Monday 15 October 2012

Percutian Keluarga ke Berlin dan Prague (bhgn 1)

Salam sahabat semua.  TelaH telah terlalu lama rasanya saya tidak menulis dalam blog ini.  Terlalu banyak kekangannya menyebabkan hasrat ini dikuburkan buat sementara waktu.  Ketiadaan talian internet rumah, ketiadaan pc dan ruang waktu yang agak terbatas adalah penyebab utama keadaan ini berlaku.  Namun diri ini redha dan pasrah dengan semua keadaan dan ketentuan ini.  Telah lebih tiga bulan kami berkeadaan begini.
Walaupun begitu, kesyukuran tetap dipanjatkan kepadaNya kerana masih memberi peluang untuk kami meneruskan kehidupan yang serba kekuarangan di bumi Soviet ini.  Tidak lama lagi iaitu lebih kurang 11 hari dari sekarang, kita akan menyAmbut kedatangan Aidul Adha 1433H.  Hari perjuangan dan  bagi seluruh umat Islam yang menunaikan fardhu HAji di Makkah Al-Mukarramah dan Madinah Al-MunawArrah.  Kami tetap mengharap agar masa untuk kami pulang ke tanah air akan segera menjelang. InsyaAllah....




Berbalik kepada tujuan asal entry ini ditulis, pada minggu lepas iaitu pada 10.10.2012 kami sekeluarga telah berangkat ke Berlin untuk bercuti pendek dengan menaiki pesawat Transaero (Milik syarikat Russia).  Seawal jam 7.00 pagi kami menaiki teksi menuju ke Airport Domodevo.  Setelah selesai semua urusan check inn barang, pemeriksaan diri dan barang di bahagian Passport Control dan bahagian Kastam, kami menaiki bas yang disediakan untuk menuju ke pesawat Transaero. Tepat jam 10.20 pagi, pesawat pun berlepas menuju destinasi iaitu Berlin, Germany.  Kami tiba di Airport Berlin Tegel pada jam 10.25 pagi waktu tempatan (bersamaan jam 12.25tgh waktu Moscow).  Alhamdulillah perjalanan kami selamat dan tiba di Hotel Apartment yang telah siap ditempah melalui internet tepat jam 11.20 pagi. Setelah selesai pendaftaran dan pembayaran, kami diberi dua set kunci untuk 2 buah bilik apartmen yang lengkap dengan dapur dan kemudahan asas.  Kami sekeluarga menjamu selera bersama sambil memasak apa yang patut buat alas perut untuk ketika itu.
Setelah itu kami memulakan lawatan ke sekitar bandar Berlin di kawasan berhampiran hotel kediaman kami.  Tepat jam 7.00 petang, kami kembali semula ke bilik apartmen yang disewa.  Alhamdulillah selesai sesi lawatan pada hari pertama kami.  Bersambung kembali di esok hari....



No comments:

Post a Comment

Any comment? Please....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...