Monday 24 June 2013

Berita Terkini


Jerebu: Ibu bapa dibenarkan tak hantar anak ke sekolah

KUALA LUMPUR 24 Jun - Ibu bapa dibenar tidak menghantar anak-anak ke sekolah jika bimbang kesihatan mereka berikutan jerebu yang melanda sekarang, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.  Bagaimanapun, pihak sekolah hendaklah dimaklumkan terlebih dahulu.
"Ibu bapa diminta merujuk kepada pihak sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah dan Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut berkaitan status sekolah anak-naka mereka terutama di kawasan yang terlibat," kata Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan dalam kenyataan di sini hari ini.
Sekolah-sekolah diarahkan tutup hari ini iaitu di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Melaka serta daerah Muar, Ledang dan Segamat di Johor, Port Dickson di Negeri Sembilan dan Kuantan di Pahang.
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G.Palanivel memberitahu pemberita di lobi Parlimen hari ini bahawa sekolah-sekolah di Selangor dan Kuala Lumpur dijangka ditutup esok memandangkan keadaan jerebu bertambah buruk.
Muhyiddin berkata, walaupun sekolah-sekolah dalam kawasan jerebu kritikal dan yang bacaan Indeks Pencemaran Udara melebihi paras bahaya telah ditutup, murid-murid dinasihatkan supaya tidak mendedahkan diri di kawasan terbuka.
"Dalam hal ini kerjasama ibu bapa perlu supaya dapat mengawasi pergerakan anak-anak mereka sepanjang tempoh itu," katanya.
Murid-murid juga dinasihatkan sentiasa memakai penutup hidung dan minum banyak air, manakala pihak sekolah hendaklah merujuk pelajar yang tidak sihat ke klinik atau hospital berhampiran, katanya.
Selain itu, Timbalan Perdana Menteri mengarahkan Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah sentiasa memantau dan mengikuti perkembangan semasa jerebu untuk mengetahui status terkini jerebu di kawasan masing-masing.
Katanya, semua pengarah pelajaran negeri hendaklah sentiasa mendapatkan pandangan dan nasihat daripada pihak berkuasa di peringkat masing-masing mengenai keperluan penutupan sekolah serta pelaksanaan sebarang aktiviti melibatkan murid.
Muhyiddin juga meminta pihak sekolah mematuhi arahan surat siaran dari semasa ke semasa sama ada untuk menutup sekolah dengan serta merta, menghentikan semua aktiviti di luar bilik darjah atau menghentikan semua aktiviti kokurikulum dengan kadar segera bagi menjamin kesihatan murid. - BERNAMA



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130624/dn_38/Jerebu-Ibu-bapa-dibenarkan-tak-hantar-anak-ke-sekolah#ixzz2X7lC43LZ
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Sunday 23 June 2013


Senaman malam di bulan puasa

Keletihan berpuasa menyebabkan ramai kaki senam beralih ke waktu malam untuk meneruskan aktiviti senaman.

Lantas sesudah Tarawih, khususnya selepas jam 10 malam, ada yang menganggap ia sebagai alternatif terbaik apatah lagi tubuh sudah lebih bertenaga terutama untuk mereka yang sudah biasa bersukan seperti bermain futsal, skuasy, badminton, tenis malah berjoging.

Namun, amalan bersukan pada waktu malam bukanlah sesuatu yang harus dijadikan tabiat kerana ia boleh memudaratkan tubuh, kata Profesor Madya Zulkifli Abd Kadir.

Pensyarah di Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, Universiti Teknologi Mara ini berkata, tubuh manusia mempunyai perubahan fisiologinya sendiri dalam sehari.

"Jam biologi tubuh itu seelok-eloknya tidak diganggu kerana ia akan mengganggu sistem homeostasis iaitu sistem yang mengembalikan keseimbangan dalaman manusia.

"Homeostatis pula dikawal zeitgeber yang dikenali sebagai penjaga masa di dalam otak. Jika kita melakukan rutin seharian mengikut masa ditetapkan misalnya makan dan tidur pada waktunya, ia memainkan peranan untuk menetapkan zeitgeber supaya ia tidak lari daripada ketetapan masa.

"Tetapi jika zeitgeber lari daripada ketetapan masanya, ia boleh mengkucar-kacirkan sistem keseimbangan tubuh itu.

"Secara semula jadi, badan bertukar kepada kaedah pemulihan diri pada waktu malam iaitu ketika kita berehat dan tidur. Justeru, kita tidak seharusnya menukar alam dalaman tubuh ini terutama dengan melakukan senaman yang keras pada waktu malam.

"Jika bersenam secara lasak itu dijadikan amalan, ia akhirnya akan memudaratkan diri sendiri kerana ia mengganggu sistem ketahanan tubuh untuk jangka panjang," katanya.

Namun, menurutnya, puasa sebulan tidak bermakna Ramadan dijadikan tempoh berehat kerana senaman tetap boleh dilakukan sama ada pada waktu pagi atau petang.

"Cuma, strateginya berbeza seperti waktu, isi padu latihan, tempoh dan tahap kesukaran senaman yang perlu diolah supaya ia mendatangkan kelebihan pada kita, bukannya kemudaratan.

"Menariknya, berpuasa boleh membantu mereka yang ingin menurunkan berat badan dengan lebih pantas tetapi ia bergantung kepada beberapa aspek termasuk jenis senaman.

"Pada bulan puasa, lazimnya tahap gula dalam darah adalah rendah manakala pergerakan tubuh berterusan menyebabkan kita menggunakan glikogen dalam otot. Mahu tidak mahu, ini membuatkan badan bergantung kepada lemak sebagai sumber tenaga," katanya.

Waktu pagi juga cukup tempoh yang baik untuk pembakaran lemak kerana ketika itu, tubuh banyak mengeluarkan kortisol iaitu hormon yang banyak dikeluarkan pada waktu pagi untuk tujuan berkenaan.

"Sebaiknya, elakkan senaman pagi yang boleh membuatkan tubuh letih seharian. Tumpukan pada senaman mudah seperti chi qong, regangan atau sedikit latihan kekuatan.

"Selepas jam 6 petang, boleh lakukan senaman aerobik yang memenatkan seperti berjoging dan berbasikal serta latihan kekuatan yang seharusnya lebih daripada 20 minit. Senaman yang keras lebih bertujuan untuk membakar lemak, tetapi aktiviti regangan tidak menjadi jika mahu menurunkan berat badan kerana ia tidak mampu membakar lemak," katanya.

Saranannya, senaman dilakukan pada waktu petang itu perlu ditamatkan kira-kira 15 hingga 20 minit sebelum azan Maghrib supaya tubuh dapat merehatkan diri untuk menikmati hidangan berbuka puasa.

Pemilihan pakaian ketika bersenam juga perlu diberi perhatian. Pakaian daripada kain kapas paling sesuai dan elakkan daripada berpakaian tebal.

Baginya, pakaian daripada fabrik poliester dan nilon kurang sesuai kerana fabrik berkenaan menebat haba keluar dari tubuh justeru ia boleh menyebabkan perpeluhan yang lebih banyak. Ini mungkin menyebabkan mereka yang berpuasa berasa terlalu letih.

Tidak hanya senaman, menurutnya, pengambilan makanan juga perlu diberi perhatian untuk mengawal berat badan malah tidak menafikan, ada yang mengalami penurunan berat badan ketika berpuasa bukan disebabkan pengurangan lemak, tetapi lebih cenderung kepada pengurangan air dalam badan.

Pengambilan makanan berlebihan yang tidak seimbang dengan jumlah pembakaran kalori juga tentu tidak mendatangkan hasil yang diharapkan untuk menurunkan berat badan.

"Dulu ketika muda, saya memang banyak makan, tetapi apabila sudah ada pengetahuan, saya mula amalkan pemakanan sihat. Pada bulan puasa ini, secara idealnya, saya pastikan ada kurma, lebihkan pengambilan sayur-sayuran dan satu jenis protein saja ketika berbuka.

"Sejak dulu saya memang tidak menggalakkan minum teh atau kopi untuk keluarga sebaliknya, hanya amalkan minum air kosong," katanya.

Jika teringin merasa manis makanan atau minuman, dia lebih menggalakkan pengambilan buah-buahan atau madu.

"Seeloknya, usah ambil makanan berat selepas solat Tarawih terutama karbohidrat. Pengambilan karbohidrat sebelum tidur tidak baik untuk kesihatan kerana ia mengeluarkan serotonin yang menyekat rembesan hormon pertumbuhan manusia. Hormon ini pula bertindak mengawal sistem pertahanan badan," katanya.

Oleh Rahayu Mohd Salleh

1 ulasan:

  1. senaman aerobik memang baik untuk kesihatan
    Balas

MESTI BACA! : KISAH YANG AMAT MENGINSAFKAN

Gambar hiasan
KISAH YANG AMAT MENGINSAFKAN |Hayatilah dan ambil iktibar....semoga bermanfaat

Pesakit: "Abang jururawat, best ke kerja di hospital? Dah lama ke kerja sini?"

Abang misi: "Bolehlah. Nak kata best, ada juga stressnya.

Tapi, selama 5 tahun kerja di sini, dapat banyak pengalaman yang bernilai yang orang luar di sana takkan dapat rasa."

Pesakit: "Apa yang best sangat tu? Nurse-nurse lawa-lawa eh?"

Abang misi: "Bukan. Tu tak best. Ada yang lagi best."

Pesakit: "Wah, apa dia?"

Abang misi: "Di sini setiap hari saya lihat pesakit meninggal dunia.

Kerja saya uruskan kencing berak mereka, bersihkan mereka hinggalah ke urusan jenazah.

Apa yang saya lihat sepanjang saya bekerja di hospital ni, betapa ramainya di antara mereka yang sudah meninggal..

sebelum meninggal meminta-minta sama ada dari waris atau jururawat untuk pegang naskhah al-Quran.

Ada yang tak boleh baca, ada yang suruh kami bacakan.

Ada juga yang tidak sempat sentuh al-Quran, tak sempat baca al-Quran, Allah telah pun mengambil nyawa mereka.

Bila dibacakan sahaja al-Quran pada mereka, berlinangan air mata.

Saya lihat betapa orang-orang yang berada di akhir nafas, majoriti nak sangat sentuh al-Quran.

Kalau boleh, nak mati dengan peluk al-Quran.

Pengalaman-pengalaman yang saya lalui di sini buat hati ini insaf.

Sedar satu perkara yang sangat penting."

Pesakit: "Hm. Apa dia?"

Abang misi: "Apa yang kita biasa pegang ketika kita masih sihat, apa yang kita biasa baca dan belai ketika masih hidup gembira tika tak datangnya sakit...

itu jugalah yang kita akan dapat pegang dan sentuh di akhir hayat.

Jika kita selalu pegang handphone di tangan setiap masa, sibuk dengan gajet di tangan dan lalai kerananya, agak-agak di akhir hayat kita nanti...dapatkah kita sentuh dan pegang al-Quran?

Sedangkan tangan kita tak biasa pegang al-Quran, sehari sekali pun susah nak belai dan belek al-Quran apatah lagi membaca atau mentadabburnya...Allah...Allah...

Sungguh, kita dah tak perlu handphone atau gajet di akhir nyawa kita..

kita sangat sangat memerlukan al-Quran...barulah kita sedar masa itu apa yang dah kita rugi...Allah..Allah..."

Pesakit: "(menitis air mata.....) Abang..bacakan saya al-Quran...saya tak boleh baca..buta tajwid... "

Abang misi tersenyum. Dikeluarkan al-Quran mini dari kocek bajunya........................

~Salam Nisfu Syaaban 1434H~


بَانَ فَقُومُوا لَيْلَهَا وَصُومُوا يَوْمَهَا. فَإِنَّ اللَّهَ يَنْزِلُ فِيهَا لِغُرُوبِ الشَّمْسِ إِلَى سَمَاءِ الدُّنْيَا فَيَقُولُ أَلاَ مِنْ مُسْتَغْفِرٍ فَأَغْفِرَ لَهُ أَلاَ مُسْتَرْزِقٌ فَأَرْزُقَهُ أَلاَ مُبْتَلًى فَأُعَافِيَهُ أَلاَ كَذَا أَلاَ كَذَا حَتَّى يَطْلُعَ الْفَجْرُ
“Apabila datang malam nishfu sya’ban, maka hidupkanlah malam tersebut dan berpuasalah di siang harinya. Karena ketika itu, ALLAAH turun ke langit dunia pada malam tersebut mulai dari tenggelamnya matahari. ALLAAH Ta’ala berfirman (yang artinya), “Siapa saja yang meminta ampunan, Aku akan mengampuninya. Siapa saja yang meminta rezeki, aku pun akan memberinya. Siapa saja yang tertimpa kesulitan, Aku pun akan membebaskannya. Siapa pun yang meminta sesuatu, Aku akan mengabulkannya hingga terbit fajar”.
Utk Informasi 15 Sya'ban jatuh pada 24 Jun 2013. Jd Malam Nisfu Sya'ban اِنْ شَآ ءَ اللّهُ pd hari Ahad tgl 23 Jun 2013 Malam Ahad (mulai sejak terbenamnya matahari)
 Rasulullah bersabda: "Barang siapa yang mengingatkan sesama tentang kedatangan bulan ini. Maka api neraka diharamkan baginya"
🍼🍼🍶🍶
Salam Nisfu Syaaban buat semua rakan taulan dan pembaca budiman... Jutaan kemaafan dipohon atas segala salah silap, keterlanjuran dan dosa saya selama ini...😍😘😀💝🎁

Wednesday 19 June 2013


NANGIS BACA INI ::
Aku mempunyai pasangan hidup... 👫
Saat senang aku cari pasanganku ..
Saat sedih aku cari ibu 👵
Saat berjaya  🎓 aku ceritakan .. pada pasanganku ..
Saat gagal aku ceritakan .. pada ibu 👵
Saat bahagia 😄 aku peluk erat pasanganku. ..
Saat sedih 😢 aku peluk erat ibu.
Saat sambut hari lahir  💘 slalu beri hadiah 💝 pada
pasangan.
Saat sambut hari ibu .. aku cuma dapat ucapkan
"Selamat Hari Ibu".
Selalu aku ingat pasanganku. ..
Selalu ibu 👵 yg ingat aku. ..
Setiap saat aku akan call 📱 pasanganku ..
Kalau ingat aku akan call 📱 ibu 👵
Selalu aku belikan hadiah 🎁 untuk pasanganku. ..
Entah bile aku akan belikan hadiah 🎁 untuk ibu 👵
Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar 🎓 dan berkerja 💺
bolehkah kau kirim wang 💰 untuk ibu?
Ibu tdk mnta banyak... lima puluh ..5⃣0⃣ sebulan pun
cukuplah".
Berderai air mata 😢 jika kita mendengarnya 👂.
Tapi kalau ibu sudah tiada ❌
👵 ibu aku RINDU,aKU RIIINDDUU,
SANGAT RINDU.
Berapa bnyk yang sanggup menyuapkan
ibunya makan 🍛
berapa bnyk yang sanggup melap muntah
ibunya 😷
berapa bnyk yang sanggup mengganti lampin
ibunya 👵
berapa bnyk yang sanggup..... membersihkan
najis 💩 ibunya
berapa bnyk yang sanggup....... membuang ulat 🐛
dan membersihkan luka kudis ibunya
berapa bnyk yang sanggup berhenti kerja .. untuk
menjaga ibunya 👵
Dan akhir sekali berapa bnyk yang
sembahyang JENAZAH ibunya......
"Jika kamu menyayangi .. ibumu,
"forward"kanlah kepada sahabat- sahabat 👦👧
anda
•1org: Kamu tdk sayang ibumu
•2-4org: Kamu sayang ibumu
•5-9org: Bagus kamu syg ibumu
•10/lebih: Selamat kamu disayang oleh ibumu
n kamu juga sgt sayang ibumu!! 👵
sayangilah ibumu selagi. masih ada .. saya amat  insan yang bernama Ibu,..

Happy mother's day...😊

Tuesday 18 June 2013


Keburukan Memanaskan Enjin Kenderaan

Upacara memanaskan enjin adalah antara amalan yang sinonim dengan hampir semua pengguna kenderaan di seluruh negara. Tak kiralah sama ada pemandu kereta, lori, van, bas sekolah, kereta kebal, motosikal berkuasa rendah dan sebagainya termasuk helikopter.

Biasanya amalan ini dilakukan pada waktu pagi sebelum ke tempat kerja atau ke sebarang destinasi. Ada yang memanaskan enjin selama satu minit. Ada yang memanaskan selama 5 minit. Ada yang keluar rumah, hidupkan enjin kereta, masuk rumah, sarapan, pakai stokin, pakai kasut, kunci pintu dan baru terhegeh-hegeh masuk kereta untuk memulakan perjalanan. Makan masa dalam 15 minit juga. Golongan kaki panaskan enjin seperti itu mesti bangun awal. Semua ini dilakukan kononnya demi untuk menjaga enjin. Demi untuk memastikan jangka hayat enjin panjang dan sentiasa berprestasi tip top.

Soalnya sekarang adakah pemanasan enjin ini perlu dilakukan? 
Apa kebaikannya dan apa keburukannya? Lagi satu kalau anda bijak laksana, siapa orang yang mula-mula panaskan enjin kenderaan di Malaysia ni?Di negara-negara yang mementingkan penjagaan alam sekitar untuk kehidupan dunia yang lebih baik di masa mendatang, pemanasan enjin adalah tidak digalakkan dan sesetengahnya ditegah. Negara Kanada telah memulakan kempen nasional mereka untuk mengurangkan pemanasan enjin yang tidak diperlukan. Kempen yang sama turut dilakukan di Jepun , United Kingdom dan di Amerika Syarikat. Ada di antaranya sudah menetapkan satu undang-undang bahawa enjin kenderaan tidak boleh dibiarkan hidup dalam keadaan idling melebihi 5 minit atau 3 minit bagi kenderaan ringan. Kenapa perkara ini ditegah?

The Canadian Office of Energy Efficiency telah bersetuju bahawa cara yang terbaik untuk memanaskan enjin adalah dengan memandunya. Walaupun suhu persekitaran berada di takat -20 darjah selsius, mereka menyarankan enjin kenderaan hanya perlu dipanaskan pada sekitar 15-30 saat sebelum meluncur ke jalanraya. Bayangkanlah berapa agaknya suhu di Malaysia?

Salah seorang jurutera penghantaran kuasa di Ford, Amerika Syarikat iaitu Les Ryder berkata, “Engines run best at their design temperature”. Berdasarkan kenyataan Encik Les Ryder itu, operasi enjin yang cekap, bersih dan efisien hanya berlaku pada suhu enjin di tahap 85-90 darjah selsius. Oleh itu membiarkan enjin anda di dalam keadaan idling adalah bukan cara yang terbaik atau terpantas untuk memanaskan enjin. Lebih baik jika memandunya atau dengan kata lain stylel Amerika, lagi ‘gentle’ kalau pandu terus. Jadi berikut antara bahaya atau keburukkan dalam amalan yang tidak betul ini.

DINDING SILINDER CEPAT HAUS
Tabiat memanaskan enjin atau membiarkan enjin berada di dalam keadaan pepura (idling) dikatakan adalah satu perkara yang tidak baik dan berfaedah. Pertamanya ia menyebabkan pembakaran bahanapi tidak dapat dilakukan dengan sempurna. Pembakaran tidak lengkap membawa kesan buruk kepada dinding silinder. Sisa bahan api yang tidak terbakar akan turun ke dinding silinder lalu membersihkan minyak pelincir yang berada di dinding silinder. Maka apa yang terjadi adalah dinding silinder akan mengalami kehausan akibat tiada pelinciran di bahagian sepatutnya. Bahan api yang tidak terbakar juga boleh jadi akan turun perlahan-lahan ke bahagian takung minyak pelincir. Apabila ia bergaul, sifat minyak pelicir akan berubah dan hilang kecekapannya.

PALAM PENCUCUH MENJADI KOTOR 
Di samping itu, tabiat ini juga boleh mendatangkan masalah kepada palam pencucuh. Ia akan menganggu suhu kerja palam pencucuh. Palam pencucuh yang tidak berada di suhu sepatutnya akan menjadi kotor. Oleh yang demikian ia akan mendatangkan kesan kepada peningkatan bahan api sebanyak 5%.

PAIP EKZOS CEPAT BERKARAT 
Pada waktu pagi, sesetengah kenderaan biasanya akan mengeluarkan wap dari ekzos. Wap itu bukanlah wap minyak daripada enjin yang mengalami kehausan. Ia adalah wap air normal yang terhasil daripada enjin yang sejuk. Jadi apabila terlalu lama enjin dibiarkan dalam keadaan pepura (idling), bertambah lama untuk enjin mengambil masa untuk panas. Ini menyebabkan wap air akan sentiasa berada di dalam sistem ekzos yang mana akan menjadikan paip ekzos cepat berkarat.

FUNGSI ENJIN GAGAL BERFUNGSI DENGAN BAIK
Kenderaan pada masa kini biasanya akan terdapat sebuah komponen yang dinamakan Catalytic Converter pada sistem ekzosnya. Kereta-kereta Malaysia pun dah mula guna pakai. Komponen ini disediakan bertujuan untuk mengurangkan tahap toksik yang terdapat pada sisa atau hasil pembakaran sebuah enjin pembakaran dalaman. Antara kerja yang dilakukan komponen ini termasuklah menukarkan karbon monoksida kepada karbon dioksida, mengurangkan nitrogen oksida kepada nitrogen dan air, mengoksidakan hidrokarbon yang tidak terbakar kepada karbon dioksida dan air dan sebagainya. Jadi faedah yang boleh diperolehi daripada komponen ini ialah pencemaran udara dapat diminimakan.

Walaubagaimana pun, masalah yang timbul jika enjin berada di dalam keadaan pepura (idling), komponen ini tidak berfungsi. Maka enjin dengan sesuka hati dapat mencemarkan udara. Komponen ini akan berfungsi hanya pada tahap suhu 400 – 800 darjah selsius yang dimana adalah pada satu kadar suhu yang sangat panas berbanding enjin. Semasa suhu itu ia akan bertindak menukar bahan tercemar dari sisa pembakaran enjin kepada bahan yang kurang berbahaya kepada alam sekitar. Bagi memastikan komponen ini cepat dan dapat berada di suhu yang mana ia boleh beroperasi, anda perlulah memandu. Bukan meninggalkan kereta hidup terbiar. Semakin lama enjin dibiarkan dalam keadaan idling maka semakin lama juga Catalytic Converter ini tidur dan tak bekerja. Anda rasa apa agaknya yang terjadi kepada alam sekitar?

MEMBAZIR DAN MENCEMARKAN
Sekarang kita sudah mengetahui serba sedikit tentang keburukan memanaskan enjin. Ada tiga kesan yang penting di situ iaitu membazir bahan api, mencemarkan alam sekitar dan memunah wang ringgit. Mari kita lihat apa pula kebaikkan memanaskan enjin. Khabar-khabar angin mengatakan memanaskan enjin juga ada faedahnya. Salah satu perkara yang disebut adalah semasa enjin ditinggalkan di dalam satu tempoh yang agak lama, iaitu mungkin sehingga satu malam, bahan pelinciran akan turun meninggalkan komponen yang bergerak di dalam enjin ke bahagian bawah enjin.

Jadi apabila kita mula menghidupkan enjin, kita perlu mengambil sedikit masa untuk memanaskannya supaya dapat memberi peluang bahan pelinciran itu naik dan beredar di setiap inci dan penjuru komponen dalaman enjin. Ya perkara ini benar. Tetapi apa yang anda perlu tahu bahawa setiap enjin telah dilengkapkan dengan satu komponen yang dipanggil pam minyak pelincir. Pam minyak pelincir ini dijana oleh pusingan crankshaft. Makin laju crankshaft berpusing maka makin cepat pam bahan api berpusing seterusnya mengagihkan minyak pelincir ke bahagian dalaman enjin. Untuk memastikan crankshaft ini berpusing laju apa yang anda perlu buat? Adakah dengan hanya membiarkan enjin dalam keadaan idling?
Kesimpulannya di sini tabiat memanaskan enjin di waktu pagi yang kononnya lagi lama lagi bagus adalah satu mitos yang tidak diketahui hujung pangkalnya. Perkara ikut-ikutan seperti ini bukanlah satu perkara yang asing bagi kita rakyat Malaysia. BMW sendiri pun cukup pantang kalau orang warm up enjin keretanya. Sebab mereka tahu jika enjin cepat rosak nanti mesti pelanggan mengadu. Sebab itu kalau boleh BMW nak lepas hidup saja enjin kereta, terus pandu cepat-cepat. Jangan tunggu-tunggu. Ini tidak, siap boleh masuk rumah pekena roti dua tiga keping, layan teh dulu sambil sembang-sembang dengan isteri tapi enjin kereta terbiar hidup.

Seperkara lagi yang boleh membantu mengurangkan pencemaran alam sekitar dan pembaziran bahan api adalah dengan mematikan enjin jika kenderaan anda tidak bergerak. Kalau tunggu kekasih turun LRT, berhenti tepi jalan bergayut dengan telefon, tunggu bini masuk pasar mini beli barang dapur, dan tunggu anak balik sekolah depan pagar sekolah bawa bawalah matikan dulu enjin. Perkara itu tidak memberi sebarang faedah langsung malah boleh menyebabkan masalah pencemaran udara dan alam sekitar serta pembaziran wang ringgit. Sedarkah anda di dalam tempoh setahun, sikap mengurangkan enjin dibiarkan hidup dalam keadaan idling ini mampu menjimatkan beratus ribu juta ringgit dan mampu menghentikan perlepasan jutaan tan gas rumah hijau ke atmosfera yang membawa pemanasan global.

Friday 7 June 2013

* Our 20th Anniversary ~06/06/1993 - 06/06/2013 *

Assalamualaikum wrt buat semua pembaca setia blog saya ini. Ni saje jet nsk bagi tau yzng hari ini grnsplah 20 tahun usia perkaheinan kami. Syukur Alhamdulillah dengan limpah kurnia dan rahmatMu  Ya Allah ... Kehadiran tujuh orang cahaya mata sebagai penyeri mahligai kami amat- amat kami banggakan.
 Semoga ikatan yang terbina inj akan berkekslsn hingga ke akhir hayat dan seterusnya bahagia hingga ke syurgaNya.., in shaa Allah!





Thursday 6 June 2013

~Renungan hidup~


prlu direnungkan n wajib dbaca....
semoga qta mndapat syafa'at Nabi Muhammad SAW diakherat klak.... aamiin....
SAHABAT-SAHABAT SAYA YG BUDIMAN
!!! Gambaran Hari Kiamat!!!
Mengalir air mata Ku tanpa Ku sedari ketika membaca kisah ini... Astaughfirullah!!!
- Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
- Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
- Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
- Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.
- Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.
- Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
- Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.
- Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
- Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.
- Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al- Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.
- Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.
- Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.
- Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.
- Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.
- ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.
- Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.
- Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.
- Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.
- Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.
- Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.
- Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.
- Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
- Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.
- Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.
- Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.
- Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)
Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka

Monday 3 June 2013


Kisah Duit Syiling dan Batu

TINGG!

Wang syiling itu jatuh di hadapan seorang lelaki yg sedang asyik membancuh simen. Melihat logam kecil itu,tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja. Tidak menunggu lama,tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya. Dia menyambung semula kerjanya.

TINGG!

Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya. Lelaki itu menoleh ke kiri, kanan dan di sekelilingnya. Tiada siapa yg berdekatan dengannya. Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya.Tidak lama kemudian, lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya. Pun sama, dia mengambil dan menyimpannya.“Rezeki aku!” kata lelaki itu dalam hati.

Lelaki itu tidak sedar, logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya daripada aras lapan bangunan separuh siap yg mereka bina itu. Sebenarnya, ketuanya mahu memanggilnya. Ada pesanan yg mahu disampaikan ketuanya itu.

Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan, cuba memanggil  itu yg berada pada aras paling bawah.Namun, jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut. Dek kerana itulah, ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas. Mudah-mudahan,dapatlah dia menyampaikan pesananya kepada pekerjanya itu.

Sayangnya, sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah, lelaki itu masih belum juga mendongak ke atas.Lantas, ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yg terdapat di lantai. Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah.

Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu. Setelah merasa sakit dan terganggu ,lelaki itu mendongak ke atas,melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yg menyerangnya tadi. Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yg sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan.

P/s : Sahabat sekalian, kisah ini sekadar tamsilan antara kita dengan Yang Maha Pencipta. Tanpa sedar, Allah sering menjatuhkan ‘syiling’ lambang rezeki, rahmat atau kesenangan yg tidak terkira banyak kepada kita. Tuhan menjatuhkan ‘syiling’ itu sebagai satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas untuk mengingati dan bersyukur dengan kurniaan-Nya.Tetapi, kita acap kali lalai untuk ‘mendongak’ ke atas sebaliknya terus menikmati pemberian-Nya tanpa mengucapkan terima kasih.

Seperti kisah ketua dan pekerja tadi, apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian, lalu Dia jatuhkan pula ‘batu’ yg berupa musibah, kegagalan, keperitan dan pengalaman yg menyakitkan. Dan hanya setelah kita merasa kesakitan itu,barulah kita teringat untuk mendongak,menadah tangan bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta kita..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...