Thursday 4 May 2017

Everything NEW


Nn

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia kepada semua pembaca budiman. Telah terlalu aku tidak bersiaran di sini. Kesibukan yang teramat sangat telah mengekang diri ini untuk meneruskan coretan walaupun cuma sepatah dua😉.

Namun hari ini dan di ketika ini, kerinduan untuk mencoret sebuah karya ringkas lewat kerjaya sendiri telah menarik jemari ini ke sini.  Bermula pada 01 Januari 2017, aku telah meneruskan tugasan mendidik di tempat baru sebuah sekolah di Bidor, Perak. SJKC Choong Hua 2 telah menjadi sekolah ke-5 dalam sejarah kerjayaku. Syukur alhamdulillah, permohonan eg-tukar yang telah ku isi pada bulan Oktober 2016 telah berjaya.

Sekolahku yang baru ini adalah sebuah jenis kebangsaan yang besar dan merupakan sekolah sjkc kedua terbesar di daerah Batang Padang.  Dengan kapasiti seramai 368 orang murid, 25 orang guru dan pentadbir serta 10 orang staf sokongan.  Sekolah ini ditadbir oleh seorang Guru Besar dan 3 orang Guru Penolong Kanan yang kesemuanya terdiri daripada guru wanita.

Alhamdulillah...para pentadbir, rakan-rakan seperjuangan, murid-murid serta staf sokongan yang ada di sekolah itu telah menyambut kehadiranku dengan senang hati dan gembira sekali.  Syukur padamu Ya Allah... Bersama-sanaku mengajar di sekolah ini ada 3 orang guru Melayu iaitu Pn Azlina, Cik Norasieda dan En Syafiq serta diriku sendiri.  Kami berempat adalah guru Melayu yang telah ditempatkan untuk mendidik murid-murid SJKC Choong Hua 2 dalam matapelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.  Semoga kami terus istiqamah dengan tugas dan tanggungjawab kami dalam mendidik anak bangsa yang dikasihi.

No comments:

Post a Comment

Any comment? Please....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...