Saturday 7 November 2015

6 tahun telah berlalu...

Assalamualaikum wrt rakan pembaca sekalian...di ketika ini, aku tiba-tiba teringat kenangan peristiwa semasa diperantauan ...6 tahun telah berlalu namun kenangan2 itu masih segar di ingatan ini.. Marilah kita bersama-sama mengimbau kembali kenangan itu...coretan2 ini telah di salin dari blog Perwakilan Moscow...


Friday, December 25, 2009


Kuih Lapis

Demo masakan oleh Pn. Azah Salwa Suhod


Bahan-bahan:

110 gm tepung beras
110 gm tepung gandum
130 gm gula pasir
20 gm tepung ubi
750 ml santan (kalau guna serbuk guna 2 peket)
1 butir telur
secubit garam
pewarna merah


Cara membuat:

1. Semua bahan (kecuali pewarna merah) digaul atau blend hingga
hancur.

2. Tapis adunan supaya tidak bergentel dan adunan halus.

3. Bahagikan adunan kepada dua bahagian, satu bahagian dimasukkan
pewarna merah dan satu bahagian lagi dibiarkan tanpa warna.

4. Panaskan kukusan. Lapik loyang dengan plastik (sekiranya mengunakan
 loyang 'non-stick' tidak perlu dilapik)

5. Kukuskan lapisan pertama warna putih selama 5 minit selepas itu barulah
 lapisan merah pula.
6. Ulang bahagian 5 sehingga adunan habis. Setiap lapisan dikukus selama
 5 minit. Lapisan terakhir dikukus selama 25 minit supaya adunan betul-betul masak.
Share

Mesyuarat Kali ke 10, Bacaan Yaasin, Demo 

Masakan & Jamuan Perpisahan



Penyerahan cenderahati kepada Pn. Azahsalwa


Mesyuarat ke-10 yang merupakan mesyuarat terakhir bagi tahun 2009 telah 
diadakan pada 24 Disember 2009. Mesyuarat kali ini bertemakan warna Merah - 
"1 Malaysia". Sepertimana rutin, mesyuarat dimulakan dengan bacaan surah 
Yaasin beramai-ramai.

Perhimpunan kali ini juga turut meraikan perpisahan bagi Pn. Azah Salwa S
uhod yang akan kembali mengikut suaminya meneruskan tugas di Malaysia. 
Seterusnya Pn. Azah juga telah menunjukkan demo masakan kuih lapis
 kepada semua ahli perwakilan pada hari tersebut.


Pihak perwakilan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pn. Azah 
Salwa atas segala sumbangan dan jasa yang telah dicurahkan kepada 
perwakilan selama beliau berada di bumi Moscow ini.
Share

Tuesday, December 22, 2009


Year End Gathering 2009



Pada 18 Disember 2009 telah berlangsung Majlis "Year End Gathering" di KBM
Moscow. Majlis yang diadakan bagi meraikan seluruh warga kerja kedutaan ini
telah berlangsung dengan meriahnya dengan sokongan seluruh warga kerjanya termasuk local staff.


Majlis telah dimeriahkan oleh pelbagai persembahan yang disertai oleh para pekerja,
anak-anak dan tidak ketinggalan juga dari ahli-ahli perwakilan.
Share

Tuesday, December 1, 2009


IWC Winter Bazaar

Sebahagian ahli perwakilan bersama Y.Bhg. Datin Saripah



Setiap tahun menjelangnya perayaan Krismas, pihak Moscow International Women's Club (IWC) 
akan menganjurkan satu aktiviti yang dikenali sebagai IWC Winter Bazaar. Aktiviti ini
 merupakan sebahagian usaha pihak yang berkenaan dalam mengumpul dana bagi menampung 
pelbagai projek amal. Pada tahun ini, aktiviti tersebut telah berlangsung seperti berikut:

Tarikh: 28 November 2009 (Sabtu)
Lokasi: Radisson Slavyanskaya Hotel

Pihak Perwakilan Moscow turut menyertai aktiviti yang dianjurkan ini sebagai tanda 

sokongan atas usaha murni ini. Pelbagai barangan kraf dan juga juadah dari Malaysia 
telah dipamer dan dijual pada hari tersebut dan sebahagian hasil jualan turut
 diserahkan sebagai sumbangan amal daripada pihak perwakilan.
Share

Friday, November 13, 2009


Homemade Fried Chicken

Demo masakan oleh Pn.Suriyanti Safian

Bahan-bahan:

Tepung gandum - 1/2 kilo
Serbuk kari ayam - 1/2 cawan
Serbuk cili - 3 sudu teh 
Serbuk lada sulah - 3 sudu teh
Serbuk penaik - 2 sudu teh
Garam secukup rasa
Gula - sedikit


Cara-cara:

Gaul sebati kesemua bahan-bahan di atas.

1. Mula-mula masukkan beberapa ketul ayam (4-6 ketul) ke dalam tepung.

2. Selepas itu, gaulkan ayam sebanyak 10 kali secara melintang dan menegak.

3. Ambil 2 ketul ayam dan pegang kiri kanan dan ketuk sedikit supaya tepung 
rata dan yang berlebihan jatuh.

4. Masukkan ayam tadi ke dalam bekas penapis dan ulang langkah 3 sehingga
 semua ayam dalam tepung tadi habis.

5. Setelah itu pegang penapis dan masukkan ke dalam air sejuk perlahan-lahan
 dan rendam selama 10 saat.

6. Kemudian tos dan angkat penapis perlahan-lahan supaya tepung tidak lekang.

7. Masukkan semula ke dalam tepung tadi.

8. Gaul dan ramas ayam-ayam tadi 10 kali secara melintang dan menegak 
(ini merupakan proses penentuan bagi ayam nampak crispy)

9. Kemudian bolehlah diulang langkah 3 dan masukkan ke dalam minyak yang panas 
(180'C)


Tips penyediaan ayam supaya menjadi crispy:

- sediakan bekas tepung besar untuk menggaul ayam supaya senang menggaul
- sediakan air sejuk bersama penapis untuk rendaman ayam
- goreng menggunakan deep fryer (sekiranya tiada boleh guna periuk dengan minyak 
yang banyak)
Share

Monday, November 9, 2009


Sambutan Aidilfitri di Moscow

Takbir Raya dimulakan sebelum solat sunat Hari Raya Aidilfitri

Acara memotong kek oleh Y.Bhg. Dato' Khalis dan isteri

Ahli keluarga Kedutaan Besar Malaysia di Moscow.

Meriah! Begitulah gambaran suasana sambutan Hari Raya Aidilfitri di Kedutaan 
Besar Malaysia di Persekutuan Russia, Moscow. Walaupun jauh dari sanak saudara 
di tanah air, rata-rata warganegara Malaysia di bumi Moscow ini turut dapat meraikan 
hari mulia dengan penuh kegembiraan dan harmoni di samping rakan taulan dan 
juga ahli keluarga kedutaan. Sambutan pada tahun ini di mulakan dengan solat 
sunat hari raya pada paginya di dewan serbaguna kedutaan diikuti jamuan ringan 
selesai solat sunat, seterusnya di sebelah petang diadakan acara Rumah Terbuka
 Kedutaan anjuran Y.Bhg. Dato' Mohamad Khalis dan Y.Bhg. Datin Saripah Khalis.



Di anggarkan lebih daripada 600 tetamu yang hadir pada hari tersebut. Tetamu turut 
disajikan dengan pelbagai juadah tradisional Melayu, antaranya nasi minyak, rendang, 
nasi impit, kuah kacang dan pelbagai kuih muih yang menyelerakan.
Share

Jawatankuasa PERWAKILAN Moscow Sesi 2008/2009



Pengerusi
Y.Bhg. Datin Saripah Mohd Jaafar


Naib Pengerusi
Puan Nor Asimah Petah

Setiausaha Kehormat
Puan Harjit Kaur

Pen. Setiausaha Kehormat 1
Puan Suriyanti Safian

Pen. Setiausaha Kehormat 2
Puan Siti Arfah Abd Ghani

Bendahari Kehormat
Puan Azah Salwah Suhud

AJK Sosial & Kebajikan
Puan Fatimah Julia Romeli

AJK Hartabenda
Puan Nabesa Yusoff

Editor Buletin
Puan Siti Arfah Abd Ghani

Ahli-ahli
Puan Jamaliah Sarkom
Puan Nurul Istilah Ibrahim
Puan Siti Azanah Hj. Mohd Diah
Puan Maznah Ahmad
Puan Laili Rahmi Abdul Wahab Zen
Puan Aminah Md. Yasin
Cik Azizah Miskam
Puan Nor Azlin Mohd Shahar
Cik Azizah Aziz
Cik Sarifa Shamsuddin
Puan Nor Terti Sulaiman
Puan Syarifah Ilham Syed Ahmad
Share

Monday, October 12, 2009


Selamat Datang

Selamat berkunjung ke PERWAKILAN Moscow.

Embassy of Malaysia, Moscow
Mosfilmovskaya Ulitsa 50
117192 Moscow
Russian Federation
Nearest Metro Station: Kievskaya
Share

No comments:

Post a Comment

Any comment? Please....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...