Monday 11 June 2018

Doaku

_Assalamualaikum saudara saudari semua, baik  mahu pun di malaysia dan di mana jua_ πŸπŸŽ‹

_Malam ini, malam 26
_Sudahkah anda membuat senarai doa?_
_Di bawah ini beberapa contoh yang boleh dimasukkan ke dalam senarai doa anda, untuk dipohonkan kepada Allah, In shaa Allah:_

_*1. Yaa Allah kurniakanlah padaku kejayaan terbesar selamat dari api neraka dan masuk ke Syurga Firdaus*_

_*2. Yaa Allah masukkanlah aku dan keluargaku ke dalam golongan orang yang beriman.. yang menerima kitab amal di tangan kanan*_

_*3. Yaa Allah kurniakanlah padaku kematian yang diberkati. Izinkanlah aku mengucapkan Syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir. Kurniakanlah padaku Syafaat Rasulullah SAW*_

_*4. Yaa Allah masukkanlah aku di dalam kalangan Rasulullah SAW, keluarganya baginda dan para sahabat di Syurga Firdaus*_

_*5. Yaa Allah selamatkanlah rakan-rakanku yang bukan Islam dari api neraka. Kurniakanlah mereka hidayah Islam*_

_*6. Yaa Allah, satukan aku dalam Syurga Firdaus dengan orang-orang yang aku sayangi semata-mata kerana Mu*_

_*7. Yaa Rabb, sempurnakan agamaku dan ibadatku. Selamatkan aku daripada kejahatan dan izinkan aku menyempurnakan sebahagian daripada agamaku*_

_*8. Yaa Allah terimalah amalan baikku dan tingkatkanlah pahala dan rahmat untukku. Padamkan dosa-dosaku dan ampunkan aku sepenuhnya. Limpahkanlah rahmatMu untukku dan selamatkanlah aku dari kehinaan pada hari hitungan amal*_

_*9. Yaa Allah, apabila aku mati, biarlah jiwaku dan rekod amalanku menjadi amalan tertinggi*_

_*10. Yaa Allah kurniakanlah aku, ibu bapaku, keluarga dan anak-anakku bimbingan, ketabahan dan peningkatan Iman*_

_*11. Yaa Allah masukkanlah aku ke dalam golongan  yang Engkau lindungi, mendapat pengampunan Mu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari Arash Mu*_

_*12. Yaa Allah, Tingkatkanlah keyakinan dan tawakkalku pada Mu. Janganlah ada keraguan dalam akidah dan kepercayaanku terhadap keesaan Mu, kehebatan Mu dan kekuasaan Mu*_

_*13. Yaa Allah! Tingkatkanlah kecintaanku pada Mu dan Nabi Muhammad SAW*_

_*14. Yaa Allah ampunilah aku dan tingkatkanlah kurniaan Rahmat dan Rezeki Mu*_

_*15. Yaa Allah kurniakanlah aku lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredhaanmu*_

_*16. Yaa Allah Yaa Rabb! Sucikanlah niatku hanya untuk Mu semata dan lindungi aku dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkan aku dari sifat angkuh, sombong, menunjuk-nunjuk dan mengungkit-ungkit nikmat*_

_*17. Yaa Allah Penciptaku! Jangan biarkan aku sendirian. Berkati aku dengan pasangan yang sesuai dan anak-anak yang akan menjadi penyejuk mataku*_

_*18. Yaa Allah, jadikanlah aku dari orang-orang yang sabar dan patuh kepada Mu dan kepada ibu bapaku*_

_*19. Yaa Allah, Selamatkanlah aku dari Fitnah Dajjal*_

_*20. Yaa Allah, Selamatkanlah aku dari azab kubur dan azab api neraka*_

_*21. Yaa Allah, tingkatkanlah usahaku dalam kerja-kerja Sadakatul Jariah*_

_*22. Yaa Allah, berkatilah hidupku dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat bersujud padaMu dengan mudah sehingga akhir hayatku*_

_*23. Yaa Allah, lindungi aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkanlah bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini*_

_*24. Yaa Allah, berkatilah hidupku dengan yang terbaik di dunia ini, dan terbaik juga di akhirat nanti, seterusnya selamatkanlah aku dari api neraka. Sesungguhnya aku memang memerlukan kurniaan dari Mu Ya Allah!*_

_*25. Yaa Allah tingkatkanlah kesyukuranku semata-mata kepada Mu*_

_*26. Yaa Rabb, selamatkan aku dari kemunafikan*_

_*27 Yaa Allah, izinkan aku, pasangan hidupku dan ahli keluargaku menjadi antara jemaah menunaikan Haji dan Umrah sebelum kami dijemput olehMu..*_

_*28. Yaa Allah lindungi kami dari iblis, syaitan dan jin. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat mereka*_

_*29. Yaa Allah ampuni dan kurniakanlah rahmat kepada ibu bapa kami, kasihilah mereka kerana mereka menjaga dan mengasihi kami ketika kami masih kecil*_

_*30. Yaa Allah, aku berdoa dan memohon daripada Mu untuk mengurniakan bimbingan kepada belia, pemuda dan umat Islam seluruh dunia. Selamatkan kami semua dari kufur, putus asa, salah laku dan syirik*_

_*31. Yaa Allah kurniakan aku kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga aku dapat bangun untuk tahajjud dan Solat Subuh setiap hari*_

πŸŒˆπŸ’¦πŸŒˆπŸ’¦πŸŒˆπŸ’¦πŸŒˆπŸ’¦πŸŒˆπŸ’¦πŸŒˆ

🀲🏻  _dan doakan at juga ya.._ 🀲🏻
_Ramadan Karim!_😌

No comments:

Post a Comment

Any comment? Please....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...