Sunday 31 March 2013


Subject: FW: AL-QURAN:TEMAN DI KUBUR
Bila membaca email di bawah, saya teringat ketika saya menghadiri kursus
memasak lebih kurang 4 tahun yg lalu, di mana tenaga pengajarnya adalah
seorang wanita muaalaf berumur dlm 50 tahun. Dia dtg bersama seorang
kawan.  Dia memulakan kelas dgn memuji kpd Allah swt dan selawat dan
salam kpt junjungan mulia nabi Muhammad saw yg agak panjang juga seperti
nak mulakan ceramah agama.  
Saya rasa terpegun juga kerana sebelum ini chef2 melayu tidak berbuat
demikian sekat beri salam saja.  Selepas habis kelas, saya sengaja balik
lewat sedikit dengan tujuan nak berbual2 dgn dia.  Saya tanya bila dia
convert islam?  Dia jawab awal umur 20 an sebelum kahwin lagi.  


Keluarga dia memang membantah keras hinggakan polis terpaksa berkawal di
tempat kerja dia kerana takut berlaku bergaduhan kaum.  Untuk
menyelamatkan akidah, dia terpaksa berkahwin dgn pemuda melayu yg
dicadangkan oleh keluarga angkat dia.  Keluarga dia buang dia terus dan
tidak mengaku sebagai anak.  Kawan dia menyambung cerita suami dia
bukanlah seorang suami yg bertanggungjawab dan mengabaikan tugas2
sebagai seorang suami.  


Semua pebelanjaan makan,minum dan anak2 dia yg tanggung   Akhirnya
mereka berpisah setelah mempunyai 5 org anak.  Anak sulungnya cacat akal
tetapi berkat kesabaran dia mendidik anak yg cacat itu boleh membaca dan
menulis dgn baik dan menjadi guru di sebuah tadika.  Kesemua anak2
dihantar kesekolah agama dan thafis.  Sekarang ini keluarga dia telah
menerimanya semula...dia rasa amat bersyukur sangat.  


Sebelum saya balik dia berpesan kepada saya walau apa sekalipun jangan
tinggalkan Al Quran...bacalah setiap hari paling sedikit 1 helai.  Jika
sibuk sekali pun carilah masa utk membacanya.  Org bekerja biasanya
tiada waktu jadi bangunlah pagi sedikit baca Quran selepas subuh.
Berkali2 dia memesan kpd saya.  Saya merasa amat malu sekali kerana saya
tidak mengamalkan apa yg di suruh sebelum ini.  


Dlm kereta saya menangis kenapalah saya tidak berbuat demikian ...sy
cuma
membaca Quran bila malam jumaat saya itupun surah Yassin atau bila ada
kematian,  Kenapalah sy sebagai org islam tidak memuliakan Al Quran itu
sendiri berbanding dgn org muaalaf.


Alhamdulliah peristiwa itu telah menyedarkan sy...Allah telah memberi
saya
kesedaran melalui dia.  Sekarang ini jika tiada keuzuran sy akan membaca
Quran selepas solat subuh setiap hari dan mendalami bacaan quran selepas
magrib dgn suami sy.  Saya  juga membaca terjemahan Alquran dan
mendalami tafsirannya.  Saya mula merasakan keseronokan dgn berbuat
demikian.  Saya berdoa kpd NYA  semuga ia boleh memberi  syaafat kpd sy
nanti...ialah kerana pada waktu itu tiada apa yg dpt menolong kita
melainkan ilmu, amal dan iman kita.  


Saya berkongsi cerita dgn anda bukan utk bermegah megah  tetapi supaya
saya dapat berpesan kpd semua sebagaiman wanita itu telah berpesan kpd
saya.  Saya tahu ramai yg lebih arif  dlm hal2 keagamaan tetapi sebagai
umat islam pesan memesan itu boleh membangungkan kita dari alam leka ke
alam jaga.  Terima kasih Pn Ayisah Ng Abdullah walaupun sy tidak pernah
bertemu dgn beliau lagi selepas itu tetapi pesanan beliau tetap sy ingat
dan amalkan.  Allah telah memilih Pn Ayisah utk menguji keimanan dan
kesabaran beliau dan sy melihat kejayaan beliau melalui kejernihan
wajahnya.


Di dalam sebuah hadis Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: 



"Pada hari Kiamat nanti, di hadapan Allah swt tidak akan ada syafaat
yang mempunyai taraf yang lebih tinggi daripada Al - Quran " 


Melalui hadis di atas kita dapat mengetahui bahawa Al - Quran adalah
pemberi syafaat yang mana syafaatnya akan diterima Allah. Terdapat satu
riwayat menyatakan bahawa "Apabila seseorang itu meninggal dunia dan
keluarganya sibuk melakukan upacara pengkebumian, seorang yang kacak
akan berdiri di bahagian kepalanya.


Apabila mayat itu dikafankan, orang itu akan datang mendiami antara
dadanya dan kain kafan itu. Bila selesai dikebumikan, orang ramai akan
pulang ke rumah dan datanglah dua malaikat; Munkar dan Nakir 
cuba untuk
memisahkan orang yang kacak itu supaya mereka dapat membuat pertanyaan
mengenai iman orang yang meninggal dunia itu tanpa sebarang gangguan.


Tetapi orang yang kacak itu akan berkata : 


"Dia adalah kawanku. Aku tidak akan meninggalkannya berseorangan walau
dalam keadaan apa sekali pun. Jalankanlah tugas kamu tetapi aku tidak
akan meninggalkannya sehingga aku membawanya masuk ke syurga!" 


Selepas itu dia berpaling ke arah mayat sahabatnya dan berkata : 

"Akulah Al-Quran yang mana engkau telah membacanya kadang kala dengan
suara perlahan dan kadang kala dengan suara yang kuat"."Janganlah engkau
bimbang. Selepas pertanyaan Munkar dan Nakir ini, engkau tidak akan
berasa dukacita lagi" .Bila pertanyaan selesai, orang yang kacak itu
akan mengadakan untuknya satu hamparan sutera yang penuh dengan kasturi
dari malaikat - malaikat dari syurga" 


Alangkah indahnya dan bahagianya sekiranya orang itu adalah kita. Kita
tahu tentang tingginya syafaat Al - Quran tetapi dengan mengetahuinya
sahaja tanpa berusaha untuk mendekati dan merebut syafaat itu kita
adalah orang-orang yang rugi. 


Cuba kita renungkan sejenak diri kita sendiri. Ajal dan maut adalah
ketentuan Allah. Bila ia telah datang kita tidak akan mampu
memperlambatkan atau mempercepatkannya walaupun untuk tempoh sesaat. Dan
apabila berada di alam kubur siapakah lagi yang akan menemani kita jauh
sekali memberi bantuan kecuali amalan - amalan kita sewaktu di dunia. 


Allah telah menjanjikan Al - Quran sebagai pemberi syafaat terulung dan
janji Allah itu adalah benar. Dekatilah Al - Quran dan jadikalah ia
teman di dunia dan pemberi syafaat di Akhirat.



Semoga Allah swt memberikan kita restu dan hidayahnya.....AMIN!!!

6 PERKARA ALLAH SEMBUNYIKAN 

SETELAH ALLAH SWT SELESAI MENCIPTAKAN   JIBRAIL AS DENGAN BENTUK YANG CANTIK, DAN ALLAH MENCIPTAKAN PULA BAGINYA 600 SAYAP YANG PANJANG , SAYAP ITU ANTARA TIMUR DAN BARAT (ADA PENDAPAT LAIN MENYATAKAN 124, 000 SAYAP). SETELAH ITU JIBRAIL AS MEMANDANG DIRINYA SENDIRI DAN BERKATA : 

"WAHAI TUHANKU, 


ADAKAH ENGKAU MENCIPTAKAN MAKHLUK YANG LEBIH BAIK DARIPADA AKU?." 

LALU ALLAH SWT BERFIRMAN YANG BERMAKSUD.. "TIDAK" 

KEMUDIAN JIBRAIL A.S. BERDIRI SERTA SOLAT DUA RAKAAT KERANA SYUKUR KEPADA ALLAH SWT. DAN TIAP-TIAP RAKAAT ITU LAMANYA 20,000 TAHUN. SETELAH SELESAI JIBRAIL AS SOLAT, 

MAKA ALLAH SWT BERFIRMAN YANG BERMAKSUD. 

" WAHAI JIBRAIL, KAMU TELAH MENYEMBAH AKU DENGAN IBADAH YANG BERSUNGGUH-SUNGGUH, DAN TIDAK ADA SEORANG PUN YANG MENYEMBAH KEPADAKU SEPERTI IBADAT KAMU, AKAN TETAPI DI AKHIR ZAMAN NANTI AKAN DATANG SEORANG NABI YANG MULIA YANG PALING AKU CINTAI, NAMANYA MUHAMMAD.' DIA MEMPUNYAI UMAT YANG LEMAH DAN SENTIASA BERDOSA, SEKIRANYA MEREKA ITU MENGERJAKAN SOLAT DUA RAKAAT YANG HANYA SEBENTAR SAHAJA, DAN MEREKA DALAM KEADAAN LUPA SERTA SERBA KURANG, FIKIRAN MEREKA MELAYANG BERMACAM-MACAM DAN DOSA MEREKA PUN BESAR JUGA. MAKA DEMI KEMULIAANNKU DAN KETINGGIANKU, SESUNGGUHNYA SOLAT MEREKA ITU AKU LEBIH SUKAI DARI SOLATMU ITU. KERANA MEREKA MENGERJAKAN SOLAT ATAS PERINTAHKU, SEDANGKAN KAMU MENGERJAKAN SOLAT BUKAN ATAS PERINTAHKU." 

KEMUDIAN JIBRAIL A.S. BERKATA: 

"YA TUHANKU, APAKAH YANG ENGKAU HADIAHKAN KEPADA MEREKA SEBAGAI IMBALAN IBADAT MEREKA?" 

LALU ALLAH BERFIRMAN YANG BERMAKSUD. 

"YA JIBRAIL, AKAN AKU BERIKAN SYURGA MA'WAA SEBAGAI TEMPAT TINGGAL..." 

KEMUDIAN JIBRAIL AS MEMINTA IZIN KEPADA ALLAH UNTUK MELIHAT SYURGA MA'WAA. SETELAH JIBRAIL AS MENDAPAT IZIN DARI ALLAH SWT MAKA PERGILAH JIBRAIL AS DENGAN MENGEMBANGKAN SAYAPNYA DAN TERBANG, SETIAP DIA MENGEMBANGKAN DUA SAYAPNYA DIA BOLEH MENEMPUH JARAK PERJALANAN 3000 TAHUN, TERBANGLAH MALAIKAT JIBRAIL AS SELAMA 300 TAHUN SEHINGGA IA MERASA LETIH DAN LEMAH DAN AKHIRNYA DIA TURUN SINGGAH BERTEDUH DI BAWAH BAYANGAN SEBUAH POHON DAN DIA SUJUD. 

KEPADA ALLAH SWT LALU IA BERKATA DALAM SUJUD : 

"YA TUHANKU APAKAH SUDAH AKU MENEMPUH JARAK PERJALANAN SETENGAHNYA, ATAU SEPERTIGANYA, ATAU SEPEREMPATNYA?" 

KEMUDIAN ALLAH SWT BERFIRMAN YANG BERMAKSUD. 

"WAHAI JIBRAIL, KALAU KAMU DAPAT TERBANG SELAMA 3000 TAHUN DAN MESKIPUN AKU MEMBERIKAN KEKUATAN KEPADAMU SEPERTI KEKUATAN YANG ENGKAU MILIKI, LALU KAMU TERBANG SEPERTI YANG TELAH KAMU LAKUKAN, NESCAYA KAMU TIDAK AKAN SAMPAI KEPADA SEPERSEPULUH
DARI BEBERAPA PERPULUHAN YANG TELAH KUBERIKAN KEPADA UMAT MUHAMMAD TERHADAP IMBALAN SOLAT DUA RAKAAT YANG MEREKA KERJAKAN.... ." 


MARILAH SAMA2 KITA FIKIRKAN DAN BERUSAHA LAKUKAN... SESUNGGUHNYA ALLAH S.W.T TELAH MENYEMBUNYIKAN ENAM PERKARA IAITU :
  • ALLAH S.W.T TELAH MENYEMBUNYIKAN REDHA-NYA DALAM TAAT.
  • ALLAH S.W.T TELAH MENYEMBUNYIKAN MURKA-NYA DI DALAM MAKSIAT.
  • ALLAH S.W.T TELAH MENYEMBUNYIKAN NAMA-NYA YANG MAHA   AGUNG DI DALAM AL-QURAN.
  • ALLAH S.W.T TELAH MENYEMBUNYIKAN LAILATUL QADAR DI DALAM BULAN RAMADHAN.
  • ALLAH S.W.T TELAH MENYEMBUNYIKAN SOLAT YANG PALING UTAMA DI DALAM SOLAT (YANG LIMA WAKTU).
  • ALLAH S.W.T TELAH MENYEMBUNYIKAN (TARIKH TERJADINYA) HARI KIAMAT DI DALAM SEMUA HARI.

SEMOGA KITA MENDAPAT BERKAT DARIPADA ILMU INI. WALLAHUALAM 

KALAU RAJIN... TOLONG SEBARKAN CERITA INI KEPADA SAUDARA MUSLIM MUSLIMAT YANG LAIN AGAR MENJADI RENUNGAN DAN PELAJARAN KEPADA KITA SEMUA.


ILMU YANG BERMANFAAT IALAH SALAH SATU AMAL YANG BERKEKALAN BAGI ORANG YANG MENGAJARNYA MESKIPUN DIA SUDAH MENINGGAL DUNIA.
*********************************************************************************************

* sHE TURNED 1 yr old on 13.03.2013 *




Happy 1st birthday my dear beloved sunshine!






Subject: Agama bukan mengkhayalkan orang miskin
Good article to read: 
 
Saya tertarik apabila membaca kisah al-Imam al-Nawawi (631-676H) yang diminta oleh Raja pada zamannya al-Malik al-Zahir untuk memberikan fatwa bagi mengharuskan Raja mengambil harta rakyat untuk digunakan memerangi musuh yang mengancam negara iaitu tentera Tatar. 
Tujuan itu pada zahirnya baik kerana mempertahankan negara dari ancaman musuh. Harta itu pun hendak digunakan untuk keperluan jihad.
Namun ramai ulama yang telah dibunuh ketika itu kerana enggan mengeluarkan fatwa berkenaan. Al-Nawawi juga enggan menulis surat sokongan terhadap tindakan Raja Zahir itu sekalipun beliau tahu pengambilan harta itu untuk kepentingan negara juga. Apabila Raja bertanya kepada beliau mengapa beliau enggan menyokong? Beliau menjawab: Setahu saya engkau dahulunya seorang hamba, tidak mempunyai harta. Kemudian Allah memberikan kurniaan kepadamu lalu diangkat engkau menjadi seorang raja. Aku dengar engkau memiliki seribu hamba lelaki yang setiap mereka memiliki tali pinggang daripada emas. Engkau juga ada memiliki dua ratus hamba perempuan, dan setiap mereka memiliki sebekas perhiasan. Jika engkau belanjakan itu semua, sehingga hamba-hamba lelakimu hanya memakai tali pinggang kain, dan hamba-hamha perempuanmu hanya memakai baju tanpa perhiasan, juga baitulmal sudah tiada simpanan wang, harta dan tanah lagi, maka aku akan fatwakan untukmu keharusan mengambil
 harta rakyat itu. Sesungguhnya yang menolong jihad dan selainnya ialah penyerahan diri kepada Allah dan mengikut jalan nabi-Nya S.A.W (lihat: 'Abd al-Ghani al-Daqar, al- Imam al-Nawawi, 144-145, Damsyik: Dar al-Qalam).
Saya suka dengan jawapan al-Imam al-Nawawi ini. Saya tahu, selepas ini banyak forum-forum perdana, ceramah-ceramah di radio dan televesyen akan memperkatakan tentang kewajipan berjimat cermat. Maka ustaz, ustazah dan penceramah pun atas permintaan penaja yang membayar harga ceramah akan bersungguh-sungguh menyuruh orang-orang bawahan untuk berjimat cermat. Dalil-dalil pun akan dibaca. Mungkin akan ada ustazah yang mencari cerita-cerita ajaib yang baru untuk dikaitkan dengan bab jimat cermat dan jangan membazir. Mungkin akan ada penceramah yang cuba menangis seperti seorang pelakon berjaya yang menerima anugerah, bercerita kepada makcik-makcik yang khusyuk menonton tentang azab seorang yang membazir 'nasi lemaknya'. Datanglah orang-orang kampung mendengar forum perdana dengan basikal atau motosikal sebagai menyahut seruan agar tidak membazir petrol. Adapun penceramah, datuk-datuk penganjur, YB-YB hanya menggunakan kenderaan mewah yang berkapasiti atas
 daripada 2000cc. Tujuannya untuk mengelakkan pembaziran wang kerajaan yang terpaksa dibayar kepada empunya kenderaan 2000cc ke bawah, lebih tinggi daripada 2000 ke atas. Maka insaflah makcik dan pakcik yang barangkali teringatkan tulang ikan yang pernah dibuangnya padahal masih ada sedikit sisa isinya yang melekat. Itulah membazir namanya. Maka, atas keinsafan dan taubat itu, mungkin ada yang akan mula mengurangkan makan nasi lemak daripada sebungkus seorang kepada sebungkus yang dikongsi bersama. Air kopinya yang memang sudah 'ceroi' akan ditukar kepada yang warna hitamnya antara kelihatan dan tidak. Maka selamat negara kita ini, disebabkan pakcik dan makcik, pak long dan mak long, pak lang dan mak lang di kampung sudah mengubah gaya hidup mereka. Jika saya hadir ke forum yang seperti itu, saya ingin bertanya soalan, tapi soalan yang belum 'dijakimkan' , "Apakah agama ini dihantar oleh Allah untuk menghukum manusia bawahan dan menghalalkan yang lain
 tidur dalam kekenyangan dan kemewahan?" Sebelum harga minyak naik, telah sekian lama mereka yang berad! a di ter atak usang itu menjimat makan dan pakai. Saban hari mereka mengira belanja untuk memboleh mereka terus hidup pada kala negara dunia belum menghadapi krisis harga minyak.
Pembaziran 
Saya tidak mahu membicarakan tentang kenaikan harga minyak dari sudut perjalanan ekonomi antarabangsa. Telah banyak pakar-pakarnya bicarakan. Tapi saya ingin bincangkan tentang soal pembaziran dan jimat-cermat. Ya, memang Islam memusuhi pembaziran. Bahkan al-Quran tidak pernah mempersaudarakan antara mana-mana pembuat dosa dengan syaitan, melainkan mereka yang membazirkan. Allah menyebut dalam al-Quran: (maksudnya): "Dan berikanlah kepada kaum keluargamu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; dan janganlah engkau membazir dengan pembaziran yang melampau. Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula sangat kufur kepada Tuhannya". 
(Surah al-Isra: 26-27). Demikianlah Allah persaudarakan pembazir dengan syaitan. Kesan pembaziran sangat besar. Lihat negara kita yang kaya dengan berbagai hasil. Sepatutnya kita akan tetap kukuh dan setiap rakyat akan menikmati kekayaan ini dengan
 adilnya. Namun, disebabkan pembaziran, harta negara yang sepatutnya dapat dimakan puluhan tahun, tetapi surut mendadak dalam masa beberapa tahun. Maka, yang patut mendapat bantuan dan hak, tidak cukup untuk sampai kepadanya. Barang keperluan pula bertukar menjadi mahal. Pembaziran memusnahkan kehidupan rakyat bawahan dan menghalang hak yang sepatutnya sampai kepada mereka. Maka betapa wajar untuk para pembazir itu dipersaudarakan dengan syaitan. Apatah lagi dalam banyak keadaan, pembaziran itu lahir dari keangkuhan dan kesombongan. Sifat-sifat itulah jua yang menjadi asas kepada kekufuran syaitan.
Soalannya, mengapakah apabila kita membicarakan tentang pembaziran, kita hanya terbayang orang-orang bawahan di kampung ataupun bandar. 
Jika kita ingin meminta supaya setiap warga negara ini berjimat dan jangan membazir, maka bermulalah daripada atas. Bukan sekadar untuk mengenakan si miskin yang sekian lama telah berjimat dan sudah tidak tahu apa yang hendak dijimatkan lagi. Mengapa kita hanya terbayang rakyat yang berada dalam rumah persendirian dan berbelanja dengan wang poketnya yang sudah lelah? Kita sepatutnya terlebih meneliti semula bagaimana perbelanjaan yang menggunakan harta negara dan rakyat yang sedang berjalan di istana-istana, kediaman-kediaman rasmi kerajaan di peringkat negara dan negeri? Apakah wajar di kala ini keraian untuk orang-orang besar sama ada sultan atau menteri begitu mewah? Makanan yang dihidangkan untuk mereka, harga satu meja kadang-kala boleh dimakan oleh ratusan rakyat bawahan. Karpet yang dipijak oleh mereka harganya
 ribuan bungkusan nasi yang dimakan oleh 'orang biasa'. Apakah patut pada saat yang sebegini, ada istana atau kediaman rasmi menteri yang hendak ditambahmewahkan? Apakah patut orang-orang besar ini diraikan dengan hiburan atau pertunjukan dan konsert yang menelan puluhan ribu ringgit sempena sesuatu kunjungan mereka? Wang itu, wang negara. Wang itu, wang rakyat. Apakah dalam masa yang sebegini mereka masih mendapat peruntukan untuk bersantai, bermain golf dan 'berhiburan' dengan menggunakan wang rakyat bawahan yang disuruh menjimatkan nasi lemak dan air kopi mereka? Pembaziran sebegini lebih rapat menjadi saudara syaitan dibanding wang persendirian yang dibelanjakan. Meminjam falsafah al-Imam al-Nawawi yang saya sebutkan tadi, jika orang atasan telah benar-benar berjimat, maka wajarlah untuk dikurangkan subsidi rakyat. Al-Nawawi telah dibuang negeri kerana enggan bersekongkol dengan perkara yang seperti ini. Namun, jika itu tidak dilakukan, ulama bukan
 burung kakak tua. Saya mengambil risiko menulis hal ini. Tanggungjawab di hadapan Allah lebih besar dari! pada seg ala- galanya. 
Para ulama dahulu jauh lebih mulia, tidak dibandingkan kedaifan saya ini. Pun mereka telah menunaikan tanggungjawab al-Amr bil Ma'ruf dan al-An- Nahy 'an al-Munkar ini. Semoga Allah menimbang tinta para ulama dengan darah para syuhada.
Telah berlaku tahun kesusahan dan kelaparan yang amat sangat di Semenanjung Arab pada zaman Amirul Mukminin 'Umar bin al-Khattab. Dikenali dengan 'Am al- Ramadah kerana seakan bagaikan warna ramad atau abu disebabkan kekurangan hujan, warna tanah dan warna kulit manusia yang bertukar disebabkan kekeringan. Ini berlaku pada antara tahun 17H dan 18H selama sembilan bulan. Amirul Mukminin telah berhempas pulas menguruskan harta negara ketika itu bagi mengatasi kesusahan rakyat. 
Di samping kecemerlangan pengurusan, yang ingin disebutkan di sini kecemerlangan pendirian dan sikap. Ibn Jarir al-Tabari meriwayatkan bahawa 'Umar bin al-Khattab tidak memakan pada tahun berkenaan lemak haiwan, susu dan daging sehingga orang ramai dapat memakannya. Barangan makanan berkurangan di pasar. Pada suatu hari pekerjanya dapat membeli untuknya lemak dan susu namun dengan harga yang agak tinggi. 'Umar enggan makan bahkan berkata: "Engkau telah menyebabkan lemak dan susu menjadi mahal, sedekahkan kedua-duanya, aku bencikan pembaziran. Bagaimana aku dapat memahami keadaan rakyat jika tidak mengenaiku apa yang mengenai mereka?" (Al-Tabari, 2/358, Beirut : Dar al-Fikr). Juga diriwayatkan bahawa suatu hari pada tahun berkenaan disembelih unta lalu dimasak dan dibahagikan kepada orang ramai. Lalu dicedok masakan itu untuk dihidangkan juga buat 'Umar. Tiba-tiba yang dicedok itu bahagian belakang unta dan hatinya. Lalu 'Umar bertanya: "Dari mana diperoleh ini?". Daripada unta yang kita sembelih hari ini. Kata 'Umar: "Oh! Alangkah buruknya aku ini sebagai pemimpin, jika aku memakan bahagiannya yang baik lalu aku berikan rakyat makan yang sisa" (Ibn Sa'd, al-Tabaqat al-Kubra, 3/312, Beirut : Dar Sadir). Maka alangkah buruknya seorang presiden, atau sultan, atau raja, atau perdana menteri, atau menteri besar, atau menteri yang makan dengan mewah daripada peruntukan harta negara atau negeri sedangkan rakyatnya dalam kesusahan.
 Ketika rakyat membilang butiran beras, helaian ringgit untuk persekolahan anak, keperitan membayar sewa rumah,! api dan air, sementara mereka yang berkuasa ini pula menghadiri jamuan negara dan negeri itu dan ini. Bermewahan dengan pertunjukan dan hiburan dari peruntukan wang negara. Kemudian bercuti rehat, tanpa rakyat ketahui apakah kepenatannya untuk rakyat. Kos cuti itu pula ditanggung oleh negara tanpa sebarang pulangan keuntungan buat rakyat. Alangkah zalim! Alangkah keji sikap yang sedemikian rupa. Saya kadang- kala begitu hairan apabila seseorang dianggap 'berjiwa rakyat', hanya kerana makan nasi yang dijamu oleh rakyat, atau masuk ke kampung mendukung anak rakyat untuk beberapa minit bagi membolehkan wartawan mengambil foto. Apakah itu dinamakan berjiwa rakyat? Jika hendak diiktiraf sebagai berjiwa rakyat, rasailah apa yang rakyat rasai. Orang seperti 'Umar bin al-Khattab lebih mulia daripada segala keturunan atau pangkat yang ada di kalangan
 manusia. Kemuliaannya telah diiktiraf oleh Allah dan Rasul-Nya. Dia ahli syurga dengan jaminan Allah dan Rasu-lNya sementara politiknya tidak ada saingan yang menggugatnya. Namun tetap amanah dan jujurnya terhadap rakyatnya. Merasai penderitaan rakyat. Beliau idola kepimpinan kita sepatutnya. Walaupun beliau tidak pernah menyuruh orang menyembah atau menjulangnya, namun beliau dipuja oleh sejarah dan diangkat oleh Allah.
Tanggungjawab 
Kenaikan harga minyak menaikkan harga barang. 
Orang berpendapatan rendah menjadi mangsa. Agama berperanan untuk menyedarkan semua pihak tentang tanggungjawab terhadap rakyat. Dalam keadaan begini, antara perkara pertama yang patut dibentang kepada rakyat adalah pengurusan kemasukan dan pengagihan zakat. Zakat yang mungkin sampai kepada peringkat bilion ringgit di seluruh negara mesti diagihkan secara telus dan bijaksana. Mengapa masih ada fakir miskin yang bagaikan meminta sedekah kepada pihak yang menguruskan zakat? Mengapa program televisyen lebih menjumpai si miskin dibanding pihak yang menguruskan zakat? Mengapa zakat masih berbaki dengan begitu banyak setiap tahun sedangkan kemiskinan masih banyak? Mengapa pihak yang menguruskan zakat kelihatan bertambah mewah, sementara yang patut menerima hak kelihatannya bertambah letih dengan keadaan sekarang? Pada masa inilah peranan zakat bagi memastikan setiap yang memerlukan memperolehinya tanpa kerenah
 birokrasi yang bukan-bukan. Jangan sampai untuk mendapat RM150 si miskin berulang alik berkali-kali dengan tambang sendiri, sementara yang mendakwa amil zakat mengisi minyak kereta dengan wang zakat atas nama amil! Ramai kata kita berjaya menguruskan zakat sebab kutipan yang tinggi. Saya katakan, pengurusan yang berjaya itu bukan sahaja kutipan semata, tetapi juga pengagihan secara telus, bijaksana dan bertanggungjawab.
Dalam usaha kerajaan menangani kemelut ekonomi hari ini, perkara-perkara yang disebutkan ini mestilah dipandang serius. Kejayaan sesebuah kerajaan menghayati penderitaan rakyat akan menjadikan mereka lebih disayangi dan disokong. Jika orang atas mengubah cara hidup, kita akan berkempen untuk semua agar mengubah cara hidup. Jika orang agama disuruh berkempen orang bawahan agar mengubah cara hidup, sementara melupai yang di atas, mereka sebenarnya cuba menjadikan agama sebagai candu agar seseorang melupai masalah yang sebenar.
Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin
ialah Mufti Kerajaan Negeri Perlis. 
E-mel: moasriza@yahoo. com
Layari 
http://drmaza. com

Subject: English name let's have a good laugh


Confusing Chinese Names

Caller : Hello, can I speak to Annie Wan (anyone)?
Operator : Yes, you can speak to me.
Caller : No, I want to speak to Annie Wan (anyone)!
Operator : You are talking to someone! Who is this?
Caller : I'm Sam Wan (Someone). And I need to talk to Annie Wan (anyone)! It's urgent.
Operator : I know you are someone and you want to talk to anyone! But what's this urgent matter about?
Caller : Well... just tell my sister Annie Wan (anyone) that our brother Noel Wan (no one)has involved in an accident. Noel Wan (no one)got injured and now Noel Wan (no one) is being sent to the hospital. Right now, Avery Wan (everyone) is on his way to the hospital.
Operator : Look if no one was injured and no one was sent to the hospital, then the accident isn't an urgent matter! You may find this hilarious but I don't have time for this!
Caller : You are so rude! Who are you?
Operator : I'm Saw Lee (Sorry).
Caller : Yes! You should be sorry. Now give me your name!!!======================================================
This is hilarious ...

Why Chinese shouldn't have Christian names:
Anne Chang => Dirty (Mandarin)
Anne Chin => Keep Quiet (Mandarin)
Faye Chen => Dusty (Mandarin)
Carl Cheng => Buttock (Hokkien)
Monica Cheng => Touching your buttocks (Hokkien)
Lucy Leow => You are dead (Hokkien)
Jane Tan => Frying eggs (Mandarin)
Suzie
 Leow => Lose till death (Hokkien)
Henry Mah => Hate your mum (Mandarin)
Corrine Tai => Poor fellow (Hokkien)
Paul Chan => Bankrupt (Mandarin)
Nelson Tan => Bird laying eggs (Mandarin)
Leslie Tong => Rubbish Bin (Mandarin)
Carmen Teng => Leg hair long (Hokkien)
Connie Mah => Call your mother (Cantonese)
Danny See => Squeeze you to death (Hokkien)
Rosie Teng => Screws and nails (Hokkien)

Pete Tsai => Nose droppings (Hokkien)
Macy Koh => Never die before (Cantonese)

Pass around for some laughter*

"Pergi Tak Kembali"


THURSDAY, AUGUST 13, 2009

Diari 98 - Allayarham Ustaz Asri Rabbani - "Pergi Tak Kembali"

11.34 pagi 13 Ogos 09, telifon saya berbunyi, saya memandang kepada telifon saya.

Hussian dari Layar Consult

“Assalamualaikum syeikh, apa cerita?” Kata saya

“Waalaikumusalam, ustaz dah dengar berita ke belum?” tanya Hussain.

“Berita apa?” Tanya saya kembali.

“Ustaz Asri Rabbani meninggal” kata Hussain lagi.

“Innalillah wa Inna Ilaihi Rajiun” spontan kalimah ini keluar dari mulut saya walaupun seakan-akan belum percaya dengan berita yang saya dengar ini.

“Sekarang jenazah ada di Hospital Pantai di Bangsar” kata Hussain lagi.

Setelah menyiapkan beberapa urusan, saya terus mengambil kereta dan terus ke Bangsar. Saya sampai ke Hospital jam 12.25, terus turun. Samsul, anak buah saya terus mencari parking.

Ramai orang berkumpul. Saya bersalaman dengan mereka yang sedang berkumpul di tempat berhampiran bahagian kecemasan ini.

Tiba-tiba, Rosli staf dari Layar Consult menghampiri saya.

“Ustaz, mari kita turun ke bilik mayat, pihak hospital dah nak turukan jenazah ustaz ke situ" katanya.

Saya pun berjalan bersama beberapa orang yang lain. Saya sampai ke bilik menunggu jenazah. Jam di tangan menunjukkan pukul 12.30 tengah hari. Di bilik ini belum ramai orang. Tak ramai yang tahu jenazah akan dibawa ke sini. Masih ramai yang di atas.

Saya menjengah di satu sudut.

“Muslim Preparation Room No. 1” papan tanda bilik jenazah di Hospital Pantai ini.

12.36, jenazah di usung turun ke tempat ini. Tiba-tiba, kawasan ini dibanjiri manusia. Bersesak-sesak orang, ada wartawan, ahli kumpulan Rabbani dan sebagainya.

“Ok, masuk dua-dua ye” kata pengurus bahagian jenazah.

Kumpulan pertama terdiri dari dua orang masuk. Di dalam telah terdapat beberapa ahli kumpulan Rabbani sedang membacakan surah Yasin. Pintu tertutup dan dikunci dari dalam.

Tak lama selepas itu, pintu dibuka, saya mahu masuk, tiba-tiba seorang Dato’ meminta laluan. Saya memberinya laluan.

““Polis dah ada, tengah tunggu keluarga datang untuk menuntut jenazah” kata beberapa pegawai hospital, menjawab soalan pengunjung yang ada pada ketika itu.

Tak lama selepas itu, dua orang keluar.

“Ok dua orang lagi”, kata penjaga bilik mayat.

Saya terus masuk. Di dalam bilik terdapat tujuh orang.

Surah Yasin yang dibaca telah hampir sampai ke penghujung.

Saya melihat sesosok tubuh yang baring telah siap dikafankan. Kain putih yang bersih dengan tangan yang diletakakan dibadan.

Saya menatap wajah sahabat saya ini. Wajahnya bersih, tersenyum. Saya membacakan fatihah kepadanya. Perlahan-lahan saya menghampiri jenazahnya, saya cium dahinya yang bersih ini. Biasanya dahi ini akan ditemankan dengan kopiah beliau.

Saya menghampiri telinga beliau, saya bisikan.

“aku saksikan, bahawa engkau telah banyak berjuang untuk agama”

Tiba-tiba saya menjadi sebak. Pada ketika itu air mata saya berlinang. Saya 
cuba menahannya tetapi saya tidak mampu. Saya menundukkan kepala saya, mengesat air mata yang mengalir di kelopak.

Saya cium dahinya untuk kali kedua. Kali ini saya pegang bahu beliau, saya ucapakan lagi padanya:-

“sahabat, selamat berehat”

Saya bangun. Berdiri tegak, selepas saya, barulah ada beberapa lagi yang datang dan mencium dahinya.

Saya 
cuba menahan air mata saya. Tetapi saya tidak mampu. Teringat lirik nasyid beliau “Pergi takkan kembali”

Saya menarik nafas panjang. Mengesat air mata yang berlenang. Membacakan fatihah sekali lagi untuknya.

Saya mula melangkah keluar. Di pintu daun pintu, saya terdengar satu ucapan:-

“Terima kasih ustaz”, saya tidak memandang siapa yang mengucapkan pada saya itu. Saya terus berjalan, merentasi kesesakan orang ramai.

Hari ini, Negara kehilangan seorang pejuang di dalam seni suara.

“InsyaAllah, semoga nanti kita dikumpulkan di syurga bersama kekasih kita junjungan besar Nabi SAW” bisik hati saya.
Saya meninggalkan Hospital Pantai. Melihat tempat berakhirnya seorang pejuang seni Islam.

Takziah untuk seluruh ahli keluarga dan kumpulan Rabbani. Tabahlah. Yang tinggal akan meneruskan perjuangan ini.

Al-Fatihah untuk al-Ustaz Asri bin Ibrahim

“Diari, Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

Al-Fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Shah Alam
13 Ogos 09, jam 3.18 petang.
Bilik Jenazah Muslim
Tiba-tiba kawasa ini dipenuhi dengan manusia. Untuk menziarahi jenazah Allahyarham Ustaz Asri
Di kawasan luar hospital
Hospital Pantai, tempat akhir pejuang ini. al-fatihah....




Subject: H1N1 story
  
Ем кита шаре церита ини.....
Pengalaman orang yang ade family dijangkiti H1N1.Untuk panduan bersama.

Based on my colleague experience.. Please spread the story...
 High risk infection to person yg smooking, has atshma, children, pregnant woman
 Beginner stage
Batuk, selsema, demam, sakit tekak, bila terbesin bunyi tak kuat...
 Second Stage
Susah bernafas, simtom macam asthma but not asthma, at this stage if you touch the person, or breath in the same room 80% boleh kena...masa ni kena kuarantin...at hospital. Masalahnya sekarang dah ramai yg kena.. hospital tak cukup katil & bilik kuarantin...Bila u pengsan macam nak mati baru dia org admitted.macam kes adik I.

Critical
Lung infection. Bila X ray we can see the virus covered the lung. Like my brother case. Very scary bila tengok x ray tu. At this stage u need oksigen with highest level, Strongest antivral..very high drug. At least 7 days oksigen kena bagi. % to recover depend to age, imune badan u. That's why kalau baby atau budak2 susah nak kata...normally die. My brother hari ni genap 8 hari..still need oksigen. Kesian dia. Masa tahap critical tu tercungap2 dia bernafas, sampai menangis..Sampai satu tahap dia berguling atas simen sbb dah tak tahan...sampai dia give up ..sampai dia blh cakap lebih baik Allah ambik nyawa dia...Itu lelaki tu..imagine kalau pompuan atau budak2. We all cuma blh tengok dia dari cermin...tak blh masuk dlm bilik kuarantin...Dr & nurse aje boleh masuh...siap pakai baju plastik. To support him, what we did bagi sms, bagi dia alquran biar dia baca so that dia tenang, bagi tasbih biar dia zikir ingat Allah & bagi Air yasin...Alhamdulillah pastu dia ok sikit.Ada hikmahnya...All the family member unite to support my brother fighting the virus.

Masalahnya hospital swasta tak terima H1N1 case, sekarang ni semua depend hospital kerajaan yg most of the doctors still young . The oldest dr in my brother ward was 28 years. All the Otai dah pergi private. Lepas tu plak this is the first time to treat H1N1 patient. At the same time dr bz with other case as well...1 doktor 5 patient...kat gov hospital...kesian dr2 tu...berhempas pulas nak selamatkan patient. I appreciate them, mmg very appreciate dia org jaga adik i dgn baik sekali..So far hospital Ampang is the best goverment hospital yg i jumpa..very efficient.Very quick action ..Even senior dia org dah pergi private & they don't have much experience , dia org tetap work hard give the best treatment to the patients..sampai tak balik rumah...tidor kat hospital.

Rasa nak peluk & cium dia org sebab selamatkan adik I...


 Subject: RE: have a great day from BICC

 Lina,
Nak dpt pandangan since u dh ada pengalaman.. Apa symptom virus ni? Melalui pembacaan dan rakaman berita, seolah2 tiada symptom yg khusus terutama demam. Demam x teruk pun bole dp jangkitan.  Boleh share info tak? Pengalaman family berhadapan ngan virus ini. J


  
DMU tak best lah lepas nie....sunyi sepi. Take care & be careful with H1N1. Virus tu very strong...sape kena...memang suffer nak recover...No vaksin..cuma ada antiviral & our mental warrior to fight them. Very genius virus..Can hide in our body...difficult to detect. Only can detect thru swap which the cost is 1K above. Unable detected in blood as well. When they start action...Can kill the person if the body imune does not strong. For those have baby atau anak2, U & ur family do not go to crowded place, better wear mask when u outside from home. The vaksin will come to Msia in Nov-Dec. So far yg I nampak..hanya lelaki dewasa can fight the virus...woman might be 70% , children most probably will die.


Take care You & Your Family

соурце:емайл сендинг бы мы  

Subject: FW: 50 LANGKAH MENJADI SUAMI MITHALI
ибубапа берсам 7  анк 
Para isteri pun boleh baca /BAKAL2 YG MENDIRIKAN RUMAH TANGGA /BUJANG
Langkah Bestari Suami Mithali ( Dato' Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah)
1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa.
2. Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.
3. Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.
4. Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-an ak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun.Senyumlah apabila sampai ke rumah.
5. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan unutk berbual dengan isteri setiap hari ?
6. Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.
7. Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.
8. Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.
9. Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.
10. Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.
11. Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan menbahagiakan pasangan anda.
12. Amalkan mesyuarat keluarga sekerap yang mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan,mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.
13. Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan Penampilan diri sendiri. Mana adil ?
14. Didik isteri dengan memberi nasihat dan peringatan secara hikmah.Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang.Elakkan cakap tak serupa bikin.
15. Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam.
16. Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan dan kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera
17. Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.
18. Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.
19. Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang menbeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami yang memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana ?
20. Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.
21. Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami.Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.
22. Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur, tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.
23. Gunakan Nabi Muhammad sebagai model. Hidupkan amalan sunah dalam rumah tangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.
24. Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakan kesilapan ini.
25. Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon ataupun SMS bagi mengingatkan sembahyang.Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.
26. Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga,tidak pernah sensara serta berteraskan iman dan takwa.
27. Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.
28. Pamer keprihatian yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut berikan kepada keluarga.
29. Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.
30. Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu sahaja.Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah.
31. Bentuk beberapa sifat wanita yang terpilih dalam diri suami. Nabi Muhammad amat pemalu, pemaaf, peka,endah dan mudah menangis. Sifat wanita yang ada pada lelaki menaikkan martabat lelaki dan lebih disayangi wanita.
32. Mahir dalam menguruskan keluarga. Peka dengan masalah dan karenah ahli keluarga, cekap mencari punca masalah, mencari alternatif penyelesaian dan memilih penyelesaian yang optimum.
33. Membaiki diri secara berterusan. Tingkatkan iman dan takwa, cuci hati dengan sembahyang taubat, istighfar,memaafkan dan minta maaf, berkawan dengan orang yang baik, pendapatan yang berkat dan baiki amalan dan tindakan.
34. Jadi contoh atau model terbaik untuk keluarga. Doa dan usaha supaya setiap perbuatan anda dapat dicontohi dan dibanggakan ahli keluarga.Apakah sifat dan amal anda yang dapat dicontohi oleh ahli keluarga ?
35. Jadikan diri anda pendorong dan motivator berkesan unutk keluarga.Sentiasa beri galakan dan belaian. Elak marah, kritik ataupun hina keluarga. Fikir positif dan bersangka baik terhadap keluarga.
36 Tingkatkan ilmu berkenaan agama. Lazimnya, suami yang mendidik keluarga berkenaan agama. Belajarlahilmu agama dengan niat mendidik diri dan keluarga.
37. Sentiasa menegakkan kebenaran. Tegas menyatakan apa yang buruk dan apa yang baik. Elak mengenepikan kebenaran semata-mata bagi menjaga hati ahli keluarga. Tegakkan kebenaran dengan hikmah.
38. Bertindak tegas dan lemah lembut mengikut situasi. Tegas dalam menyeru ke arah kebaikan. Lemah lembut dalam menegur dan memberi nasihat. Tegas sangat orang memberontak, lembut sangat orang pijak.39. Latih diri memuji dan menghargai isteri. Ramai suami yang pandai kritik tetapi tidak tahu memuji. Belaian merawat emosi dan fizikal isteri dan membuat dia terasa disayangi. Cari peluang untuk sentiasa memuji.
40. Cari peluang untuk bertindak romantis terhadap isteri. Ini termasuk senyum, lemah lembut, sebut sayang tiga kali sehari, buat sebelum disuruh, sentuhan sayang, pujian dan memberi hadiah.
41. Fahami yang isteri ingin selalu di sisi suami. Suami pula berjauhan dengan isteri sekali sekala. Apabila berjauhan, telefon, SMS ataupun e-mel unutk bertanya khabar, berikan maklumat dan mengubat rindu.
42. Bentuk kerjasama yang mantap dengan isteri. Pamer kesatuan hati dan pendapat kepada anak-anak dan orang lain. Wujudkan kerjasama melalui mesyuarat, berbual, tolak ansur, bermaaf-maafan dan banyak berdoa.
43. Nilai diri daripada kaca mata isteri. Buang sifat dan amalan yang isteri benci. Berusaha keras melakukan perkara yang isteri suka. Apabila isteri bahagia, suami akan bertambah bahagia.
44. Apabila suami melayan isteri seperti mana dia melayan kawan, pasti isteri bahagia. Bayangkan cara anda melayan isteri sebelum kahwin. Ulangi layanan itu sekarang. Pasti hebat kesannya.
45. Suami wajar belajar jadi mengikut setia. Patuhi cadangan, Pandangan dan pandapat isteri yang betul. Jangan bangkang perkara yang baik. Kawal macho dengan saksama.
46. Buat undang-undang dalam rumah tangga. Apabila suami marah, isteri mesti senyap. Apabila isteri marah,suami mesti senyap. Ini mengelakkan daripada bergaduh. Orang tidak boleh bergaduh sendirian.
47. Latih gerak batin anda supaya serasi dengan gerak batin isteri.Serasikan gerak batin dengan berdoa, patuh perintah Tuhan, maafkan isteri, bersangka baik dan lakukan perkara baik untuk isteri mengikut sebarang lintasan dalam hati.
48. Pimpin isteri dengan nasihat dan kasih sayang. Pesan selalu dan nasihat sekali-sekala. Waktu terbaik nasihat adalah semasa rehat, minum petang, waktu bersiar-siar dan semasa hendak tidur.
49. Seimbangkan hidup dengan sempurna. Rajin di tempat kerja, Rajin juga di rumah. Peramah dengan kawan, peramah juga dengan isteri. Disiplin di pejabat, disiplin juga di rumah. Sabar dengan orang, sabar juga dengan isteri. Di luar dan di dalam rumah serupa.
50. Urus stress dengan sempurna supaya keluarga tidak terjejas, lakukan riaadah, berdiet, hentikan merokok,bercampur dengan orang positif, bermain dengan bayi, tengok ikan di akuarium, menyanyi, sembahyang taubat dan maafkan semua orang.
Biar susah, jangan menyusahkan..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...