Tuesday 3 June 2014

#Keberkatan yang dicari#

Sy cukup terkesan dgn tazkirah ni..
same2 muhasabah diri..
Petikan dari tazkirah Ustaz Don Daniyal.
Mari fikir-fikirkan.
"Bukan hanya daging babi, haiwan tak disembelih, atau pun arak sahaja yang kita perlu jaga sangat-sangat supaya tak masuk ke dalam perut.
Ada lagi sumber yang lain kita perlu dielak campurkan dengan darah daging.
Nasi yang dimakan memang halal, tetapi kalau dibeli dengan gaji yang ditipu..pun ragu statusnya.
Jadi ragu disebabkan semasa waktu kerja, guna talian internet ofis berjam-jam melayan Facebook peribadi, lepak-lepak di kantin, kafeteria, ataupun konon keluar jumpa klien tetapi sebenarnya klien untuk bisnes sendiri.
Ataupun pergi rumah kawan untuk dengar gosip terbaru.
Makan ayam goreng yang JAKIM sahkan halal, tetapi dibeli guna wang claim yang diada-adakan. Claim hotel, tetapi sebenarnya menginap percuma di rumah saudara-mara.
Minta pemandu teksi keluarkan resit palsu. Claim mileage ke lokasi meeting, tetapi melencong shopping sebelum pulang ke ofis.
Sengaja lengah kerja waktu pejabat kerana mahu claim OT. Ambil kertas A4, sampul surat, selotep, guna mesin fotostat pejabat untuk urusan bisnes online milik sendiri.
Kadang-kadang, badan asyik sakit-sakit, duit asyik tak cukup, masalah bertimpa-timpa..bukan sebab Tuhan tak sayang. Bukan sebab orang aniaya. Bukan sebab santau atau kerja jin. Tetapi puncanya daripada diri sendiri yang tak mengawal hati.
Fikir dalam-dalam. Apabila musibah; tak perlu tuding jari, ataupun bertanggungjawab atas perilaku sendiri".
KEBERKATAN YANG DICARI
6 cara utk mendapat pahala setelah mati:
1. Beli Al - Quran kpda sseorang, setiap kali dia mmbacanya kamu akn mnerima pahala.
2. Sedekah kerusi roda kpda hospital, setiap kali org sakit mnggunakannya nescaya kamu akn mndapat pahala.
3. Turut serta dlm pembinaan masjid.
4. Meletak watercooler di tempat awam.
5. Menanam pokok. Kamu mnerima pahala skiranya ada manusia ataupun binatang berteduh dibwahnya atau mkan darinya.
6. Cara yg terakhir dan paling mudah adalah kongsi mesej ini kpda semua, sekiranya ada org yg mampu melakukan salah satu perkara di atas maka kamu akn mndpat pahala.



DUNIA BUKAN MILIK KITA
Tuhan boleh mengambil nyawa manusia bila-bila masa, dalam keadaan apa pun dan di mana saja mengikut kehendakNya.

Mereka yang kita sayangi, diri, rezeki, kesihatan dan umur panjang hanyalah pinjaman. Allah pemilik mutlak dan Dia berhak memberi dan mengambilnya mengikut kehendakNya. Siapalah kita untuk menyoal apabila ia tidak lagi berada dalam genggaman kita.

Rasa selesa dan bahagia adalah juga milik Allah. Bahagia mendapat anak...suami dan keluarga yang menyenangkan hati, pekerjaan yang menyeronokkan, ketua yg bertimbangrasa, rakan2 yang menggembirakan, gaji yang banyak atau layanan dari orang sekeliling yang baik adalah pinjaman. Ia diberikan kepada siapa saja tetapi pemberian itu hanyalah berbentuk sementara.

Kita tidak punya kuasa apa-apa untuk menentukan bila ia datang dan bila pula akan hilang dari kita. Allah ada sebab kenapa Dia memberinya dan kenapa diambil kembali sewaktu kita sedang enak menikmatinya.

Sering kali apabila kita bertemu perkara yang tidak menyenangkan kita akan bersungut, marah2 atau kadang2 berdendam hingga tanpa disedari kita menganiaya sesama manusia. Sering saja kita menyalahkan orang lain sebagai penyebabnya. Kita sering lupa walaupun manusia yang menyebabkan perkara yang tidak menyenangkan itu berlaku, hakikatnya itu adalah hak Allah untuk menentukannya. Kalau Allah mahu boleh saja Dia menjadikan semua orang menjadi baik dengan kita. Tetapi Allah tidak melakukannya kerana Dia lebih tahu apa yang harus diberikan kepada makhlukNya. Dunia ini dan seisinya adalah milikNya bukan milik kita. Taraf kita hanyalah sebagai hamba. Hamba lazimnya mengikut saja tanpa persoalan, tanpa sungutan.

Harta yang dalam genggaman kita masih bukan milik kita. Ia menjadi milik kita hanya apabila kita memberikannya sebagai sedaqah...itu yang diajarkan oleh Rasulullah saw.

Kembali melihat diri..subhanallah..memang sesungguhnya kita tidak punya apa-apa. Semua hanyalah pinjaman dariNya.

Dunia ini milik Allah bukan milik kita.

No comments:

Post a Comment

Any comment? Please....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...