Saturday 2 June 2018

ISLAM LIBERAL

*ISLAM LIBERAL*
*Kaum Liberal dan Sekular* telah gencar menyebarkan propaganda yang nampak islami.

*Waspada 5 langkah Liberalisasi agama islam*
*1. Propaganda Solat*
"Buat apa solat kalau riyak tidak ikhlas, kerana tidak diterima oleh Allah S.W.T. Lebih baik bersihkan hati dulu, nanti kalau sudah ikhlas tidak riyak, maka baru solat agar diterima oleh Allah S.W.T."

Tujuan:
Kalimat ini bertujuan utk pembenaran meninggalkan solat dgn "dalih" pembersihan hati dulu.

Jawapan:
Wajib solat walau masih riyak belum ikhlas, kerana solat adalah kewajipan agama. Setiap muslim, ikhlas ataupun riyak, rela ataupun terpaksa, tetap wajib mendirikan solat.

Firma Allah S.W.T bermaksud: *"Bacalah apa yg telah diwahyukan kpdmu, iaitu al-kitab (al-quran) dan dirikan solat. Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan2 keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingati Allah (solat) adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadat2 yg lain). Dan Allah mengetahui apa yg kamu kerjakan."* (Al-ankabut:45)

*2. Propaganda Jilbab*
"Lebih baik tidak pakai jilbab, tapi hatinya baik, drpd pakai jilbab tapi hatinya busuk." Dan kalimat yg bercelaru ini, "Lebih baik jilbabkan (jaga) hati dulu supaya baik. Baru menjilbab (jaga) fizikal kemudian."

Tujuan:
Kalimat ini bertujuan utk membenarkan tidak berjilbab dgn "dalih" yg penting hatinya baik.

Jawapan:
Jilbab adalah kewajipan agama, baik si pemakai berhati baik mahupun buruk, maka jilbab tetap wajib dikenakan oleh para wanita muslimah sesuai dgn ketentuan syariat.
Firman Allah S.W.T bermaksud: *"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak2 perempuanmu serta perempuan2 beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yg demikian lebih sesuai utk mereka dikenal (sebagai perempuan2 yg baik-baik) maka dgn itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi mahaMengasihini."* (Al-Ahzab: 59)

*3. Propaganda Kepimpinan*
"Lebih baik Pemimpin Kafir asal jujur,  adil, baik, cerdas dan bekerja keras. Drpd Pemimpin Muslim yg khianat, jahat. Bodoh dan pemalas." Dan kalimat yg bercelaru ini, "Lebih baik golongan putih drpd memilih Pemimpin Muslim yg 'kurang Islamik".

Tujuan:
Kalimat ini bertujuan utk membolehkan org kafir memimpin umat islam di wilayah majoriti muslim. Dan meniadakan pemimpin muslim.

Jawapan:
Berdasarkan al-quran dan as-sunnah serta al-Ijma' bahawasanya org kafir haram memimpin umat islam di Negeri Islam atau di wilayah majoriti Muslim.
Kepimpinan dlm pandangan al-quran bukan sekadar Kontrak sosial antara sang pemimpin dgn masyarakatnya, ttp merupakan Ikatan perjanjian antara dia dgn Allah S.W.T. Firman Allah S.W.T bermaksud: *"Dan (ingatlah)  ketika nabi ibrahim diuji oleh Tuhannya dgm beberapa kalimah (suruhan dan larangan), maka nabi ibrahim pun menyempurkannya. (Setelah itu) Allah berfirman bermaksud:" Sesungguhnya Aku melantikmu menjadi Imam (pemimpin ikutan) bagi umat manusia." Nabi Ibrahim pun memohon dengan berkata: "(Ya Tuhanku!) Jadikanlah juga (apalah jua kiranya) dari keturunanku (pemimpin2 ikutan)". Allah berfirman bermaksud: *"(Permohonanmu diterima, tetapi) janjiku ini tidak akan didapati oleh orang2 yg zalim."* (Al-Baqarah: 124).

*4. Propaganda Politik*
"Islam itu suci dan Ulama itu mulia, sedang politik kotor. Kerananya, jangan bawa islam dan ulama ke dlm politik." Dan kalimat yg bercelaru, "Islam yes, Politik no."  Serta kalimat yg bercelaru, " Islam yes, Demokrasi no".

Tujuan:
Kalimat ini bertujuan utk menjauhkan Islam dan Ulama dari politik agar para Politikus Durjana bebas dan leluasa mengatur negara dan bangsa sesuai "Nafsu Syaitan".

Jawapan:
Islam itu suci dan Ulama itu mulia, sedang politik (سياسي) itu penting utk mengurus negara dan bangsa. Kerananya, hanya Islam yg suci dan Ulama mulia yg boleh masuk ke dlm politik agar tidak dikotori oleh para politikus Durjana.

*5. Propaganda Tathbiq Syariah (Penerapan Syariah)*
"Syariat Islam adalah aturan hukum yg bagus, saat diterapkan di zaman generasi terbaik "Sahabat", maka hasilnya bagus.

"Sedang zaman sekarang generasi umat Islam sangat lemah dan tidak bagus, sehingga tak mampu menjalankan Syariah yg begitu lengkap. Kerananya, umat Islam saat ini jangan sibuk dgn perjuangan Tathbiq Syariah dulu, tetapi harus fokus kpd memperbaiki diri sendiri dulu".

Tujuan:
Kalimat ini bertujuan agar umat Islam tidak lagi memperjuangkan Tathbiq Syariah dgn "dalih" memperbaiki dulu dulu."

Jawapan:
Syariat Islamadalh aturan hukum yg bagus, dan selalu dijalankan oleh para sahabat, sehingga menjadi generasi terbaik.
Nah, generasi zaman sekarang yg lemah dan kurang bagus, justeru itu kerana tidak jalankan Syariat Islam dgn baik.
Kerananya, generasi sekarang wajib mencontohi para sahabat dlm menjalankan Syariah yg begitu lengkap, sehingga boleh menjadi generasi yg bagus juga.

Ingat:
Dahulu para sahabat sebelum masuk islam merupakan generasi Jahilliah yg buruk, lalu masuk Islam Dan menjalankan Syariah Islam, sehingga menjadi generasi terbaik. Firma Allah S.W.T. Bermaksud: *"Kamu (wahai umat muhammad) adalah sebaik-baik umat yg dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yg baik dan melarang drpd segala perkara yg salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kpd Allah (dgn sebenar2 iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yg  semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) diantara mereka ada yg neriman dan kebanyakan mereka: orang2 yg fasik"* (Al-Imran: 110).

No comments:

Post a Comment

Any comment? Please....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...