gambar yang di edit. Semasa artikel ini ditulis, mereka mempunyai 
 seramai 217 orang pengikut. Berikut adalah email yang dikirim oleh pengadu tersebut.
From: XXX [PENTING] Subject: Apostates in Malaysia and Singapore
Message Body:
Assalamualaikum,
Saya hanya prihatin dengan hal2 sebegini. Walaubagaimanapun, saya tidak pasti ke
mana harus saya salurkan isu ini memandangkan saya tiada punya kuasa tertentu
 untuk mengambil sebarang tindakan.
Saya faham jika mesej ini agak tiba2, namun saya rasa mungkin pihak tuan punya
‘kuasa’ atau pertalian untuk melihat isu ini dengan lebih mendalam.
Persatuan murtad di bawah yang menyatukan warganegara Malaysia dan Singapura
Terlalu bebas menghina kesucian Islam. Jika dilihat betul2 pada gambar khinzir
 di bawah, perkataan suci Allah diedit pada bahagian belakang haiwan berkenaan.

Saya khuatir yang akhir2 ini, golongan2 ini semakin berani.
Saya juga kesal kerana tiada mampu selain merasa sedih dengan tindakan kumpulan ini.
Yang prihatin,
Apostates in Malaysia and Singapore
https://www.facebook.com/home.php?sk=group_117676498244829
Berikut merupakan sedikit pengenalan kepada Apostates in Malaysia and Singapore 
 sperti yang terdapat di group Facebook mereka.
Islamic apostates in Malaysia and those who support them. This group has the
goal to network the apostates of Islam from Malaysia and those who would 
like to offer support and discuss about this issue.
The Apostates in Malaysia group offers a safe place for those who are trapped by
Islam in MalaysiaFeel free to introduce yourself, share your stories and concerns,
anything you like. This place is especially for you. :)
By government orders, Faith Freedom International (faithfreedom.org) is currently
banned by every ISP in Malaysia. Internet usage is also highly monitored in Malaysia today. 
Those found to be accessing and/or publishing disagreeable contents according to the Malaysian 
government and the Islamic government of Malaysia are subject to arrest and up to a heavy degree 
of indeterminable punishment. Apostasy, according to a fatwa issued my the Islamic government 
of Malaysia, a national security threat and treason. Therefore, for security reasons, I encourage
those who are apostates especially in Malaysia to use a secondary Facebook account to participate
in this group.  Everyone is welcomed to join this group and participate in the discussions. Being
an apostate is such an intimate and troubling concern to individuals who are affected in Malaysia,
therefore it only makes sense that we have compassion as there is already weight of the burden that 
they carry – this can be a wonderful place for everyone if we decide to make the conscious effort to
be nice to each other here :)
—-
Murtad di Malaysia
Kumpulan ini terbuka kepada mereka yang murtad dari Islam di Malaysia dan pihak-pihak 
yang ingin menyumbangkan sokongan moral kepada mereka yang murtad. Objektif kumpulan
ini adalah untuk menjadikan sistem sokongan moral kepada mereka yang telah murtad dari
Islam di Malaysia. Kumpulan ini juga terbuka kepada perbincangan mengenai perkara-perkara
yang berkenaan dengan persoalan murtad di Malaysia, persoalan agama Islam, persoalan 
Melayu Islam, dan lain-lain.  Kerajaan Malaysia telah bertindak dengan menyekatkan laman
web yang bertajuk Faith Freedom International (Kebebasan kepada Kepercayaan
Antarabangsa) di alamat: http://faithfreedom.org. Penggunaan Internet di Malaysia kini
sedang dikawal dengan ketat. Mereka yang dijumpai dan dipercayai oleh kerajaan Malaysia 
dan kerajaan Islam di Malaysia menyalahgunakan Internet adalah mereka yang
mengakses dan mengeluarkan maklumat yang tidak disetujui oleh matlamat pengislaman
negara Melayu Malaysia. Kawalan ini telah melibatkan rakyat Malaysia yang hanya
bersuara di Internet ditangkap dan dihukum dengan berat. Murtad telah difatwakan oleh
kerajaan Islam di Malaysia sebagai ancaman keselamatan negara dan jenayah berat. Oleh itu, 
demi menjamin keselamatan rakyat-rakyat Malaysia yang murtad dari Islam, mereka yang
murtad dari Islam tidak galakkan menggunakan nama sebenar seperti tercatat dalam rekod
negara seperti tertulis di kad pengenalan warganegara apabila ingin melibatkan diri dalam 
perbincangan murtad di kumpulan Facebook ini.
Walaubagaimanapun, semua dijamin keselamatan peribadi dan digalakkan berbincang dengan
menghormati antara satu sama lain. Seseorang yang telah murtad dari Islam biasanya mengalami 
krisis peribadi yang merisaukan keselamatan and hubung-kait dengan keluarga dan umat Islam di 
sekelilingnya. Jadi, marilah kita semua menjadikan tempat ini sebagai tempat pelindung kepada
murtad-murtad di Malaysia dan menghulurkan bantuan and sokongan kepada mereka. Ini boleh 
menjadi tempat yang selamat penuh dengan dorongan dan sokongan kepada apa jua pilihan yang
dibuat oleh mereka yang murtad. Tanggungjawab kita semua hanyalah untuk menerima mereka
ini sebagai seseorang individu yang berhak membuat pilihan, dan juga menerima mereka sebagai
individu yang berhak untuk hidup dan bebas dari hukuman Sharia Islam.
Semoga pihak yang bertanggungjawab dapat mengambil tindakan lanjut terhadap kumpulan ini.
P/S: Sebarkan artikel ini untuk kebaikan bersama.

Semoga kita semua prihatin dgn perkara ini dengan cara mengelak secara total dari terlibat
 dengan 'group AMS' ini.  Nauzubillahi minzaliq!

Monday 13 June 2011

SEKADAR RENUNGAN BERSAMA........

UNTUK RENUNGAN KITA BERSAMA YANG MASIH HIDUP SEBELUM MENGHADAPI SAKARATUL MAUT

Salam sahabat semua.  Entry kali agak unik sedikit kerana saya perolehi dari My hubby yang telah dibaca dalam khutbah Jumaat minggu lepas.  Saya merasakan ianya agak penting sebagai panduan dan pedoman kita dalam melayari hidup ini.  Semoga ianya dapat memberi manafaat dan keinsafan kepada diri kita semua...insyaAllah.. Terima kasih diucapkan kepada my Mr Hubby atas info ini.

Izrail, salah satu nama malaikat yang diketahui umat Islam. Tugasnya sudah tentu mencabut nyawa selain beribadah kepada Allah, tuhan semesta alam. Mungkin ramai yang tertanya bagaimanakah Izrail mampu mencabut nyawa makhluk yang terlalu banyak di muka bumi Allah ini bukan? Ya, dia mampu mengambil nyawa kerana kekuasaan untuk mencabut nyawa yang telah Allah berikan padanya sama banyak dengan makhluk yang Allah ciptakan.

Dikisahkan, ketika Allah mencipta Al-Maut (kematian) dan menyerahkan kepada Izrail, maka berkata malaikat Izrail, “Wahai Tuhanku, apakah Al-Maut itu?”. Maka Allah menyingkap rahsia Al-Maut itu dan memerintah seluruh malaikat menyaksikannya. Setelah seluruh malaikat menyaksikannya Al-Maut itu, maka tersungkurlah semuanya dalam keadaan pengsan selama seribu tahun. Setelah para malaikat sedar kembali, bertanyalah mereka, “Ya Tuhan kami, adakah makhluk yang lebih besar dari ini?” Kemudian Allah SWT berfirman: “Akulah yang menciptakannya dan Akulah yang lebih agung daripadanya. Seluruh makhluk akan merasakan Al-Maut itu”.

Kemudian Allah memerintahkan Izrail mengambil Al-Maut. Walau bagaimanapun, Izrail khuatir jika tidak terdaya untuk mengambilnya sedangkan Al-Maut lebih agung daripadanya. Kemudian Allah memberikannya kekuatan, sehinggalah Al-Maut itu menetap di tangannya. Malaikat Izrail diberi kemampuan yang luar biasa oleh Allah hingga barat dan timur dapat dijangkau dengan mudah olehnya.

Tanda-tanda kematian seseorang
100 hari sebelum kematian:
Ini adalah tanda pertama dari Allah kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.
40 hari sebelum kematian:
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih akan merasakan seakan-akan bingung seketika.
7 hari sebelum kematian:
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba ianya berselera untuk makan.
3 hari sebelum kematian:
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
1 hari sebelum kematian:
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
Tanda akhir sebelum kematian:
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Apabila Izrail mencabut nyawa
Baginda Rasullullah S.A.W bersabda, “Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu.”

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi, “Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada disekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail. Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang disekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya”.

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata:
“Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah”.

Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu. Lalu Allah berfirman yang bermaksud:
“Wahai malaikat maut, kamu cabutlah rohnya dari arah lain”.

Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan:

“Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan”.

Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata:
“Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu”.

Apabila gagal malaikat maut, mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata:
“Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir”.
Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata:
“Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah”.

Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah. Kemudian Allah berfirman yang bermaksud:
“Wahai malaikatKu, tulis Asma-Ku ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu”.
Sebaik saja mendapat perintah Allah maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah. Setelah melihat Asma Allah dan terbitnya rasa cintanya kepada Allah maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.

Tempat tinggal roh
Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: “Roh itu menuju ketujuh tempat”:
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam Neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya sampai hari Kiamat.

Telah bersabda Rasullullah S.A.W: “Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya”:
1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.


SENAMAN UNTUK KECILKAN PEHA

5 Senaman untuk kecilkan peha
Oleh Anna Ramli. Sesetengah orang mempunyai bentuk badan seperti buah pear. Bahagian seperti pinggul dan peha kelihatan berisi dan tidak seimbang dengan bahagian atas badan anda. Sekiranya anda mengalami masalah ini, sudah tentu anda tercari-cari bagaimana cara untuk mengecilkan bahagian peha anda. Antara cara yang biasa kita lihat di sekeliling kita ialah dengan berlari atau jogging, berjalan atau 'walkathon', dan berbasikal. Tiga cara ini adalah sangat sinonim untuk mengurangkan lemak di bahagian peha. Adakah anda terfikir cara lain untuk mengecilkan peha anda?
Berikut merupakan langkah-langkah aktiviti yang boleh anda lakukan untuk mengecilkan bahagian peha anda:

1. 'Kerusi bayangan'

Berikut adalah panduan untuk senaman "kerusi bayangan":
·                                 Berdiri tegak sambil bersandar pada dinding.
·                                 Rehatkan tangan pada dinding dan turunkan badan perlahan-lahan. Turunkan badan sehingga kedudukan badan seperti sedang duduk. Bayangkan anda sedang duduk di atas kerusi.
·                                 Bila anda sudah ‘duduk’, cuba bertahan selama mana yang anda boleh sebelum anda berdiri tegak semula. Kebanyakan orang hanya boleh bertahan untuk beberapa saat sahaja pada permulaan. Setelah membiasakan diri, anda pasti akan dapat bertahan lebih lama.
·                                 Pastikan badan anda tegak semasa 'duduk'.
·                                 Cuba capai 10 saat pada permulaan, dan bertahan sehingga 1 minit setelah melakukannya beberapa kali. Lakukan 5 kali setiap hari.
Latihan ini agak mencabar kesabaran dan kekuatan mental anda. Mula-mula mungkin susah, tapi kalau dah lama-lama, anda mesti rasa sudah biasa.
Kongsikan kepada kami produk anda, lokasi perniagaan, dan kehebatan tentang produk anda! Mari daftar di http://direktori.iluvislam.com sekarang! Serendah RM5 Sebulan* Promosi RM50 selama setahun!(Sah sehingga 30 Jun 2011)

2. Pergerakan "menggunting"

Latihan ini menumpukan bahagian peha sebelah dalam. Senang sangat! Baring atas lantai dengan kedua belah tangan di sisi. Angkat kedua belah kaki lebih kurang 45 darjah. Bayangkan pergerakan gunting semasa memotong kertas. Silangkan kaki anda dengan kaki kanan bersilang di atas kaki kiri. Kemudian, tukar kaki kepada kaki kiri pula bersilang di atas kaki kanan. Ulang langkah ini 12 – 15 kali untuk setiap set. Anda akan dapat rasa tekanan di otot-otot bahagian peha anda. 

3. Pusingan bulatan

Baring mengiring di atas lantai dengan sebelah tangan anda ke atas (baring berbantalkan lengan anda) dan letakkan tapak tangan sebelah lagi di atas lantai di hadapan perut anda. Angkat sebelah kaki ke atas setinggi yang boleh. Tarik nafas, dan pusingkan kaki yang anda angkat itu mengikut pusingan jam. Gerakkan seluruh kaki tanpa menggerakkan pinggul anda. Buat pusingan jam sebanyak 5 kali sebelum ulang langkah tersebut menggunakan kaki yang sebelah lagi pula. Lakukan sehingga 10 set jika boleh. 

4. Pakai kasut tinggi!

Kalau sebelum ini kita memerlukan alasan untuk pakai kasut tinggi, inilah masanya! Memakai kasut tinggi boleh membentuk otot betis dan peha. Walaupun kita kena beringat yang amalan memakai kasut tinggi ini boleh memberi kesan buruk kepada kaki dan postur, oleh itu anda perlulah berhati-hati! Kajian mengatakan bahawa kita tidak sepatutnya menggunakan kasut tumit tinggi yang melebihi 2 inci!

5. Melompat di atas trampoline

Melompat di atas trampoline ini sangat baik untuk peredaran darah dalam badan, pembakaran lemak, meningkatkan metabolism, mengurangkan selulit dan membentuk kaki yang cantik. Lakukan aktiviti ini selama setengah jam dapat membakar hampir 200 kalori dalam badan. Ia juga aktiviti yang sangat menarik yang anda boleh lakukan bersama keluarga mahupun rakan-rakan anda!
Aktiviti-aktiviti ini perlu dilakukan dengan sokongan pemakanan yang berkhasiat dan sihat secara konsisten. Semakin konsisten latihan disusuli dengan pemakanan yang sihat, semakin cepat anda boleh melihat hasilnya. :)



Biodata Kolumnis

Anna Ramli merupakan penulis untuk kevinzahri.com.

Kevin Zahri
 merupakan graduan ijazah Kejuruteraan Mekanikal (minor Ekonomi) dari Universiti Northeastern (Boston), Amerika Syarikat. Beliau merupakan fitness selebriti Malaysia dan juga dikenali sebagai cikgu fitness. Dalam beberapa tahun ini, beliau telah meninggalkan impak dan kesan yang begitu besar dalam industri kesihatan dan kecergasan sebagai hos TV, penceramah, penulis dan web entrepreneur. Kevin Zahri menulis di dalam beberapa majalah dan juga web peribadi, kevinzahri.com.


Solat Sunat 'Sebelum & Selepas' Solat Fardhu.

Jangan Lupa Solat Sunat 'Sebelum & Selepas' Solat Fardhu.


SaLam sahabat semua.  Kali ini marilah kita membaca dan merenung serta amalkan apa yang disarankan oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w.  Semoga dengan itu akan mendekatkan lagi diri kita serta menambahberatkan lagi neraca pahala kita di sisiNya...insyaAllah 

Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam mensyariatkan solat sunnat bagi umatnya sebelum dan sesudah solat fardhu, secara umum, yang disebut solat sunnah rawaatib. Beliau sallallahu alaihi wasallam bersabda:

"Barangsiapa solat (sunnah) rawatib 12 rakaat sehari semalam, maka Allah membangun sebuah rumah baginya di syurga." [HR: Ahmad, disahihkan oleh al-Albani dalam Shahiihul Jaami'ish Shaghiir (no. 6360)].

Dua belas rakaat itu ialah:

2 rakaat sebelum solat Subuh

4 rakaat sebelum solat Zohor dan 2 rakaat selepasnya

2 rakaat selepas solat Maghrib

2 rakaat sebelum solat Isyak

Disunnahkan pula solat sunnah 4 rakaat sebelum Asar, 2 rakaat sebelum Maghrib, dan 2 rakaat sebelum Isyak. Ada hadis sahih dari Nabi sallallahu alaihi wasallam yang menunjukkan hal ini.

Kerana hadis yang diriwayatkan al-Bukhari, Nabi sallallahu alaihi wasallam bersabda:

"Di antara 2 azan (azan dan iqamat) ada solat."

Nabi sallallahu alaihi wasallam mengucapkannya 3 kali, dan setelah itu beliau bersabda: "Bagi orang yang mahu."

Rasulullah sallallahu alaihi wasallam mendorong umatnya untuk membiasakan solat sunnah yang mudah dilakukan. Di antaranya solat malam, solat dhuha, solat tarawih di bulan Ramadhan, dan selainnya yang sahih dari Nabi sallallahu alaihi wasallam.

*Syekh Abdullah bin Abdurrahman al-Jibrin, Sifat Solat Nabi sallallahu alaihi wasallam, halaman 61-62.

___________________________________________________________

INFORMASI


[1] Untuk membaca hukum hakam selanjutnya, anda boleh klik link di bawah:

http://www.facebook.com/1manhajsalaf

[2] Anda semua boleh dapatkan kuliah Ustaz Fathul Bari berkenaan sunnah dan isu semasa berkaitan. Klik link di bawah:

http://www.facebook.com/ufbchannel?ref=ts


LAMAN WEB RASMI KAMI: www.1manhajsalaf.blogspot.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...