Friday 30 March 2018

*KAJIAN BAB HATI.MOHON BERLAPANG DADA DENGAN ILMU*

#NOTA #ulangkaji

*KAJIAN BAB HATI.MOHON BERLAPANG DADA DENGAN ILMU*

Terima kasih pada yg bertanya. Soalannya bagus. Masih berkaitan dengan BAB CUCI HATI. Bab yang sangat penting dalam kehidupan kita.

"ada adik ni tny sy..akak betul2 ke redho dlm poligami ni....duiih sepatutnya nk jwb camno eak..akk jwb redho..tp maksud redho yg sebenor2 tu mcmana ye..?sbb sdgkn kita ni bila diuji je sikit2 nk terasa..sikit2 nk fikir2.. tu cam da jd x redho..boleh x jelaskan apa maksud redho..?n apa2 ciri isteri2 yg redho..huhu sbb tetiba je dtg soalan ni..Sbb gara2 staff tanya.."
_________________________
Bismillahirahmanirahim,

*REDHA itu apabila kita MENERIMA APAJUA KEADAAN TAKDIR DENGAN SABAR dan TENANG. Dan sebenarnya Hanya dengan Mengenal ALLAH seseorang itu boleh Redha...*
( Rujuk Surah At taghabun ayat 11)

*Orang yang Redha adalah ORANG BERIMAN. Dan orang Beriman TIADA ISTILAH "campur Aduk" sifat2 BAIK dan sifat2 BURUK di dalam hatinya.* Mereka Orang yang Tenang dan mendapatkan petunjuk hidayah dari ALLAH SWT ( Rujuk  At tawbah, ayat 102 dan Al An' am ayat 82)

*ALLAH Tidak akan sekali- kali membiarkan kita dalam KEADAAN yang "bercampur aduk". Confius antara kita ni MUKMIN ke MUNAFIK ? Sebab itu ALLAH akan TETAP MENGUJI kita sehingga ALLAH pisahkan sifat2 itu  secara TOTAL dan SOLID.* ( Mohon Baca surah Al Eimran ayat 179 itu berkali-kali)

Sebenarnya UJIAN ALLAH SWT adalah PENILAIAN IMAN kita kpd -NYA. kita bukan DIUJI untuk Redha shj...bahkan kita akan *TERUS MENERUS DIUJI dengan SEMUA sifat2 KEBAIKAN-NYA*.

 Selama mana kita Hidup di dunia, selama itulah kita akan...
DIUJI Untuk SABAR
DIUJI untuk BERSYUKUR
DIUJI untuk MEMAAFKAN
DIUJI Untuk BERKASIH SAYANG.
DIUJI Untuk IKHLAS
DIUJI Untuk Berlapang Dada.
DIUJI Untuk BERSANGKA BAIK.
DIUJI Untuk RASA CUKUP ( Qanaah), ZUHUD, TAWADHU', Tawakkal, MALU, dan SEMUA SIFAT KEBAIKAN.

Tujuannya, *Sebab ALLAH nak kita bawak balik HATI yang SELAMAT, Qalbun Saleem, yakni HATI yang benar-benar BERSIH*. ( Rujuk surah al Shu'ara ayat 88-89)

Selagi bila DIUJI, kita masih sakit hati, masih rasa kecewa, masih MERUNGUT2 dan MASIH MEMPERTIKAIKAN TAKDIR, itu tandanya kita Belum lagi Redha...belum Sabar, belum ikhlas, belum bersyukur, belum Rasa cukup, belum berlapang dada...kerana pokoknya kita masih BELUM Mengenal ALLAH SWT.

*Orang yang benar-benar Redha yakni ORANG BERIMAN hanyalah Orang yang MENGENAL ALLAH SWT.*

*Soal Cepat atau lambat kita Redha dan BERIMAN bergantung kpd seberapa KUAT KITA BERUSAHA UNTUK MENGENAL ALLAH SWT, DENGAN IZIN ALLAH.*

Ianya akan CEPAT jika kita BERUSAHA bersungguh2 kerana ALLAH berjanji akan MEMIMPIN siapa yang berusaha memperbaiki dirinya yakni HATINYA. ( Rujuk surah Al ankabut ayat 69)

*Hanya Orang yang semangat untuk Mengenal ALLAH, dia akan sanggup kurangkan dunia dan luangkan MASA untuk mencari dan mendalami ILMU tentang ALLAH yakni ILMU TAUHID*. Kerana hanya dengan ILMU TAUHID SAHAJA, KEHIDUPAN kita akan terpandu di jalan KEBENARAN. Dia juga sanggup berusaha bersungguh2 BERMUJAHADDAH, dengan MENDIDIK HATINYA agar terus ISTIQOMAH di jalan -NYA..

*KESEDARAN IMAN HANYA ALLAH berikan kpd org yg ISTIQOMAH MENCARI KEBENARAN.* Tetapi bagi yang Tidak Semangat, pasti kejap2 ok, kejap2 down, kuat penyakit ragu ( penyakit munafik), suka bertapi2 dan ada sahaja ALASANNYA!

ANDAI AJAL DALAM TIDUR

ANDAI AJAL DALAM TIDUR

*EMPAT PERKARA SEBELUM TIDUR WALAU SESIBUK MANAPUN DENGAN TUGAS HARIAN.*

Rasulullah berpesan kepada siti Aisyah ra.

“ Ya, Aisyah! Jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara yaitu:

1. Sebelum khatam al-Quran.
2. Sebelum menjadikan para nabi bersyafaat untukmu di hari kiamat.
3. Sebelum para muslimin meredhai engkau.
4. Sebelum engkau melaksanakan haji dan umrah".

Bertanya Siti Aisyah:

“Ya Rasulullah ! bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika? “
Rasulullah tersenyum dan bersabda:

1. “Jika engkau akan tidur,bacalah surah al –Ikhlas tiga kali
Seakan-akan engkau telah meng-khatamkan Al-Quran
” Bismillaahirrahmaa nirrahiim,
‘Qul huallaahu ahad’ Allaah hussamad’
lam yalid walam yuulad’
walam yakul lahuu kufuwan ahad’ ( 3x ) “

2. "Bacalah shalawat untukku dan untuk para nabi sebelum aku" maka kami semua akan memberimu syafaat di hari kiamat
“ Bismillaahirrahmaa nirrrahiim, Allaahumma shallii ‘alaa saiyyidina Muhammad wa’alaa aalii saiyyidina Muhammad ( 3x ) “

3. “Beristighfarlah” untuk para mukminin maka mereka akan meredhai engkau
“ Astaghfirullaah hal 'adziim al lazhii laa ilaaha illaa huwal hayyul qayyuum wa atuubu ilaih ( 3x )

4. Dan perbanyaklah “bertasbih, bertahmid , bertahlil dan bertakbir” maka seakan-akan engkau telah melaksanakan ibadah haji dan umrah
“ Bismillaahirrahmaa nirrrahiim
Subhanallaah Walhamdulillaah Walaa ilaaha illallaah hu wallah hu akbar "
( 3x )

Sampaikanlah kepada orang lain,
maka ini akan menjadi sedekah jariah pada setiap orang yang anda kirimkan pesan ini, dan apabila kemudian dia mengamalkannya, maka kamu juga akan ikut mendapat ganjaran pahalanya insha Allah...

Aamiin ya Allah..

Ya Allah, ampunilah dosaku, dosa ibu bapa ku, keluarga ku,saudaraku dan setiap orang yang meng-klik Suka, share & berkomentar "aamiin" dan jangan Engkau cabut nyawa kami saat tubuh kami tak pantas berada di SurgaMu. Aamiin...
.
Sobat sekarang anda memiliki dua pilihan ,
1. Membiarkan sedikit pengetahuan ini hanya dibaca disini
2. Membagikan pengetahuan ini kesemua teman facebookmu , insyallah bermanfaat dan akan menjadi pahala bagimu. Aamiin..

Boleh di SHARE sebanyak mungkin!!

*SATU KEMATIAN DLM KEADAAN LEKA - DLM KEADAAN TIDAK BERSEDIA.*

Tazkirah Petang

🎾 *SATU KEMATIAN DLM KEADAAN LEKA - DLM KEADAAN TIDAK BERSEDIA.*

Rancanglah kematian kamu dgn penuh bekalan utk perjalanan yg jauh.

sekadar perkongsian & peringatan utk diri sendiri jugak...

 Assalamualaikum...

Sibuk kejar kehidupan dunia?
wang berguni pun x cukup!
Kerja sepenuh masa.
Rindu orang itu, orang ini.
Cemburu orang itu dengan orang ini. dengki hati jadi mainan

Lewat bangun solat subuh, tapi lebih risau lewat nak pergi keje. Tak risau sangat solat lambat. Balik rumah dah lewat, solat asar ke mana, solat maghrib ke mana.

Perut lapar, cari makanan. Duit takde, pergi bank. Rasa tak tenang, ada benda tak kena, pakai earphone, dengar lagu apa-apa. Duduk di kawasan lapang, tenangkan fikiran. Al Quran tak bersentuh, masjid tak jejak.

Benda sama lagi dibuat. Sambil online, tiba-tiba terbaca satu tweet,
"Buat apa pun, jangan lupa, Allah nampak semuanya. Malaikat mencatat."
Tanpa rasa tersentuh, hati mula kata, "Benda dah selalu diingatkan.

Aku tahulah Allah tu Maha Melihat. Malaikat tu sentiasa mencatat."
Teruskan dengar pula lagu Mr Saxobeat, online lagi. Main game.
Tanpa rasa diperhatikan, sebenarnya malaikat maut daripada pagi duk pandang kita.

Terbangun solat subuh lewat, Allah tahu. Malaikat kiri kanan tahu. Malaikat maut pun tahu.
Sambung dengar lagu Starships pula. Sibuk-sibuk dengar, mulut pun ikut sekali menyanyi.

Baca Al Quran? Ala nanti-nanti boleh.
Malaikat maut menjengah lagi.
Tiba-tiba terdengar azan. Tengah syok online ni. Tengok jam. Awal lagi. Teruskan online dulu, lagi sepuluh minit solatlah. !! sepuluh minit, tengok jam, cipta alasan lain pula. Sampai dah tinggal lima minit waktu nak habis, baru pulun lari pergi wudhuk, nak solat. Itu Alhamdulillah solat. Yang terus tak solat sebab alasannya dah terlewat? Guane tu?

Malaikat maut ziarah lagi.
Nasib tak nampak je malaikat maut tu. Kalau nampak, confirm masing-masing tak ada masa nak buat benda lagi. Setiap masa pun nak buat baik je.

Baru nak tutup mata, nak tidur. Tiba-tiba ada orang ketuk pintu. Ah sudah. Siapa pulak nak kacau aku ni.
"Nak apa?"
Kasar intonasi. Bengang kononnya ada orang kacau waktu mengantuk macam ni.
"Nak nyawa kamu. Masa kamu di dunia sudah tamat. Wahai anak adam, ini adalah waktu pertemuan kembali antara seorang hamba dengan Pencipta segala ciptaan"
Tergamam.

Ah Macam mana ni. Aku belum sempat baca Quran. Aku dah lama tak solat taubat. Solat aku yang lepas-lepas ni yang aku sengaja tinggal nak buat macam mana.
Mati mana boleh tangguh lagi. Aduh. tepuk dahi 😓

Esok dah janji dengan kawan nak main futsal. Dah janji nak mesej awek. Esok kena hantar paper work, deadline. Macam mana ni.
Lalu malaikat maut pun masuk ke dalam bilik.
Dengan muka cuak, cuba merayu mohon ditangguhkan waktu mati. Kita lupa, malaikat maut itu sentiasa memerhati. Tunggu masa nak ambil nyawa.

Selama ni leka dengan dunia. Bila tiba hari kematian, baru yakin yang mati tu bila-bila. Tapi.... semuanya dah terlambat.
Jadi, mulai dari sekarang.

Rancanglah kematian sebaik-baiknya. Nak mati dalam keadaan sudah bertaubat, atau nak mati dalam keadaan sibuk buat maksiat?
Jagalah solat..jagalah aurat wahai sahabat2ku...  Tepuk dada, tanya iman.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...