Thursday 27 January 2011

Resepiku:Pandan Chiffon Cake with Fruit Plan

Salam semua............


Setelah sebulan berada di blog ini, hari ini saya akan mengutarakan resepi pertama saya (yang telah ditulis lebih tiga minggu yang lepas dalam draf blog ini).  Resepi ini saya perolehi dari seorang kawan 'Eena' yang telah diperolehinya dari blog rozzan , seorang chef terkenal di Malaysia.  Alhamdulillah setelah mencuba beberapa kali maka saya telah berjaya membuatnya dan dengan tambahan resepi 'Fruit Plan' dari seorang kenalan yang sama-sama menetap di Moscow ini.


Cake Chiffon Pandan


Bahan-bahan:
8 biji telur
8 oz gula halus8 oz tepung Top flour (saya gunakan multi purpose flour dari Aileen Bakery House)@tepung gandum goreng (resepi sendiri)
3 oz pati santan (saya gunakan santan KARA dlm kotak)
2 oz air pandan (diambil dari 4 helai daun pandan yg dikisar dgn sedikit air)
1 sudu teh pandan paste
3 oz minyak jagung
½ sudu teh vanilli
½ sudu teh garam halus
½ sudu teh cream of tartar
½ sudu teh baking powder


Peraturannya:

1.  Masukkan tepung , 4 oz gula , vanilli , garam dan baking powder ke dalam sebuah mangkuk. Kacau hingga rata. Masukkan minyak jagung , pati santan & air pandan lalu dikacau rata-rata. Masukkan kuning telur dan kacau lagi hingga sebati. Ketepikan.

2.  Pukul putih telur dgn cream of tartar. Masukkan 4 oz gula sedikit demi sedikit dan terus pukul dgn high speed hingga naik.

3.  Masukkan adunan tepung tadi ke dalam adunan putih telur tadi. Kacau rata hingga sebati tapi jgn terlalu lama agar tak banyak udara keluar dari adunan ini. Tuang adunan ke dalam acuan lalu dibakar hingga masak kira-kira 40-45 minit dgn suhu kira-kira 170 -180 darjah Celsius. Setelah masak, terbalikkan loyang kek chiffon ini dan biarkan begitu sehingga kek betul2 sejuk.
Nota:1) Kalau nak ringkas, tak perlu guna air pandan. Bubuh saja 2 sudu teh pandan paste dan lebihkan santan kpd 5 oz.

CHIFFON FRUIT PLAN

Ingredients
* 1 tin of Evaporated Milk  
* 1 tin of Water
* 3/4 cup of sugar
* 3 tsb of Kastard powder
* 1 tin of Fruit Cocktail
* Strawberry
* Peach
* Kiwi
* Chiffon Cake
Method
1.      Use medium heat to cook (milk, water and sugar) in a non-stick pot until it boil.
2.      Add 3 tsb of Kastard powder (mix with water before pour into the pot )
3.      Cook on low heat till it becomes light paste.
4.       Place the chiffon cake in big plate, then add in the fruit cocktail on the top of the cake.
5.      Then pour the kastard paste all over the cake.
6.      Decorate with peach, strawberry and kiwi or any fruits of your choice.

p/s :  sorry ....bahasa campuran Malay n English

Selamat mencuba kepada semua.

Friday 21 January 2011

Acara bertukar-tukar Hadiah

Majlis bacaan Yassin
Pn Nor Asimah

Pn Nurul Istilah

Hadiah dari Pn Nurul Istilah

Lovely faces of Ladies Perwakilan

Pada Hari Isnin 17 January yang lalu, Perwakilan Moscow telah mengadakan mesyuarat kali ke 4 sesi 2010/2011.  Selain dari itu diadakan juga aktiviti bacaan Yassin yang diketuai oleh Pn Siti Azanah Mohd Diah, acara majlis perpisahan Pn Suriyanti Sufian yang akan menamatkan tugasan di Malawakil Moscow dan  kembali bertugas ke tanah air tidak lama lagi. Selain itu acara bertukar-tukar hadiah diantara ahli-ahli Perwakilan juga diadakan. Acara diadakan dengan mencabut undi nama tuan punya hadiah yang bakal diperolehi.  Hadiah saya telah diperolehi oleh Pn Nor Asimah manakala saya pula telah mendapat hadiah Pn Nurul Istilah.....terima kasih kepada semua. Setelah itu, sesi fotografi bersama semua ahli Perwakilan dan ahli yang diraikan iaitu Pn Suriyanti Sufian juga diadakan.
Happy Ending! TQVM everybody...........

Buat renungan bersama......

Cuba renungkan. Kita akan terkejar-kejar mengangkat telefon apabila ada kawan menelefon. Segera menelefon balik jika di-’missed call’. Tetapi apa yang berlaku apabila panggilan terpenting sedang memanggil kita? Azan berkumandang memanggil kita menghadap Allah, untuk menuju kejayaan. Adakah kita akan tidur balik? Sambung main game? Teruskan dengan kerja? Mengapa kita tak terkejar-kejar menyambut panggilan itu?
Fikirkanlah!

Wallahhu 'alam!


Sunday 9 January 2011

Seminggu di tahun baru 2011

Permata Hati Kami - Oktober 2007
Salam kawan-kawan semua...
Setelah seminggu tahun baru 2011 berlalu, maka bermacam-macam ragam, aktiviti dan program rasmi dan tak rasmi telah berlangsung dalam diary hidupku dan keluarga tersayang.  Bermula seawal detik tahun baru sehingga ke hari ini, berbagai peristiwa manis dan lucu serta aktiviti telah dilalui.

Seperti biasa, dalam mengisi ruang aktiviti ini, anak-anak adalah insan-insan yang paling aktif dan beruntung dalam setiap perkara yang berlaku.  Anak-anak kami yang seramai  enam orang ini adalah permata yang amat berharga buat kami berdua.  Kehadiran mereka adalah segala-galanya bagi kami.  Tanpa mereka maka sepilah hidup kami.  Alhamdulillah, kehadiran mereka telah menyemarakkan hidup kami dan menambahkan lagi rezeki yang telah dikurniakanNya.

Pada hari ini dan 2 hari yang lalu, kami telah berbelanja pakaian dan alat permainan yang amat maksimum untuk keperluan mereka.  Nilai yang melebihi USD500 itu telah peruntukkan buat mereka demi untuk memenuhi niat dan hajat kami dan mereka juga.  Jazakallahi khairan kathiraa, Ya Rabb! Kami juga telah membawa mereka ke Muzium Astonaut, Moscow di VDNH pada hari Rabu 5 Jan 2011 yang lalu.  Sungguh gembira kami menikmati suasana di Muzium itu.  Pelbagai ilmu dan pengetahuan juga diperolehi tentang angkasawan, angkasalepas dan perihal berkenaannya.

Monday 3 January 2011

Peringatan Untuk Kita Yang Lalai

Salam sahabat semua........artikel yg berguna untuk dikongsi bersama.. Terima kasih kpd saudara Abu Zarr atas sudi berkongsi note ini...JZK! 
Dari mana kita Datang? 
Kita datang dari Allah. Allah yang menjadikan kita, lengkap segala-galanya. Alhamdulillah, jikapun ada antara kita yang cacat masih banyak lagi nikmat Allah yang patut kita syukuri. Alhamdulillah Allah berikan kita aqal, dapat berfikir dengan waras, kita tidak gila. Alhamdulillah, Allah kurniakan kita mata, kita tidak buta, mungkin rabun sikit. Alhamdulillah Allah kurniakan kita kesenangan, kita tak melarat. Kalau tak takkan kita dapat join h-net ni. Carilah segala nikmat Allah yang ada pada kita. Subhanallah! Dan nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? Dalam pada itu kita ini sebenarnya amat hina. Allah jadikan kita dari air 'cha'(kata oghe kelate) - air limbah yang berwarna hitam tu yang berbau hanyir tu! Hina sebenarnya kita. Kemudian Allah angkat kita menjadi yang paling mulia antara makhluknya - menjadi khalifah Allah di atas muka bumi! MasyaAllah! Tak terhitung nikmatmu ya Allah! Apa ertinya khalifah Allah? Ia menjawab persoalan berikut: 
Kenapa kita berada di sini? 
Adakah Allah menjadikan kita ini hanya untuk suka-suka Dia sahaja? Supaya kita merasai segala nikmat sahaja? Tengok TV, tengok wayang, tengok cerita Indonesia. main bowling, pergi karaoke, picnic, melancong. Itukah sahaja sebab Allah letakkan kita di atas muka bumi ini? Sekalai-kali tidak. Allah letakkan manusia dimuka bumi ini untuk menjadi khalifah Allah. Golongan itulah yang akan mentadbir bumi ini dengan kalimah Allah! Menegakkan hududullah! Nah! Adakah kita menafikan tanggungjawab kita setelah Allah kurniakan segala nikmatnya kepada kita. Majikan dah bagi gaji adakah kita nak duduk goyang kaki sahaja? Bagi komputer, nak suruh main game sahaja? Tanggungjawab kita berat! Lihatlah dimana-mana, Islam dihina! Lihatlah dinegara kita sendiri, ramai yang Islam tapi hanya pada nama. Tugas kitalah! Tugas kita semua untuk mengembalikan mereka pada Islam, untuk meletakkan Islam ditempat yang tertinggi. Tugas kita amat banyak wahai sahabat/sahabiah! Tugas kita lebih banyak dari masa yang kita ada. Ayuh! Bangkitlah dalam satu saf! Conclusion:Kita berada di sini untuk Allah!
Ke mana kita akan pergi?
Kepada Allah! Kepada Allah kita akan kembali. Ingatlah kita akan berjumpa kekasih hati kita, Allah. Jawablah kepada diri sendiri, adakah kita menganggap dia kekasih kita atau something yang kita elakkan. Adakah kematian itu sesuatu yang kita tunggu, atau sesuatu yang amat kita takuti? Allah itu cantik, Allah itu indah, Allah menyayangi kita, Allah memaafkan kita. Allahlah maha Besar, manusia ini terlalu kerdil. Allah memiliki langit dan bumi, sedangkan kita hanya punya kekayaan sementara. Tidakkah kita ingin ketemu dengan Yang Paling Kaya? Walaupun Allah memaafkan kita bukan semua yang Allah kurniakan straight-away masuk syurga. Dari 1000 hanya 1 (lihat mail hizbi-net yang lepas-lepas), Astaghfirullah. Ya Allah, ampunkanlah aku! Tapi Rabiatul Adawiyah rela Allah masukkan dia ke dalam neraka jika itulah yang Allah redha untuknya! Bagaimana kita?


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...