Friday 18 December 2015

Renung2kanlah....

Jaga-jaga Pak Long...sekerap dalam pot, nanti hilang...

Hujan kemarau yang tak menentu di akhir tahun macam minggu ini memang mencemaskan orang motong. Dua minggu lagi sekolah akan  dibuka. Baju seluar, kasut stokin, tali pinggang, beg kena beli baru...hari mula buka sekolah nanti, buku tulis kena beli dan yuran PIBG lagi kena bayar.

Anak-anak orang motong mungkin tak bertukar pakaian tahun baru nanti. Bagi anak yang melangkah ke sekolah menengah, mak bapa tiada pilihan selain terpaksa membeli.

Sekerap dalam pot itulah modalnya. Ada yang sudah seminggu di simpan, ada yang kembung ada yang nipis ditimpa hujan bercampur bertindih dalam pot. Sebahagian besar daripada kami di daerah terperosok ini, bau getah sekerap adalah wangi, titisannya adalah penyambung nyawa, ketulan bekunya umpama slip gaji.

Andainya hujan menimpa diwaktu siang, susu meleleh pergi bersama peluh, andai hujan turunnya malam, esok lusa dapur mungkin tidak berasap.

Dua minggu lepas, seorang ustazah bercerita dalam ceramahnya. Sebuah kedai runcit di kampungnya dipecah masuk. Pintu dicungkil, tapi kecurian itu luar biasa. Sasaran biasa pencuri seperti duit dalam laci tak hilang, rokok tembakau dalam almari tak hilang.

Selepas diteliti, yang hilang hanya sekampit beras 5kg, beberapa biji telur dan sedikit ikan masin. Apakah petunjuk daripada kejadian seperti itu? Nak dilapor kepada polis pun tak sampai hati. Anak-anak siapakah yang sedang kelaparan di kampung itu? Mungkin ramai lagi di tempat lain.

Di sebuah kampung lain seorang pekedai bercerita sebulan lalu. Ada pelanggan tetapnya kerja motong pawah. Satu hari dia bawa dua biji kelapa untuk ditukar dengan sekilo beras. Walaupun santan dan kelapa bukan jualannya, dia ambil juga sebagai tukaran.

Kerana beras semuanya siap dalam kampit, di buka kampit beras 5 kg untuk ditimbang. Tak sampai hati memberi sekilo, dia beri dua kilo.  Kali pertama tangannya menggeletar menimbang beras. Wajah orang didepannya menunduk, risau ada pelanggan lain masuk. Dia masukkan juga 5 biji telur ayam sebagai sedekah. Baiknya hati orang kampung berkongsi kesempitan.

Lewat tahun 70-an hingga 90-an, keluarga besar kami telah melaluinya, melepasi himpitan hidup dengan sejuta kisah, bersama keluarga orang lain yang sentiasa di kenang. Sekolah dan ilmu pendidikanlah yang menyentak kami keluar dari putaran yang melemaskan itu.

Selepas 30 tahun, menjelang tahun 2016, putaran yang menghimpit kehidupan itu melanda lagi, melemaskan rakan taulan, saudara mara dan jiran tetangga sebaya yang sudah punya keluarga sendiri. Ganasnya putaran ini membadai bila harga barangan keperluan melambung tinggi, harga getah tidak berubah.

Negara ini sudah jauh berubah fizikalnya. Bahasa dan gaya hidup pemimpin kerajaan pun makin sukar difahami, malah gaya pembaca berita pun seperti sorak sorai sukaria dalam istana.

Jumlah duit yang keluar dari mulut pemimpin sekarang tidak lagi ribu-ribu atau juta-juta. Duit derma pun sudah mencecah bilion-bilion. Yang tiris dan bocor oun bilion-bilion Laporan pencapaian agensi-agensi kerajaan dan syarikat-syarikat gergasi juga berbintang-bintang, untung berganda-ganda, bagai tiada lagi duka tiada derita tiada nestapa gara-gara miskin. Annual dinner agensi, jabatan dan syarikat gergasi dirayakan di hotel-hotel lima bintang. Anugerah itu dan ini guna bajet yang diumumkan untik orang ramai. Bahasa pegawai pun bercampur-baur. Orang motong tak pernah terbayang semua itu pun. Mesyuarat saja di awan biru. Bonus hujung tahun berlipat-lipat.

Di bawah helaian kertas laporan mereka itu, kehidupan rakyat desa tidak jauh berubah. RM2.00 -RM2.20 sekilo sekerap tidak berupaya membawa nafas lega kepada orang motong. Setiap kali sekerap dijual, tidak pernah sekalipun cukup untuk memenuhi keperluan, tidak sedikitpun berbaki untuk simpanan, jauh sekali kesenangan apa lagi kekayaan.

Bukanlah barang mustahil, menjelang tahun baru nanti, ada anak-anak kita 13-16 tahun umurnya, tidak lagi menjadi budak sekolah. Pakaian tak mampu dibeli, buku dan yuran lagi. Cukuplah setakat darjah enam dan tingkatan 3.

Bagi adik-adik sajalah pergi sekolah membaca dan mengira. Abang dan kakak yang sudah keras ototnya, jom ke kebun atau mengasuhlah adik di rumah. Kedai makan, tempat cuci kereta, tapak pembinaan, reban ayam, kedai pomen motor adalah sekolah baru mereka, mencari rezeki menyara keluarga, mak bapa berdua sudah tidak menang melawan desakan keperluan untuk hidup.

20 tahun daripada sekarang, yang tidak mampu ke sekolah, akan menghadapi kesempitan seperti hari ini, terperosok  ke dalam  putaran ganas kemiskinan itu.

Sebelum terlambat, berbuatlah sesuatu untuk membantu orang motong. Harga lantai sekerap pada RM4 sekilo hanya perlukan tambahan  RM1.6 bilion bajet kerajaan setahun, berbanding bilion-bilion yang tersasar entah ke mana. Bernafaslah 570,000 keluarga orang motong, bersekolahlah anak-anak mereka... putaran kesempitan ini bisa berhenti.

Pak Long...jaga-jaga! Sekerap dalam pot, nanti hilang. Kerajaan kita tak pernah faham apa itu  sekerap hilang!

Muhammad Sanusi
Sik Kedah

Thursday 17 December 2015

DIALOG # Yahudi~Islam

Bayangkan dua pelajar ISLAM dan yahudi sdg berinteraksi .
          .
Yahudi: Kami menang .
          .
ISLAM: Mengapa kamu begitu yakin ?
          .
Yahudi: Kerana banyak orang menggunakan whatsapp untuk hal-hal yang membuat Nabi Muhammad sedih dan ALLAH murka dan menyenangkan penganutku .
          .
ISLAM: Kamu mungkin memiliki cara ini untuk memesongkan penganut Islam tapi kami mempunyai penganut yang mempercayai kekuasaan ALLAH, mereka menggunakan whatsapp sebagai cara untuk mengagungkan ALLAH dan berkomunikasi di antara kami tanpa menyenangkan kamu atau menyedihkan Junjungan kami apatah lagi kemurkaan ALLAH .
.
Yahudi: Apa bukti kamu?
          .
ISLAM: Sangat mudah, penganut2 Islam akan mengirim pesan ini ke semua pengguna whatsapp. "Kemuliaan bagi Allah !"
          .
Yahudi: Saya x ragu itu ! Mereka akan membaca dan mengabaikan .
          .
ISLAM: Penganut2 Islam tidak mengabaikannya , kami sekali lagi akan mempermalukan kamu dan menunjukkan kepada iblis , bahawa whatsapp bukan untuk menyenangkan kamu . Tapi alat komunikasi umat Islam ! Untuk mengagungkan ALLAH dan berinteraksi tanpa mengabaikan ALLAH !
          .
Yahudi: Saya menerima tentangan ini !
          .
#Allahu Akbar . Sebarkan Seikhlas Mungkin
😥  Dajjal keluar nanti bawak perempuan lawa2 mcm bidadari syurga.. telanjang bogeyy tau..
dajjal merupakan seorang manusia, yang telah ditangguhkan ajalnya. dia diberi kelebihan oleh Allah untuk menguji keimanan manusia... makanan orang-orang beriman ketika dajjal keluar nanti hanyalah tasbih (SubhanAllah), tahmid (Alhamdulillah), tahlil (La Ilaha Ilallah) dan takbir (Allahu Akbar).
sahabat bertanya, "Ya Rasulullah, kenyangkah?"
"tidak. manusia akhir zaman berzikir hanya sebagai cara untuk terus bersabar dengan lapar."
kita kena berpuasa sunat selalu sebab waktu dajjal keluar nanti, kita boleh bertahan dengannya kerana dia memonopoli semua makanan atas muka bumi.
antara kelebihan-kelebihan yang Allah bagi dekat dajjal:
- boleh menyuburkan tanaman.
- boleh turunkan hujan.
- menghidupkan yang sudah mati.
macam mana dajjal nak keliling dunia cuma dalam masa 40 hari? Sempat ke?
"pergerakan dajjal itu bagaikan hujan yang ditiup angin. sangat laju!" dajjal akan menjadi ketua dekat dunia ni. semua pemerintahan nanti akan berada di bawahnya. bila dia dah kuasai semua, dia akan mengaku yang dia tuhan.
nanti, dajjal akan suruh semua orang mengaku yang dia tu tuhan. siapa yang mengaku, akan jatuh kafir, tapi dapat kemewahan dunia. siapa tak mengaku, derita.
hari pertama dajjal dekat dunia = setahun.
Hari ke 2 = sebulan.
Hari ke 3 = seminggu.
Hari ke 4 sampai hari ke 40 = hari-hari biasa.
dajjal ni penipu besar. antara pengikutnya yang ramai adalah dikalangan kaum wanita dan kanak-kanak, kerana mereka mudah terpedaya.
sabda Nabi SAW; ketika dajjal keluar, ikatlah anak dan isterimu di tiang pada rumah. Ini untuk mengelakkan mereka keluar dan terpedaya dengannya.."jika dajjal keluar ketika aku masih hidup, aku akan bersama-sama dengan kamu semua untuk menentangnya."
- Nabi Muhammad SAW -
dajjal akan menghidupkan semula mak kita yang dah meninggal untuk meyakinkan kita yang dia tu tuhan. sedangkan yang hidup itu hanyalah jelmaan syaitan!
"jika kamu berjumpa dengan dajjal, bacakanlah 10 ayat pertama dari surah al-Kahfi."
- Nabi Muhammad SAW -
Nabi dah berpesan. Jom amalkan!
semua pelusuk dunia akan diterokai oleh dajjal, kecuali 2 tempat sahaja iaitu Makkah dan Madinah kerana dikawal ketat oleh Malaikat.
waktu dajjal keluar nanti, masing-masing kena lindungi diri sendiri. tak ada siapa boleh menolong waktu tu sekalipun seorang ibu nak tolong anaknya.
"kalau kita menyorok dalam air, selamat tak dari dajjal?"
Kata Syeikh Zainul Asri, penguasaan dajjal tu di darat, laut dan udara.
tak boleh lari. "dajjal takut dengan azan. Kalau dia buat benteng, dan waktu tu tengah azan, akan musnah benteng dia tu."
- Syeikh Zainul Asri -
dajjal akan buta matanya dan akan muncul perkataan 'Kaf, Fa dan Ra' dekat dahi dia setelah dia mengaku yang dia adalah tuhan.
dajjal akan keluar bawa neraka dan syurga. neraka yang dimaksudkan adalah kesengsaraan dan syurga adalah kebahagiaan. neraka dajjal sebenarnya adalah syurga dan syurga dajjal adalah hakikatnya neraka.
dajjal akan dibunuh oleh Nabi Isa a.s. selepas dajjal berjaya tawan dunia selama 40 hari setelah dia keluar nanti. amalkan 10 ayat pertama dan 10 ayat terakhir surah al Kahfi, maka kamu akan terselamat daripada fitnah dajjal. ni hadis Nabi SAW.
sabda Nabi SAW; "Hafal 10 ayat pertama daripada surah al Kahfi, maka kamu akan selamat daripada Dajjal."
"yang paling aku takut melanda umatku di akhir zaman ialah huru hara yang dibawa oleh dajjal."
- Nabi Muhammad SAW -
☺ orang yang malas nak ambil tahu pasal dajjal ni, mereka tak tahu betapa hebatnya huru hara yang akan dibawa oleh dajjal nanti.
Harap Disebarkan.
bukan susah pon ...sebarkan

💝KAYA DUNIA KAYA AKHIRAT💝

Tlg baca walau sesibuk mana..motivasi yg sgt hebat..masya Allah
Bacalah cukup menginsafkan
LELAKI TUA BERKAIN
 PELIKAT BACA AL QURAN SETIAP KALI LEPAS ASAR
SAMPAI MAGHRIB...

Tulisan Dato Roslan Abd Hamid

Saya jumpa lelaki tua ini..
Selalu lepas Asar, dia iktikaf di Masjid..
Baca al Quran..
Umur dlm 70an..

Duduk rumah dkt masjid..
Rumah agam besar & menarik..
Hartanya di sana sini..
Ada bangunan komesil tengah bandar, bernilai dlm RM 35 juta..

Pendapatan pasif kutip sewa dlm RM70k sebln...
Belanja RM 20k & baki RM50k, dia sedekah & infaq..
Dia tenang bersendirian melayani anak cucu..

Saya mahu ambil gambar, tapi dia menolak..
Katanya malu..
Saya minta 1 formula, dia berikan 10...

Saya catat & mahu kongsikan..
1. Pertama, dia kata muliakan ibu bapa..
Doa ibubapa adalah segala galanya..
Ia tiada hijab, terus termakbul..
Raikan ibubapa & jaga mereka sepanjang usia..
Doakan mereka apabila telah tiada..

2. Jaga masa..
Ia datang & berakhir..
Urus masa antara 5 waktu solat..
Atur kerja dgn sebaik cara..
Pada setiap waktu, ada perkara yg kita mulakan..
Berada di masjid, sebelum azan..
Masuk waktu, terus lah solat.. Selepas solat,
bertebaran lah berusaha cari rezeki..

3. Berdoa dgn khusyuk..
Berserah pada Allah & bertawakal lah..
Allah tahu apa yg terbaik utk kita..

4. Namun begitu, kena lah berusaha..
Usaha pagi ptg siang & mlm..
Usaha lah bersungguh2..
Usaha bermula dgn berniat..
Lepas itu buat, sampai dpt..
Kalau tak dpt, usaha yg lain pula..
Adakan masa utk baca
Al-Quran..
Maka dia pun nasihatkan saya..
"Org yg membaca surah Al-Ikhlas satu kali,
sama ganjarannya dgn memperolehi ganjaran
membaca 1/3 Al-Quran..
Jadi jika membaca surah
Al-Ikhlas 3 kali, mendpt ganjaran seperti membaca
1 naskah Al-Quran..
Lelaki tua itu berkata, mulut dia tidak berhenti baca
surah al Ikhlas..
Kadang2 sampai 1000 kali sehari..

5. Jaga Kesihatan..
Banyak kan berjalan kaki..
Banyaknkan minum air masak atau air mineral..
Jaga pemakanan..

6. Hidup kena buat target & kena ada wawasan..
Ikat perut & usah membazir..
Makanan & minuman mesti lah dihabiskan..
Usah berlagak org kaya, padahal kita teman pada syaitan..
Sentiasa lah belanja org mkn & minum..
Apabila mkn di kedai yg kecil,  perhatikan kebersihan kedai itu..
Apabila bersih masuk..
Disitu kita akan temui ramai org susah..
Belanja mereka mkn & minum..

7. Bila waktu maghrib, usah berada di atas jln...
Apabila dlm perjalanan, berhenti..
Cari lah masjid..
Apabila di rumah, tutup pintu rapat2..
Malam, buang sampah sarap..
Basuh pinggan mangkuk..
Pastikan semua teratur sebelum tidur..
Gunakan waktu antara maghrib & isyak utk tuntut ilmu agama..
Boleh dgr org mengajar..
Boleh juga baca kitab..
Lepas Isyak, buat kira2 untung & rugi..
Siapkan bahan utk kerja esok hari..

8. Usah takut jumpa org..
Walau pun 5 minit mahu berjumpa., pergi lah sendiri..
Usah pakai posmen apabila depani soal penting..
Biar kita merangkak panjat bangunan..
Biarlah kita ambil masa berhari hari perjalanan..
Yg penting, sampaikan dgn tgn sendiri..

9. Balik mlm, usah cakap penat, usah cakap letih..
Usah cakap sakit..
Apabila sakit, senyum..
Allah sedang luruhkan dosa.. Lepas sakit, kita akan lagi bertenaga..
Siapakah dlm dunia nie yg tidak pernah rasa sakit, jatuh & dihina..
Semua pernah, termasuk lah Rasulullah SAW..
Namun, baginda ajar kita utk maafkan semua org..

10. Niat kan mahu kaya..
Niat kan mahu bantu ramai org..
Niat mahu jadi manusia berguna..
Niat itu macam tulis surat..
Dulu tiada internet, mcm tulis surat lah..
Salah tulis alamat, akan sampai salah tempatlah surat itu..
Maka tulis alamat betul2.. .

Share lah digroup lain...ayuh kita istiqamah dlam amalan kebaikan...yang baik jadikan qudwah yang buruk jadikan dakwah...bersama amar maaruf nahi mungkar.

 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم                                                                                 MUHASABAH HARI INI... KEISTIMEWAAN MANUSIA BERNAMA IBU

1.    Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang, ibu2 jangan jatuh air mata dan anak jangan bagi ibu jatuh air mata.  Biarlah Ibu menangis kerana anak berjaya dan bukan sedih kerana angkara anak.

2. Kalau balik tengah malam, buka lampu tengok dan tatap muka Ibu/anak, sebab wajah orang tidur akan menmpakkn segalanya

ADA 3 MATA YG TIDAK DIJILAT API NERAKA..

» Melihat kaabah sehingga menitis air mata.
» Membaca Al-Qur’an sehingga menitis air mata.
» Memandang wajah Ibu yang sedang tidur / sedar hingga berlinangan air mata.

3   Orang yang kita kena tengok dan selalu pandang dalam hidup, tengok masa tidur.
» Anak
» Ibu
» Suami / Isteri

1. Adalah menjadi satu dosa jika kita mengguna jari telunjuk untuk menunjukkan sesuatu pada Ibu/bapa.

2. Barang siapa yang tidak men-doakan ibu/bapa selepas sembahyang buat ibu yang sudah meninggal maka dikira dia anak derhaka walaupun pada waktu ibu/bapanya hidup dia tak pernah menderhaka.  Maksudnya jika ibu/bapa masih hidup atau telah tiada, selepas setiap solat kita mesti mendoakannya.

3. Doa orang yang masih hidup makbul untuk orang yang hidup dan mati. Jadi doakanlah Ibu/bapa kita yang telah tiada.

4. Ketika melalui kubur, perlahankan kenderaan (jika sdg menaiki kndraan) dan beri salam, mereka akan doakan kita “berkatilah si pulan ini” dan jika tak bagi salam, mereka akan kata “celakahlah orang ini”  Jadi, jangan lupa bagi salam.

5. Tanda-tanda siksa Allah atas muka bumi ini antara lain simpan harta sampai mati tak pernah keluarkan zakat.

6.    Sesiapa yang bersedekah selalu, takkan miskin orang itu selamanya.

7. Jika mak ayah kita sudah meninggal dan semasa hayatnya kita ada perntukan wang untuk dia, bila mak kita dah takde teruskan memberi peruntukkan tu sebagai sedekah.
“Ya Allah, aku sedekahkan bagi pihak ibu/bapaku, semoga pahala sedekah ni sampai kepada ibu/bapaku”.
Itu yang yang buat ibu/bapa kita bahagia di sana.

8. Kalau kita susah nak bersedekah, bayangkan wajah Ibu/bapa kita baru kita ringan tangan nak ber-sedekah.

9. Allah panjangkan usia Ibu/bapa supaya mereka sakit dan nyanyuk untuk beri syurga pada anak2nya.  Jagalah mereka dengan baik Insyallah, syurga balasanya.  Jadi kalau tahu ibu/bapa sakit, berebut-lah menjaga ibu/bapa kita.  Besar sangat pahalanya.

10. Allah kalau boleh tak nak kita masuk neraka jadi Allah takkan matikan seseorang dalam keadaan kotor dan berdosa jadi dia bagi kita sakit/malu/miskin untuk mmbersihkan kita sebelum dia mengambil kita.

ANAK2 BERMASALAH

LARI DARI RUMAH

1. Kalau anak lari dari rumah, gantungkan bajunya dihanger dan anginkan dan hadiahkan surah al-ikhlas setiap hari.

2. Masa laungan azan yang pertama, panggilah nama anak kita, insyallah akan sampai panggilan kita kepdanya.

DEGIL

1. Bila anak dah tidur, duduk di hujung kepala panggil ROH ANAK

» Wahai roh anakku “nama anak”, jadilah kamu roh yang baik, roh yang bertimbang rasa pada ibubapa, roh yang taat pada Allah, roh yang sayang sesama manusia.

Oleh kerana sahabat2 dalam group ni saya sayangi...
Dengan niat yg baik ikhlas kerna Allah same2 berdoa

"Yaa Allah, Ya Rahman, Ya Rahim.... Orang Yg M'baca Ini Adalah Org Yg Baik & Setia, Kuat‥
Sabar‥
Sayangilah Dia Serta Kasihilah Dia‥
Tolong Bantu Tingkatkan Kehidupannya‥
Mudahkan Rezekinya‥
Sihatkan Tubuh Badannya‥
Jika Dia Melangkah‥
Selamatkanlah Dia‥
Mudahkan Langkahnya‥
Aaminn…

Elakkan diri dari fitnah Dajjal


Assalamualaikum wrt rakan pembaca sekalian.  Sebagaimana yg kita tahu, Kiamat kian menghampiri kita.  Dunia kita ini sebenarnya telah semakin tua.  Telah banyak tanda2 kiamat yang Allah telah tunjukkan kepada kita semua. DAri tanda2 kecil hinggalah ke tanda2 besar.  Sama ada kita sedar atau tidak, huru-hara Dajjal juga telah mula ditunjukkan.  Bunyi Ngauman raksasa dari perut bumi iaitu 'Yakjuj  Makjuj' juga telah kedengaran sejak beberapa tahun lalu di bebberapa buah tempat dan di beberapa buah negara termasuklah di Kanada, di Indonesia, di Malaysia, di Afrika dan beberapa buah negara lagi.  Wallahu'alam... Sebagai persediaan diri kita dan keluarga serta kawan-kawan untuk menghadapi fitnah Dajjal ini, marilah kita amalkan membaca surah ini....

Imam Ahmad berkata :”Daripada Abi Darda’ daripada Nabi SAW, baginda telah bersabda: “Sesiapa menghafaz sepuluh ayat daripadanya permulaan surah al-Kahfi,maka terhindar daripada Al-Dajjal.”
[ Riwayat Muslim,Abu Daud,Al-Nasa'i,Al-Tarmizi daripada Qatadah ]


koleksi nasyid ilmiah


Saturday 7 November 2015

Rumahtangga ‘cacat’ tanpa kemuliaan agama

Rumahtangga ‘cacat’ tanpa kemuliaan agama


Rujukan : http://padredeumares.blogspot.com/2011/06/rumahtangga-cacat-tanpa-kemuliaan-agama.html

Oleh: Mohd Nasir Awang

Rasanya tiada wanita yang berhasrat mendirikan rumahtangga, terutama yang waras dan merdeka, yang tidak menginginkan sebuah mahligai hidup yang rukun dan bahagia. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang berusaha mencapai kemuliaan dalam hidup dunia dan akhirat, soal pembentukan keluarga sejahtera dan diredhai Allah Ta’ala tidak syak lagi menjadi keutamaan dalam hidup.

Hasrat itu bagaimana pun tidak mungkin dapat disempurnakan tanpa titik berat sewajarnya sama ada oleh bakal suami atau isteri. Seberat mana Islam menekankan peri pentingnya seseorang lelaki meneliti calon isterinya, begitu lah juga mustahaknya seorang wanita menghalusi ciri-ciri lelaki terbaik untuk dijadikan pasangan hidupnya.

“Bakal suami hendaklah orang yang ada asas agama, itu yang utama”, tegas Ustaz Haji Adam Mat Said, memulakan bicaranya.

Beliau yang juga Mudir Pusat Tarbiyah Nurul Iman (PTNI), di Kampung Kubang Ikan, Besut, Terengganu, mengatakan demikian sebagai reaksi pertanyaan penulis mengenai ciri-ciri seorang lelaki yang sepatutnya menjadi idaman muslimah.

Menghurai lebih lanjut, Haji Adam berkata yang dimaksudkan asas agama itu bukan setakat memiliki ilmu, tetapi mestilah disertakan kefahaman agama.

“Sebab kadang-kadang ada orang, ilmu tu ada, tetapi faham agama tu tak ada,” ulasnya.

Tidak syak lagi kefahaman yang betul mengenai ajaran agama merupakan faktor terpenting memastikan wujudnya kerukunan rumahtangga. Ciri itu malah paling dituntut dimiliki oleh suami atau bapa. Selaku ketua keluarga, di tangannya halatuju rumahtangga, sama ada menuju keredhaan Allah Ta’ala atau sebaliknya.

“Sebab itu, si suami atau bapa juga hendaklah orang yang sentiasa berusaha nak “comelkan” keluarga. Dalam satu kitab (disebutkan) antara ciri-ciri lelaki yang soleh atau bapa yang bertanggungjawab ialah (yang) sentiasa nak tengok diri dia atau keluarga dia meningkat sokmo (sentiasa),” hurai Haji Adam.

Menurutnya lagi, seorang bapa juga mestilah berkemampuan untuk memperkenalkan kepada anaknya, siapa Allah Ta’ala.

“Itu satu kewajiban yang asas, wajib bagi bapa memperkenalkan Allah Ta’ala kepada anak-anak dia. Dialah lelaki yang boleh memahamkan anak-anak dia apa itu hak Allah, hak Rasul, hak diri, hak ibubapa, semua sekali,” katanya.

Seorang bapa yang baik juga, sambungnya, ialah yang boleh menolong anak-anaknya melepaskan tuntutan fardhu ain. Dia juga lelaki yang berkemampuan untuk menuntuni anaknya, yakni bertindak sebagai murabbi, memimpin anaknya menuju Allah Ta’ala.

“Bahkan, bukan setakat pimpin, dia juga lelaki yang mampu untuk menjinakkan hati anak-anak. Kalau kita pimpin sahaja, tak boleh jinakkan hati, tak jadi juga. Itu sifat-sifat yang ada pada murabbi,” ulas Haji Adam lagi.

Beliau turut mengakui usaha seberat itu tidak akan menghasilkan natijah diharapkan sekiranya sang suami atau bapa gagal mempamerkan sifat kasih sayang dalam dakwah atau seruannya kepada anak-anak atau isteri

Sebagai contoh, seorang bapa memarahi anak-anak lalu menghukum mereka dengan nafsu, tanpa disulami dengan kasih sayang, maka hukuman yang dikenakan itu tidak akan menyedarkan anak-anak. Sebaliknya, katanya, Allah Ta’ala akan jauhkan hati anak-anak daripada sang bapa.

“Sebab itu antara ciri lelaki yang baik ialah yang sentiasa doakan kepada orang yang dia seru, sama ada anak atau isteri, doa kebaikan dan sentiasa menolong anak-anak atau isteri untuk mencapai maksud yang baik dalam hidup,” sambungnya.

Beliau menghuraikan agak panjang mengenai kaedah menghukum anak-anak menurut Islam. Tegasnya, merotan bukan jalan terbaik untuk mendidik anak-anak. Bahkan, katanya, Nabi s.a.w. sendiri mengesyorkan hukum merotan itu hanya dalam masalah meninggal sembahyang.

“Hak kena rotan tu, kalau tinggal sembahyang, bagi anak yang umur 10 tahun. Itu je yang Nabi s.a.w. ajar, lain daripada tu Nabi tak ajar kita untuk merotan anak. Bagaimana pun, kadang-kadang tu kita boleh nak rotan (anak) dengan syarat, pertama tidak dalam keadaan kita marah tadi,” hurai Haji Adam.

Syarat kedua, katanya, merotan dengan harapan kepada Allah ia memberi peringatan kepada si anak.

Yang ketiga, merotan dengan tidak menghasilkan kesan fizikal kepada anak. Manakala syarat yang keempat, katanya, jangan merotan di bahagian atas daripada pinggang, tetapi tidak salah jika dirotan pada tangan.

“Yang kelima, rotan yang tidak mengaibkan dia (anak). Jangan rotan depan orang lain. Sebab kalau dia aib, akibatnya dia sendiri akan lawan kita,” beliau mengingatkan.

Ada pun dalam konteks hubungan dengan isteri, Haji Adam menegaskan, hukuman fizikal seumpama merotan amat tidak disyorkan. Bahkan, dalam keadaan yang amat memerlukan sang suami menghukum isteri pun, ia perlu dilakukan secara sangat bertertib, jauh sekali dalam bentuk menyakitkan.

Sebagai kesimpulannya, beliau menekankan bahawa seorang lelaki idaman itu sewajarnya dinilai berdasarkan kemampuannya menyempurnakan nafkah yang zahir mahu pun batin. Di samping itu, soal kufu turut menjadi perkiraan dalam membentuk rumahtangga bahagia.

“Lelaki itu hendaklah yang kufu dengan yang perempuan, setaraf. Sebab tu kalau si ayah menikahkan anak dia dengan cara paksa, tiba-tiba isteri jumpa suami, dia tengok tak setaraf, dia boleh batalkan nikah dia, dengan sebab tidak sekufu, selagi mana tidak (belum) setubuh,” ulasnya.

Menurutnya, nilaian sekufu itu mungkin dari segi mental, di mana si isteri cerdik, tetapi lelaki tersangat bodoh atau memiliki akal yang lemah. Ia juga mungkin atas perkiraan kedudukan atau taraf yang terlalu jauh bezanya. Contohnya, nisbah keturunan, di mana lelaki berketurunan jahat, sedangkan si isteri dari keturunan orang mulia.

“Mereka boleh nikah, tapi kalau yang perempuan tu tak redha, ayah dia paksa juga kahwin, maka dia (isteri) berhak untuk putuskan perkahwinan dia. Dan sekufu ni boleh memisahkan perkahwinan bila isteri tak redha,” katanya.

Tidak syak lagi penghayatan terhadap kesemua perbahasan di atas, terutama ciri atau keperibadian lelaki yang layak digelar murabbi kepada isteri dan anak-anak seperti disenaraikan tadi tidak akan dapat disempurnakan tanpa ilmu dan kefahaman yang betul mengenai agama.

Sebab itu, sepertimana Islam menekankan peri pentingnya bagi seorang lelaki mengutamakan wanita beragama sebagai calon isteri, mengatasi kemuliaan-kemuliaan lain, seperti rupa paras, kedudukan keturunan dan harta, tuntutan serupa turut terpakai terhadap wanita dalam memilih bakal suami.

“Lelaki (bakal suami) pun begitu juga. Yang pertama, kita pilih yang ada kemuliaan agama. (Sebab) kalau orang ni tak ada kemuliaan agama, walau pun yang lain (harta, rupa atau kedudukan) ada, dia akan mencacatkan rumahtangga kita. Nak agama juga dan nak bakal suami kita seorang yang mampu bertanggungjawab. Kita boleh tengok dulu (sebelum kahwin) lagi,” ujar Haji Adam.

(Artikel ini disiarkan majalah bulanan al-Muslimah Bil: 232, Jun 2011 di ruangan 'TOPIK' dengan tajuk sama)

6 tahun telah berlalu...

Assalamualaikum wrt rakan pembaca sekalian...di ketika ini, aku tiba-tiba teringat kenangan peristiwa semasa diperantauan ...6 tahun telah berlalu namun kenangan2 itu masih segar di ingatan ini.. Marilah kita bersama-sama mengimbau kembali kenangan itu...coretan2 ini telah di salin dari blog Perwakilan Moscow...


Friday, December 25, 2009


Kuih Lapis

Demo masakan oleh Pn. Azah Salwa Suhod


Bahan-bahan:

110 gm tepung beras
110 gm tepung gandum
130 gm gula pasir
20 gm tepung ubi
750 ml santan (kalau guna serbuk guna 2 peket)
1 butir telur
secubit garam
pewarna merah


Cara membuat:

1. Semua bahan (kecuali pewarna merah) digaul atau blend hingga
hancur.

2. Tapis adunan supaya tidak bergentel dan adunan halus.

3. Bahagikan adunan kepada dua bahagian, satu bahagian dimasukkan
pewarna merah dan satu bahagian lagi dibiarkan tanpa warna.

4. Panaskan kukusan. Lapik loyang dengan plastik (sekiranya mengunakan
 loyang 'non-stick' tidak perlu dilapik)

5. Kukuskan lapisan pertama warna putih selama 5 minit selepas itu barulah
 lapisan merah pula.
6. Ulang bahagian 5 sehingga adunan habis. Setiap lapisan dikukus selama
 5 minit. Lapisan terakhir dikukus selama 25 minit supaya adunan betul-betul masak.
Share

Mesyuarat Kali ke 10, Bacaan Yaasin, Demo 

Masakan & Jamuan Perpisahan



Penyerahan cenderahati kepada Pn. Azahsalwa


Mesyuarat ke-10 yang merupakan mesyuarat terakhir bagi tahun 2009 telah 
diadakan pada 24 Disember 2009. Mesyuarat kali ini bertemakan warna Merah - 
"1 Malaysia". Sepertimana rutin, mesyuarat dimulakan dengan bacaan surah 
Yaasin beramai-ramai.

Perhimpunan kali ini juga turut meraikan perpisahan bagi Pn. Azah Salwa S
uhod yang akan kembali mengikut suaminya meneruskan tugas di Malaysia. 
Seterusnya Pn. Azah juga telah menunjukkan demo masakan kuih lapis
 kepada semua ahli perwakilan pada hari tersebut.


Pihak perwakilan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pn. Azah 
Salwa atas segala sumbangan dan jasa yang telah dicurahkan kepada 
perwakilan selama beliau berada di bumi Moscow ini.
Share

Tuesday, December 22, 2009


Year End Gathering 2009



Pada 18 Disember 2009 telah berlangsung Majlis "Year End Gathering" di KBM
Moscow. Majlis yang diadakan bagi meraikan seluruh warga kerja kedutaan ini
telah berlangsung dengan meriahnya dengan sokongan seluruh warga kerjanya termasuk local staff.


Majlis telah dimeriahkan oleh pelbagai persembahan yang disertai oleh para pekerja,
anak-anak dan tidak ketinggalan juga dari ahli-ahli perwakilan.
Share

Tuesday, December 1, 2009


IWC Winter Bazaar

Sebahagian ahli perwakilan bersama Y.Bhg. Datin Saripah



Setiap tahun menjelangnya perayaan Krismas, pihak Moscow International Women's Club (IWC) 
akan menganjurkan satu aktiviti yang dikenali sebagai IWC Winter Bazaar. Aktiviti ini
 merupakan sebahagian usaha pihak yang berkenaan dalam mengumpul dana bagi menampung 
pelbagai projek amal. Pada tahun ini, aktiviti tersebut telah berlangsung seperti berikut:

Tarikh: 28 November 2009 (Sabtu)
Lokasi: Radisson Slavyanskaya Hotel

Pihak Perwakilan Moscow turut menyertai aktiviti yang dianjurkan ini sebagai tanda 

sokongan atas usaha murni ini. Pelbagai barangan kraf dan juga juadah dari Malaysia 
telah dipamer dan dijual pada hari tersebut dan sebahagian hasil jualan turut
 diserahkan sebagai sumbangan amal daripada pihak perwakilan.
Share

Friday, November 13, 2009


Homemade Fried Chicken

Demo masakan oleh Pn.Suriyanti Safian

Bahan-bahan:

Tepung gandum - 1/2 kilo
Serbuk kari ayam - 1/2 cawan
Serbuk cili - 3 sudu teh 
Serbuk lada sulah - 3 sudu teh
Serbuk penaik - 2 sudu teh
Garam secukup rasa
Gula - sedikit


Cara-cara:

Gaul sebati kesemua bahan-bahan di atas.

1. Mula-mula masukkan beberapa ketul ayam (4-6 ketul) ke dalam tepung.

2. Selepas itu, gaulkan ayam sebanyak 10 kali secara melintang dan menegak.

3. Ambil 2 ketul ayam dan pegang kiri kanan dan ketuk sedikit supaya tepung 
rata dan yang berlebihan jatuh.

4. Masukkan ayam tadi ke dalam bekas penapis dan ulang langkah 3 sehingga
 semua ayam dalam tepung tadi habis.

5. Setelah itu pegang penapis dan masukkan ke dalam air sejuk perlahan-lahan
 dan rendam selama 10 saat.

6. Kemudian tos dan angkat penapis perlahan-lahan supaya tepung tidak lekang.

7. Masukkan semula ke dalam tepung tadi.

8. Gaul dan ramas ayam-ayam tadi 10 kali secara melintang dan menegak 
(ini merupakan proses penentuan bagi ayam nampak crispy)

9. Kemudian bolehlah diulang langkah 3 dan masukkan ke dalam minyak yang panas 
(180'C)


Tips penyediaan ayam supaya menjadi crispy:

- sediakan bekas tepung besar untuk menggaul ayam supaya senang menggaul
- sediakan air sejuk bersama penapis untuk rendaman ayam
- goreng menggunakan deep fryer (sekiranya tiada boleh guna periuk dengan minyak 
yang banyak)
Share

Monday, November 9, 2009


Sambutan Aidilfitri di Moscow

Takbir Raya dimulakan sebelum solat sunat Hari Raya Aidilfitri

Acara memotong kek oleh Y.Bhg. Dato' Khalis dan isteri

Ahli keluarga Kedutaan Besar Malaysia di Moscow.

Meriah! Begitulah gambaran suasana sambutan Hari Raya Aidilfitri di Kedutaan 
Besar Malaysia di Persekutuan Russia, Moscow. Walaupun jauh dari sanak saudara 
di tanah air, rata-rata warganegara Malaysia di bumi Moscow ini turut dapat meraikan 
hari mulia dengan penuh kegembiraan dan harmoni di samping rakan taulan dan 
juga ahli keluarga kedutaan. Sambutan pada tahun ini di mulakan dengan solat 
sunat hari raya pada paginya di dewan serbaguna kedutaan diikuti jamuan ringan 
selesai solat sunat, seterusnya di sebelah petang diadakan acara Rumah Terbuka
 Kedutaan anjuran Y.Bhg. Dato' Mohamad Khalis dan Y.Bhg. Datin Saripah Khalis.



Di anggarkan lebih daripada 600 tetamu yang hadir pada hari tersebut. Tetamu turut 
disajikan dengan pelbagai juadah tradisional Melayu, antaranya nasi minyak, rendang, 
nasi impit, kuah kacang dan pelbagai kuih muih yang menyelerakan.
Share

Jawatankuasa PERWAKILAN Moscow Sesi 2008/2009



Pengerusi
Y.Bhg. Datin Saripah Mohd Jaafar


Naib Pengerusi
Puan Nor Asimah Petah

Setiausaha Kehormat
Puan Harjit Kaur

Pen. Setiausaha Kehormat 1
Puan Suriyanti Safian

Pen. Setiausaha Kehormat 2
Puan Siti Arfah Abd Ghani

Bendahari Kehormat
Puan Azah Salwah Suhud

AJK Sosial & Kebajikan
Puan Fatimah Julia Romeli

AJK Hartabenda
Puan Nabesa Yusoff

Editor Buletin
Puan Siti Arfah Abd Ghani

Ahli-ahli
Puan Jamaliah Sarkom
Puan Nurul Istilah Ibrahim
Puan Siti Azanah Hj. Mohd Diah
Puan Maznah Ahmad
Puan Laili Rahmi Abdul Wahab Zen
Puan Aminah Md. Yasin
Cik Azizah Miskam
Puan Nor Azlin Mohd Shahar
Cik Azizah Aziz
Cik Sarifa Shamsuddin
Puan Nor Terti Sulaiman
Puan Syarifah Ilham Syed Ahmad
Share

Monday, October 12, 2009


Selamat Datang

Selamat berkunjung ke PERWAKILAN Moscow.

Embassy of Malaysia, Moscow
Mosfilmovskaya Ulitsa 50
117192 Moscow
Russian Federation
Nearest Metro Station: Kievskaya
Share

**Master Chef...):

Friday, December 14, 2012

Demonstrasi Membuat Roti



Kami sungguh berterima kasih kepada Puan Arfah kerana telah sudi mengadakan kelas / demo membuat roti.  Dua jenis roti telah dipilih iaitu roti kentang (potato bread) dan juga roti sosej.

Langkah-langkah yang ditunjukkan oleh "cikgu" sungguh bermakna sekali kepada kami ahli PERWAKILAN.

roti yg telah siap diadun menggunakan "breadmaker"
glaze..
piping custard cream..
sebelum dibakar..
180'c....20 hingga 30 minit..
selepas dibakar...
oh, ini adalah potato bread yang tak menjadi akibat tersalah setting breadmaker..

Sekali lagi PERWAKILAN Moscow mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga buat Puan Arfah yang sudi berkongsi ilmu membuat roti dengan kami.  



Share
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...